Wednesday, March 27, 2013

Robohkan Saja 'Filipina Mini' Di Kampung Simunul, Semporna!


Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.

Perkampungan Simunul, Semporna, berlaku pertempuran 
sepasukan menyebabkan lima anggota polis maut.

Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.

Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.

Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.

Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

-Hmetro

2 comments

  1. bukan semporna je, paling memalukan dekat berdekatan ibu kota kinabalu sabah. seperti pulau gaya, simbulan, kampong air tanjung aru. kmpng ini lah punca laut sabah banyak sampah.

    ReplyDelete
  2. Betul, perkara yg sepatutnya diselesaikan berpuluh tahun dahulu kini menjadi masalah besar..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon