Thursday, October 02, 2014

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!?


Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman sosial/blog kes penderaan anaknya di sebuah taska di Putrajaya.

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!

Bapa tersebut menceritakan bagaimana anaknya berusia 10 bulan dilempang pengasuh taska berkenaan tanpa belas kasihan.

Turut dikongsikan di sini adalah wajah pemilik taska terbabit.

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda! [2]

Malangnya, beberapa hari lalu, di taska sama nyawa seorang bayi yang baru berusia 3 bulan melayang.

Apa yang dikesalkan keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa hanya disedari ibunya sendiri ketika datang untuk mengambil si kecil jam 5.30 petang.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Ini menandakan bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih dua jam tanpa disedari sesiapa pun sebelum ibunya sendiri perasan!

Pengasuh taska hanya menangis dan memberitahu mereka tidak menyedari kejadian ini apabila ditanya ibu bapa bayi malang tersebut, Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari.

Difahamkan mayat Nur Imna sudah selamat dikebumikan di Gopeng, Perak selepas selesai proses bedah siasat semalam.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.

Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda! [3]

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa, siapa tak marah kan?

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

6 comments

  1. Replies
    1. Bayangkan kalau anak kita sendiri diperlakukan begitu..

      Delete
    2. Betul tu... nauzubillah... semoga dijauhkanlah...

      Delete
  2. hmm entahla, macam-macam sekarang ni :'(

    ReplyDelete
  3. Kesiannya... tak tahu apa nak cakap....

    ReplyDelete
  4. Ibubapa juga perlu lebih prihatin dalam memilih taska/pengasuh untuk anak2 kita... kalau dah tau taska tu ada bad record... kalau boleh sedaya upaya carila tempat lain... setidaknya itu adalah usaha kita demi kesejahteraan anak2 kita kan...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon