Thursday, December 27, 2012

Gempar! Sultan Brunei Terpikat Janda Dari Malaysia


Nampaknya kisah dan gossip orang-orang terkenal termasuk di kalangan aristokrat dan golongan istana terus menjadi buruan, kisah mendiang Lady Diana sebagai contoh.

Azrinaz Mazhar Hakim

Daripada percintaannya dengan Putera Charles sehinggalah kepada tragedi yang membawa kepada kemalangan ngeri yang meragut nyawanya dengan jutawan Dodi Al-Fayed tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.

Di negara kita tidak kurang hangatnya, suatu ketika dulu bergegar dunia hiburan tanah air apabila penyanyi Mazuin Hamzah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solonya berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Sufri Bolkiah pada tahun 1987.

Bagaimanapun perkahwinan gilang-gemilang itu berakhir dengan penceraian.

Begitu juga apabila Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pada tahun 2005.

Perkahwinan mereka berdua juga tidak kekal lama apabila ia berakhir dengan penceraian lima tahun kemudian.

Dan kini kembali hangat diperkatakan bila Sultan Brunei dikatakan akan memilih seorang janda dari Malaysia sebagai permaisuri hidupnya.

Azrinaz Mazhar Hakim

Berikut adalah petikan daripada artikel tersebut;

Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan.

Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan;

*kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka?

*kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian).

Apapun kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan.

Diharap pihak Istana Brunei dapat memberi penjelasan kerana ia sedang hangat diperkatakan.

BACA INI JUGA: 6 Putera Raja Paling Kacak Di Dunia!

Sumber: MI

1 comment

  1. pasal rakyat Brunei tersangaaaaaatttt lor sayanggggggggnyaaaaaaaaa dgn first wife sultan Brunei tak nak mengecewakan hati raja Isteri..pikir tak ada ke sultan Brunei tak berkenan org Brunei..huhu..tu cerita tak bole xpose..Brunei ada Undang2 yang ketat.... tak bole xpose2..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon