Tuesday, December 04, 2012

4 Wanita Uzbekistan Dipenjara Dagang Manusia


Empat wanita Uzbekistan dipenjara selama lapan tahun setiap seorang oleh mahkamah Uzbekistan kerana memperdagangkan gadis negara ini ke Malaysia dan memaksa mereka bekerja sebagai pelacur.

Gambar hiasan

Agensi berita podrobno.uz hari ini melaporkan Mahkamah Daerah Sergeli di sini mendapati keempat-empat wanita itu bersalah menguruskan satu kumpulan mengeksploitasi wanita dengan kaedah penipuan.

Mangsa berumur sehingga 23 tahun itu, dijanjikan peluang pekerjaan dan teman hidup di Malaysia, sebaliknya mereka dipaksa menjadi pelacur di Pulau Pinang.

Agensi berita itu melaporkan seorang defendan ketika memberi keterangan di mahkamah berkata, pendapatannya bergantung kepada paras rupa gadis-gadis tersebut.

''Mangsa dibenarkan pulang selepas mereka selesai bekerja mendapatkan semula wang deposit,'' lapor agensi berita itu.

Pemerhati berkata, wanita Uzbekistan sering diperdagangkan di Kazakhstan, Rusia, Turki, Thailand, India dan negara-negara Asia Barat sebagai hamba seks.

Lokasi tersebut kemudian diperluaskan ke Malaysia dan Costa Rica.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon