Friday, April 04, 2014

Abu Sayyaf Tuntut Wang Tebusan RM11.5 Juta?

Abu Sayyaf Tuntut Wang Tebusan RM11.5 Juta?

Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai bertanggungjawab menculik seorang warga china dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna Sabah akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juta (RM11.5 juta) untuk membebaskan mangsa bukan warganegara Filipina, kata seorang penganalisis keselamatan.

Abu Sayyaf Tuntut Wang Tebusan RM11.5 Juta

Prof Dr Aruna Gopinath yang pakar dalam keselamatan maritim berkata, kumpulan pemisah yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina itu akan mengenakan kadar yang lebih rendah sekitar tiga juta pesos (RM219,000) untuk membebaskan tebusan warga Filipina.

“Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan,” katanya.

Aruna berkata, seorang wartawan Filipina yang dikenalinya diculik oleh kumpulan itu pada 2011 dan dijadikan tebusan selama 90 hari.

(Baca: Sejarah Dan Kehebatan Senjata AK-47)

“Dia bertemu dengan ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan untuk temu bual tetapi sebaliknya diculik oleh mereka. Dia dikurung di dalam sebuah rumah dan hanya diberikan air dan dua biji pisang tiga kali sehari.

Aruna berkata, seorang ahli kongres Filipina akhirnya bersetuju untuk membayar wang tebusan tiga juta pesos sebelum mangsa dibebaskan.

Sebuah lagi kumpulan iaitu Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang pakar dalam kegiatan penculikan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Aruna.

Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada Khamis sebagai berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut pegawai tersebut, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). –The Star

MH370: Apa Salah Rakyat Malaysia?

MH370: Apa Salah Rakyat Malaysia?

Ketika media dan warga siber China secara agresif menyelar kerajaan Malaysia kerana tidak puas hati dengan cara mengendali siasatan kehilangan penerbangan MH370, ramai rakyat negara ini bangkit mempertahankan negara mereka.

Apa Salah Rakyat Malaysia
Anggota keluarga penumpang MH370 meluahkan rasa tidak puas hati.

Meskipun berbeza pandangan politik, keturunan dan agama, mereka semakin bosan dengan tuduhan serta kenyataan yang memperlekehkan tanah air mereka ini serta pemimpin.

Kehilangan penerbangan MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu dan dianggap satu misteri dalam sejarah penerbangan membangkitkan kemarahan dalam kalangan rakyat China.

Seramai 154 daripada 239 penumpang dan anak kapal ialah warga China.

Anggota keluarga dan masyarakat di China, sama ada beranggapan kerajaan Malaysia tidak melakukan yang secukupnya merungkai misteri pesawat MH370 atau tidak memberitahu perkara sebenar.


Jika rakyat China kecewa, kerajaan Malaysia juga berperasaan yang sama kerana usaha besar-besaran yang digembleng dengan kerjasama 26 negara termasuk China mencari pesawat yang hilang secara misteri itu masih belum membuahkan hasil.

Kenyataan demi kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada sesetengah keluarga penumpang China, warga siber serta selebriti yang dilemparkan terhadap kerajaan Malaysia dikesali.

Namun apa yang berlaku ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat karenah sebenar orang Cina dari Tanah Besar yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini.

(Baca: TERBONGKAR! Amerika Syarikat Mampu REMOTE Semua Pesawat Boeing!)

Kenyataan seperti kerajaan Malaysia dan Penerbangan Malaysia (MAS) adalah ‘pembohong’ dan ‘pembunuh’, artis Malaysia nyah dari negara ini, orang Cina perlu pulaukan barangan Malaysia dan rakyat Malaysia adalah haiwan dan sampah ternyata sungguh biadab dan melampau.

Seperti yang dinyatakan Timbalan Ketua Pengarang akhbar harian Sin Chew Tay Tian Yan dalam ruangan pendapatnya baru-baru ini, apa kesalahan jenayah yang Malaysia lakukan untuk dicaci sebegitu rupa?

Dalam ruangannya, Tay mengingatkan kembali apa yang rakyat Malaysia lakukan di China termasuk selepas berlaku gempa bumi Sichuan pada Mei 2008.

Ketika negara itu memerlukan bantuan, ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi dan ramainya tidak mahu nama mereka disebut.

Malaysia juga menghantar pasukan penyelamat sementara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengerahkan ahli mereka ke zon bencana untuk membantu mangsa.

Malahan, beberapa dermawan Malaysia berikrar membina sekolah rendah yang dapat bertahan daripada kemusnahan gempa bumi pada masa depan.

“Bagi kami, apa yang ada di China mengagumkan meskipun kami mengalami kesulitan di tempat pemeriksaan imigresen, herdikan di restoran dan penipuan di kedai cenderamata. Semuanya kami hadapi dengan sabar. -Harian Metro
Gambar Gadis Dari China Yang Di Culik Di Semporna

Gambar Gadis Dari China Yang Di Culik Di Semporna

Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio ‘Shanghai People’ bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Gao Huayun, 29

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. –The Star

Kerja ‘Orang Dalam’

Datuk-Hamza-Taib

Polis percaya bahawa kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan, yang berpangkalan di selatan Filipina bertanggungjawab terhadap penculikan dua wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna.

Polis turut mengesyaki bahawa tujuh lelaki bersenjata itu mendapat “bantuan dalaman” untuk memasuki resort itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Khamis.

Beliau menambah, “sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.

Hamza berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu dalam usaha mereka untuk mengesan lelaki bersenjata dengan harapan bagi menyelamatkan dua wanita yang diculik.

“Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang merupakan dalang kepada insiden ini.

“Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan-kumpulan lain,” kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah merekodkan kenyataan 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China, seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) dalam siasatan mereka.

“Tiada tangkapan yang dilakukan,” kata beliau sambil menambah bahawa mereka hanya mencari orang-orang yang boleh membantu dalam siasatan mereka. –Mstar.com.my

-Sentiasapanas.com

MH370: Bersekongkol Dengan Fitnah Media Barat

MH370: Bersekongkol Dengan Fitnah Media Barat

MH370 adalah satu kejadian tragik, memilukan hati dan traumatik selama-lamanya akan terbuku dalam sejarah penerbangan.

mh370 mystery
Rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penumpang MH370.

Kejadian yang tidak pernah dijangka akan berlaku kerana ia belum pernah terjadi sebelum ini dalam rekod sejarah penerbangan di Malaysia mahupun antarabangsa.

Ia memang sangat menyedihkan dan menyeksa hati, penderitaan selama dua minggu dalam penantian berita serta takdir MH370.

Mengapa, bagaimana, bila dan dimana - pertanyaan-pertanyaan ini terus menjadi misteri dengan pencarian mungkin mengambil tempoh bertahun-tahun untuk dijawab atau tidak akan ada penyelesaian langsung.

Rakyat Perancis mengambil masa dua tahun untuk mengesan kedudukan kotak hitam selepas serpihan kapal ditemui.

Terdapat banyak kejadian dalam sejarah penerbangan, pesawat-pesawat hilang tanpa jejak sehingga hari ini kekal tiada penyelesaian.

Namun, kritikan memilukan hati belum pernah lagi dialami seumpamanya sebelum ini. Mengap negara Malaysia dilayan sebegitu teruk sekali oleh dunia yang 'sedar' dan terus dibelenggu persoalan seperti kita semua.

Kecenderungan manusia ialah mencari orang untuk dipersalahkan atas sebarang kesilapan dan dalam kedudukan ini memang mudah sekali menyalahkan kerajaan.

Dunia media kini memperkecil-kecilkan Malaysia. Kerajaan China beserta segala peralatan, pesawat, kapal perang berteknologi tinggi dan canggih tidak mampu merungkai misteri tetapi terlalu ghairah mengutuk Malaysia.

Pengkritik yang hanya pandai berteori terutama sekali negara Barat, menabur fitnah tanpa belas kasihan terhadap pengendalian perkara tersebut walaupun terdapat hanya sedikit pilihan untuk di teliti.

Dua puluh lima negara yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat dan semuanya memahami misi mustahil yang bakal mereka hadapi.

Semua negara ini berhimpun untuk Malaysia, selaku rakan dalam kesusahan, dimana ia sungguh menyentuh hati. Kami rakyat Malaysia menghargainya.

Kita rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh untuk negara di kala para pemimpin memerlukan sokongan. Mengkritik, mengutuk dan mempersenda-sendakan Malaysia adalah tidak wajar.

Kejadian misteri seumpama ini yang belum pernah berlaku sebelumnya dan mungkin akan kekal tanpa penyelesaian tidak harus digunakan sebagai kesempatan meraih kepentingan politik.

Kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada rakyat Jepun. Mereka berhimpun selepas kemusnahan Nagasaki dan Hiroshima, tanpa menyalahkan kerajaan ataupun sesiapa.

Semua negara, selaku warganegara yang patriotik, sepatutnya tidak bersekongkol dengan negara-negara luar terutamanya media-media Barat yang tidak henti-henti menabur fitnah dengan mengkritik dan memburuk-burukkan negara sendiri secara membabi-buta atas kepentingan diri dan politik.

Kita, rakyat Malaysia harus memberi sokongan kepada negara, bukannya menghukum pemimpin-pemimpin sekarang.

Apabila jawapan akhirnya ditemui, kita harus mengambil tindakan yang betul dan berjuang bersama, jika ada keperluan.

Akhir sekali, kita harus memberi sokongan kepada kerajaan, untuk meneruskan hidup dan bukannya terus membebankan mereka dengan kritikan serta tekanan.

Malaysia tidak harus hilang tumpuan demi masa depan.

OLEH: NKS Tharmaseelan

-Sentiasapanas.com

Thursday, April 03, 2014

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia.

Selfie

Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya?

Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:

Selfie

Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen.

Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej.

Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa, dan anaknya tiada di situ.

Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit.

Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak…

Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!

Seram tak?

Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, Wallahu’alam.

BACA INI JUGA: Gambar ‘Selfie’ Pertama Di Dunia!

Sumber: Mynewshub

Video Gadis Melayu Bergaduh Rebut Jantan?

Video Gadis Melayu Bergaduh Rebut Jantan?

Tak dapat digambarkan betapa malunya melihat kelakuan dua remaja dalam video di bawah. Gara-gara tak puas hati mereka bergumpal di luar sebuah kedai makan di Bukit Tinggi, Klang.

Rebut Jantan

Tak dapat dipastikan siapa yang memulakan pergaduhan ini tapi kedua-dua mereka kelihatan bersungguh-sungguh menarik rambut dan menendang satu sama lain tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Akhirnya sebab dah tak tahan tengok kedegilan dua budak ni termasuk walaupun sudah dijerkah beberapa kali, seorang lelaki bertindak berdiri di tengah-tengah mereka lalu meleraikan dengan bantuan seorang lelaki lain.

Dapat didengar ada yang menjerit kepada mereka, “Woi sudahlah, tak reti ke? Balik!!”

Yang peliknya tak ada sebarang suara keluar sepanjang pergelutan berlaku jadi tak dapat dipastikan apa punca yang membuatkan kedua-dua mereka naik hantu sampai macam ini.

BACA INI JUGA: Lagi Video Perempuan Bergaduh, Kali Ini Di Sabah!



Sumber

Penculikan Warga China Di Semporna Untuk Lagakan Malaysia-China!

Penculikan Warga China Di Semporna Untuk Lagakan Malaysia-China!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bimbang penculikan warga China di Semporna. Sabah yang dilaporkan hari ini mungkin perbuatan pihak tertentu untuk melagakan Malaysia dengan China selepas kejadian kehilangan pesawat MH370.

Penculikan Warga China Di Semporna Untuk Lagakan Malaysia-China!

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya bagi meninjau operasi mencari MH370, di Perth, Australia.

Dalam kejadian tersebut, tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu – seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri ke arah Pulau Semporna dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan. –ASTRO AWANI

Senarai Bakal Jurulatih Baru Manchester United?

Senarai Bakal Jurulatih Baru Manchester United?

Masa depan David Moyes di Manchester United masih hangat diperkatakan walaupun anak buahnya boleh dianggap berjaya di sai­ngan Liga Juara-Juara.

David Moyes Sucks

Gelaran ‘The Chosen One’ yang pernah diberikan kepadanya sebaik menggantikan Alex Ferguson hanyalah sekadar penyedap rasa dan bukan sedikit peminat yang kini menggelarnya sebagai se­orang pengendali gagal.

United mempunyai reputasi besar dan penyokong tegar kelab berkenaan tidak mahu menerima apa juga alasan diberikan Moyes walaupun pengendali itu pernah mengatakan Ferguson meninggalkan pemain yang sudah berusia untuk diuruskan.

David Moyes Sucks [2]

Justeru, beberapa nama baru disebut untuk menggantikan Moyes andai pemilik kelab antara yang terkaya di dunia itu memutuskan khidmat pengendali Scotland berkenaan perlu ditamatkan segera.

Juergen Klopp

Juergen Klopp

Walaupun sudah menandatangani kontrak baru bersama Borussia Dortmund, tahun lalu selain turut diintai Arsenal, skuad kendaliannya dilihat sudah mula berpecah dengan Robert Lewandowski dikatakan sedia untuk mengikut jejak Mario Gotze berpindah ke Bayern Munich, musim panas ini.

Walaupun Bayern sah menjuarai Bundesliga, mung­kinkah Klopp turut memikirkan jalan untuk keluar ke Liga Perdana Inggeris?

Beliau sudah merangkul dua gelaran Bundesliga dan kejayaan itu dikatakan sudah cukup memuaskan sekali gus melayakkan dirinya untuk menjadi pengendali mana-mana pasukan besar di Eropah.

Laurent Blanc

Laurent Blanc

Selaku bekas pemain United, Blanc beroleh pe­ngalaman mengendalikan pasukan bersama Bordeaux dan Perancis sebelum me­ngambil alih kelab juara Ligue 1, Paris Saint-Germain pada musim panas lalu.

PSG kini berada di landasan paling tepat untuk merangkul Ligue 1 dan beliau harus berterima kasih kepada pemilik kelab yang juga warga Qatar kerana menyediakan dana besar bagi mendapatkan pemain baru.

Untuk memikat Blanc dari PSG bukanlah satu tugas mudah, tetapi beliau apa yang dilakukannya di PSG mendapat perhatian ba­nyak pihak dan tidak mustahil United akan berusaha bermati-matian untuk me­ngikat pengendali itu.

Diego Simeone

Diego Simeone

Pengendali Argentina itu pantas mengukir nama di Eropah selepas beliau berjaya menjadikan Atletico Madrid sebuah kelab digeruni dan kini menjadi pesaing utama kepada Barcelona serta Real Madrid di La Liga.

Beliau pernah memenangi Copa del Rey musim lalu dan membawa Atletico ke suku akhir Liga Juara-Juara selain beroleh peluang untuk muncul juara La Liga musim ini.

Beliau menjadi dalang yang menyaksikan David Beckham dilayangkan kad merah ketika aksi Piala Dunia Perancis 1998 tetapi rasa marah warga England khususnya peminat United pasti sudah padam.

Ryan Giggs

Ryan Giggs

Jika David Moyes masih gagal menghasilkan sesuatu musim ini, United mungkin terpaksa menggunakan khidmat pengurus se­mentara dan satu-­satunya pilihan yang ada ialah Giggs.

Giggs kini salah se­orang tenaga kejurulatihan di bawah bimbingan Moyes dan dia cukup dihormati semua pemain dan selaku pemain senior, kehadirannya sangat disukai peminat dan tidak mengejutkan andai dia dilantik sebagai pe­ngendali United.

Begitupun, persoalan yang timbul ialah sama ada dia dihulurkan kontrak jangka panjang atau sekadar sementara.

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

Sumber: Hmetro

Lagi Artis Bercinta Dengan Isteri Orang!?

Lagi Artis Bercinta Dengan Isteri Orang!?

Rasanya agak lama juga peminat seni hiburan tanahair tidak dihidangkan dengan cerita mengenai pelakon Zul Huzaimy.

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang

Umum mengetahui bahawa dia sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad.

Bagaimanapun, menerusi portal hiburan OHBULAN!, kami mendapat cerita yang tidak enak mengenai pelakon ini.

Khabarnya, Zul Huzaimy kini sedang berpacaran dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang!

Beberapa keping gambar mereka bersama juga turut dikongsikan menerusi portal itu.

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang [2]

Harap-harap berita ini tak benarlah ya. Cukup-cukuplah cerita seorang artis tempatan ‘bermain cinta’ dengan isteri orang sampai bercerai-berai rumahtangga dibuatnya.

Diharap Zul Huzaimy akan tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini nanti. -Mynewshub.my

Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Hanez Suraya

Awi Rafael Hanez Suraya

Sementara itu, penyanyi Awi Rafael tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada saya dan pada tahap ini saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengambil tahu mengenai hal-hal berkaitan dengannya lagi,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK! ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini.

Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu.

Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan.

“Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama,” katanya.

Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu.

Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.

“Tidak benar sama sekali dan orang mungkin hanya salah anggap tambahan pula bukan saya yang buat lagu itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura. –mStar Online
Casing Telefon Yellow Jacket Untuk Elak Perogol

Casing Telefon Yellow Jacket Untuk Elak Perogol

Majoriti pengguna telefon bimbit semestinya mempunyai casing untuk telefon pintar mereka bagi tujuan keselamatan pada smartphone masing-masing kan.

Casing

Sebilangan besar juga memiliki powerbank kerana telefon pintar kadangkala mempunyai jangka bateri yang kurang memuaskan, ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit demi kepuasan dan nilai sesuatu produk.

Sebelum ini, kami ada paparkan mengenai powerbank berbentuk lego yang sangat menarik dan kreatif.

Tetapi jika anda mahukan keselamatan juga selain dua perkara di atas, anda memerlukan casing Yellow Jacket.

Casing

Ia adalah casing yang juga berfungsi sebagai powerbank dan perenjat elektrik. Perenjat elektrik? Ya, pada masa ini pelbagai perkara yang kita tidak duga mungkin akan berlaku seperti kejadian ragut, rompakan, dan insiden yang tidak disangkakan.

Powerbank yang sangat berguna ini mampu merenjat sehingga 650,000 volt. Ia merupakan perenjat elektrik keselamatan yang buat masa ini hanya boleh digunakan oleh telefon pintar Apple.

Yellow Jacket turut mempunyai dua ciri keselamatan untuk menghalang pemiliknya daripada tersalah tekan perenjat tersebut.

Casing

Lima lampu LED digunakan untuk menunjukkan paras jangka caj bateri. Material yang digunakan diperbuat daripada plastik lembut TPE bagi melindungi telefon bimbit anda daripada kerosakan akibat terjatuh, kesan pemakaian dan juga untuk cengkaman yang kuat.

Powerbank yang sangat berguna ini boleh digunakan 50 kali sebelum perlu dicaj semula. Harga Yellow Jacket dijual USD 99.00 (RM326) sebuah.

BACA INI JUGA: Solar Paper, Powerbank Pengecas Solar Paling Nipis Di Dunia!

Sumber: Yellowjacketcase