Monday, February 22, 2016

Punca Penyakit Paru-paru Berair, Pencegahan Dan Rawatan


Paru-paru berair juga dikenali sebagai efusi pleura (plueral effusion) iaitu keadaan dimana rongga (kaviti pleura) dipenuhi oleh bendalir.

Pleural effusion

Jenis bendalir tersebut adalah bedasarkan punca penyakit iaitu sama ada jenis exudate (bendalir yang mempunyai kandungan protein tinggi) atau tansudate (berair).

Jika ia dipenuhi oleh darah dikenali sebagai Hemothorax dan jika dipenuhi oleh nanah dikenali sebagai Pyothorax.

Terdapat juga jenis yang dikenali sebagai Pneumothorax iaitu kaviti pleural dipenuhi dengan udara dan juga Chylothorax iaitu pengumpulan cecair limpatik (lymphatic) yang putih didalam kaviti pleural berpunca daripada kecederaan pada saluran limpatik dalam dada (thoracic duct) atau penyekatan saluran akibat ketumbuhan.

Jenis bendalir

1. Exudate
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
  • Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi.
  • Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
  • Warna air tebu (straw colour) menunjukkan pesakit batuk kering (TB).
  • Jika bernanah, ia berpunca dari pernanahan paru-paru (lung abscess) atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

2. Transudate
  • Bewarna lebih jernih dan cair.
  • Kandungan protein yang kurang daripada 2 gram/ 100 ml.
  • Terjadi akibat kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru.
  • Dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirrosis (cirrhosis) hati mengakibatkan tekanan onkotik plasma darah yang rendah, seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan air keluar daripada pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

3. Hemothorax

Pengumpulan darah dalam ruang antara dinding dada dan paru-paru (kaviti pleura). Ia boleh terjadi akibat darah beku, kematian tisu paru-paru (pulmonary infarction), kanser paru-paru atau pleural, tuberculosis, dan akibat prosedur rawatan tertentu seperti pembedahan jantung, penggunaan catheter dan sebagainya.

Selain daripada itu, saluran darah yang pecah atau aneurysm aortic boleh menyebabkan kebocoran darah kedalam ruang pleural.

Gejala Hemothorax
  • Keresahan (anxiety)
  • Sakit dada
  • Tekanan darah rendah
  • Kulit pucat dan sejuk
  • Denyutan jantung laju
  • Pernafasan menjadi laju
  • Keletihan
  • Sesak nafas

Diagnosis
  • X-ray dada
  • Ct scan
  • Analisis cecair pleural
  • Thoracentesis

4. Pyothorax

Pyothorax juga dikenali sebagai plural empyema atau purulent pleuritis. Iaitu keadaan dimana berlaku pengumpulan nanah pada kaviti pleura.

Penyakit ini biasanya berpunca daripada jangkitan bakteria dalam paru-paru (penumonia) dan selalu dikaitkan dengan parapneumonic effusions.

Terdapat 3 peringkat iaitu peringkat exudative (pengumpulan nanah), peringkat fibrinopurulent (pembentukan poket nanah) dan organizing (pembentukan parut pada ruang pleura yang membawa kepada pemerangkapan paru-paru).

Gejala Pyothorax
  • Batuk-batuk
  • Demam
  • Sakit dada
  • Sesak nafas

Diagnosis
  • Ujian sel darah putih
  • X-ray dada
  • Ct Scan
  • Ultrasonography


5. Pneumothorax

Apabila berlaku kebocoran pada viceral pleura, akan menyebabkan udara memenuhi kaviti pleura dan menghasilkan tekanan pada paru-paru.

Ini akan menyebabkan proses pernafasan menjadi sukar apabila paru-paru tidak dapat mengembang seperti normal.

Ia boleh berpunca daripada kecederaan seperti terkena tembakan pistol, tusukan pisau, patah tulang rusuk atau akibat prosedur perubatan tertentu. Orang yang tinggi serta kurus adalah cenderung untuk mendapat masalah ini.

Selain daripada itu, individu yang mempunyai masalah paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD), asma, cystic fibrosis, batuk kering dan batuk kokol mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Gejala Pneumothorax
  • Sakit tajam pada dada dan lebih teruk apabila menarik nafas tajam atau ketika batuk
  • Sesak nafas
  • Dada rasa ketat
  • Mudah letih
  • Jantung berdenyut laju
  • Kulit berwarna kebiruan akibat kekurangan oksigen
  • Hidung kembang
  • Tekanan darah rendah (hipotension)

Diagnosis
  • X-ray dada
  • Arterial blood gases (ujian tahap oksigen, karbon diosida serta pH dalam darah)

Punca penyakit paru-paru berair

Sebenarnya, punca penyakit paru-paru berair tidak dapat dikenal pasti dengan tepat.

Apa yang pasti, penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, fungi, parasit, kimia dan kecederaan fizikal kepada paru paru.

Untuk pengetahuan anda, orang yang mengidap kanser paru paru juga boleh mendapat penyakit ini.

Kemungkinan puncanya juga pelbagai;
  • Kegagalan jantung
  • Ketumbuhan
  • Pneumonia
  • Pulmonary embolus
  • Akibat prosedur rawatan (pembedahan) tertentu
  • Kecederaan pada dada
  • Cirrhosis
  • Kegagalan buah pinggang
  • Systemic lupus erythematosus (lupus)
  • Pancreatitis
  • Rheumatoid arthritis
  • Tuberculosis
  • Nephrotic syndrome (protein dalam air kencing dan tekanan darah tinggi)
  • Peritoneal dialysis
  • Ubat-ubat tertentu seperti hydralazine, procainamide, isoniazid, phenytoin, chlorpromazine, methysergide, interleukin-2, nitrofurantoin, bromocriptine, dantrolene dan procarbazine

Rawatan
  • Efusi pleural yang kecil tidak memerlukan rawatan namun punca penyakit perlu dirawat.
  • Efusi plueral yang besar serta menyebabkan sesak nafas dirawat menerusi kaedah penyedutan cecair dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
  • Efusi yang berpunca daripada Pneumonia akan diberi antibiotik, dan jika bendalir yang terkumpul adalah nanah juga akan disedut. Namun jika bendalir tersebut terkumpul disebalik parut (bahagian berfiber) maka proses penyedutan akan menjadi sukar. Oleh itu kadang-kala sejenis ubat yang dikenali sebagai thrombolytics (fibrinolytics) akan diterapkan daam kaviti pleural untuk membantu proses penyedutan. Ia dapat mengelakkan pembedahan. Jika kaedah tersebut tidak dapat dilakukan, maka pembedahan pembuangan mana-mana lebihan kulit berfiber yang tebal pada permukaan paru-paru akan dilakukan untuk membolehkan paru-paru mengembang dengan normal.
  • Efusi berpunca daripada Kanser iaitu pengumpulan bendalir akibat kanser pada pluera adalah lebih sukar untuk dirawat kerana bendalir sentiasa terkumpul semula dengan pantas. Penyedutan bendalir dan pemberian ubat anti-tumor kadang-kala boleh mengelakkan bendair dari terkumpul semula.

BACA INI JUGA: Rawat Tiroid Dengan Minyak Kelapa Dara

3 comments

  1. Jemput baca di blog saya =)
    https://saudagarvitamin.blogspot.my/2017/04/cara-merawat-paru-paru-berair.html

    ReplyDelete
  2. Bila seseorang mengadu selalu sesak nafas,sakit dada,dan selalu terasa tidak cukup oksigen walaupun hanya melakukan aktiviti ringan ,di nasihatkan segera berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan lengkap , kerana di kuatiri itu salah satu punca penyakit paru-paru berair...

    Saya ada kisah di mana seorang isteri yang tidak merelakan suaminya di tebuk hanya kerana ingin mengeluarkan cecair yang berkumpul di paru-paru,ini kerana doktor sendiri mengatakan bahawa di tebuk pun berisiko..apatah lagi jika tidak di tebuk..

    Apa alternatif si isteri ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya, seolah-olah tiada harapan yang banyak untuk pesakit yang ditebuk. Doktor dan hospital macam tak tahu apa-apa. Yang pernah saya dengar sendiri dari jiran sekampung, ada pesakit yang mati selepas ditebuk, sebab prosesnya tidak menggunakan ubat bius. Mungkin sangat menyakitkan.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon