Sunday, May 01, 2016

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Tak Tahu

Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Khasiat Kacang Bendi

Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul.

Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.

Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis.

Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas).

Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.

BACA INI JUGA: Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib

Sumber: Majalahpama

8 Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

8 Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

Pada 1hb Mei 1886, sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka.

Rahsia 1 Mei

Pasukan polis Amerika kemudiannya menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh.

Sebelum peristiwa 1 Mei tersebut, di pelbagai negara juga telah berlaku mogo oleh pekerja untuk menuntut layanan yang lebih adil dari para pemilik modal (kapitalis).

Pada bulan Julai 1889, Kongres Sosialis Dunia yang diadakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei berkenaan sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan besar antarabangsa harus diorganisasikan pada satu hari tertentu di mana semua pekerja di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar kerajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari, dan juga melaksanakan semua resolusi Kongres Pekerja Antarabangsa Perancis.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, disambut oleh pekerja dipelbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari kerajaan masing-masing.

Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas, dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini muncul dari rasa ketidakpuasan hati pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal.

Setelah tidak tahan dengan mogok dan demonstrasi yang sering dilakukan, maka kerajaan telah mengambil jalan tengah (kompromi) dengan melayani tuntutan yang dibuat oleh para pekerja dan seterusnya memberi ‘pengiktirafan’ kepada perjuangan mereka dengan mengisytiharkan hari cuti untuk mereka.

Jalan tengah ini sedikit sebanyak mengurangkan desakan-desakan para pekerja. Kompromi sistem kapitalis barat inilah yang telah melahirkan Hari Pekerja Sedunia. 

Malangnya, umat Islam sekali lagi telah ‘terpukau’ dengan ‘hasil’ sistem Kapitalisme ini dan turut menyambut Hari Pekerja Sedunia dengan penuh makna dan penuh harapan.

Yahudi Dan 1 Mei

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja.

Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri.

Baca seterusnya disini, Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 30, 2016

Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016

Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016

Objektif utama program MyHome adalah untuk memberikan bantuan subsidi maksimum RM30,000 kepada pembeli rumah pertama terutamanya golongan belia yang masih belum pernah memiliki rumah.

MyHome+2016

MyHome adalah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta yang telah diperkenalkan sejak 1 April 2014 oleh Perdana Menteri.

Pembeli memperoleh rebat pembelian atau potongan sehingga RM30,000 dari harga asal rumah mengikut harga semasa.

Syarat Kelayakan MyHome (2016) Skim Rumah Pertama:

  • Berumah 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bantuan Subsidi RM30,000 maksimum dari harga sebenar rumah tersebut
  • Gaji pendapatan isi rumah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM6,000 sahaja.
  • Mematuhi tangga gaji seperti dibawah

Skim MyHome

MyHome 1:

  • 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
  • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
  • Jualan harga rumah;-
  • Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
  • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000

MyHome 2:

  • 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
  • Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
  • Jualan harga rumah;-
  • Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
  • Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000

Panduan Isi Borang Permohonan Skim MyHome 2016

1. Borang Skim Myhome Online: https://myhome.kpkt.gov.my/daftarpengguna

2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan. Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja).

3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang (Semua dokumen ini wajib di gambar atau scan dan lampirkan bersama borang secara online);

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
  • Salinan kad pengenalan anak
  • Salinan slip gaji
  • Salinan surat OKU jika ada

Aduan Mengenai Borang Skim MyHome (Tips)

Ramai mengadu gagal akses ke portal MyHome untuk dapatkan borang kerana portal MyHome bermasalah dengan isu keselamatan “security”.

Sila proceed sahaja untuk dapatkan borang MyHome secara online seperti tertera dibawah.

1. Sila gunakan Google Chrome Sahaja. Sila klik “Proceed To laman Myhome” untuk akses borang.

Borang My Home online

2. Borang MyHome sedia di isi secara online

Borang MyHome online [2]

BACA INI JUGA: MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Sumber: Melvister

PuiPui, Arnab Paling Popular Di Instagram

PuiPui, Arnab Paling Popular Di Instagram

Seekor arnab yang bergaya dengan fesyen pakaian tersendiri mencuri perhatian beribu-ribu peminat di laman perkongsian gambar, Instagram baru-baru ini.

PuiPui

Arnab daripada baka Holland Lop dan dinamakan sebagai PuiPui itu kini mempunyai lebih 24,000 pengikut di Instagram kerana sering dirakam dengan pakaian dan kostum yang menarik.

“Ini adalah arnab yang paling bergaya di dunia,” tulis pemilik haiwan itu, Mumitan pada biodata PuiPui.

Puipui sering dipakaikan dengan pelbagai kostum kreatif termasuk kot yang diinspirasikan daripada siri drama televisyen Sherlock yang lengkap dengan tali leher dan kaca mata. Kesemua pakaiannya dijahit sendiri oleh Mumitan.

Pemilik arnab itu telah menandatangani kontrak untuk mempromosikan sebuah kafe arnab pertama Australia di Melbourne. – Agensi

BACA INI JUGA: 5 Kucing Paling Popular Di Instagram

PuiPui [2]
PuiPui [3]
PuiPui [4]
PuiPui [5]
PuiPui [6]

Wajah Terkini Pelakon Power Rangers Selepas 23 Tahun!

Wajah Terkini Pelakon Power Rangers Selepas 23 Tahun!

Sesiapa yang membesar sekitar tahun 90an pasti tak pernah miss menonton siri adiwira berkumpulan The Mighty Morphin’ Power Rangers atau Power Rangers.

Mula disiarkan pada tahun 1993, Power Rangers telah menjadi sebahagian daripada memori alam kanak-kanak majoriti golongan Gen Y di seluruh dunia.

Kami akan kembalikan nostalgia lampau dengan menerjah perkembangan terbaru bekas-bekas pelakon Power Rangers ini, 23 tahun selepas rancangan lima adiwira hebat ini bersiaran di kaca televisyen.

Austin St. John
Jason Lee Scott, Red Ranger

Austin St. John (Jason Lee Scott, Red Ranger)

Sebelum ditawarkan watak sebagai Jason Scott Lee, Austin St. John memang telah lama terlibat dalam sukan seni mempertahankan diri seperti taekwondo, judo, kungfu dan kickboxing.

Selepas meninggalkan siri Power Rangers, St. Austin kembali bergiat aktif dalam seni mempertahankan diri sebagai pengajar, penulis buku dan juga berlakon dalam video tentang sukan karate.

Kini berusia 38 tahun, St. John bekerja sebagai ahli paramedik dan juga bomba di Washington D.C.

Walter Emmanuel Jones
Zack Taylor, Black Ranger

Walter Emmanuel Jones (Zack Taylor, Black Ranger)

Jones sebenarnya bekerja sebagai penari profesional apabila dia ditawarkan watak Black Ranger.

Meskipun penampilannya dalam siri itu hanya separuh jalan, Jones kembali berkhidmat sebagai Power Ranger apabila suaranya digunakan dalam siri animasi Power Rangers Lost Galaxy.

Selepas tidak lagi muncul dalam Power Rangers versi live-action, Jones meneruskan karier lakonannya dan pernah terlibat sebagai watak sampingan dalam Buffy The Vampire Slayer dan Family Matters, di samping beberapa sitkom lain.

Hari ini Jones sudah berusia 42 tahun dan mempunyai syarikat penerbitan sendiri.

David Yost
Billy Cranston, Blue Ranger

David Yost (Billy Cranston, Blue Ranger)

Yost, 44, merupakan ahli Power Ranger paling popular dalam siri tersebut.

Namun, menurut lelaki ini, kehidupannya sepanjang penggambaran tidak seindah yang disangka kerana dia teruk dicemuh oleh oleh krew akibat orientasi seksualnya sebagai seorang gay, yang menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan siri tersebut.

Walau bagaimanapun, penerbit Power Rangers menafikan bahawa Yost telah dibuli di set penggambaran.

“Saya tak tahu kenapa dia tergamak buat tuduhan kononnya berlaku serangan verbal bersifat homofobia sepanjang rakaman dilakukan,” jelas salah seorang penerbit, Scott Pagter.

“Sebab sebenar wataknya digantikan dengan orang lain adalah kerana Yost meminta bonus yang terlalu tinggi, selain sombong dengan orang lain.”

Kini Yost aktif sebagai aktivis LGBT dan juga penerbit filem.

Thuy Trang
Trini Kwan, Yellow Ranger

Thuy Trang (Trini Kwan, Yellow Ranger)

Thuy Trang,yang berketurunan Vietnam-Amerika, telah secara rela hati meninggalkan siri tersebut untuk mengikut jejak dua sahabatnya, Jones dan St. John, yang membuat perkara sama selepas berlaku sedikit salah faham antara mereka bersama penerbit.

Trang kemudiannya berlakon sebagai watak pembunuh dalam filem The Crow: City Of Angels dan juga Spy Hard.

Namun, Trang telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya pada tahun 2001. Trang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Amy Jo Johnson
Kimberly Hart, Pink Ranger

Amy Jo Johnson, (Kimberly Hart, Pink Ranger)

Johnson,42, merupakan seorang ahli gimnastik profesional sebelum berlakon sebagai Pink Ranger dan bertahan di dalam siri tersebut selama dua tahun.

Selepas meninggalkan Power Rangers, Johnson kembali melakonkan watak asalnya di dalam filem Turbo: A Power Rangers Movie, sebelum terlibat dalam siri popular, Felicity.

Johnson masih berlakon sehingga kini dan telah berlakon sebagai watak sampingan dalam beberapa siri televisyen seperti Spin City, E.R. dan Flashpoint. Dia juga sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Jason David Frank
Tommy Oliver, Green/White Ranger

Jason David Frank (Tommy Oliver, Green-White Ranger)

Jason David Frank merupakan pelakon Power Rangers paling tahan lama dalam siri tersebut sebagai Green Ranger pada awal kemunculannya dan kemudian sebagai White Ranger sebelum dia meninggalkan wataknya pada tahun 1997.

Frank,44, kini menjadi atlet sukan gusti MMA dan juga bakal muncul sebagai bintang realiti dalam rancangan This Is My Morphin’ Life.

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

Sumber: Mynewshub.cc