Friday, September 25, 2015

Ngeri Muka Hilang Dimakan Virus Misteri


Seorang lelaki di Ho Chi Minh dijangkiti sejenis virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang.

Huynh Van Dat

Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.

Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah.

Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.

Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.

Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk.

“Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya.

“Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan,” katanya.

Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi.

Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya. -Agensi

BACA INI JUGA: Penyakit Misteri Muntah 14 Jam Sehari

4 comments

  1. NGERINYA!!!

    macam mana doktor tak cuba cari penyelesaian 2

    ReplyDelete
  2. bagaimana lagi nak hidup..hadui pedih nampak..sangat kesihan..apa kan daya sekadar melihat derita doa ni SP

    ReplyDelete
  3. tah. macam mana dia nak hidup? sheram sangat

    ReplyDelete
  4. ngeri sekali ih, mukanya jadi abis seperti itu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon