Monday, March 03, 2014

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Beberapa pemohon kesal apabila permohonan mereka untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak diterima.

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Difahamkan, pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi RM3,000 dan mengikut syarat BR1M 3.0 yang telah ditetapkan kerajaan.

Kerajaan melakukan semakan di pelbagai jabatan berkaitan bagi memastikan BR1M hanya diberikan kepada yang benar-benar layak, namun terdapat kes yang mana permohonan yang layak turut ditolak atas sebab tertentu.

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang ditolak permohonannya masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan.

Contohnya, permohonan BR1M oleh seorang bapa ditolak kerana dia baharu membeli sebuah kereta Proton Perdana.

Namun, dia yang membuat rayuan menjelaskan bahawa kereta tersebut adalah milik anaknya dan dengan penambahan maklumat tersebut, permohonannya diluluskan.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat rayuan dengan merujuk laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau ke jabatan tersebut.

Cara-cara membuat rayuan;
  1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan dipertimbang untuk diluluskan.
  4. Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

Pastinya dengan ledakan kenaikan kos sara hidup hari ini terutamanya melibatkan rakyat malaysia yang tinggal dan di kawasan bandar, permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 andaikata dapat diluluskan sekurang-kurangnya dapat menampung penurunan belanja boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia setiap bulan.

-Sentiasapanas.com

Video Gadis Belasah Warga Tua Dalam Bas!

Video Gadis Belasah Warga Tua Dalam Bas!

Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media.

Lana Janet Watmough and Layni Gloria Cameron

Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.

Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.

Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.

Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.

Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.



Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.

Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.

“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.

Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.

Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.

Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.

Julie, 47 London police protection

Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.

Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.

Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.

Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.

Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.

“Saya hilang segala-galanya.

“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.

Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.

Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.

Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.

Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.

“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.

“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.

Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.

Meagan Simmons, 28

Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.

Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.

Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.

Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.

Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya. -Agensi

Video PANAS Marilyn Monroe Dan JFK Di Lelong!

Video PANAS Marilyn Monroe Dan JFK Di Lelong!

Rakaman video seks ‘threesome’ antara Marilyn Monroe bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy dan adiknya, Robert akan dijual pada satu majlis lelong, Selasa ini.

Marilyn Monroe and JFK Scandal

Rakaman seks tersebut selama ini berada dalam simpanan seorang bekas pengawal keselamatan Hollywood, William Castleberry,56.

(Baca: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan)

William menyatakan selama ini dia menyimpan rakaman filem 8mm tersebut dan tidak mendedahkannya kerana menghormati suami Marilyn iaitu pemain bola keranjang legenda, Joe DiMaggio.

Filem yang diakui William sebagai rakaman benar itu akan turut dijual bersama beberapa barangan memorabilia lain yang disimpan William sepanjang perkhidmatannya bersama selebriti terkenal Hollywood satu ketika dulu.

Bill Clinton Bergambar Dengan Pelacur

Bill Clinton with Hookers

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton mencipta kontroversi sekali lagi dengan wanita. Kali ini beliau bergambar dengan dua pelacur di Nevada pada satu majlis amal.

Pelacur berkenaan dikenali sebagai Ava Adora dan Barbie Girl. Kedua-duanya bekerja di Bunny Ranch berhampiran Carson City.

Mereka menghadiri majlis itu bersama pemilik rumah pelacuran Bunny Ranch, Dennis Hof dan pelakon filem lucah, Ron Jeremy.

(Baca: Video Skandal Bill Clinton Dan Monica Lewinsky Kembali Tersebar!)

Clinton yang terkenal kerana menjalin hubungan sulit dengan pelatih White House, Monica Lewinsky, dilihat tersenyum lebar, hingga ke telinga ketika bergambar dengan pelacur berkenaan.

Ava berusia 23 tahun dan berasal dari San Diego.

Gambar itu diambil pada majlis Unite4:Humanity yang diadakan di sini, menjelang Anugerah Oscar.

Pada majlis itu, Clinton telah menyampaikan ucap tama dan menyampaikan anugerah Unity Award kepada Forest Whitaker.

Sumber: MIRRORUK/MYNEWSHUB

Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

“Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Gambar hiasan.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an

Sumber: Hmetro Online

Misteri Tengkorak Gergasi, Mereka Kaum 'Aad!

Misteri Tengkorak Gergasi, Mereka Kaum 'Aad!

Sekitar tahun 1990, dunia digemparkan dengan pendedahan beberapa keping gambar yang menunjukkan tengkorak dan rangka manusia yang begitu besar.

Kaum 'Aad!

Umumnya, ramai saintis berpemikiran Darwin menganggap rangka itu sebagai beruk gergasi. Mereka bermati-matian mempertahankan apa yang mereka percaya sebagai bapa kepada generasi homo sapiens baru.

Bagaimanapun, disebalik kekalutan itu, muncul sekumpulan orang yang mendakwa gambar itu cuma rekaan komputer semata-mata, mana mungkin ada manusia sebesar itu! Tulang tibia saja pun sudah setinggi manusia biasa, apa lagi tengkoraknya!

Mereka mendakwa penyebaran gambar itu ada kaitan dengan teknologi CGI dan juga perisian animasi komputer yang baru.

Namun, selepas diteliti sekumpulan penyelidik gambar, ia disahkan sebagai imej sebenar dan bukannya objek buatan mahupun 'Superimpose'.

Kaum 'Aad

Berdasarkan kenyataan itu, akhbar tabloid Britain membongkar kisah ini dengan mengaitkannya dengan aktiviti cari gali gas.

Menurut laporan berita, penemuan rangka ini berlaku secara tidak sengaja apabila sekumpulan penyelidik dari syarikat Aramco membuat kerja-kerja penggalian gurun di kawasan yang bernama Rub Al-Khali.

Berdasarkan maklumat penduduk tempatan, kawasan ini diklasifikasikan sebagai kawasan terbiar yang tidak diduduki manusia.

Malah setakat yang diketahui, tiada kafilah yang menggunakan laluan ini untuk ke sesebuah tempat.

Soalnya, bagaimana tiada seorang pun bangsa Badwi yang mengetahuinya, sedangkan mereka adalah pakar laluan gurun?

Milik siapakah rangka besar ini? Tidakkah sebelum ini ada pengkaji yang menemuinya dan kenapakah ia dirahsiakan begitu lama?

Atlantis of The Sands
The Sands.

Menurut penulis buku Atlantis of The Sands - The Search for The Lost City of Ubar, Ranulph Fiennas, rangka besar ini sebenarnya datang daripada sebuah bandar yang musnah akibat bencana alam. Kota ini bernama Uber atau Wabar. Lebih tepat lagi, inilah kota Iram yang tenggelam dan runtuh akibat bencana!

Kewujudan kota Iram telah dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Ia didiami oleh bangsa yang sangat hebat dan kuat. Mereka adalah kaum 'Aad!

Kehebatan bangsa ini adalah pada tubuh badan mereka yang sangat besar dan kekuatan yang sangat gagah.

Mengikut rekod, bandar yang disebut di dalam Al-Qur'an telah ditemui seorang ahli arkeologi amatur bernama Nicholas Clapp.

Harun Yahya
Kaum-kaum yang pupus.

Menurut tulisan Harun Yahya dalam buku Kaum-kaum Yang Pupus menjelaskan, Nicholas menemui Iram melalui sebuah buku lama berjudul Arabia Felix. Buku ini ditulis seorang pengembara Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932.

Perkataan Felix merujuk maksud kepada bahagian selatan semenanjung tanah Arab. Orang-orang Rom memanggil kawasan ini sebagai Felix kerana menganggap ia sebagai 'Tanah Arab Yang Bertuah'.

Ini kerana kedudukan kawasan ini menjadi laluan perdagangan antara timur dan barat menyebabkan ia diiktiraf sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Thomas, dalam buku ini mengakui pernah mengembara dengan unta kesebuah kawasan yang mempunyai runtuhan kota purba. Menurut panduan Bertram Thomas, terdapat sebuah trek yang terbentang luas di antara bukit pasir.

Runtuhan Kota Ubar
Runtuhan Kota Ubar.

Melalui celah bukit ini akan kelihatan bandar Ubar. Didalamnya terdapat taman-taman kurma dengan dinding kubu yang diperbuat dari perak. Sebahagian dinding telah tenggelam dibawah. Kawasan ini dinamakan Ramlat Shu'ait.

Bagaimanapun, nota panduan Thomas tidak menyatakan masa yang diambil untuk membuat perjalanan ini. Thomas hanya menyatakan, perjalanan ke situ sangat lama. Antara sebuah lokasi dengan lokasi lain sukar untuk dicam kerana hawa gurun panas dan permukaan serupa sepanjang perjalanan.

Berdasarkan kepada informasi yang diberikan Thomas Bertram, Nicholas Clapp percaya bandar ini benar-benar wujud. Cuma dia perlu membuktikan dahulu kewujudan lokasi ini.

Peta Kota Ubar
Peta Kota Ubar.

Hanya berdasarkan kepada minat, Clapp memulakan kajian dengan menjejaki maklumat dan peta lama yang tersimpan di perpustakaan Huntington California.

Penyelidikan singkat ini menemukan Clapp dengan peta lama yang dilakar ahli geografi Mesir Yunani, Ptolemy. Peta ini bertarikh sekitar 200 tahun Sebelum Masihi. Ia menunjukkan lokasi sebuah bandar purba seperti yang diceritakan Thomas. Peta ini juga menunjukkan arah dan cara untuk sampai ke sana.

Berbekalkan maklumat ini, Clapp cuba meyakinkan pihak NASA supaya mengambil gambar dari angkasa lepas mengikut koordinat peta Ptolemy.

Ubar photographs from the Space
Imej satelit Kota Ubar.

Hasilnya, sesuatu yang sangat menakjubkan. Mereka menemui tembok dan tiang bangunan yang tertimbus. Selepas diperincikan, ia adalah sebuah bandar yang disebut dalam Al-Qur'an sebagai Iram.

Benarlah kata-kata Allah di dalam Al-Qur'an. Kaum yang mendiami bandar ini telah dimusnahkan Allah dengan ribut yang sangat dahsyat.

Firman Allah dalam surah Al-Haaqqa ayat 6 hingga 8 menjelaskan bagaimana peristiwa bencana yang disebut pengkaji arkeologi sebagai kemusnahan akibat bencana.

Malangnya, pengkaji arkeologi barat langsung tidak tahu bahawa kaum ini dimusnahkan kerana mereka bangsa yang angkuh lagi sombong!

"Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau-lampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum ini bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?" Surah Al-Haaqqa: Ayat 6 hingga 8.

BACA INI JUGA: Misteri Di Sebalik Nama HAMAN Dalam Al-Qur'an

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 01, 2014

Misteri Manusia Bercahaya, Lady of Fatima

Misteri Manusia Bercahaya, Lady of Fatima

Segalanya bermula pada Mei 1917 apabila tiga orang kanak-kanak mendakwa mereka melihat seorang wanita yang 'lebih bercahaya daripada matahari, memancarkan satu sinar yang terang berbanding kristal, dengan jasad seolah-olah ditembusi cahaya'.

Misteri Lady of Fatima

Peristiwa itu kemudiannya dikenali diseluruh dunia sebagai 'Our Lady of Fatima', merujuk kepada tempat kejadian iaitu sebuah pekan bernama Fatima, Portugal.

'Wanita' itu dilaporkan muncul di depan kanak-kanak tadi pada hari ke-13 enam bulan berturut-turut, bermula pada 13 Mei.

Menurut salah seorang daripada kanak-kanak itu, Lucia Santo, 10 tahun, dalam tempoh pertemuan itu, mereka didedahkan dengan tiga rahsia, dikenali sebagai Three Secrets of Fatima.

Ribuan orang membanjiri pekan itu pada bulan-bulan berikutnya, dipengaruhi oleh laporan tentang visi dan keajaiban. Dalam 'tiga' pertemuan yang berasingan, mereka mendakwa wanita itu berjanji, pada tarikh 13 Oktober tahun itu, dia akan mendedahkan identitinya dan menunjukkan satu keajaiban supaya semua orang percaya.

Pada 13 Oktober 1917, kejadian pelik yang dikenali sebagai Miracle of the Sun, telah disaksikan dan dilaporkan oleh 50,000 hingga 100,000 orang disebuah dataran Cova da Iria, berhampiran Fatima, Portugal.

Semua yang datang pada hari itu rata-rata adalah mereka yang percaya kepada cerita tiga kanak-kanak tersebut. Berdasarkan kepada kenyataan saksi, selepas hujan turun, awan gelap berpecah dan matahari muncul menjadi imej legap; seperti piring hitam yang diputarkan dilangit.

Ia dikatakan telah menumpahkan pelbagai warna ke atas tanah, mewarnai awan disekeliling dan juga kepada manusia yang berkumpul disitu.

Matahari kemudian dilaporkan miring ke bumi dalam gerakan berbentuk zigzag. Dikatakan juga semua orang yang sebelum ini baju mereka basah akibat hujan, dengan tiba-tiba kering. Malah, tanah yang pada mulanya becak dan berlumpur, juga kering! Menurut laporan, kejadian itu berlaku dalam tempoh sekitar 10 minit sahaja.

Namun, menurut kebanyakan pakar termasuk seorang penyiasat paranormal, Joe Nickell, tiada apa yang mengejutkan pada kejadian itu sementelah berpuluh lagi dakwaan serupa tentang fenomena yang dikaitkan dengan matahari, termasuk di Lubbock, Texas pada 1989, Mother Cabrini Shine berdekatan Denver, Colorado pada 1992 dan Conyer, Georgia pada pertengahan 90an.

Nickell berpendapat imej matahari bergerak yang dilihat kebanyakan orang di Fatima adalah kesan optik yang berpunca daripada ritosi retina akibat melihat terlalu lama pada cahaya yang terang secara langsung.

Kisah Lady dan tiga kanak-kanak tadi tidak berakhir dengan fenomena matahari tersebut. Apa yang lebih menarik dan menimbulkan kontroversi adalah tiga rahsia yang diamanahkan kepada 'kanak-kanak terpilih' tadi.

Rahsia berkenaan dijaga rapi oleh gereja Katolik dan didedahkan kepada umum dalam latar masa yang cukup berbeza; dengan yang terakhir diumumkan pada tahun 2000.

Rahsia pertama kononnya, dikatakan adalah visi dari 'neraka', sementara rahsia kedua mencatatkan Perang Dunia Pertama bakal berakhir dan meramalkan akan berlakunya Perang Dunia Kedua.

Yang kelakarnya, rahsia kedua tidak didedahkan sehingga tahun 1941, tahun yang mana Perang Dunia Kedua sudah pun bermula. Secara tidak langsung membolehkan kita menghidu hubungan di antara cerita kanak-kanak terbabit dan pembohongan pihak-pihak tertentu.

Dapat? Kalau belum, teruskan menelaah artikel ini..

Majoriti kontroversi yang ada tidak lain hanya tertumpu kepada rahsia terakhir yang didedahkan pada tahun 2000; mencatatkan penyeksaan ke atas orang-orang Kristian pada abad ke-20 dengan kemuncaknya adalah percubaan membunuh Pope John Paul II.

Apapun, sejarahwan berpendapat yang rahsia ketiga mencatatkan perkara yang lebih penting iaitu berkenaan kemusnahan umat manusia dan hari kiamat. Itu berdasarkan kenyataan John Paul II sendiri pada tahun 1980 yang lalu memberi hint tentang rahsia ketiga.

Kalau betullah rahsia ketiga mencatatkan perkara tentang hari berlakunya kiamat, kita percaya yang ianya tidak akan didedahkan sehingga hari Kiamat nanti.

Anda dapat memahaminya?

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

-Sentiasapanas.com

Akhirnya, Nokia Terima Android!

Akhirnya, Nokia Terima Android!

Syarikat pengeluar telefon yang masih bernafas, Nokia dikatakan sudi menerima Android sebagai penyedia aplikasi yang disepadukan dalam sistem operasi Windows Phone­nya.

Nokia accept Android

Khabarnya, ia mendapat lampu hijau daripada Ketua Pegawai Eksekutif baru Microsoft, Satya Nadella untuk berbuat demikian.

Nokia antara syarikat yang aktif menggunakan Windows Phone dihasilkan Microsoft sebagai sistem operasinya.

Ia dilakukan demi melonjakkan Microsoft kembali kepada industri mudah alih dan tidak terhad kepada pengeluar perisian semata-mata.

Akses kepada aplikasi itu boleh dilakukan jika pengguna mengaktifkan akaun Google atau Microsoft.

Aspirasi baru Nokia

Nokia X

Tiga telefon Nokia berasaskan sistem operasi Android diperkenalkan syarikat dari Finland itu dengan tawaran harga berpatutan serendah kira-kira RM400.

Di bawah keluarga X, Nokia memperkenalkan Nokia X, X+ dan XL yang diinspirasikan berdasarkan rekaan Lumia.

Nokia X mempunyai saiz skrin 4.0 inci dengan kamera 3.0 megapiksel manakala Nokia X+ disasarkan untuk pengguna menikmati lebih game, muzik, foto dan video.

Satu lagi model, Nokia XL bersaiz 5.0 inci akan dilengkapi kamera depan 2.0 megapiksel. Kesemua model dikuasakan pemprosesan Dual Core Qualcomm Snapdragon.

Telefon Android paling selamat

Blackphone Android Smartphone

Sementara itu, pendatang baru, Blackphone tampil dengan versi PrivOS yang dikatakan telefon pintar Android paling selamat di dunia bersama pemprosesan Quad Core 2GHz selain paparan 4.7 inci HD IPS dan menyokong rangkaian LTE.

Lebih dari itu, ia dilengkapi kapasiti RAM 2GB dan setoran 16GB, namun tidak akan didatangkan sekali dengan slot kad mikroSD.

Pengeluarnya membangunkan Blackphone dengan kamera 8.0 megapiksel di samping kamera depan 1.3 megapiksel. -Hmetro Online
Cara Menyorok ‘Last Seen’ Di WhatsApp

Cara Menyorok ‘Last Seen’ Di WhatsApp

WhatsApp kini memperkenalkan cara bagi membolehkan pengguna lain tidak dapat melihat waktu terakhir anda aktif menggunakan aplikasi tersebut.

Hide ‘Last Seen’ in WhatsApp

Bagaimanapun jika anda memilih untuk menyorok ‘last seen’ anda, maka anda juga tidak dapat melihat perkara serupa pada pengguna lain.

Boleh dikatakan, ini adalah perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna Android yang menggunakan aplikasi ini bagi menjaga privasi mereka.

Hide ‘Last Seen’ in WhatsApp [2]

Apa yang bagus, ‘Last Seen’ ini boleh diatur untuk disorok sama ada terhadap pengguna tertentu, semua orang atau hanya kepada pengguna yang tidak diset nombornya di telefon bimbit anda.

Hide ‘Last Seen’ in WhatsApp [3]

Buat masa ini cara untuk menyorokkan ‘Last Seen’ belum boleh dimuatnaik di Google Play tetapi aplikasi ini boleh dimuat turun dari laman web rasmi Whatsapp.

Selain menyorok status ‘Last Seen’, aplikasi yang dimuat turun kelak boleh juga digunakan untuk mengatur siapa yang boleh melihat gambar profil dan status anda.

Bagaimanapun sila ambil perhatian, ia hanya boleh dilakukan untuk Android versi 2.1 ke atas dan tidak boleh dilakukan pada tablet.

Sumber: Crazyengineers.com
Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!

Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!

Seorang penghidap sindrom Asperger maut apabila ditumbuk oleh seorang lelaki hanya dengan satu tumbukan.

Asperger Andrew Young

Saat pesakit Asperger Andrew Young, 40 tahun, ditumbuk dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Charminster, Bournemouth, United Kingdom.

Pada awalnya Andrew menegur seorang lelaki yang menaiki basikal Victor Ibitoye, kerana berkayuh di atas bahu jalan yang menjadi kawasan pejalan kaki.

Andrew berkata kepada Victor perbuatan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Ketika Victor mahu beredar meninggalkan Andrew, datang rakannya Lewis Gill, 20 tahun, terus menumbuk Andrew tepat di muka.

Lewis Gill, 20

Andrew jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk permukaan jalan raya. Dia meninggal dunia pada keesokan harinya kerana kecederaan di kepala.

Kerana perbuatannya, Lewis dijatuhi hukuman penjara selama empat setengah tahun Jumaat lalu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian.

Ibu mangsa, bagaimanapun menganggap tempoh hukuman penjara yang dikenakan tidak mencukupi.

“Hukuman penjara ini umpama satu gurauan, saya fikir jika seseorang telah mengambil nyawa orang lain, orang itu pula perlu bersedia untuk nyawanya juga diambil,” kata Pamela Young.

Peguambela Lewis, Steven Perian dalam hujan pembelaannya berkata anak guamnya bertindak balas kerana Andrew membuat dakwaan bersifat perkauman.

Kejadian menyayat hati ittu berlaku pada 6 November tahun lepas. Sumber: Mynewshub



Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

Apa rahsia di sebalik badan anggun aktres Bollywood, Shilpa Shetty? Terfikir bagaimana Katrina Kaif mempuyai wajah seperti bidadari dengan kulit yang indah?

Di sini kami akan membongkar beberapa rahsia kecantikan terbaik yang telah diamalkan oleh diva-diva terkenal Bollywood. Teruskan membaca!

Aishwarya Rai

Aishwarya Rai

Bekas Miss India yang pernah memegang gelaran sebagai "wanita tercantik di dunia" ini merupakan contoh dan inspirasi kepada orang-orang di India mahupun seluruh dunia.

Ashwarya Rai percaya dalam penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti timun untuk masalah kulit, tepung gram untuk pembersihan dan menggunakan campuran susu dan yogurt untuk melembapkan kulit.

Untuk mengeluarkan toksin, dia menggunakan losyen semula jadi daripada madu, limau dan air panas untuk disapu pada badannya.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor

Ikon glamor ini telah menggegarkan industri filem dengan saiz avatar sifar beliau. Perjalanan sebagai anak seni beliau telah menarik perhatian daripada semua peringkat umur.

Perubahan beliau memerlukan banyak usaha, senaman yang memerlukan tumpuan penuh dan tabiat makan yang sihat.

Rahsia di sebalik badannya yang fit dan 'abs' sempurna adalah kerana Kareena mengikuti rejim yang ditetapkan oleh pakar pemakanan beliau, Rujuta Diwekar, yang mana merupakan penulis buku "Don't lose your mind, lose your weight" dan "Women and the Weight loss tamasha".

Selain itu, Kareena turut mengamalkan makan enam hidangan kecil, sihat dan berkhasiat serta mengamalkan yoga.

Shilpa Shetty

Shilpa Shetty

Dia merupakan seorang 'tomboy' semasa zaman remajanya, mempunyai badan yang tinggi lampai dan senyuman yang nakal.

Namun, dia mengalami transformasi ajaib yang mana menjadikannya sebagai seorang wanita yang berkarisma, cantik dan sentiasa bersedia seperti sekarang.

Telah mewakili negaranya dalam versi UK Big Boss dan melancarkan Yoga CD sendiri. Rahsia badannya yang fit dan 'toned, falsafah kecergasan beliau adalah terdiri daripada latihan berat untuk 'toning', yoga untuk mencapai fleksibiliti dan ketangkasan dan meditasi untuk sentiasa berasa tenang dan damai.

Dia tidak percaya pada berlapar untuk diet sebaliknya mematuhi tabiat makan yang sihat selari dengan rejim latihan yang ketat .

Hema Malini

Hema Malini

Dia adalah seorang pelakon legenda yang mana telah berusia dengan begitu anggun sekali. Rahsianya, beliau hanya menggunakan minyak aroma untuk menjaga kulitnya berseri dan sihat.

Untuk mengekalkan rambutnya sihat, aktres ini menggunakan campuran minyak kelapa, amla, tulsi dan neem untuk mengurut rambutnya dua kali seminggu.

Selain itu, dia turut menggunakan pembersih susu Clarins untuk membuatkan kulitnya licin dan segar.

Tambahan lagi, minum air yang banyak adalah satu lagi aspek penting dalam menjaga kulitnya supaya sentiasa terhidrat dan berseri.

Untuk kecergasan, Hema mengamalkan aktiviti berbasikal, 'Pranayam' selama 45 minit dan yoga setiap selang sehari.

Dia turut percaya dan mengamalkan diet vegetarian yang ketat yang terdiri daripada roti, dal, sayur-sayuran, beras, rasam, buah-buahan segar, teh hijau dan kadang-kadang bantuan daripada minyak sapi.

Karisma Kapoor

Karisma Kapoor

Diva ini kelihatan cantik walaupun tanpa kesan solekan dan gaya rambut ekor kuda tinggi beliau turut membantu meningkatkan ciri-cirinya yang hebat.

Telah memasuki angka 30an dan seorang ibu yang mempunyai bentuk badan yang sempurna, dia telah mengamalkan carta pemakanan seperti berikut:
  • Sarapan: 2 keping roti bakar gandum penuh dengan sayuran
  • Makan tengah hari: Salad buah
  • Snek: Sandwich atau Dhokla atau Udang
  • Makan lewat malam: Sup
  • Makan Malam: Dada ayam dan sayuran panggang.

Dia turut mevariasikan diet ini bersama beras perang, ikan kukus atau ayam dan mempunyai 2-3 putih telur setiap hari untuk mengekalkan pengambilan protein.

Katrina Kaif

Katrina Kaif

Digelar sebagai "Barbie Doll", Katrina telah menguasai industri filem India dengan senyumannya seperti bidadari, bentuk badannya yang panjang, ciri-ciri lembutnya dan kulit bersinar. Beliau merupakan salah satu pelakon tampak jelita mahupun tanpa mekap.

Rahsianya, dia hanya menggunakan topeng lumpur mineral untuk memerangi pelbagai masalah kulit yang terdiri daripada minyak muka yang berlebihan dan jerawat.

Beliau percaya dalam spa badan yang mana untuk bertujuan untuk bersantai secara keseluruhan dan kesejahteraan.

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

-SENTIASAPANAS.COM