Thursday, February 04, 2016

'Mukhriz, Hak Bersuara Dan Tuntutan Taat Membuta Tuli'

'Mukhriz, Hak Bersuara Dan Tuntutan Taat Membuta Tuli'

UMNO mungkin tidak terus kekal relevan atau mempunyai masa depan yang baik sebagai parti sekiranya keperluan rakyat diabaikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mukhriz terbaik

Menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagaimana dijangka, Mukhriz telah menerima tekanan berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan beliau berundur walaupun menerima sokongan daripada majoriti rakyat.

"Saya amat dukacita dengan peristiwa ini. Beliau telah melalui badai politik hampir dua minggu.

"Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli," katanya.

Muhyiddin berkata, adalah mengecewakan bahawa Mukhriz terpaksa menarik diri walaupun mempunyai sokongan majoriti rakyat di Kedah.

"Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.

"Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.

"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat," katanya sambil menambah beliau bimbang dengan masa depan Umno.

Menurut Muhyiddin, 'mereka' mungkin lupa bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan.

"Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas.

"Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati.

"Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah (Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah) untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno," katanya.

Tambah Muhyiddin, beliau yakin Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini kerana beliau adalah seorang pemimpin berintegriti dan mempunyai karisma.

BACA INI JUGA: Terima RM1 Juta Perkara Biasa! Duit Parti Atau Peribadi? Baiknya Hati Najib

Sumber: Sinarharian.com.my

Ringgit Matawang Asia Paling Jatuh Teruk Ketika Ini!

Ringgit Matawang Asia Paling Jatuh Teruk Ketika Ini!

Berdasarkan perkembangan semasa matawang Asia, ringgit dilihat terus menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko.

RM

Memetik laporan Berita Harian, ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tingakan pihak berkuasa Singapura yang menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram.

Bagi Won Korea pula, ia dilihat susut inflasi Januari semakin perlahan ke paras terendah empat bulan, menambahkan lagi tekanan ke atas bank pusat bagi pengurangan lanjut kadar faedah.

Manakala nilai Dolar Taiwan pula mengalami peningkatan berikutan peningkatan permintaan korporat sebelum cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Harga minyak meneruskan kejatuhan disebabkan kebimbangan berhubung keadaan ekonomi pengguna tenaga terbesar, China dan pertambahan bekalan.

Pasaran saham Asia jatuh "Aset berisiko termasuk mata wang Asia belum lagi menjumpai momentum kenaikan.

Malahan, belum ada kemungkinan untuk kita menyaksikan pengukuhan dalam tempoh singkat dalam data ekonomi," kata Jeong My-young, ketua penyelidik di Samsung Futures di Seoul.

Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan.

Malaysia adalah pembekal utama minyak sawit dan gas asli cecair.

BACA INI JUGA: Muflis Dan Dasar Pelik Bank

Sumber: Siakapkeli.my

Online Shopping, Jimat Luarbiasa Dengan CouponBelanja!

Online Shopping, Jimat Luarbiasa Dengan CouponBelanja!

CouponBelanja merupakan perkhidmatan kupon percuma dalam talian terkemuka di Malaysia yang menawarkan kepada pengguna internet untuk mendapatkan belian terbaik, tawaran terhebat dan kupon percuma supaya lebih jimat ketika membeli-belah dalam talian.

CouponBelanja - Coupon Codes For Malaysia

CouponBelanja telah dilancarkan pada awal tahun 2014, oleh Ravi Trivedi, yang merupakan seorang usahawan, pemasar, pelabur dan pengasas Srijan Capital.

Bagaimana ia bermula

Semuanya bermula dengan permulaan Couponrani.com pada tahun 2012. Permintaan untuk membeli-belah dalam talian berada di kemuncaknya ketika itu dan Ravi Trivedi terfikir untuk mempunyai laman web yang boleh menyatukan semua tawaran dan kupon supaya pengguna boleh mengumpul banyak kupon semasa membeli-belah dalam talian.

Banyak usaha telah dijalankan untuk membina produk dari awal yang membantu kami untuk menggabungkan beberapa elemen dengan bijak dalam perjalanan.

Couponrani kini laman web kupon yang paling komprehensif di India dan merupakan top 4 laman web kupon di India.

Selepas itu, pada tahun 2014, Couponrani mula berkembang ke negara lain dan pasaran seterusnya yang disasarkan ialah Malaysia, dengan CouponBelanja.

Pasukan

CouponBelanja adalah satu pasukan kecil 15 individu dan semakin meningkat. CouponBelanja tidak mengukur pertumbuhan dari segi bilangan orang, tetapi kepada bilangan pengguna yang boleh mendapat manfaat dengan menjimatkan wang.

Setiap individu dalam pasukan sangat bersemangat dengan apa yang mahu dilakukan dan memainkan peranan penting dalam membina perniagaan ke tahap yang seterusnya.

Bagaimana CouponBelanja berbeza?

CouponBelanja sebagai sebuah syarikat yang sedang berkembang menonjol serta berbeza dalam banyak cara berbanding pesaingnya:
  • CouponBelanja mempunyai kupon eksklusif dan perkongsian dengan kedai-kedai dalam talian utama di Malaysia seperti Lazada, Zalora, Luxola, Rakuten, foodpanda dan lain-lain.
  • CouponBelanja menyimpan hanya kupon pada laman web utama. Pemantauan dilakukan sepanjang masa terhadap semua kupon untuk memastikan bahawa pelanggan-pelanggan CouponBelanja mendapat kupon yang boleh digunakan.
  • Platform CouponBelanja juga menyokong pelbagai bahasa.
  • Real Time Pemberitahuan Kupon melalui 'PING' sedang dirancang untuk dimasukkan dalam masa terdekat.
  • Pada masa akan datang CouponBelanja merancang untuk mempunyai Android App dan Chrome bagi pengguna.
  • CouponBelanja juga mempunyai blog yang komprehensif untuk CouponBelanja yang memberitahu dan mencadangkan cara-cara yang selamat apabila membeli dalam talian.
  • CouponBelanja juga boleh didapati di Facebook dan Twitter.

Apakah rancangan masa depan? 

CouponBelanja kini bekerja dengan idea-idea baru dan datang dengan strategi baru untuk menjadi tapak kupon yang paling komprehensif untuk apa-apa yang boleh dibeli dalam talian.

CouponBelanja akan sentiasa membuat pembaharuan untuk membuat mencari diskaun dan harga untuk membeli-belah dalam talian dengan cara yang paling yang mudah.

Sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan, CouponBelanja terlibat secara aktif dalam mengembangkan produk dan pasukan Technology, serta pasukan pemasaran digital.

CouponBelanja percaya bahawa kepuasan pelanggan adalah perkara paling utama yang akan membantu syarikat ini untuk berkembang lebih jauh dan meraih kejayaan.

DAPATKAN COUPONBELANJA ANDA SEKARANG!

-SENTIASAPANAS.COM

Garis Panduan Mencegah Virus Zika

Garis Panduan Mencegah Virus Zika

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam telah mengeluarkan garis panduan langkah-langkah pencegahan virus Zika yang disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes.

Mencegah Virus Zika

Langkah-langkah itu termasuk menangguhkan perjalanan ke 24 negara di rantau Amerika Selatan yang telah melaporkan jangkitan Zika, khususnya wanita yang mengandung.

Negara yang terlibat ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Curacao, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, Guiana Perancis, Guadaloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Surinam, Virgin Islands (Amerika Syarikat) and Venezuela.

Jika terpaksa juga melakukan perjalanan tersebut, perlulah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit nyamuk Aedes seperti memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan secara tetap.

Selain itu, jika terdapat rakyat negara ini yang menghidap gejala demam dan tanda-tanda jangkitan Zika setelah kembali dari negara yang ada rakyatnya dijangkiti, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta rakyat Malaysia juga perlu melakukan langkah-langkah pencegahan, antaranya memastikan kawasan persekitaran terutama tempat-tempat awam dan swasta bersih daripada tempat pembiakan nyamuk.

Orang ramai juga perlu melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan mencegah berlakunya jangkitan kepada orang lain seperti menggunakan ubat pencegahan gigitan, memakai pakaian yang menutupi anggota badan, menggunakan kelambu dan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa.

Masyarakat perlu melakukan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu di premis masing-masing.

Disaran juga untuk memasang jejaring pada tingkap untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.

Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi dan keadaan di negara ini adalah amat sesuai untuk berlakunya jangkitan virus Zika.

Oleh itu, jika jangkitan Zika tersebar ke negara ini, ia boleh menjadi wabak yang serius seperti wabak demam denggi.

Terbaru, virus Zika dilaporkan telah dikesan di Indonesia dan Australia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penyakit itu sebagai "Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC)."

Virus Zika hanya menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi serta tidak menyebabkan kematian, namun ia dikaitkan dengan kejadian mikrosefali iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre".

Mikrosefali merupakan kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa. -Bernama

BACA INI JUGA: Bahaya Virus Zika Kepada Bayi Dan Kesihatan

Blog Terbaik Malaysia Januari 2016

Blog Terbaik Malaysia Januari 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kita diruangan blog terbaik Malaysia bagi bulan Januari 2016 di blog ini.

Jan_2016

Buat rakan-rakan blogger, saya ucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kerana sentiasa sudi bertandang ke blog ini untuk berkomentar.

Kepada para pembaca yang sentiasa dihargai dan amat disayangi, semoga sokongan anda terus berterusan, tanpa 'peminat' sekalian, siapalah kami ini..:(

Anda semua juga dijemput untuk bertandang ke blog-blog dibawah ini, banyak sangat info dan perkongsian yang boleh dimanfaatkan disana.

Adminnya ramah-tamah, disoal satu, dijawap tiga..;)

Pada entri kali ini juga, penghargaan khusus buat Blogger Cikgu Etuza (Madey09) diatas kesudian memberikan hadiah yang sungguh berharga kepada saya, sekotak minuman kesihatan Chocolate with Milk dan sebungkus Nescafe yang sungguh sedap produk Elken.

Dapat hadiah hanya kerana berkomentar di blog beliau. Terima kasih Cikgu Etuza yang hensem. Lain kali bagi lagi ya haha..

BLOGGER+ETUZA
Hadiah istimewa Blogger Etuza.

Kalau nak dapat hadiah istimewa macam ni, datang la selalu berkomentar di blog Cikgu Etuza, tapi khusus buat pengomen yang ada blog saja.

Siapa tahu, mungkin nanti ada segmen khusus untuk pembaca pula..:)

Sebelum ditunda coretan tinta buat kali ini, sekali lagi buat semua, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA JANUARI 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. MNH - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

4. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

5. aRz MoHa - Arzmoha.com

6. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

7. Azlan Strider - Striderbuzz.com

8. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

9. Anajingga - Anajingga.com

10. Hero Borneo - Heroborneo.com

11. Ummar Farouk - Nukeufo89.com

12. Matdin - Notabelajarsaya.blogspot.my

13. Abam Kie - Zukidin.com


BACA INI JUGA: MALAYSIA BEST BLOG