Rabu, Jun 12, 2013

Petua Menghalau Lalat Di Dalam Rumah

Lalat sejenis serangga yang merimaskan jika terdapat di dalam rumah. Lalat makan makanan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan kemudian menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya.


Disebabkan itu tak hairanlah jika lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan penyakit kepada manusia.

Jom kita tengok apa petua yang selamat digunakan untuk menghalau lalat dari bermaharajalela di dalam rumah kita.

Gunakan penyapu lidi. Saya biasa buat guna penyapu lidi. Ambil lidi dalam segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul ke arah lalat, sekali pukul banyak yang mati. Bukan setakat lalat pun takut dengan lidi, kucing pun lari kalau kita pukul lidi ke lantai.

Penampar lalat. Penampar lalat memang mudah di dapati dan mudah juga digunakan. Hanya tampar sahaja pada lalat yang berterbangan, pasti ada yang kena tampar. Tapi kat rumah memang tak boleh, sebab bukan lalat yang ditampar, budak-budak main tampar-menampar sesama sendiri.

Kertas gam lalat. Kertas gam pun bagus juga. Kita letakkan ia ditempat terbuka dan umpan lalat datang dikertas tu dengan meletakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat hurung mesti ada yang melekat kat kertas gam tu.

Gunakan bunga cengkih dan kulit kayu manis. Bunga cengkih dan kulit kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan tu pun boleh digunakan untuk menghalau lalat. Caranya letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Untuk kulit kayu manis pula, kita bleh hiris sikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kulit kayu manis akan menyebabkan lalat lari dari sana.

Nyalakan lilin. Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh diguna pakai untuk menghalau lalat. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

Daun kari menghalau lalat. Daun kari yang harum baunya juga boleh diaplikasikan untuk kita menghalau lalat. Ambil sedahan kecil daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan. [Sumber]

Tips tambahan dari SentiasaPanas. Guanakan air perahan limau kasturi. Caranya, hiris limau tadi satu persatu kedalam mangkuk kemudian gunakan tuala atau kain lap dan sapu secara rata keatas meja atau lokasi yang selalu dihinggapi lalat. Percaya atau tidak, lalat tidak lagi berani hinggap disitu.

Edited by SP

3 ulasan

  1. Yang biasa buat guna kertas gam tu. Guna lilin bila dah banyak sangat lalat yang ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna perahan limau kasturi sebenarnya sangat berkesan, cuma kenalah keluarkan kos sikit nak beli limau.

      Padam
  2. wahh , tips yang sangat bermanfaat . terima kasih

    BalasPadam

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon