Thursday, February 20, 2014

Sandiwara AYAM, Teresa Kok Kantoi Menipu?


Satu lagi penipuan telah dikesan. Betul ke ini perbuatan dari luar? Kalau betul perbuatan ini dari luar, kita nak bertanya pada Teresa Kok.

Sandiwara AYAM, Teresa Kok Kantoi Menipu

Setiap malam pintu gril akan di kunci. Sekiranya kita baling cat mesti ada tompokan dari simbahan cat di pintu gril kan?

Kenapa agaknya pintu gril ofis dibuka pada waktu malam? Staff Teresa Kok sendiri yang buka ke?

Yang seterusnya, macam mana ayam boleh masuk ikut pintu gril sedangkan ayam itu besar?

Lubang pun tak mampu muatkan ayam tu. Penduduk yang lalu di kawasan sekitar tu takkan tak nampak apa yang berlaku?

Jawapannya jelas, Teresa Kok sedang MENIPU!

Kalau nak menipu pun agak-agak la!

Walaupun semuanya hanya sandiwara, namun Teresa Kok sebenarnya ingin memastikan isu ini diperpanjangkan.

Harapan Teresa Kok ialah keriuhan isu satira ini akan membantu menutup pendedahan mengenai penglibatannya dalam projek RM1 billion oleh Goldsino Investment di atas tanah Yayasan Selangor.

Ini semua nak simpati dari rakyat betul tak Teresa Kok?

Yang lebih ajaib dan menghairankan, kenapa CCTV ditutup? Selalunya CCTV akan beroperasi 24 jam!

Jawapannya mudah, orang tak dapat melihat siapa punya angkara dalam video tu. Manalah tau orang dalam sendiri yang buat, kan malu...

Sandiwara AYAM, Teresa Kok Kantoi Menipu [2]

Di dalam Malaysia ini, parti DAPlah yang paling sering menerima ugutan. Apabila saja pemimpin mereka terdesak dan terperangkap dalam sesuatu isu, maka bersedialah untuk mendengar berita yang mereka menerima ugutan.

Selama hayat DAP, entah berapa kali kita mendengar si Karpal Singh menerima peluru. Hannah Yeoh juga kononnya pernah menerima ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung. Begitu juga dengan Teo Nie Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.

Nampaknya, walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya tetapi Anwar juga tidak menerima ugutan sepertimana DAP. Hanya DAP sahaja yang sering menjadi sasaran tukang ugut.

Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih tepat ‘mengilas tangan’, ialah DAP. Beberapa pemimpin dan ahli DAP yang bertindak keluar parti juga mengakui perkara ini.

Pendek kata, skrip drama ugut-mengugut ini adalah skrip asal DAP. Sikap DAP yang gemar membela penjenayah juga membuktikan yang parti itu telah biasa dengan taktik ugut-mengugut.

Bagaimanapun, sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut, maka mungkin mereka perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan PKR selama ini. Mana tahu, kalau-kalau ada yang ‘tersinggung’ dengan mereka.

Selain itu, tidak semestinya ugutan itu bermotif politik. Mana tahu kalau-kalau projek RM1 billion Teresa mempunyai masalah sehingga menaikkan kemarahan orang-orang tertentu? Kan? [Sumber 1][Sumber 2]

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon