Monday, November 03, 2014

Video Kisah Benar Gadis Tercantik Bertukar Hodoh


Kini pemandu bukan bukan setakat menggunakan telefon bimbit untuk mengangkat panggilan sahaja malah ada yang sambil memandu sambil balas Whatapps dan paling mengecewakan, siap berselfie ketika memandu!

Liz Marks Horror
Liz Marks.

Peribahasa ‘malang tidak berbau’ sering dikaitkan dengan kemalangan. Oleh sebab itu kita disarankan berhati-hati di jalan raya.

Namun, segelintir pemandu yang tidak beringat sering alpa keselamatan diri dengan dengan sibuk bermain telefon bimbit meskipun ketika sedang memandu. Sedangkan, risiko perbuatan ini diketahui semua orang.

Bagi pemandu dengan tabiat begini, video di atas mungkin boleh jadi pengajaran berguna.

Bermula sebagai gadis cantik yang amat popular di sekolah, gadis ini kehilangan segalanya gara-gara kemalangan ketika menggunakan telefon bimbit.

Kini dia adalah gadis buta sebelah mata, tidak ada deria rasa dan separa pekak.



Semuanya berpunca apabila Liz Marks, membalas mesej seorang rakan ketika sedang memandu.

Menurut Liz, membalas mesej ketika memandu adalah perkara biasa baginya, sama seperti kebanyakan pemandu lain yang turut melakukannya namun kemalangan dialami mengajarnya padah perbuatan tersebut.

Jadi, adakah anda masih berani melakukan tabiat ini?

Sumber: Mynewshub.cc

8 comments

  1. Behati2 lah pemandu - pemandu di luar sana, jadikan ini sebagai pengajaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jangan bahayakan diri sendiri lebih-lebih lagi orang lain.

      Delete
  2. Berhati hati ketika memandu..
    bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah org lain juga

    ReplyDelete
  3. berhati-hatilah time memandu :)..
    Saya klik iklan PALING HOT disini, jemputlah datang klik juga di blog saya k.. hehe :) terbaik

    ReplyDelete
  4. Malang tidak berbau... tapi malang juga boleh dicegah... kesian dia kan...

    ReplyDelete
  5. kesian pula nampak..mari kita sentiasa berhati2 walau kemana ya

    ReplyDelete
  6. Inilah padahnya jika tidak berhati-hatikan...

    ReplyDelete
  7. Aduhh.. pengajaran ni. T kasih atas perkongsian peringatan ini SP.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon