Sunday, June 07, 2015

Senarai Filem Wajib Tonton Jun 2015!


Tahun ini menyaksikan banyak filem-filem blockbuster sudah dan bakal ditayangkan di seluruh dunia pada musim panas ini.

Selepas kejayaan filem "Fast & Furious 7" dan "Avengers: Age Of Ultron", penonton bakal disajikan lagi dengan filem-filem blockbuster yang bakal ditayangkan pada bulan Jun ini.

Oleh itu, kali ini kami ingin menyenaraikan beberapa filem yang wajib anda tonton pada bulan ini!

Jurassic World
Tarikh tayangan: 11 Jun

Jurassic World

Filem yang akan menjadi tumpuan untuk bulan ini adalah filem "Jurassic World". Pembikinan filem ini mengambil masa yang lama iaitu hampir sedekad.

Ia mengisahkan selepas 22 tahun filem "Jurassic Park" (1993) di Isle Nublar, dimana taman tema dinosaur yang diilhamkan oleh John Hammond akhirnya dibuka kepada orang ramai.

Selain tarikan dinosaur yang ada, pakar genetik di taman tema tersebut turut telah mencipta spesis baru yang dikenali sebagai Indominus Rex bagi menarik lagi pengunjung.

Apabila dinosaur tersebut terlepas, pengkaji Veciraptor, Owen Grady telah ditugaskan untuk menghalang dinosaur tersebut daripada mengganas dan membunuh orang ramai.

Minions
Tarikh tayangan: 18 Jun

Minions

Siapa tidak kenal dengan karakter Minions. Mereka mula diperkenalkan dalam filem "Despicable Me'.

Selepas kejayaan dua filem "Despicable Me", akhirnya Minions dijadikan sebuah filem 'spin-off' iaitu mengisahkan asal-usal Minions sebelum Gru.

Diarahkan oleh Kyle Balda dan Pierre Coffin, "Minions" mengisahkan tentang Kevin dan dua lagi Minion dengan sukarela untuk pergi mencari tuan baru mereka di Konvensyen Penjahat dimana mereka bertemu dengan Scarlet Overkill.

SPL 2
Tarikh tayangan: 18 Jun

SPL 2

Kepada peminat-peminat filem penuh aksi, filem "SPL 2" adalah filem yang dinanti-nantikan kerana ia akan dibintangi oleh pelakon seni mempertahankan diri popular Thailand, Tony Ja.

Ia mengisahkan tentang seorang polis Hong Kong, Kit yang telah diculik dan dipenjarakan di Thailand menggunakan identiti palsu.

Manakala Tony Ja membawa watak sebagai pengawal penjara bernama Chai yang mempunyai seorang anak yang menghidap penyakit leukaemia.

Lama-kelamaan Chai mendapat tahu identiti sebenar Kit dan membantunya meloloskan diri dari penjara jika dia bersetuju untuk menyelamatkan anak perempuannya.

Poltergeist
Tarikh tayangan: 18 Jun

Poltergeist

Sebuah lagi filem seram bakal menemui penonton di pawagam pada bulan Jun ini iaitu "Poltergeist". Filem arahan Gil Kenan ini memaparkan tentang sebuah keluarga yang telah diganggu oleh rah jahat yang telah menculik anak perempuan mereka.

Keluarga tersebut harus mencari jalan untuk menyelamatkan anak mereka kembali. Sam Rockwell dan Rosemarie DeWitt akan memegang watak utama dalam filem ini.

Ted 2
Tarikh tayangan: 25 Jun

Ted 2

Akhir sekali, filem arahan Sam MacFarlane "Ted 2" ini juga antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh semua selepas kejayaan filem terdahulu.

Untuk sekuel kali ini akan menyaksikan Ted si beruang yang merupakan rakan baik kepada John berkahwin dengan kekasihnya Tami-Lynn.

Mereka merancang untuk mempunyai anak, namun masalah timbul apabila Ted perlu membuktikan dia seorang manusia untuk mendapat kebenaran mempunyai anak.

Pastinya pelbagai aksi lucu akan membuat anda tidak kering gusi apabila menonton kelak.

BACA INI JUGA: Filem Yang Mencipta Pembunuh Sebenar!

Sumber: Tupai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon