Monday, August 10, 2015

Derma Arab RM2.6 Bilion 'Bulls**t', kata Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

Tun+Mahathir

“Siapa dalam dunia ini akan dermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

“Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu,” katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bulls**t" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

Dr M: Demokrasi sudah mati

Tun Mahathir Mohamad turut menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

“Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

“Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib,” kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Beliau melihat, Najib kini selamat daripada dituduh memperolehi dana secara haram, namun penjelasan perdana menteri berhubung perbelanjaan dan sumber wang tersebut masih disangsikan.

Beliau bimbang jika keadaan itu akan merosakkan sistem demokrasi yang memberi peluang sama rata kepada parti.

“Dakwaan beliau bahawa ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang tidak sepenuhnya benar. Dengan dana yang banyak, beliau boleh melakukan rasuah untuk menjamin kemenangan.

“Beliau juga boleh menggunakan dana itu untuk memanipulasi pilihan raya. Apa yang Najib buat ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Rakyat kini hilang pedoman,” katanya lagi.

Mahathir menjelaskan, beliau melihat bahawa Najib sejak awal lagi tidak selesa kerana tidak dapat mengawal pasukan petugas khas itu.

Sebab itulah Najib bertindak dengan menghentikan siasatan dan menghalang orang ramai daripada memperkatakan mengenai 1MDB, kata Mahathir lagi lapor Malaysiakini.

BACA INI JUGA: Siapa 'Kambing Hitam' Bakal Mengaku Derma RM2.6 Bilion?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon