Monday, March 31, 2014

MH370: Misteri Mimpi Kedua Ustaz Darul Manzil

MH370: Misteri Mimpi Kedua Ustaz Darul Manzil

Sebelum ini, pernah disiarkan perkongsian mimpi Ustaz Khairul Syakirin Abdul Wahab yang merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil.

MH370-mimpi-kapal-terhempas

Kali ini, kami siarkan MIMPI KEDUA Ustaz Khairul yang dikongsikan beliau.

Mimpi ini dikatakan mempunyai kesinambungan dengan mimpi pertama dahulu dan ‘berlaku’ sebelum kejadian yang ditunjukkan dalam mimpi pertama.

Meskipun sekadar mimpi, niat Ustaz Khairil mungkin sekadar mahu berkongsi apa yang ditunjukkan kepadanya dalam mimpi.

Perkara sebenar, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ..

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui ke mana kumpulan ini dibawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka.

Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama..

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..

Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

PERINGATAN! Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku.. Sekian..

Ustaz Darul Manzil Tutup Akaun Facebook

Ustaz-Darul-Manzil

Mungkin kerana tidak tahan dengan komen pembaca yang menghentamnya di akaun Facebook, Ustaz Khairul Syakirin Abdul Wahab yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil mengambil keputusan menutup akaun ‘Darul Manzil’.

Sebelum ini, dia telah berkongsi mengenai dua mimpi berkaitan pesawat MH370 di laman nya yang kemudiannya menjadi viral.

Bagaimanapun, sebelum akaun tersebut ditutup, Ustaz Khairul sempat mengemaskini statusnya berkaitan perkara itu.

Antaranya menyebut:

“Untuk makluman, saya tidak mencari publisiti dalam hal ini. Bagi yang sudah lama mengenali Darul Manzil atau RIDAM, pengkhususan adalah berkenaan Rawatan Islam, Rawatan Alternatif, Seni Bela Diri dan seumpamanya… Tak lebih dari itu…

“Bila tidak diceritakan, orang kata kita sombong, marah kita, bertubi-tubi mesej yang masuk.. Sampai ‘hank’ FB saya bila nak dibuka… Bila kita info, macam-macam pulak dia kata pada kita…

“It’s up to you… Nak kata bomoh ker, pawang ker, dukun ker… Yang pasti Allah lebih tahu dalam hal ni…”

Ramai pihak menganggap mimpi yang diceritakannya itu sebagai mengarut dan cuba meraih publisiti.

Ada juga yang menyamakan Ustaz Khairul seperti Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin.

Tapi, rasanya tidak perlulah kita bermati-matian mengutuk kerana ustaz ini hanya menyebut mengenai mimpi, bukannya tilikan atau ramalan, betul tak?

Sumber: Mynewshub.my

Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370?!

Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370?!

Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Bollyn

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–PyrĂ©nĂ©es, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370 [2]
Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370 [3]

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?” 3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies. 4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden. 2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat. 2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.

The_Medusa_Touch

Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu’alam.

Sumber: Bollyn.com

MH370: Penumpang Hantar Sms Di Kesan Dari Diego Garcia?!

MH370: Penumpang Hantar Sms Di Kesan Dari Diego Garcia?!

Antara teori spekulasi paling popular tentang kehilangan pesawat MH370 adalah ia telah dirampas dan dibawa mendarat ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia yang terletak berhampiran Lautan Hindi pada hari kejadian.

MH370-Diego-Garcia

Sejak akhir-akhir ini, teori itu semakin hangat diperkatakan.

Apa yang menyemarakkannya adalah penyebaran kandungan mesej yang dikatakan dihantar oleh salah seorang penumpang MH370 iaitu Philip Woods untuk meminta pertolongan di sebuah forum.

Philip Woods yang bekerja sebagai eksekutif IBM merupakan seorang daripada tiga penumpang warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat MH370.

Mesejnya berbunyi:

MH370_Diego_Garcia-Philip Woods_Message

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. 

(Saya telah ditawan oleh pihak berpakaian tentera selepas pesawat dirampas. Saya bekerja untuk IBM dan berjaya menyembunyikan telefon bimbit dalam punggung ketika rampasan berlaku. Saya diasingkan daripada penumpang lain dan kini berada dalam penjara. Nama saya Philip Wood. Saya rasa saya turut diberikan dadah hingga tidak dapat berfikir dengan betul).

Dikatakan, gambar profil individu mendakwa dirinya Philip Woods tersebut turut dianalisa dan keputusannya mendapati dia berada dalam satu bilik gelap dengan maklumat berikut:

MH370_Diego_Garcia-Philip Woods
(Klik gambar untuk paparan besar).

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18′ 58.3″ South, 72° 25′ 35.6″ East
(-7.316197, 72.426544)

Diego Garcia Latitude and longitude
Sumber: Klik sini..

Spoiler for Hangar Diego Garcia

MH370-Diego-Garcia [2]
MH370-Diego-Garcia [3]

Sekiranya benar lokasi ‘tawanan’ tersebut, maka ia dikatakan selaras dengan maklumat yang dikutip daripada sumber awam dan dilaporkan media sebelum ini iaitu nelayan Malaysia di Kelantan dan di Indonesia telah melihat satu pesawat terbang rendah awal pagi Sabtu, 8 Mac.

Seterusnya, ia juga dilihat berpadanan dengan sumber daripada juruterbang B777 ke Narita Jepun yang memberitahu pesawatnya telah terbang 30 minit di hadapan MH370 pada 1.30 pagi 8 Mei lalu, begitu juga dakwaan penduduk Maldives di Kuda Huvadhoo yang melihat pesawat terbang rendah dari selatan ke tenggara menghala Addu yang terletak tidak jauh dari Diego Garcia.

Apa pun, ini semua tinggal teori selagi penyiasatan tidak membuktikannya. Paling utama, adakah mesej yang dikatakan dihantar Philip Woods ini benar-benar sahih atau diada-adakan oleh pihak tertentu?

MH370_Eyewitness_Reports

Malah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila ditanya pendapatnya menolak teori ini walau tidak seratus peratus (kerana masih menggunakan perkataan ‘kita boleh semak’).

Hal ini kerana Amerika Syarikat dikatakan tidak kisah untuk membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian Mh370 dilakukan di Laut China Selatan lagi.

“Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” kata Hishamuddin. -Mynewshub.my

Wallahu’alam.

Diet Melampau Makan Kapas Bulat!

Diet Melampau Makan Kapas Bulat!

Nampaknya semakin ramai yang terdesak untuk kelihatan kurus. Apa yang membimbangkan, kecenderungan ke arah itu tidak lagi melalui amalan biasa, mengambil makanan sihat dan bersenam secara konsisten seperti saranan pengamal perubatan.

Diet_Kapas

Sebaliknya, semakin ramai mengaplikasikan pendekatan gila dengan memakan bebola kapas untuk memberi kesan segera.

Walaupun trend ini masih baru, pendedahan diet melampau ini telah tersebar luas di internet. Sama ada betul atau tidak, yang pasti ia bukannya rekaan.

Di kalangan model terutamanya yang masih muda, telah ramai dilaporkan beralih kepada diet pelik ini untuk kekal kurus.

Baria Murphy, antara individu yang pernah menyaksikan sendiri amalan ini. Menurutnya, dia mengaku melihat beberapa orang model mencelup bola kapas ke dalam jus oren atau lemon dan kemudian memakannya.

Anak kepada pelakon terkenal Hollywood, Eddy Murphy mendedahkan perkara ini sewaktu muncul dalam program America's Next Top Model pada tahun 2009.

Pelaku diet biasanya akan merendam lebih daripada lima bola kapas ke dalam air berjus untuk memberikan rasa yang lebih sedap sebelum menelannya. Memakan putih kapas yang kegunaan asalnya adalah untuk membersihkan kotoran, dikatakan mampu memberi rasa kenyang tanpa perlu menambah berat badan.

Baria Murphy - Models' Cotton Balls Diet

Pada mulanya, pengamal diet ini dikatakan hanya dikalangan model-model muda sahaja. Namun, fakta sebenarnya amat memeranjatkan. Remaja wanita seawal sembilan hingga 16 tahun di seluruh dunia dikatakan turut mengamalkan diet ini.

Ketika pengamal diet pelik ini menikmati 'hidangan' mereka untuk kekal langsing, pakar-pakar perubatan menyatakan kebimbangan yang serius terhadap trend baru ini sehingga melabelkan ia sebagai 'sangat-sangat bahaya'.

Pengurus editor laman web Diets in Review, Brandi Koskie, diet tersebut adalah sama sekali tidak selamat kecuali kapas yang dimakan diperbuat daripada organik. Bagaimanapun, bola kapas yang ada sekarang, kebanyakannya terbuat daripada gentian polyster.

Polyster mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Pakaian anda juga diperbuat daripada polyster. Jadi, menelan bola kapas sintetik boleh diumpamakan seperti mencelup kemeja-t ke dalam jus oren dan kemudian memakannya.

Memakan bola kapas sama buruk seperti memakan kain, butang baju atau duit syiling. Tiada apa yang baik daripada amalan ini melainkan akan mengalami risiko tercekik atau saluran usus tersumbat.

Jisim terperangkap yang dipanggil 'Bezoar' adalah paling biasa berlaku apabila menelan rambut atau sayur-sayuran yang terlalu banyak. Dan memakan bola kapas juga sudah tentu boleh menyebabkan masalah yang sama.

Kapas tidak boleh dihadam, kerana itu pengamalnya akan merasa kenyang. Dan sekiranya ia menjadi amalan yang berterusan, lama-kelamaan bahan sintetik itu akan membina dan menyebabkan penyumbatan hingga boleh mengancam nyawa.

Walaupun secara rasionalnya bola kapas mengandungi kalori, boleh mengenyang dan menghalang anda daripada mengambil makanan yang menggemukkan, idea ini sebenarnya agak menggelikan.

Models' Cotton Balls Diet

Masih terdapat banyak cara lain untuk merasa kenyang tanpa memasukkan kalori ke dalam badan. Meminum air misalnya, salah satu cara sihat yang boleh membuatkan anda hilang rasa lapar.

Kesimpulannya, obesiti tidak mampu diselesaikan dengan amalan memakan bola kapas. Kembali kepada amalan biasa, bersenam dan memakan makanan yang sihat secara teratur sudah terbukti dapat membantu mengatasi masalah itu.

Jadi, kenapa perlu mengambil risiko untuk kelihatan kurus dengan cara yang merbahaya?

BACA INI JUGA: Ketagihan Pelik Selebriti Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?

MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?

Adakah anda mahu mendengar satu lagi teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Dan bayangkan perkara seperti ini berlaku:

MH370 - Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!

Amerika yang dalam proses untuk keluar daripada Afghanistan telah membawa salah satu sistem 'kawal dan perintah' (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah bukit daripada salah satu pangkalan mereka.

Taliban telah menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan dan senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti.

Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu iaitu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahukan ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China.

Oleh kerana Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi ini.

Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi melalui sistem CNC ini, semua Drone Amerika tidak akan berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis yang pakar dalam bidang pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dolar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan di dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China merasakan adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa 4 jam setengah dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 ejen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (Jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 ejen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatera Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju ke selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli saintis pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk percaya tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini akhirnya mendedahkan diri nanti.

Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

[Sumber]

Saturday, March 29, 2014

Video Hot Emma Maembong Mandi Laut!

Video Hot Emma Maembong Mandi Laut!

Siapa yang tak kenal dengan Emma Meembong kan. Nama Emma Maembong tidak perlu diperkenalkan lagi kerana peminat sememangnya mengetahui aktress jelita ini sedang hangat menyulam kasih bersama pelakon dan pelawak terkenal.

Emma-Maembong-Seksi

Tapi, bukan itu ceritanya kali ini. Baru-baru ini Emma Maembong telah memuat naik video sedang bermandi-manda di dalam laut ketika bercuti di Phuket.

Video Hot Emma Maembong Mandi Laut!

Memang seronok tengok mereka bermandi manda. [Sumber]


Nur Fazura ghairah bercumbu sakan di KLIA?

Nur Fazura ghairah bercumbu sakan di KLIA
Sementara itu, khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan.

Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette, dia dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti sedang melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

“Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat dan mereka sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat,” tulis wartawan itu.

Wartawna itu turut menulis mengatakan pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling.

“Yang tidak faham kenapa mereka berani sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun”.

“Tapi bila dah mesra sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu, malu pula nak tengok,” dedah wartawan itu lagi.

Menariknya, wartawan ini mendakwa jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat — bukan untuk disebarkan, tetapi untuk menghilangkan bosan buat sementara waktu. [Sumber]

BACA INI JUGA: Artis-artis Yang Jadi Terkenal Kerana Kontroversi

Rupanya Di CHINA Lebih Banyak Nahas Pesawat!

Rupanya Di CHINA Lebih Banyak Nahas Pesawat!

Media asing khususnya CNN melaporkan kebanyakan ahli keluarga penumpang warga China yang marah serta melabelkan Malaysia sebagai pembunuh kerana kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

China Air Crash

Pesawat itu hilang sejak 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

Kemarahan itu dilihat terlalu meluap-luap sehingga terjadinya beberapa insiden antaranya ialah protes di hadapan Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China baru-baru ini.

Selain itu wakil peringkat tertinggi Malaysia ke Beijing juga dilihat menerima cemuhan dan provokasi dari ahli keluarga di China yang tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370.

Mereka mendakwa Malaysia lemah dalam menguruskan insiden MH370 dan menyembunyikan banyak maklumat berkaitan pesawat berkenaan.

Penulis membuat analisis berkaitan statistik nahas pesawat yang berkaitan pesawat dari China dan hasil pemeriksaan mendapati nahas melibatkan pesawat negara itu lebih banyak.

Syarikat penerbangan dari China telah terlibat dalam berpuluh-puluh nahas sebelum ini tetapi tidaklah banyak sangat kritikan diterima dari kerajaan China kerana jumlah kematian yang agak tinggi.

Malaysia Airlines (MAS) jika mengambil kira nahas berskala besar hanyalah dua iaitu sebelum di Tanjung Kupang pada tahun 1977 yang terhempas akibat dirampas.

Kemungkinan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dan MAS adalah kerana disebabkan lokasi pesawat yang masih belum ditemui dan juga pelbagai teori provokasi yang direka media asing sehingga mengakibatkan hati ahli keluarga keliru.

AIR CRASHES INVOLVING CHINESE PLANES SINCE 1982

Nahas udara terbaru membabitkan syarikat penerbangan di China ialah pada 24 Ogos 2010, pesawat Henan Airlines melibatkan jenis pesawat ERJ-190 yang terhempas di Yichun City, wilayah Heilongjiang.

Seramai 44 orang penumpang terbunuh manakala 52 orang cedera dalam kejadian itu.

Nahas pertama direkodkan ialah dari pesawat milik Penerbangan Awam China pada 26 April 1982 terhempas di Yangshuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang.

Ia melibatkan pesawat jenis Trident 2E yang meragut nyawa 112 orang.

China Plane Air Crash

Daripada tahun 1982 hingga nahas terakhir pada 2010 itu, sebanyak 21 nahas pesawat melibatkan pesawat China di beberapa lokasi dengan tiada satu pun nahas yang tidak melibatkan kematian.

Kita berharap selepas penemuan serpihan pesawat MH370 yang diyakini ramai akan ditemui cuma masa menentukannya, emosi para ahli keluarga China akan kembali reda sebaik bukti yang didesak dari Malaysia ditemui kelak.

Sumber: Mynewshub.my

MH370: Tak Perlu Balas KEBODOHAN Artis China

MH370: Tak Perlu Balas KEBODOHAN Artis China

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap artis-artis negara ini tidak membalas segala tomahan yang dilemparkan oleh artis-artis negara China yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia berhubung insiden pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

MH370 - Tak Perlu Balas KEBODOHAN Artis China

Freddie berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan liar beberapa selebriti negara republik itu yang mempersoalkan ketelusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pihak berkuasa negara ini.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan beberapa selebriti popular China melalui laman sosial mereka yang mengecam dan mempersoalkan tindakan Malaysia mengendalikan proses mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

“Mereka juga tidak sepatutnya mempengaruhi dan meminta rakyat negara itu memboikot artis Malaysia yang mencipta nama di sana,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Tambah Freddie, tragedi yang menimpa pesawat MH370 adalah merupakan satu kejadian yang tidak dijangka.

Katanya, mereka seharusnya berfikir secara rasional dan bersama-sama bersimpati terhadap kejadian ini.

“Bukan rakyat China sahaja yang menimpa musibah ini, sebaliknya penumpang lain daripada beberapa negara turut sama terlibat, ia adalah satu kemalangan dan semua pihak tidak perlu menyalahkan sesiapa.

“Saya berharap artis Malaysia tidak bertindak membalas serta mengeruhkan lagi keadaan yang akhirnya akan menjejaskan hubungan dua negara terutamanya dalam industri hiburan,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar di China iaitu Beijing Youth Daily pada Selasa melaporan beberapa selebriti kelahiran negara itu antaranya aktor Liu Ye dan Yang Lan menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan misi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh negara.

Penyanyi Shila Amzah yang popular di negara berkenaan turut terkena tempias akibat sikap tidak professional segelintir artis berkenaan. –mStar Online

Agensi Pelancongan Terkenal Di China BOIKOT Penjualan Tiket MAS

chinese_families_protest_malaysia_embassy

Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.

Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.

“Kami akan terus mengharamkan serta-merta sehingga kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan setiap maklumat yang mereka miliki bagi mencari kebenaran disebalik pesawat hilang secepat mungkin,” kata eLong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Weibo.

Agensi eLong dan LY.Com juga akan membayar pampasan kepada mereka yang menempah tiket MAS sebelum ini.

South China Morning Post juga melaporkan pengumuman tersebut mendapat sokongan ramai rakyat China, kenyataan oleh eLong menerima 7,000 komen pengguna Weibo dan dikongsi hampir 10,000 pengguna laman sosial tersebut.

Pesawat Boeing 777-200ER hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 150 daripada 239 penumpang MH370 itu merupakan warga China.

Rata-rata ahli keluarga penumpang mangsa MH370 dan rakyat China berang dengan cara pihak berkuasa mengendalikan insiden tersebut, mendakwa banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimana penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sejurus pengumuman tersebut, ahli keluarga penumpang berang dan bersedih, serta menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Malahan sebelum ini keluarga penumpang pesawat MH370 dari China juga melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang.

Berpuluh-puluh ahli keluarga penumpang MH370 awal minggu lalu juga bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut MAS dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Dalam pada itu, percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Presiden Persatuan Pelancongan China Malaysia, Paul Paw menemui kegagalan. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Pasangan Malaysia Di Sweeden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan!

Pasangan Malaysia Di Sweeden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan!

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pasangan Malaysia Di Sweeden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan!

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. -Bernama

Keluarga pasangan di Sweden tak rancang merayu

Norshalena Norshal
Norshalena Norshal sedih kakak dipenjara.

Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden semalam, reda dengan keputusan itu serta tidak merancang untuk mengemukakan rayuan.

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

Noor Azila berkata Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya mengharapkan yang terbaik.

"Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang lain, kita nak komen lebihpun tak boleh," katanya.

Noor Azila juga berkata anggota keluarganya di Kota Baharu, Kelantan akan terus menjaga keempat-empat anak pasangan itu.

"Kita juga dah maklum pada anak-anak mereka apa yang berlaku. Mereka akan terus kami jaga," katanya.

Sementara itu, di KOTA BAHARU, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, turut reda dengan keputusan mahkamah.

"Kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah, dan kalau ikut pendakwa raya, mereka ingin jatuhkan hukuman selama dua tahun," kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor hari ini.

Shaleena berkata beliau tahu keputusan itu menerusi aplikasi Whatsapp yang diterima daripada seorang anggota keluarga mereka yang berada di Sweden.

"Kami dah dapat jangka keputusan ini, kami redha dan bersyukur sebab ini hukuman paling minimun yang diberikan kepada mereka dan kami akan berdoa dan lakukan solat hajat agar dipermudahkan urusan mereka.

"Hukuman ke atas mereka akan dikurangkan jika berkelakuan baik, apa yang saya tahu, mereka juga kena bayar pampasan kepada anak-anak mereka tetapi jumlahnya masih belum diketahui," katanya.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Wartawan tidak dibenarkan oleh keluarga untuk menemu bual anak-anak pasangan itu iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7. -Bernama

-Sentiasapanas.com

6 Filem Balas Dendam Terbaik

6 Filem Balas Dendam Terbaik

Filem genre apakah yang mampu membuatkan anda menjerit marah, pasrah, puas hati dan insomnia dalam masa yang sama?

Disini kami senaraikan '6 Filem Balas Dendam Terbaik' yang bakal memandu anda kepada pengalaman diatas dengan pesanan, "Tak elok berdendam!"

Quantum of Solace (2008)

Quantum of Solace (2008)

James Bond yang kita kenal adalah salah seorang hero dengan kualiti yang serba-serbi sempurna; kacak, kool, hebat bergasak, hatta lengkap dengan kereta dan gajet-gajet canggih.

Dan segalanya berubah dengan keluarnya reboot berjudul Casino Royale (2006) -- Daniel Craig sebagai Bond, seorang agen muda yang kemudiannya jatuh cinta pada seorang lagi agen wanita bernama Vesper Lynd (Eva Green).

Sekuelnya, Quantum of Solace menyaksikan Bond seolah-olah baru tiba dari neraka dengan satu misi demi menuntut bela diatas kematian kekasihnya itu.

Dengan mengenepikan segala risiko, Bond mengamuk sehingga dia ditendang keluar dari organisasi.

Kill Bill (2003-2004)

Kill Bill (2003-2004)

Mengambil karya klasik The Bride Wore Black dan Lady Snowblood sebagai rujukan, filem hasil tangan Quentin Tarantino, Kill Bill yang terbahagi kepada dua bahagian (volume 1&2) ini adalah antara cereka pembalasan dendam paling gila.

Filem ini dimulakan dengan petikan "Revenge is a dish best served cold' semacam memberi kita hint kepada apa yang bakal disaksikan nanti.

Disusuri imej seorang pengantin wanita yang sedang mengandung (Uma Thurman) terbaring parah di majlis perkahwinannya. Sebelum satu das tembakan dilepaskan ke kepala wanita itu dari tangan bapa kepada bayi yang dikandungnya, Bill.

Terselamat dari ajal, dia kembali dalam misinya untuk menghukum kebinatangan Bill, bekas kekasih, ketua dan mentornya sendiri sambil menghukum setiap ahli Viper Assasination Squad yang pernah dianggotainya.

Old Boy (2003)

Old Boy (2003)

Oh Dae-Su (Choi Min-sik) diculik dan dikurung selama 15 tahun disebuah motel tak bertingkap tanpa sebab yang dia patut tahu. Suatu hari dia dibebaskan juga tanpa mengetahui dalang disebalik semua itu. Maka dari situlah bermula misinya untuk menjejak dan membalas dendam kepada pelaku berkenaan.

Old Boy adalah sebuah cereka 'Dendam atas dendam' yang membawa kita mengikuti siri-siri amukan Dae-su, sambil membutakan kita pada hakikat betapa sedari awal cerita Dae-su hanyalah sasaran kepada sebuah pembalasan dendam yang lebih besar.

Filem kedua daripada Trilogi Balas Dendam arahan Park Chan Wook ini dikenali sebagai sebuah Thriller bergaya dengan kekejaman visual dan babak (single-take) pertarungan epik menggunakan tukul.

Kejayaan Old Boy adalah langkah kanan dalam mendedahkan kepada dunia akan keadaan sebenar industri perfileman kontemporari Korea Selatan yang sebelum ini hanya dikenali dengan karya-karya cinta sahaja.

Ocean Eleven (2001)

Ocean Eleven (2001)

Keinginan untuk membalas dendam itu sendiri adalah satu bentuk motivasi yang sangat kuat, tambahkan cinta dan wang kedalamnya, maka lengkaplah segala perencah yang bakal mengheret seorang lelaki untuk melakukan segala benda-benda gila.

Itulah yang menjadi titik tengah kepada ketidakwarasan Danny Ocean (George Clooney) dalam filem komedi jenayah, Ocean's Eleven.

Selepas dibebaskan dari penjara, Danny mula merekrut sepuluh penjenayah dengan kepakaran berbeza dalam rancangannya untuk merompak tiga buah kasino bernilai $150 juta dolar, demi membalas dendam ke atas musuhnya, Terry Benedict (Andy Garcia) dan menjahanamkan hubungan Terry dengan bekas isteri Danny, Tess (Julia Roberts).

Walaupun pada akhirnya mungkin sukar untuk memutuskan mana yang lebih manis, Bahagian Terry dalam rompakan atau hakikat yang dia berjaya merampas semula Tess, pasti tidak ada yang lebih hebat dari kejayaan melunaskan dendam itu sendiri.

The Mask Of Zorro (1998)

The Mask Of Zorro (1998)

Dalam siri asal novel Pulp karya Johnston McCulley, seperti Robin Hood, Zorro adalah wira seumpamanya di era penjajahan Sepanyol ke atas California, melindungi golongan kelas bawahan daripada ditindas politikus rakus dan para bangsawan.

Namun, untuk filem The Mask Of Zorro, usahanya adalah bersifat individu, atau lebih tepat bersentimen dendam selepas isterinya dibunuh dan anak perempuannya diculik dan Zorro sendiri telah dipenjarakan selama 20 tahun oleh seorang gabenor korup.

Satu twist yang cemerlang bagi sisi gelap watak legenda ini (lakonan oleh Anthony Hopkins), dengan menambahkan kematian dan pembalasan dendam demi mewujudkan aksi jagoan, dan ia terus ditambah baik dengan tindakan Hopkins merekrut Antonio Banderas sebagai 'Zorro muda' dalam misi untuk melunaskan dendamnya itu.

Namun, sayang sekali sekuel 'The Legend of Zorro (2005) gagal menggunakan sebaiknya persediaan ini. Tapi itulah risiko yang sering dihadapi bagi sesebuah filem sekuel kan?

The Crow (1994)

The Crow (1994)

Satu tips yang mungkin berguna disini, kalau seseorang yang telah anda bunuh setahun yang lepas, tiba-tiba muncul ditingkap bilik anda dengan berpakaian serba hitam kecuali catan pelik pada muka dan dia cuba mengancam anda.

Perkara terbaik yang wajar dilakukan adalah untuk tidak menguji sama ada boleh atau tidak anda bunuh dia sekali lagi. Kerana orang itu berkemungkinan mempunyai nasib yang sama seperti Eric Draven (Brandon Lee), yang mana bersama tunangnya menjadi mangsa keganasan jenayah yang dilakukan sekumpulan samseng keji. Draven dibangkitkan semula semata-mata untuk melempiaskan dendam serakahnya itu.

Meskipun filem ini lebih dikenali melalui kisah kematian bintangnya, Brandon Lee dilokasi penggambaran, The Crow masih antara karya dendam bermutu, padat dengan visual ganas yang merasuk semangat manusia yang sering teraniaya macam kita?! Heh..

BACA INI JUGA: Siapa "Raja Kematian" Terulung Hollywood?

-Sentiasapanas.com