Thursday, May 29, 2014

Adam Corrie Mahu TV3 Henti Sebar Fitnah


Pelakon Adam Corrie meminta stesen televisyen TV3 berhenti dari memfitnahnya dengan mengatakan dirinya merupakan seorang ahli parti PAS sehingga dia telah digam oleh stesen televisyen berkenaan.

Adam Corrie

"Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul "Zikir Tanpa Bibir".

"Setelah telemovie itu siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran.

"Namun, sejurus mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli PAS," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Adam yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lagi, selepas telemovienya ditolak mentah-mentah oleh TV3, malah program ilmu berjudul "Muhammad Ku" yang turut menampilkannya dalam dua episod turut dipotong dan digantikan dengan orang lain.

"Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul "Muhammad Ku". Namun setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi.

"Tambah produser itu lagi, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain."

Dalam pada itu, Adam meminta pihak TV3 yang mendakwa dirinya seorang ahli PAS untuk tampil berikan bukti.

"Jika benar saya merupakan ahli PAS, buktikan. Saya terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana."

Iqram Dinzly nafi lakukan hubungan songsang

Iqram Dinzly Gay

Pelakon popular, Iqram Dinzly menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London, tambah memburukkan keadaan lagi, Iqram juga didakwa mengirim gambar kemaluan lelaki untuk tatapan pelajar itu.

"Ya, saya mengakui saya masuk ke kelab malam tersebut tetapi ia hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.

"Namun saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti.

"Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja.

"Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya ia tidak menjadi masalah," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Iqram lagi, tidak mungkin dia akan melakukan hubungan terlarang itu kerana mereka hanya berkawan biasa sahaja, tambahan spekulasi tersebut tidak benar kerana tiada sebarang bukti langsung.

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon