Wednesday, April 02, 2014

Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Malaysia adalah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Makanan di Malaysia boleh dilabel dari kategori paling mahal hingga paling murah.

Jadi di sini disenarai ikan-ikan paling mahal di Malaysia.

Ikan Empurau

Ikan Empurau

Ikan Empurau berharga RM550 sekilogram. Ikan air tawat ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja.

Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin.

Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan 'Engkabang Fruit' sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching dengan harga RM2,000 sekilogram.

Ikan Jelawat

Ikan Jelawat

Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut.

Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.

Ikan Semah

Ikan Semah

Ikan Semah berasal dari spesis ikan Tor Labeobarbus. Ikan sungai ini hanya boleh didapati di dalam hutan dara Borneo.

Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.

Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.

[Sumber]

UPDATE!

Ikan Patin Muncung

ikan patin muncung

Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.

Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram.

Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.

Ikan Ketutu

Ikan Ketutu

Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut.

Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby.

Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.

BACA INI JUGA: Ikan Yu Pelik Miliki Muka Seperti Manusia Di Turki!

-Sentiasapanas.com

Aktiviti Ekstrem Di Kawasan Larangan

Aktiviti Ekstrem Di Kawasan Larangan

Meskipun kakinya terjuntai di puncak sebuah bangunan pencakar langit, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jonathan Tsang kelihatan tenang.

Extreme

Bersantai di bumbung bangunan dengan ketinggian lebih 50 tingkat di Hong Kong itu bagaikan beristirehat di ruang tamu rumahnya.

Bagi kebanyakan orang, pemandangan di tempat tinggi terbuka itu pasti mengundang rasa gerun dan gayat. Namun tidak kepada Tsang, 25, yang menganggap ia sebagai satu perkara yang menenangkan.

"Terlalu ramai manusia di jalanan dan kadangkala ia menyesakkan fikiran sehingga anda berasa perlu untuk bersendirian seketika. Sebab itu saya kerap ke sini," ujar Tsang.

Tsang merupakan antara individu daripada kumpulan pengembara urban atau dikenali sebagai urbexer. Ia merupakan subbudaya bagi penggemar aktiviti ekstrem, jurugambar dan pencinta sejarah yang menjadikan lokasi terpinggir dan kawasan larangan sebagai taman permainan peribadi mereka.

Urbexer mula popular di Amerika Utara dan Eropah. Kini Asia melihat pertambahan urbexer dengan peralihan generasi baharu.

Pada bulan Februari lalu, dua warga Rusia nekad memanjat bangunan tertinggi China hanya menggunakan tangan.

Vadim Makhorov dan Vitaliy Raskalov mengambil kesempatan atas kelemahan sistem keselamatan ketika cuti Tahun Baru Cina ketika itu bagi menyelinap ke dalam Menara Shanghai yang sedang dalam pembinaan.

Aksi berbahaya mereka dimuat naik dalam internet dan menjadi bualan hangat di seluruh dunia.

Hong Kong, bandar yang dipenuhi bangunan pencakar langit berbanding bandar lain di dunia menjadi destinasi popular dalam kalangan pemanjat bangunan China dan antarabangsa.

Pengamal hobi ekstrem itu rela berdepan risiko tangkapan, kecederaan dan kematian.

Puncak bangunan

Tsang

Menakluk puncak bangunan pencakar langit dan hotel mewah di daerah Kowloon sangat mudah. Tambah Tsang, dengan memperdayakan kaunter penyambut tetamu, dia bersama sahabatnya Airin T dapat menaiki lif ke tingkat teratas.

Bagi mengelakkan bertembung dengan pengawal keselamatan atau staf sesebuah bangunan, tingkat-tingkat terakhir akan dinaiki menggunakan tangga menerusi pintu yang tidak berkunci sehingga sampai ke bumbung.

"Anda perlu belajar selok-belok sesebuah bangunan terlebih dulu. Jika ada urbexer yang pernah ke bangunan tersebut, anda boleh mendapatkan tip dan nasihat daripada mereka cara-cara untuk naik ke bumbung.

"Kebiasaannya bangunan dikawal ketat pengawal keselamatan tetapi anda perlu bersabar. Anda perlu menunggu waktu yang tepat.

"Kejayaan menaiki bumbung bangunan mungkin antara 20 hingga 30 peratus. Ada ketika anda perlu menyerah kalah di tengah jalan.

"Mungkin anda boleh naik sehingga 30 ke 40 tingkat dan akhirnya terkandas di pintu terakhir. Namun apabila anda berjaya berada di puncak, perasaan itu sukar diucapkan. Ia sangat cantik," ujar Tsang.

Tanggapan bahawa menaiki bumbung bangunan sebagai hobi selamat adalah tidak benar. Tsang dan sahabatnya pernah berdepan detik genting ketika memanjat kubah sebuah bangunan.

Tangga untuk naik ke puncak kubah terletak betul-betul di penjuru bangunan itu dengan laluan untuk berjalan hanya selebar kira-kira 30 sentimeter. Sekiranya tersilap langkah, ia pasti mengundang kematian.

"Saya memang gayat dengan ketinggian. Ia mungkin kedengaran klise tetapi hobi ini bagaikan mengatasi ketakutan anda dan ia sangat membantu," tambah Tsang.

Pihak berkuasa Hong Kong memberi amaran kepada kelompok urbexer bahawa mereka mungkin berdepan dakwaan jenayah dan mencuri sekiranya berlaku sebarang kerosakan harta benda. Setakat ini tiada sebarang tangkapan direkodkan.

Rumah tinggal

Airin

Begitupun tidak semua pengembara urban memilih untuk membahayakan diri di tempat tinggi.

Airin, seorang pekerja pejabat berusia 25 tahun juga seorang pemanjat bumbung. Namun dia lebih banyak menghabiskan masa menjelajah tempat-tempat terbiar di sekitar Hong Kong.

Rumah sakit mental yang telah ditutup, kilang-kilang lama dan apartment usang yang berantakan menjadi lokasi persinggahan pilihan Airin.

Di dalam sebuah rumah, dia melintasi sebuah meja tradisional yang masih menempatkan sebingkai gambar penghuni lama. Airin kemudiannya menaiki tangga kayu rapuh menuju ke bilik tidur yang dipenuhi serpihan perabot usang.

Bagi Airin yang telah menjelajah ke Rusia, Korea Selatan dan Jepun, kawasan tinggalan lama mampu membuka jendela ke masa lampau.

Wong Chuk Yeung misalnya, adalah salah satu daripada kira-kira 100 kampung tradisional di Hong Kong yang dibiarkan tanpa penghuni.

"Orang muda berhijrah ke bandar dan membina keluarga di sana. Hanya orang tua yang tinggal di kampung dan apabila mereka meninggal dunia, rumah mereka terbiar tanpa penjaga," jelas Airin.

BACA INI JUGA: Tandas Paling Ekstrem Di Dunia!

Sumber: kosmo

SleepPhones, Bagi Yang Inginkan Tidur Yang Berkualiti

SleepPhones, Bagi Yang Inginkan Tidur Yang Berkualiti

Mendapatkan tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.

SleepPhones

Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Tetapi kadangkala, apabila hendak masuk tidur ia rasa semacam alam semesta sedang berkomplot apabila tiba masanya hendak menutup mata untuk tidur.

Apa yang dimaksudkan ialah, apabila anda ingin mendapat kualiti tidur yang sempurna, ada sahaja ganguan sama ada dari segi luaran seperti bunyi dan fikiran kita yang kadangkala memikirkan sesuatu.

(Baca: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia)

Oleh itu, SleepPhones pasti dapat membantu untuk mengatasi masalah masalah yang tidak dingini.

Ia merupakan produk headband (pengikat kepala) yang mengeluarkan bunyi halus. SleepPhones yang dipakai di sekitar kepala ternyata cukup lembut dan selesa.

Anda boleh memilih jenis muzik yang anda inginkan seperti lagu yang menenangkan ataupun anda boleh mendengarkan bunyi paus di dasar laut, hujan renyai ataupun bunyi bunyi ketenangan yang lain yang ditetapkan di dalamnya.

SleepPhones [2]

Diperbuat daripada bulu lembut dan mempunyai kualiti bersepadu yang tinggi, SleepPhones membolehkan anda tidur nyenyak tanpa merisaukan dengkuran pasangan anda ataupun gangguan gangguan yang lain.

Anda juga boleh menggunakan SleepPhones sebagai sumber pembelajaran anda.

Ia boleh merakam segala jenis bunyi dan sekiranya anda ingin menghafal sesuatu ayat, anda boleh menggunakanya berulang kali sehingga anda sudah mengingati maklumat pada keesokan harinya.

Sumber: Sleepphones.com

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya.

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya: 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh SuaraTV.

Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari

Celcom Bangang Penipu [2]
Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.

Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.

Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.

Bagaimana bil saya boleh meningkat beratus ringgit hingga mencecah RM 1000 dalam masa beberapa jam adalah sesuatu yang misteri.

Malam tersebut juga saya bekejar ke mesin pembayaran Celcom di Kuala Lumpur untuk membayar dan mengaktifkan talian tersebut.

Saya bayar sekitar RM RM 1140.00 (RM 380×3). Pada malam tersebut juga talian tersebut diaktifkan secara otomatik.

Sungguhpun tidak berpuas hati, saya berpendapat mungkin ini ada kesilapan semasa keluar negara minggu sebelumnya.

Namun saya pasti sangat tidak ada bil sebesar itu kerana saya telah memilih “Rakan Celcom” secara manual di negara tersebut yang menawarkan RM 38 sehari untuk penggunaan data internet.

Apa perasaan anda sekiranya dalam masa satu hari bil anda meningkat dari 500 ke RM 700 ke RM 1000 dan talian disekat pada hari yang sama? Redha sahajalah buat masa itu.

Kes II: Bil Meningkat, Celcom Tidak Boleh Jelaskan

Celcom Bangang Penipu [2]
Namun masalah yang dijangka selesai berulang lagi pada 30 Mac 2014. Pada jam 8.03 pagi saya menerima mesej menyatakan bil saya telah mencecah RM 521.51. Saya beranggapan mungkin ini kesilapan sistem.

Namun pada jam 12.32 saya menerima satu lagi mesej menyatakan bil saya kini mencecah RM 702.56. Dalam masa beberapa jam bil telefon saya telah meningkat sebanyak RM 200.00.

Saya terus menghubungi Celcom Care bagi mendapat penjelasan isu ini.

Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah encik menukar telefon bimbit baru.

Sambil menyatakan saya telah beberapa bulan menukar telefon baru, saya bertanya, apa kena mengena menukar telefon baru dengan peningkatan bil secara mendadak pada minggu lalu dan pada hari ini? Beliau tidak memberi sebarang jawapan.

Beliau kemudiannya bertanya adakah saya ke luar negara baru-baru ini. Saya kata ada pada minggu lalu dan saya menggunakan “rakan celcom” di sana dan menetapkan pilihan secara manual pada telefon bimbit saya.

Ini bermakna tidak mungkin akan ada peralihan daripada penyedia telekomunikasi rakan celcom kepada syarikat lain yang boleh meningkatkan bil saya secara mendadak.

Saya bertanya, “katakanlah ada kesilapan saya di luar negara tersebut pun, bagaimana bil ini boleh datang secara berperingkat-peringkat seminggu setelah saya di Malaysia?”

“Jika ada pun bil dari luar negara mengapa ia telah caj saya pada minggu lalu, dan mengenakan caj lagi pada hari ini?”

Pegawai tersebut berkata, “saya tidak dapat berbuat apa-apa encik. Kena tunggu bil encik keluar pada 13 April 2014 baru kita boleh siasat.”

Tanya saya, “Habis kalau talian saya disekat lagi saya perlu bayar lagi dan terpaksa tunggu 13 April untuk siasatan?”

“Encik boleh hubungi saya untuk aktifkan talian encik buat sementara waktu.”

Celcom Bangang Penipu [4]
Saya tahu pengaktifan seperti ini tidak bermakna apa-apa kerana ia akan disekat kembali dalam masa beberapa hari jika kita tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Seperti dijangka talian saya disekat pada 31 Mac 2014. Saya memohon pengaktifan sementara dan diberi tempoh selama dua hari dengan had kredit RM 5 pada jam 6.51 petang.

Yang menyakitkan hati, lebih kurang sejam selepas pengaktifan sementara, saya menerima satu lagi mesej (jam 8.13 malam) menyatakan bil telefon saya telah meningkat kepada RM 1511.03. Talian saya terus disekat!

Dengan beberapa mesyuarat perlu saya hadiri malam tersebut dan keesokannya, saya fikir jika pada masa itu saya berjumpa CEO Celcom yang berambut panjang tersebut pasti saya tumbuk sahaja muka beliau!

Bayangkan hari kerja tanpa kemudahan komunikasi? Bayangkan terpaksa meminjam telefon kawan di hadapan pelanggan untuk menghubungi pejabat saya!

Memalukan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya hadapi.

Kes III: Celcom Blue Cube Sunway Penipu

Sekitar Jam 630 petang, 1 April 2014, saya ke pusat Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid. Saya memaklumkan kepada pegawai bertugas masalah-masalah saya seperti di atas. Berikut lebih kurang dialog antara saya dengan pegawai tersebut.

Celcom: “Saya perlu tunggu bil encik dikeluarkan dulu. Buat masa ini saya hanya boleh aktifkan akaun encik untuk 3 hari sahaja.”

Celcom: “Sebenarnya akaun encik ada lebihan RM900.”

Saya: “Habis mengapa akaun saya disekat.”

Celcom: “Itu saya tidak pasti. Kena tunggu bil encik keluar 13 April. Kalau encik nak cepat saya boleh tukar kepada 3hb.”

Saya: “Mengapa tidak boleh hari ini?”

Celcom: “Tak boleh sistem kami memang macam tu.”

Saya: “Jadi jika saya hendak tukar kepada syarikat lain tidak ada masalah? Akaun saya ada lebihan RM 900.00kan?”

Celcom: “Ya, tidak ada masalah.” (Dengan wajah yang tidak rasa apa-apa kerugian seorang pelanggan bercadang berpindah ke syarikat lain.)

Memang saya merancang untuk menukar syarikat lain kerana bosan dengan masalah ini. Namun kerana hari telah lewat petang, akaun saya telah aktif saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat dulu.

Namun pada jam 9.14 malam saya menerima mesej Celcom menyatakan bil saya mencecah RM 2393.10. Seminit kemudian talian saya disekat.

Celcom Bangang Penipu [5]
Baru dua jam sebelumnya saya dimaklumkan ada lebihan RM 900 dalam akaun dan akaun saya akan aktif selama 3 hari, sekarang talian saya disekat BUAT KALI KETIGA dalam masa 5 hari dan saya berhutang RM 2000 dengan CELCOM?

Saya tidak kisah membayar bil tersebut jika saya menggunakannya. Saya mahu penjelasan dari CELCOM sebelum saya membayar bil yang luar biasa ini.

Malangnya, saya tidak menerima sebarang penjelasan, dan tentulah tidak logik untuk saya membayar ribuan ringgit begitu sahaja.

Sangat aneh dalam dunia serba moden ini Celcom tidak boleh menjelaskan kepada penggunanya secara langsung apakah punca peningkatan bil secara mendadak dan mencecah ribuan ringgit?

Tidak logik Celcom hanya boleh menjelaskan peningkatan mendadak ini semasa bil dikeluarkan, tetapi pengguna perlu membayar apa saja caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum bil dikeluarkan jika mahu talian kekal aktif. Ini perniagaan “Abu Jahal” atau “40 Penyamun”?

Apakah para pegawai CELCOM ini “kaki rasuah” sehingga membeli sistem yang ketinggalan zaman dan dan tidak efektif bagi perkhidmatan pelanggannya?

Saya juga ingin bertanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, layakkah syarikat seperti ini terus diberi lesen perkhidmatan telekomunikasi?

Saya akan menulis siri ke-2 mengenai Celcom sedikit masa lagi. Saya memutuskan untuk tidak menukar syarikat telekomunikasi buat masa ini sebaliknya “memerangi” CELCOM sehingga mereka berubah.

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

sumber: mykmu

Misteri Kod 911 Dalam Filem Hollywood!

Misteri Kod 911 Dalam Filem Hollywood!

Lapan tahun lalu, Universal Pictures menayangkan filem Children Of Men di seluruh dunia.

Children Of Men

Filem arahan Alfonso Cuaron yang menelan kos sebanyak AS$76 juta (RM225 juta) dengan durasi selama 105 minit dilihat dengan mata kasar seperti biasa saja sama dengan pelbagai filem sains fiksyen terbitan Hollywood yang lain.

Dinilai dengan mata hari pula, timbul musykil dalam satu adegan filem, Malaysia digambarkan bakal menjadi serangan pengganas. Visual dipaparkan secara sepintas lalu bagaimana imej salah satu Menara Berkembar Petronas (KLCC) berasap akibat kebakaran.

Adegannya sewaktu watak utama, Theo Faron (lakonan Clive Owen) menaiki kereta api, semua televisyen di dalam pengangkutan itu menunjukkan pelbagai ibu negara dilanda kemusnahan sama ada pencemaran atau peperangan bermula di Perancis, Moscow, Tokyo, Brussels, Hong Kong, Berlin, Shanghai, termasuk Kuala Lumpur dan di pengakhirannya dicatat, "The world has collapsed, only British soldiers on".

Lapan tahun kemudian, tanggal 8 Mac lalu, dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Pesawat Boeing 777-200ER dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dan tidak dapat dikesan radar.

MH370 MYSTERY

Misteri kehilangan pesawat itu mendapat liputan meluas daripada media Barat, terutama rangkaian televisyen kabel CNN. Belum pernah sejak negara merdeka hampir 57 tahun lalu, ratusan wartawan sama ada media cetak atau elektronik dari seluruh dunia berkampung di sini.

Sekalipun dua penumpang warga Iran yang dikatakan menggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370 diklasifikasikan bukan pengganas oleh ketua FBI, James Comey, tetapi dalam wawancara CNN selepas Najib menyatakan pesawat itu mengakhiri perjalanan terakhir di Lautan Hindi, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel, tetap tidak menolak unsur pengganas di sebalik tragedi menimpa pesawat malang itu.

Dikatakan, dalam pesawat MH370 itu ada lapan saintis pakar pertahanan dari China yang melaksanakan misi khas membawa pulang satu sistem untuk kerajaan mereka. Sama ada ia secara kebetulan atau dirancang, nombor lapan bagaikan 'malapetaka' sedangkan kita sudah sedia maklum, nombor itu adalah tuah bagi orang Cina berbanding nombor empat yang digeruni mereka.

Misteri tragedi 9/11

911 CONSPIRACY

Mempotretkan simbol, logo atau kod dalam melaksanakan organisasi rahsia tidak asing lagi dalam filem Hollywood.

Sebelum terjadinya serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York pada 11 September 2001, ada beberapa filem menampilkan nombor 9/11 secara misteri.

Sekalipun serangan itu terjadi pada 11.9.2001 tetapi singkatannya diterbalikkan lebih dimomokkan dengan sebutan 9/11.

Lalu setiap kali September menjelma, serata dunia bersimpati pada mangsa serangan 9/11 itu, sedangkan cerita sebenar lebih menggerikan di sebalik September tersebut.

Ramai yang sudah terlupa pada bulan itu jugalah iaitu pada 16 September 1982 terjadi tragedi berdarah dimana seramai 3,500 umat Islam yang ditempatkan di kem Sabra dan Shatila di Beirut, Lebanon, dibunuh dengan kejam oleh Israel-Zionis yang diketuai Ariel Sharon.

Simbol, logo atau kod 11.9 dan 9.11 mula ditonjolkan dalam filem Gremlins (1984), kemudian filem The Running Man (1987), Gremlins 2 (1990), The Terminator 2: Judgement Day (1991), Seven (1995), Independence Day (1996), A Time To Kill (1996), The Peacemaker (1997), Face Off (1997), Enemy Of The State (1998), The Matrix (1999), Traffic (2000) dan The Patriot (2000).

911 in Matrix

Dalam Matrix arahan Andy Wachowski dan Larry Wachowski, dipaparkan tarikh lahir pasport Thomas Anderson tercatat 11.9.2001 iaitu tepat dengan detik tragedi 11 September, walhal filem itu dihasilkan dua tahun sebelum kejadian.

Dalam filem The Running Man (1987), Ben Richards diarahkan mengebom kawasan orang awam di sebuah bandar menggunakan helikopter, skrin helikopternya menunjukkan menunjukkan angka 11.9. Pelik kan?

Dalam The Patriot, ketika menimbang di kerusi kayunya, Benyamin Martin menyebut, "9 pounds, 11 ounces. That's perfect, perfect!"

Kalangan penghibur tidak terkecuali meneruskan kod rahsia dan jika diamati kulit album kumpulan rap The Coup yang siap pada Jun 2001 menunjukkan WTC terbakar sedangkan tragedi itu berlaku tiga bulan lagi.

Kulit album ketiga Def Leppard juga menggambarkan WTC itu terbakar.

Paling ketara ketika konsert Prince di Belanda, dalam nada yang berirama, penyanyi itu menyebut: "I've gotta go home y'all. I've gotta go back to America. I've gotta go get ready for bomb, Osama Bin Laden getting getting ready to bomb (3x), y'all ready? 2001 in here...Holland, Osama Bin Laden getting ready to bomb, America? You better watch out 2001".

Pelik kan. Konsert Prince berlangsung pada 24 Disember 1998!

Bagaimana Prince dan kebanyakan penggiat hiburan di Hollywood terutamanya di kalangan produser boleh mengetahui kod rahsia ini sebelum tragedi sebenar berlaku?

Tidak mustahil mereka ini bergerak berpandukan 24 Protokol Zion iaitu:

24 protokol zionis

Protokol 5: Sekiranya orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mesti menyekat mereka melalui pelbagai perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka.

Protokol 14: Ahli falsafah Yahudi mesti membincangkan kekurangan serta mendedahkan keburukan agama lain. Kalangan penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 24: Untuk sampai ke tujuan yang baik iaitu Yahudi akan berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Ditangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Sebenarnya, menonton filem Hollywood yang mengandungi banyak kod rahsia begini juga boleh diterjemahkan seperti konspirasi 2012 bagaimana sebuah Planet X bernama Nibiru akan menghampiri bumi, tidak terkecuali filem Armageddon.

Benar, filem hanyalah fiksyen semata-mata, namun timbul musykil jika menonton filem Transformers: Revenge Of The Fallen, ada logo Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempoh tiga saat tetapi dicatatkan di situ Shanghai, China.

Transformers Revenge Of The Fallen with MAS logo

Pada ketika kita resah dan berdebar mencari di manakah lokasi sebenar MH370 bersemadi (atau disorokkan?), Hollywood kini rancak menayangkan filem tragedi dalam pesawat berjudul Non-Stop, lakonan Liam Neeson terbitan Universal Studio.

Mungkin ia hanya kebetulan, tetapi harus diingat, menonton filem bukan sekadar kita ketawa tidak kering gusi, tetapi perlu menilai dengan mata hati agar kita menyedari filem tidak mungkin membuatkan kita buta hati.

OLEH: Adam Salleh, Penulis Pengarang Berita Rencana Metro Ahad.

BACA INI JUGA: MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?

-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 01, 2014

Cara Mengukur Kekayaan Yang Pelik

Cara Mengukur Kekayaan Yang Pelik

Ukuran kekayaan di Bhutan berbeza dengan negara lain di dunia.

Rich

Di sini, kekayaan bukan diukur daripada jumlah harta, sebaliknya diukur berdasarkan kepada kebahagiaan seseorang.

Jadi, seseorang yang bahagia merupakan orang yang paling kaya berbanding mereka yang memiliki harta yang bertimbun.

Bhutan Taktshang
Taktshang, Bhutan.

Sebab itulah ekonomi di Bhutan bukan saja diukur melalui Indeks Keluaran Negara Kasar, GNP (Gross National Product) tetapi juga dengan Indeks Keluaran Kebahagiaan Negara, GNH (Gross National Happiness) juga diambil kira.

10 Negara Terkaya di Dunia

Berikut adalah 10 Negara Terkaya di Dunia mngikut data yang dikeluarkan oleh IMF (International Monetary Fund) pada bulan Oktober 2013.

1. Qatar

Ibukota : Doha
Pendapatan Per kapita : US$100,889
Mata Wang : Riyal
Jumlah Penduduk : 2,042,444
Keluasan : 11,586 km2
Lokasi : Timur Tengah

2. Luxembourg

Ibukota : Luxembourg
Pendapatan Per kapita : US$77,958
Mata Wang : Euro
Jumlah Penduduk : 514,862
Keluasan : 2,586 km2
Lokasi : Eropah

3. Singapura

Ibukota : Singapura
Pendapatan Per kapita : US$60,799
Mata Wang : Dollar Singapura
Jumlah Penduduk : 5,460,302
Keluasan : 697 km2
Lokasi : Asia Tenggara

4. Norway

Ibukota : Oslo
Pendapatan Per kapita : US$54,397
Mata Wang : Krone Norway
Jumlah Penduduk : 5,085,582 jiwa
Keluasan : 323,802 km2
Lokasi : Eropah

5. Brunei Darussalam

Ibukota : Bandar Seri Begawan
Pendapatan Per kapita : US$54,114
Mata Wang : Dollar Brunei
Jumlah Penduduk : 415,717
Keluasan : 5,765 km2
Lokasi : Asia Tenggara

6. Amerika Syarikat

Ibukota : Washington DC
Pendapatan Per kapita : US$51,704
Mata Wang : Dollar
Jumlah Penduduk : 316,438,601
Keluasan : 9,826,675 km2
Lokasi : Amerika Utara

7. Swiss

Ibukota : Bern
Pendapatan Per kapita : US$44,864
Mata Wang : Swiss Franc
Jumlah Penduduk : 7,996,026
Keluasan : 41,277 km2
Lokasi : Eropah

8. San Marino

Ibukota : City of San Marino
Pendapatan Per kapita : US$42,724
Mata Wang : Euro
Jumlah Penduduk : 32,448
Keluasan : 61 km2
Lokasi : Eropah

9. Kanada

Ibukota : Ottawa
Pendapatan Per kapita : US$42,317
Mata Wang : Dollar Kanada
Jumlah Penduduk : 34,568,211
Keluasan : 9,984,670 km2
Lokasi : Amerika Utara

10. Australia

Ibukota : Canberra
Pendapatan Per kapita : US$41,954
Mata Wang : Dollar Australia
Jumlah Penduduk : 22,262,501
Keluasan : 7,741,220 km2
Lokasi : Benua Australia

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Yang Tidak Solat Selalunya Berjaya?

-Sentiasapanas.com

Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat

Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat

Sebuah laman web viralquake.com, membuat satu status di Reddit meminta maklum balas dari juruterbang dan kakitangan syarikat penerbangan yang berbunyi begini:-

Pramugari+Cantik

“Kepada semua anak kru kabin, juruterbang dan jurutera penerbangan, apakah rahsia dalam pesawat yang penumpang tidak tahu apabila mereka menaiki pesawat”.

Laman web berkenaan menerima banyak maklumbalas dan mereka memilih 30 rahsia yang paling menarik untuk pembaca mereka.

Penulis memilih beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.

Topeng Oksigen

Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan oksigen selepas ia mula digunakan.

Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi.

Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda.

Bekalan air di tandas

Apa sahaja anda lakukan, jangan minum air dari tandas di dalam pesawat. Ia juga sebenarnya tidak bagus untuk digunakan untuk membasuh tangan.

Kakitangan penerbangan membersihkan tangki air mengikut jarak masa tertentu, bagaimanapun parasit yang terdapat di tangki tidak kesemuanya berjaya dimusnahkan ketika proses pembersihan.

Sebab lampu kabin pesawat digelapkan ketika mendarat

Jika pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan sedikit lampu di dalam kabin penumpang.

Ianya sebagai langkah persediaan sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas terjadinya masalah ketika mendarat.

Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan melihat dengan lebih baik apabila anda berada di luar pesawat.

Petir dan kuasa seorang juruterbang

Sebuah pesawat sebenarnya selalu disambar kilat ketika dalam penerbangan. Jika seorang penumpang menyebabkan kekecohan di dalam pesawat, seorang juruterbang berhak untuk berlepas tanpa membawa penumpang berkenaan bersama.

Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, juruterbang juga mempunyai hampir kesemua kuasa, mereka dibenarkan untuk menahan orang, mengenakan denda dan juga mengambil wasiat penumpang yang hampir meninggal dunia.

Makanan untuk juruterbang dan telefon bimbit

Tahukah anda, makanan untuk dua juruterbang bertugas disediakan berasingan dan mereka tidak dibenarkan berkongsi makanan.

Ia bagi mengelakkan berlaku masalah atau percubaan jenayah seperti keracunan atau diracun.

Selain itu, ada pramugari yang sebaik sahaja selesai mengumumkan supaya semua peralatan komunikasi seperti telefon bimbit mesti dimatikan, mereka SENDIRI akan duduk di belakang pesawat dan mula menggunakan telefon bimbit mereka.

Pendaratan yang 'kasar' ketika cuaca buruk

Pasti sesekali anda mengalami pengalaman pesawat mendarat dengan agak kuat di atas landasan. Ia sebenarnya bukan kerana juruterbang berkenaan kurang mahir tetapi ia disengajakan.

Jika landasan dipenuhi air, pesawat berkenaan perlu memecahkan lapisan air untuk mengelakkan ia tergelincir atau ia dipanggil “aqu planing”.

Pesawat boleh diterbangkan tanpa enjin

Seorang juruterbang memaklumkan jika kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi, sebuah pesawat boleh melayang sejauh kira-kira 9.6km untuk setiap 5,000 kaki.

Jika pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki, ia boleh diterbangkan secara melayang kira-kira 67km tanpa sebarang enjin.

Itulah sebabnya kebanyakan nahas pesawat melibatkan kejadian selepas baru sahaja berlepas atau semasa mendarat.

BACA INI JUGA: Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?

Sumber: Mynewshub

Pakar Ramal Pesawat MH370 Tidak Akan Ditemui

Pakar Ramal Pesawat MH370 Tidak Akan Ditemui

Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

MH370 - David Mearns

“Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada,” katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.

“Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut,” katanya.

Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.

Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

“Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui,” katanya.

Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.

“Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit. -Mynewshub.my

7 April – Penggodam Islam Sedunia Akan Bersatu Serang Israel

7 April – Penggodam Islam Sedunia Akan Bersatu Serang Israel

Pada 7 April ini, satu kumpulan besar penggodam akan melancarkan serangan siber terhebat dalam sejarah untuk melumpuhkan Israel dari segi keupayaan siber.

Projek dinamakan opisraelbirthday akan menghimpunkan penggodam ternama dari dunia Islam dan penggodam bukan Islam yang bersimpati dengan nasib masyarakat Palestin yang ditindas rejim Israel.

Lebih 9,000 website dirancang untuk dimusnahkan atau dijatuhkan.

Jika merujuk kepada laman web opisraelbirthday, sudah 478 laman web Israel berjaya diceroboh para penggodam walaupun tarikh sebenar perang siber itu masih beberapa hari ini.

Tahniah dan doa yang terbaik kepada mereka kerana apa yang mereka lakukan itu hanya Allah SWT sahaja yang mampu balas.

Sekurangnya Israel akan menerima mesej jelas bahawa anak muda Islam akan bertindak dalam pelbagai bentuk untuk membela saudara kami di Palestin.

Berikut adalah mesej yang diterima Mynewshub daripada salah seorang ahli Anonymous Malaysia mengenai rancangan serangan berkenaan.

Anonymous (Hacker) akan melancarkan serangan terhadap Israel pada 7 April 2014 terhadap laman web Kerajaan Israel dan seluruh page dari Israel termasuk akaun bank dan server dari Israel sekali gus melenyapkan Israel dari laman cyber sebagai bantahan atas serangan Israel terhadap rakyat Palestin…

Anonymous juga mengajak seluruh Hacker Muslim di dunia untuk menyertai mereka 7 April ini.. Can’t wait for that...

Angka:
  1. Lebih 700 Website Israel akan terlibat
  2. Lebih 9000 Website akan down dan dirosakkan

Check: http://opisraelbirthday.com/

#Share #SupportOpIsrahell #Anonymous #MuslimHackers

BACA INI JUGA: Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370?!

Sumber: Mynewshub

Pewaris Penumpang MH370 GAGAL Saman MAS!

Pewaris Penumpang MH370 GAGAL Saman MAS!

Mahkamah di Amerika Syarikat bukan sahaja menolak petisyen yang dibuat salah seorang waris penumpang MH370, bahkan mengancam akan mengenakan sekatan ke atas firma guaman yang mengambil upah berbuat demikian atas alasan ‘tidak wajar memfailkan’.

Pewaris Penumpang MH370 GAGAL Saman MAS!

Hakim di Illinois semalam menolak permohonan firma guaman Ribbeck Law Chartered untuk mendapatkan bukti reka bentuk dan kecacatan pembuatan berkemungkinan daripada Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berkaitan kehilangan penerbangan MH370 tiga minggu lalu, lapor Reuters.

Hakim Kathy Flanagan juga mengancam mengenakan sekatan terhadap Ribbeck Law Chartered, memetik contoh sebelumnya di mana firma guaman berpusat di Chicago “tidak wajar memfailkan” petisyen, seperti nahas kapal terbang Asiana Airlines di San Francisco tahun lepas.

“Di sebalik arahan ini, firma guaman sama sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai asas untuk melakukannya,” kata Flanagan dipetik laporan agensi berita antarabangsa itu.

“Jika firma guaman ini memilih untuk meneruskannya, mahkamah akan mengenakan sekatan kepada permohonan mereka.” memetik laporan Agenda Daily.

(Baca: Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam)

Ribbeck Law minggu lalu memfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang pada 8 Mac lalu.

Pada 26 Mac lalu, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa saudara kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut, pemfailan berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga penumpang terbabit ke atas MAS dan Boeing.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.

“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.

(Baca: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi)

MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

Pihak berkuasa MAS turut mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam penerbangan tersebut dipercayai telah meninggal dunia. -Mynewshub.my

TERBONGKAR! Amerika Syarikat Mampu REMOTE Semua Pesawat Boeing!

TERBONGKAR! Amerika Syarikat Mampu REMOTE Semua Pesawat Boeing!

Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.

Boeing

Autopolit ‘tanpa gangguan’ itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.

Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.

Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas.

Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.

Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).

“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.

Patent
Nombor paten di sebelah kanan diagram.

Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.

Kapal berkenaan akan berada dalam mode automatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.

Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.

Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.

Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode automatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.

Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode automatik.

BACA INI JUGA: MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?