Saturday, August 10, 2013

Tentera Malaysia Parah Ditembak Disempadan Thailand


Seorang anggota tentera yang sedang berkawal di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini cedera parah selepas dipercayai ditembak suspek bersenjata kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Gambar fail.

Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, mangsa sedang membuat rondaan sempadan di lokasi N9 kawasan pagar Bukit Kayu Hitam sebelum ternampak pagar berlubang.

Ketika membetulkan pagar itu, mangsa terdengar bunyi letupan sebelum melarikan diri.

Ketika melarikan diri mangsa terjatuh selepas terkena satu das tembakan di badan yang ditembak dari arah Thailand.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, bagi mendapatkan rawatan susulan.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon