Wednesday, January 16, 2013

Pelik! Rekaan Unik Garpu Yang Pandai Bercakap


Info Pelik. Kalau di China terkenal dengan makanan yang pelik-pelik, tetapi lain pula di Jepun. Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran yang hebat. Pelbagai alat elektronik, elektrik selalunya yang sangat berkualiti adalah keluaran jepun.


Garfu ini dikatakan boleh bercakap, bagaimana tu? Apabila garfu ini diketuk-ketuk pada makanan contohnya nugget ayam, maka dia akan menyebut sesuatu mengikut jenis makanan itu. Memang unik, rekaan garfu yang boleh menemani kita walaupun semasa makan bersendirian. Kadang kala boleh jadi sesuatu yang lucu dan mampu menghilangkan kebosanan.

Garfu ini sangat unik, setiap sesuatu jenis makanan telah ditetapkan dengan perkataan-perkataan tertentu. Mungkin pelbagai lagi kelebihan yang ada pada garfu unik ini yang saya tidak tahu. Walaupun ianya suatu rekaan yang pelik dan tidak terlalu penting, namun, saya menganggap ianya satu rekaan yang sangat hebat.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon