Sunday, September 20, 2015

Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam


Sebut saja 7 Eleven, pastinya anda akan teringat kedai serbaneka 24 jam ini yang menjual pelbagai barangan makanan dan minuman dan kami kongsikan kenapa ia dibuka 24 jam.

7 Eleven

Nama 7 Eleven itu sendiri sebenarnya bermula daripada waktu operasi mereka sekitar tahun 1946 di mana kedai hanya dibuka bermula daripada pukul 7 pagi sehingga 11 malam.

Malah nama asal 7 Eleven sebelum ini adalah Tote’m kerana ramai akan membawa beg tote ketika membawa pulang keperluan yang dibeli di sana.

Bagaimanapu perkara tersebut berubah pada tahun 1963, apabila rantaian kedai ini mula menukar waktu beroperasi hanya kerana satu kejadian, yang mendatangkan keuntungan kepada mereka, semestinya.

Ia bermula apabila sebuah 7 Eleven yang terletak berhampiran University of Texas yang akan menjadi sesak selepas habis sebuah perlawanan bola sepak Amerika.

Oleh kerana orang yang terlalu ramai, terpaksalah kedai dibuka sehingga melebihi waktu biasa operasi.

Melihatkan kepada hasil jualan dan keuntungan yang memberangsangkan, hanya pada malam itu sahaja, maka kedai serbaneka yang terletak di Texas, Amerika Syarikat itu pun mula beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, secara kekal.

Kemudiannya, cawangan lain pun turut menukar waktu operasi baru mereka sehingga kini dan masih mengekalkan nama lama mereka – 7 Eleven.

Jadi, jika selepas ini anda melihat mana-mana logo 7 Eleven, anda boleh kongsikan sejarah mengenainya kepada rakan anda.

Bagi kami, ia merupakan bukti bagaimana keputusan dalam satu malam mampu mencipta sejarah yang berterusan di samping dapat membantu memudahkan orang ramai.

Mungkin selepas ini, perniagaan anda sendiri juga mempunyai sejarah yang tersendiri.

BACA INI JUGA: Top 10 Makanan Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Vitdaily

4 comments

  1. baru nampak sebenar kenapa 7 dan 11..patutlah makin banyak ni 7 11 di Keningau operasipun bagus layanan..jangan ada somthing tak baik lah dekat situ hehehe

    ReplyDelete
  2. Dari namanya kita dah tau asal usulnya tetapi kenapa beroperasi 24jam, Hah! itu lah yg perlu kita ketahui sejarahnya.

    ReplyDelete
  3. ohh..itu sebab sebenarnya rupanya ye. haha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon