Friday, March 07, 2014

Ultraman Disamakan Dengan Allah!


Terjemahan komik Ultraman The Ultra Power yang menyamakan watak adiwira itu dengan nama Allah adalah alasan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan komik tersebut.

Ultraman The Ultra Power

Sejak berita pengharaman itu disiarkan, foto halaman komik berkenaan mula tersebar melalui beberapa blog dan di jaringan media sosial.

Terjemahan perkataan 'god' kepada "Allah" itu berbunyi: "Dalam 2009 filem Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie, dia dianggap sebagai, dan dihormati sebagai, "Allah" atau Elder semua wira Ultra."

Ayat berkenaan diterjemahkan daripada ayat asal yang berbunyi: "In the 2009 film Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie, he is considered to be, and respected as, the "God" or Elder of all Ultra heroes."

Ultraman The Ultra Power is GOD

Laporan pengharaman yang pada mulanya tidak jelas itu kemudiannya cepat menjadi bahan jenaka di media sosial.

Ultraman The Ultra Power Tweeter

Pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam komentarnya di Facebook berkata, beliau bersetuju dengan pengharaman itu walaupun tindakan itu mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman Ultraman

Beberapa komen lain di jaringan media sosial Twitter juga berkongsi pandangan yang sama yang bersetuju sekiranya pengharaman ini ada kaitan dengan tindakan menyamakan watak adiwira itu dengan Allah.

Ultraman The Ultra Power Tweeter [2]

Terjemahan terbitan Resign Publications yang dicetak oleh Network Printers ini begitu lemah kualiti Bahasa Melayunya kerana ia mungkin diterjemah oleh seseorang yang berbangsa lain ataupun hanya menggunakan aplikasi penterjemahan.

UPDATE

Warta Perintah Larangan berkuat kuasa 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,”

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan:

1. Ini adalah kerana kandungan buku ini mengunakan watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah.

2. KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi watak idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King.

3. Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sentitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh mengemparkan fikiran orang ramai.

4. Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

5. Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang haram adalah terbitan edisi ini sahaja.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon