Monday, May 30, 2016

Lelaki Biadap Jadikan Al-Qur'an Sebagai Bahan Seks!


Aksi seorang lelaki ‘selamba’ menghina kitab suci umat Islam, al-Qur'an dengan perlakuan tidak senonoh malah menjijikan kini menjadi sensasi menerusi laman maya di seluruh dunia.

Lelaki+Hina+Al-Qur'an

Kelakuan kurang ajar individu berkenaan bukan sahaja mampu mencetuskan kemarahan umat Islam, malah boleh menjejaskan keharmonian agama antara masyarakat majmuk di sesebuah negara.

Rakaman klip video berdurasi 47 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang berbaju warna jingga seolah-olah tidak waras atau dalam erti kata lain tidak sihat dari segi mentalnya.

“Allah is going to kill me, hidayah, hidayah”
“No, no Allah no”
” I love the Quran, look, look I love the Quran”
“Look at me as I lick the Quran”
“Look at me as I read the Quran”
“Look at me as I make love to the Quran.”

Menerusi klip video itu juga, lelaki tersebut dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Qur'an. Tambah biadap lagi, individu berkenaan menjadikan al-Qur'an sebagai ‘bahan seks’.

Tindakannya itu secara terang-terangan menghina agama orang lain. Tidak ada seorang pun manusia sanggup lihat agamanya diperlekeh oleh mana-mana individu, bahkan dinasihatkan untuk menghormati antara satu sama lain.

Tidak dapat dipastikan latar belakang kewarganegaraan individu berkenaan. Walau bagaimanapun, kita pastinya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seumpama ini.

Diharapkan tiada lagi individu seperti penulis blog kontroversi Alvin Tan yang menjadikan agama lain sebagai bahan cercaan dan penghinaan.

Demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum terutamanya di Malaysia, sikap toleransi antara masyarakat berbeza agama, budaya dan pegangan harus diamalkan dan dipraktikkan.

[Kemaskini 29/9/2016]

Penulis Blog ‘Rogol’ Al-Quran Mengaku Salah Hina Islam

Amos Yee

Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di sebuah mahkamah tempatan terhadap tiga dakwaan sengaja menyakiti perasaan golongan Muslim.

Belia berusia 17 tahun itu yang turut dianggap seumpama Alvin Tan di Malaysia itu mengaku menerbitkan serta menaikmuatkan gambar dan dua rakaman video jelik yang sengaja untuk niat menyakiti perasaan umat Islam.

Bagaimanapun dia hanya akan dijatuhi hukuman oleh pihak mahkamah republik tersebut pada pagi 29 September, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia di sini.

Pada bulan lalu, Yee mengaku bersalah terhadap tiga dakwaan iaitu sengaja menyakiti perasaan penganut Islam dan Kristian serta dua dakwaan kerana didapati gagal hadir melaporkan diri di balai polis ditetapkan.

Semasa perbicaraannya, mahkamah difahamkan sebanyak 24 aduan polis dibuat terhadapnya, berhubung kait dengan enam dakwaan yang dihadapinya kerana menyakiti sensitiviti perasaan berbaur keagamaan.

Yee kemudian didapati berjaya meninggalkan Singapura pada 13 Disember tahun lalu, selepas mendapat notis. Dia bagaimanapun bertemu dengan pihak polis bagi urusan soal siasat dua hari selepas itu.

Dia memberi alasan perlu pergi ke Hong Kong, China konon untuk menerbitkan beberapa catatan mengenai notis yang dikenakan oleh pihak berkuasa republik tersebut ke atas dirinya itu.

Selepas dia pulang April tahun ini, polis mengeluarkan satu lagi notis terhadapnya. Yee cuba meninggalkan negara ini sehari sebelum soal siasat itu namun akhirnya berjaya ditangkap pada 11 Mei lalu.

Dia pernah didakwa atas tuduhan yang sama tahun lalu dan dihukum penjara selama empat minggu. Bagi menyakiti perasaan tentang keagamaan, Yee boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Bagi tidak mengendahkan perintah untuk menghadirkan diri ke balai polis bagi siasatan pula, dia boleh dihukum penjara sebulan secara maksimum, didenda sebanyak S$1,500 (RM4,600), atau kedua-duanya.

Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan video paparan lucu menerusi lama itu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.

Pada 28 Mei lalu, pihak Mynewshub ada berkongsi sebuah klip video kontroversi yang dibuat oleh Yee sendiri berniat biadap untuk menghina umat Islam dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.

Menerusi video yang berdurasi 47 saat itu, Yee dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran sebelum tambah kurang ajar lagi, dia turut menjadikan al-Quran sebagai bahan seks dengan ‘merogolnya’.

Pada 1 April tahun lalu, Yee ditangkap polis kerana menghina negarawan Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang baru sahaja meninggal dunia selain menyinggung perasaan penganut Kristian di republik itu.

Kes Yee turut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk ada juga yang menyokong remaja itu sebagai ikon dalam memperjuangkan kebebasan bersuara dan lantang antikerajaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Nota Editor: Rakaman video kontroversi Amos Yee tidak boleh disiarkan atas arahan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

BACA INI JUGA: Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon