Wednesday, July 08, 2015

Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab


Buah Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.

Buah Tunjuk Langit [2]

Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji Buah Tunjuk Langit mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Buah Tunjuk Langit atau Sweatania Sky Fruit merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae.

Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Buah Tunjuk Langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.

Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

3 Bahan Aktif Utama dan Penting Dalam Buah Tunjuk Langit

1. Flavonoids

Flavonoids daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia.

Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali).

Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam Buah Tunjuk Langit mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids
  • Mengurangkan tahap gula dalam darah
  • Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
  • Memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
  • Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
  • Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
  • Fungsi-Fungsi Utama Saponins
  • Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
  • Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan
  • Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
  • Memperbaiki sistem peredaran darah
  • Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
  • Mengelakkan kemabukan dan keracunan
  • Mententeramkan fikiran dan otak
  • Menghilangkan kelesuan minda
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki insomnia
  • Menguatkan hati

2. Saponins

Saponins adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.

Saponins di dalam buah tunjuk langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku.

Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

Fungsi-fungsi Utama Saponins
  • Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
  • Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan.
  • Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.
  • Memperbaiki sistem peredaran darah.
  • Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi).
  • Mengelakkan kemabukan dan keracunan.
  • Mententeramkan fikiran dan otak.
  • Menghilangkan kelesuan minda.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Memperbaiki isomnia.
  • Menguatkan hati.

3. Bitter Alkoloids

Bitter Alkoloids adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Buah Tunjuk Langit sangat pahit jika dimakan begitu saja.

Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.

Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Fakta Nutrisi Biji Buah Tunjuk Langit

Protein, Vitamin B1, Iron (zat besi), Vitamin D, Folic Acid, Karbohidrat, Vitamin A, Dietary Fiber, Potassium, Vitamin E, Kalsium, Vitamin B6, Magnesium, Sodium, Vitamin B3

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Kolestrol Tinggi
  • Gout
  • Darah Tercemar
  • Strok Awal
  • Batu Karang
  • Buasir
  • Resdung
  • Jerawat/Sopak
  • Masalah Ereksik
  • Asma
  • Sakit Sendi
  • Senggugut
  • Masalah Haid
  • Alahan Darah
  • Kencing tak puas
  • Angin
  • Obesiti
  • Alahan kulit
  • Sakit Urat
  • Ejakulasi
  • Kebas-kebas
  • Malaria/denggi

Siapa Yang Wajib Ambil
  • Individu sihat yang ingin mengimbangi pengambilan gula berlebihan dan mencegah penyakit kencing manis. 1/5 masyarakat belia berumur 20-30 tahun menghadapi risiko kencing manis,darah tinggi dan kolestrol tinggi berdasarkan amalan pemakanan hari ini
  • Pesakit darah tinggi, sakit sendi, urat dan kekejangan otot
  • Pesakit kencing manis, gangguan metabolism dan gastric
  • Pesakit stroke, lebihan lemak pada perut dan obesiti
  • Pesakit asma, redung, jangkitan demam denggi dan malaria
  • Pesakit gout, artitis, lutut, pinggan​g dan keletihan melampau
  • Pesakit alahan kulit, gatal-gatal, sopak, bu​asir dan keracunan makanan
  • Pesakit lemah tenaga batin, mati pucuk, ejakulasi pramatang
  • Pesakit batu karang, kencing tak puas, kencing kerap, prostate dan kegatalan ginjal

Khasiat Buah Tunjuk Langit mampu merawat masalah penyakit yang anda alami, Insyaa Allah.

BACA INI JUGA: Daun Ketum, Herba Penawar Mujarab Penyakit Kencing Manis

Sumber: Buahtunjuklangit.com

2 comments

  1. ayah saya mmg makan tunjuk langit ni..tapi bila nak p cek klinik ja makan...huuu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon