Tuesday, December 30, 2014

Serpihan Pesawat QZ8501 Dan Mayat Penumpang Berjaya Ditemui


Objek-objek yang ditemui sebentar tadi di permukaan laut di perairan Kalimantan ketika pencarian pesawat AirAsia QZ8501 disahkan daripada pesawat berkenaan.

Serpihan-Pesawat-QZ8501


Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Indonesia Djoko Murjatmodjo berkata, untuk waktu ini, ia adalah sah milik pesawat berkenaan yang hilang sejak awal pagi Ahad.

Menteri Pengangkutan Indonesia akan segera berangkat ke Pangkalanbun iaitu pusat operasi bagi pencarian pesawat itu di Indonesia kerana ia terletak berhampiran operasi pencarian.

Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.

Objek lain seperti bagasi penumpang dan serpihan lain pesawat turut ditemui oleh pesawat yang melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.

Mayat-Penumpang-QZ8501

Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.

Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan ke lokasi pencarian.

Dilaporkan pasukan penyelam akan turut digunakan untuk meninjau keadaan dasar laut di sana kerana kedalamanynya hanya sekitar 25 hingga 30 meter sahaja.

Waris QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut

Waris-QZ8501

Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini tegang dan panik apabila waris keluarga kepada penumpang dan krew QZ8501 milik AirAsia Indonesia tidak dapat menerima berita penemuan bangkai pesawat itu.

Sejurus visual terkini mengenai kejayaan pasukan pencari menemui serpihan kapal terbang itu disiarkan menerusi televisyen tempatan, ramai ahli keluarga mangsa menangis dan ada berdoa agar berita tersebut tidak benar manakala sebahagian lagi dilihat tergamam.

Keadaan kecoh itu menyebabkan petugas Badan Search and Rescue Nasional (Basarnas) diserbu ramai ahli waris mangsa yang tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan pengesahan berita yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen.

Empat anggota keluarga dilaporkan pengsan dan terpaksa dipapah ke ruang rehat sebelum diberi air mineral oleh petugas perubatan dan ramai waris dilihat menunduk muka kerana berasa amat sedih dengan berita terbaharu insiden kehilangan pesawat itu.

Sejumlah petugas lapangan terbang terpaksa menenangkan keluarga penumpang sebelum meminta semua wartawan dan bukan waris mangsa segera keluar dari bilik taklimat pusat krisis tersebut untuk mengawal keadaan serta memberi maklumat terkini kejadian.

Antara yang berada di dalam bilik berkenaan ialah Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto; Pengarah Urusan Angkasapura I, firma yang mengurus hal ehwal lapangan terbang, Tommy Sutomo dan Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini. –Agensi

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. Allahuakbar...
    semoga segala urusan dipermudahkan..
    sedihnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya rasa sebagai seorang muslim, adalah lebih betul jika kita kan Inalillah wainnalillahi rojiun apabila ditimpa musibah...drpd kalimah Allahuakhbar...

      Namun betul kata akak semoga semua urusan dipermudahkan Insya Allah...

      Delete
  2. Tak dapat saya bayangkan bagaimana rasanya kalau berada dalam pesawat yang hendak terhempas. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  3. Takziah buat semua keluarga mangsa...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon