Friday, May 02, 2014

Misteri Muzik Dari Tasik Yellowstone


Info Misteri. Taman Negara Yellowstone terletak di Amerika Syarikat dan menjadi antara daya tarikan utama pengunjung sama ada dari dalam negara mahupun pelancong luar untuk berkunjung ke situ.

Menurut para pengunjung yang pernah ke situ, mereka terdengar bunyi-bunyian yang pelik diatas langit yang terletak di atas Tasik Yellowstone di awal pagi. Dikatakan sumber bunyi-bunyian itu tidak diketahui dan tidak difahami puncanya.

Misteri Bunyi Tasik Yellowstone


Menurut Hiram M. Chittenden dalam bukunya pada tahun 1895, 'Tasik Yellowstone National Park', bunyi itu dikatakan mirip dengan bunyi wayar telegraf ataupun dengungan sekumpulan lebah yang bermula dengan lembut dari jauh dan semakin kuat sehinggalah ia hilang begitu sahaja ke arah yang berlawanan.

Hiram ialah seorang jurutera terkenal dalam pelbagai bidang sains yang telah membina jalan raya dan jambatan di taman negara itu dan dia bukanlah satu-satunya individu yang pernah melaporkan tentang bunyi-bunyian tersebut.

Malah, ramai saintis ternama turut melaporkan perkara yang sama dan ianya turut dilaporkan dalam pelbagai medium seperti buku, jurnal dan surat khabar.

Biasanya laporan itu menyatakan yang bunyian itu kedengaran berdekatan atau di Tasik Yellowstone ataupun Tasik Shoshone pada hari yang cerah bila kurangnya angin bertiup dan tasik dalam keadaan tenang.

Terdapat pelbagai andaian untuk menerangkan keadaan itu yang antaranya termasuklah gempa bumi yang sangat perlahan telah mencetuskan bunyi di gua bawah tanah.

Satu lagi teori dibuat oleh F.C. Marvin, ketua bagi Biro Iklim Amerika Syarikat yang meletakkan teorinya berdasarkan pemerhatian oleh Glen Jefferson, seorang ahli meteorologi di Yellowstone.

Menurut Marvin, pembalikan suhu adalah sesuatu yang biasa di atas Tasik Yellowstone yang mana udara panas di atas tasik terletak di atas udara yang lebih sejuk di bahagian permukaan tasik.

Pembalikan itu mungkin akan mengubah cara biasa udara menghasilkan bunyi. Jika bunyi itu ada kaitan dengan keadaan geologi taman negara itu, ia akan datang dan pergi bersama-sama faktor 'thermal' yang lain seperti kehadiran geiser ataupun mata air panas.


Bagi yang merancang untuk ke sana, cuba-cubalah anda dengar-dengarkan. Mungkin akan kedengaran bunyi yang dikatakan tersebut.

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Ia tak menyeramkan tapi pelik. Tapi saya yakin wujud teori sains berdasarkan bunyi itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang-orang yang penakut, sebarang bunyi yang pelik sangat menyeramkan. Kalau MNH biasa ke sungai atau memburu pada waktu malam, arus mahupun bunyi ranting patah sahaja pun sudah cukup menyeramkan..hehe

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon