Wednesday, March 05, 2014

Usaha Menghapuskan Minoriti Umat Islam

Usaha Menghapuskan Minoriti Umat Islam

Rancangan jahat menghapuskan orang Islam di Republik Afrika Tengah menyebabkan krisis kemanusiaan semakin meruncing sejak awal tahun 2014 lalu. Kira-kira 1.4 juta penduduk minoriti Islam menjadi sasaran keganasan kumpulan militia Kristian yang menggelar diri mereka sebagai anti-Balaka.

anti-Balaka

Penasihat kanan Amnesty International, Joanne Mariner berkata, militia anti-Balaka melancarkan kempen pembersihan orang Islam secara besar-besaran di negara terbabit dan menyelar kumpulan pengaman antarabangsa kerana gagal menghalang perbuatan itu.

“Walaupun terdapat kira-kira 1,600 askar Perancis ditempatkan di negara bergolak itu bersama 6,000 anggota pasukan pengaman Kesatuan Afrika (Misca), mereka masih gagal menghentikan pertelagahan antara kedua-dua puak tersebut,” tegasnya.

Difahamkan, insiden keganasan etnik pada kali ini adalah paling buruk sejak bekas Presiden Michel Djotodia meletak jawatan pada 10 Januari lalu.

Selain itu, ada pihak mendakwa, faktor utama menyebabkan keganasan etnik itu kerana negara Barat dan sekutunya tidak senang dengan perkembangan Islam di negara tersebut.

Pengusiran secara paksa

Kumpulan hak asasi manusia (HRW) menyatakan, serangan ke atas penduduk Islam sememangnya sudah dapat dijangka.

Menurut laporan Amnesty, lebih 100 penduduk di barat dan utara negara itu menjadi saksi kekejaman ke atas orang Islam selepas kumpulan pelampau Kristian tersebut meneruskan rancangan menghapuskan dan mengusir orang Islam secara paksa dari negara itu.

Keganasan paling teruk direkodkan adalah di bandar utara Bossemptele, di mana sekurang-kurangnya 100 orang termasuk warga emas dan seorang imam lingkungan 70-an dibunuh, Januari lalu.

Selain itu, beberapa bandar lain seperti Bouali, Boyali dan Baoro turut menjadi sasaran serangan militia anti-Blaka sejak akhir tahun lalu.

Keganasan itu menyebabkan banyak pihak mula khuatir jika insiden pembunuhan beramai-ramai seperti di Rwanda hampir 20 tahun lalu kembali berulang.

Rencana kemanusian terburuk

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres memberitahu, beliau telah menyaksikan bencana kemanusiaan terburuk dan sentimen anti-Islam di Republik Afrika Tengah.

Menurutnya lagi, sebahagian daripada penduduk Islam masih terperangkap di dalam negara itu akibat tindakan pengepungan kumpulan militia anti-Balaka.

Sementara itu, Pengarah Kecemasan HRW, Peter Bouckaert memaklumkan etnik minoriti tersebut turut berhadapan ancaman bunuh.

“Sebelum konfl ik itu tercetus, populasi orang Islam mencecah sehingga 30,000 orang.

Namun, kini jumlahnya kurang daripada 500 orang selain tujuh daripada lapan masjid dimusnahkan sewenang-wenangnya,” jelasnya lagi.

80 peratus pelarian di dunia adalah orang Islam

Negara berkeluasan 623,000 kilometer persegi ini didiami kira-kira lima juta penduduk.

Sejak lima dekad lalu, Republik Afrika Tengah berada di bawah pemerintahan kuku besi selepas mendapat kemerdekaan dari Perancis pada 1960.

Ia turut disenaraikan sebagai negara termiskin di dunia walaupun kaya dengan emas, kayu balak, berlian dan uranium.

Penduduk Islam minoriti di negara itu hanya 15 peratus atau 750,000 orang namun, mereka mampu menguasai bidang ekonomi dan perdagangan.

Bagaimana kekacauan tercetus?

Gabungan kumpulan Islam, Seleka, pimpinan Michel Djotodia menggulingkan bekas Presiden Francois Bozize dalam rampasan kuasa, Mac tahun 2013 lalu. Beberapa bulan sebelum itu, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan yang akan dipimpin oleh beliau.

Bagaimanapun, perjanjian damai tersebut gagal dilaksanakan selepas kumpulan Seleka semakin mara dan menawan beberapa bandar termasuk ibu negara.

Ketegangan yang memuncak menyebabkan Bozize terpaksa melarikan diri ke Cameroon. Difahamkan, beliau pernah mengetuai rampasan kuasa, kira-kira 10 tahun lalu dan memenangi pilihan raya pada 2005 serta 2011.

Apa berlaku selepas Bozize digulingkan?

Negara itu menjadi huru-hara akibat krisis politik. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 400,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam tempoh beberapa bulan.

Bagaimanapun, konflik semakin meningkat selepas kebangkitan kumpulan anti-Balaka yang melancarkan kempen penghapusan etnik Islam hingga menyebabkan pasukan pengaman antarabangsa terpaksa campur tangan.

Pada 10 Januari lalu, Djotodia akhirnya meletak jawatan, selepas banyak pihak mempertikaikan kredibiliti beliau kerana gagal menamatkan pertumpahan di Republik Afrika Tengah.

Susulan daripada pengunduran Djotodia, bekas Datuk Bandar Bangui, Catherine Samba-Panza menjadi wanita pertama dilantik sebagai presiden sementara pada 23 Januari lalu.

Berapakah jumlah korban keganasan etnik tersebut?

Kakitangan Palang Merah Antarabangsa melaporkan, lebih seribu mayat ditemui bergelimpangan di sekitar ibu negara sejak 5 Disember lalu.

Selain itu, kira-kira 133 kanak-kanak dibunuh sejak dua bulan lalu dan sebahagian daripadanya turut dipancung dan anggota tubuh mereka dikudungkan.

Bagaimana nasib penduduk Islam?

Mereka terpaksa mendapatkan perlindungan di negara jiran dan beberapa lokasi di seluruh negara termasuk lapangan terbang di Bangui.

Jumlah pelarian semakin meningkat dikhuatiri menyebabkan bencana kemanusiaan terburuk kerana bekalan makanan dan ubat-ubatan semakin berkurangan akibat sekatan daripada kumpulan militia, anti-Balaka.

Kebanyakan pelarian juga jatuh sakit dan mengalami trauma.

BACA INI JUGA: Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

-Sentiasapanas.com

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa

Anwar Ibrahim pada 3 Mac lepas dilaporkan sebuah portal berita menggunakan alasan yang dangkal dan jauh menyimpang dari ajaran Islam demi menutup perbuatan beliau berucap di dalam gereja Kristian untuk meraih sokongan politik.

Anwar masuk Gereja

Anwar mendakwa kehadirannya ke gereja itu berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama iaitu Islam dan Kristian.

Katanya lagi, beliau hadir ke gereja untuk mendoakan Nabi Isa.

“Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa,” katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang pada 3 Mac lepas.

Sebagai seorang Islam, untuk mendoakan Nabi Isa yang merupakan antara 25 Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam tidak perlu ke gereja kerana di gereja mereka bukan mengagungkan Nabi Isa sebenar sebaliknya lelaki yang ditukar wajahnya menyerupai Nabi Isa.

Anwar masuk Gereja [2]

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), kehadiran beliau ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam pertubuhan bukan kerajaan lagi iaitu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit.” kata Anwar.

Pada bulan lepas juga, Anwar berucap di Gereja Holy Family di Kajang dengan jelas salib Kristian terpapar di atas dinding di belakang beliau ketika beliau memberikan ucapan.

Kenyataan berkenaan bukan sahaja menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam tetapi ia juga akan menyebabkan tercetusnya kekeliruan berkaitan Nabi Isa yang diberikan melalui kenyataan Anwar ini.

Rasul Allah Nabi Isa adalah berbeza dengan Jesus yang disembah oleh penganut agama Kristian sebagai anak Tuhan.

Anwar masuk Gereja [3]

Sehingga kini, Anwar bebas bergerak di sekitar Kajang sebagai persiapan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada 23 Mac ini termasuk memberikan ceramah ketika sesi kuliah Maghrib di surau dan masjid.

Biarpun diketahui menyampaikan ceramah namun digelarkan Anwar sebagai tazkirah, sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih berdiam diri dan Anwar terus bebas,

Anwar dicalonkan PKR untuk bertanding mengisi kekosongan yang tanpa sebab munasabah ditinggalkan oleh penyandang juga dari PKR Lee Chin Cheh.

Jika beliau menang, ada kemungkinan namanya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber: Mynewshub

Daft Punk, Keunikan Robot Retro

Daft Punk, Keunikan Robot Retro

Daft Punk merupakan nama kumpulan duo Perancis yang tidak asing lagi dalam industri muzik dunia terutamanya dalam genre French House.

Daft Punk Helmets

Kumpulan duo ini terdiri daripada dua jejaka yang bernama Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo, yang mana mereka memperjuangkan muzik 'House Frence' yang menggabungkan elemen house dengan synthpop, satu genre yang pernah popular pada 1980an tapi sudah jarang dihasilkan oleh para pemuzik pada lewat dekad tersebut.

Daft Punk terkenal dengan penghasilan persembahan live yang teliti dimana elemen dan kesan visual digarap bersama muzik.

Thomas Bangalter and Guy-Manuel de Homem-Christo

Mereka juga terkenal dengan imej berhelmet khas dan sarung tangan seperti robot apabila muncul dikhalayak ramai dan apabila membuat persembahan sejak tahun 2001.

Fakta Menarik Tentang Kumpulan Daft Punk

1. Thomas Bangalter memakai helmet yang berbentuk lebih berkotak manakala Guy-Menuel de Homem-Christo memakai helmet yang lebih kebulatan.

2. Helmet original Daft Punk pada era album Discovery mereka ditempah dengan kos lebih $65,000. Helmet ini mempunyai fungsi untuk memaparkan teks dan animasi.

3. Single 'Get Lucky' bersama Pharrell mendapat tempat Top Ten dalam carta muzik di 32 negara dan dijual lebih 7.3 juta salinan pada September 2013.

4. Giorgio by Moroder merupakan lagu oleh Daft Punk sebagai tanda menghargai Giorgio Moroder, seorang penerbit rekod, penulis lagu, pelakon dan DJ yang berpengaruh. Lagu ini merupakan monolog oleh Giorgio Moroder yang bercakap tentang kehidupan awal dan kerjayanya dalam bidang muzik.

5. Muzik video single Harder, Better, Faster, Stronger Daft Punk diarahkan oleh Kazuhisa Takenouchi, pengarah veteran Toei Animation dibawah seliaan Leiji Matsumoto. Babak dalam klip video ini digabung di dalam realisasi visual album Discovery yang berbentuk anime, Interstella 5555: The 5tory of the 5ecret 5tar 5ystem.

Single Top Daft Punk
  1. Harder, Better, Faster, Stranger (2001)
  2. Get Lucky (2013)
  3. One More Time (2000)
  4. Around The world (1997)
  5. Instant Crush (2013)
  6. Da Funk (1995)
  7. Something About Us (2003)
  8. Digital Love (2001)
  9. Robot Rock (2005)
  10. Technologic (2005)

-Sentiasapanas.com

Kisah Imam Abu Hanifah Dengan Budak Kecil

Kisah Imam Abu Hanifah Dengan Budak Kecil

Info Agama. Kisah ini menceritakan tentang soal gelaran yang diberikan kepada individu tertentu. Sebagai contoh, gelaran yang biasanya digunakan di Malaysia seperti YB, Dato, dan sebagainya.

Anak yang beriman

Berbalik kepada kisah tadi, ia adalah tentang Imam Abu Hanifah dengan seorang budak kecil.

Kisah bermula di mana ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba beliau melihat seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan: "Wahai budak, berhati-hati dengan kasut kayumu itu. Bimbang nanti engkau akan tergelincir."

(Baca: Dalam Sehari, Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?)

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya.

Budak itu tiba-tiba bertanya: “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Imam Abu Hanifah lalu menjawab: “Namaku Nu’man“.

“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?”, budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

Imam Abu Hanifah lalu menjawab: "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku yang meletakkannya."

Budak itu lalu menjawab: “Wahai Imam, janganlah sampai engkau tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir, tapi hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang tergelincir ke dalam neraka Allah lantaran angkuh dan bangga.”

Lalu menangislah Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada anak kecil tersebut.

Allahu Allah. Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini.

Terima kasih atas baik sangka orang lain terhadap kita.

[Sumber]

Video Kandungan Sebenar Gula Coca-cola Tersebar!

Video Kandungan Sebenar Gula Coca-cola Tersebar!

Pasti ramai antara kita meminati minuman berkarbonat Coca-Cola yang sudah lama menempa nama dalam industri makanan dan minuman di dunia.

Coca-cola Sugar

Sejarah Coca-Cola bermula sejak tahun 1886 apabila seorang Ahli Farmasi Dr John S Pemberton mencipta sejenis minuman ringan yang begitu enak.

Beliau mencipta air berperisa, kemudian membawanya ke sebuah farmasi berdekatan sebelum dicampur dengan gas menjadikannya minuman berkarbonat.

Mereka yang mencubanya buat kali pertama pada ketika itu menyukai rasanya.

Bagaimanapun, kini pada tahun 2014 wujud kritikan dan kecaman ke atas jenama Coca-Cola kerana kandungan gulanya yang dikatakan tinggi.

Pada satu program bual bicara saluran BBC iaitu Newsnight tahun lalu telah mendedahkan di hadapan kamera berapa sebenarnya kandungan gula yang terdapat di dalam segelas besar air berkarbonat Coca-Cola itu.

Video berkenaan terdapat di laman YouTube BBC Newsnight dan ia dimuatnaik November tahun lepas tetapi ia menjadi viral beberapa hari ini kerana ia disebarkan semula.

Ia juga kembali mendapat perhatian kerana peningkatan mendadak statistik penghidap penyakit diabetes atau ‘kencing manis’ di seluruh dunia yang semakin membimbangkan.



Dalam video diatas, pengacaranya Jeremy Paxman mendedahkan kandungan sebenar gula melalui berapa banyak jumlah bungkusan kecil gula yang biasa kita gunakan di hotel-hotel.

Dalam satu cawan sederhana Coca-Cola, Jeremy mendedahkan ada 23 paket gula manakala bagi cawan besar air Coca-Cola terdapat 44 paket gula yang sememangnya membahayakan kesihatan

Beliau melakukannya di hadapan tetamu jemputan James Quincey Presiden syarikat Coca-Cola di Eropah dalam program tersebut.

Biarpun James cuba menjawab kritikan ‘pedas’ yang diberikan Jeremy tetapi jelas beliau kelihatan gugup dan panik kerana pendedahan yang jelas boleh ditonton oleh orang ramai di seluruh dunia. -Mynewshub

Tuesday, March 04, 2014

Pasangan Sweden Nafi Berkasar Pada Anak

Pasangan Sweden Nafi Berkasar Pada Anak

Hari ketujuh perbicaraan pasangan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin yang didakwa di Mahkamah Daerah Solna atas tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga tahun 2013 hari ini menyaksikan giliran Azizul dipanggil memberikan keterangan.

Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin

Azizul yang memakai baju kemeja berwarna hijau lengkap bertali leher dan berkot hitam dipanggil bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa sebaik sahaja Mahkamah bermula pada jam 9 pagi.

Perbicaraan yang dijalankan dalam Bahasa Sweden dengan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa itu dimulakan dengan Azizul diminta untuk menceritakan mengenai latar belakangnya bermula dengan diri, keluarga, isteri dan anak-anaknya.

Beliau yang ditahan reman sejak 18 Disember tahun lalu sempat berkongsi saat manis menceritakan bagaimana isterinya, Shalwati menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi dengan menaiki pengangkutan awam.

Saat ditanya adakah dia pernah melakukan kekerasan terhadap empat orang anaknya, Azizul menafikan perkara tersebut. Azizul yang mengaku mengamalkan cara didikan tegas bagaimanapun berkata dia telah mengurangkan ketegasan tersebut sewaktu berpindah ke Sweden kerana dikejutkan dengan situasi sedih yang berlaku sewaktu mendaftarkan persekolahan anak ketiganya, Adam.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Azizul kedengaran tersekat-sekat sambil ada ketikanya menundukkan muka sementara Shalwati yang memakai baju dan tudung berwarna merah dilihat mula mengesat air mata.

Seluruh mahkamah juga merasa hiba apabila Azizul menerangkan dia terkesan dengan situasi yang mana Adam tidak dibenarkan untuk didaftarkan di sekolah biasa sebaliknya diminta ke sekolah khas (slow learner) akibat daripada disleksia yang dialaminya.

Azizul yang menggelar Adam sebagai ‘streetsmart’ mengatakan akibat insiden itu, dia mengurangkan ketegasan bagi mengelakkan tekanan terhadap anak-anaknya terutamanya Adam.

Saat ditanya mengenai insiden-insiden pukulan yang didakwa dilakukan oleh beliau, Azizul menafikan ada memukul anak-anaknya di muka, belakang badan dan tangan sebaliknya menyatakan dia hanya memberikan pukulan ringan sebagai pengajaran kepada anak-anaknya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bukannya berniat mencederakan atau mendatangkan kesakitan.

Azizul yang ditanya berkaitan empat insiden di mana dia dikatakan memukul anak-anaknya menerangkan insiden pertama berlaku ketika di meja makan sewaktu menikmati makan malam yang mana Azizul berkata ianya adalah mustahil untuk beliau memukul Ammar ketika itu kerana tempat duduk anak keduanya itu berhadapan dengannya dan kedudukan itu tidak memungkinkan Ammar dipukul.

Insiden kedua pula dikatakan berlaku apabila Azizul menggunakan rotan sewaktu mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran.

Azizul menegaskan ianya tidak berlaku kerana kayu nipis yang dikatakan sebagai alat memukul itu hanya digunakan sebagai penunjuk dan jika digunakan untuk memukul sekalipun, ia tidak mendatangkan kesakitan atau kesan.

Selain itu, terdapat juga insiden yang berlaku di dalam kereta di mana Azizul dikatakan memukul Ammar yang bertengkar dengan Aisyah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Azizul menafikan kejadian tersebut dengan menceritakan dia hanya menyentuh bahu Ammar dan memintanya berhenti berbalah dengan kakaknya.

Sewaktu kejadian itu, Azizul yang sedang memandu terdengar anak-anaknya bertengkar apabila Ammar yang duduk di bahagian depan menggerakkan kerusinya jauh ke belakang mengakibatkan Aisyah yang duduk di tempat duduk belakang tersepit.

Aisyah yang beberapa kali meminta Ammar membetulkan kerusinya tidak dihiraukan menyebabkan Azizul menghalang dan meminta Ammar untuk membetulkan kerusinya.

Pegawai Pendakwa yang sentiasa cuba membuktikan Azizul ada memukul anaknya ketika ini bertanya mengenai kejadian Ammar dipukul semasa hari halloween.

Azizul yang kelihatan tenang bagaimanapun menjawab mereka tidak menyambutnya kerana ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh itu, dia tidak tahu bilakah hari tersebut selain menyatakan kejadian ini tidak pernah berlaku.

Ketika ditanya bagaimana dia menzahirkan perasaan marah, Azizul menjelaskan kebiasaannya dia akan meninggikan suara selain membuat bunyi sama ada mengetuk meja atau tangga.

Ada ketikanya dia turut memutuskan talian internet dan membuat kiraan sebagai amaran kepada anak-anaknya.

Perbicaraan bersambung 5 Februari 2014. –SINAR HARIAN

Rita Sokong Liyana, Hanez Rampas Suami!

Rita Sokong Liyana, Hanez Rampas Suami!

Susulan kontroversi ‘rampas’ suami yang melibatkan pelakon Hanez Suraya baru-baru ini, Rita Rudaini menerusi Instagramnya telah menyatakan sokongannya pada isteri lelaki yang dikenali sebagai Mr. R terbabit, Liyana Manan.

Rita Rudaini

Dengan memuatnaik keratan artikel mengenai luahan hati wanita itu, Rita menulis:

“Dear @liyanamanan…sabar lah wahai sahabatku..Berdoa byk2 psNYA.. Sy sgt sedih, jaga anak2mu sebaiknya, kuat demi anak2..ALLAH sentiasa bersama kita…”

Rita Rudaini [3]

Mungkin kerana pernah melalui episod luka dalam rumahtangganya sebelum ini, Rita mungkin memahami apa yang tersirat di hati Liyana kini.

Kata-kata pelakon itu turut disokong oleh beberapa pengikutnya:

Rita Rudaini [4]

Kami harapkan semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya tanpa perlu pertikaman lidah antara satu-sama lain.

Setakat ini, hanya Hanez dan Liyana sahaja yang membuat kenyataan, Mr. R senyap sahaja. -Mynewshub


NGERI! Kulit Mencair Tersilap Makan Ubat!

NGERI! Kulit Mencair Tersilap Makan Ubat!

Info Ngeri. Wajah seorang seorang pelatih pendandan rambut dari Hoveton, Norwich, United Kingdom dipenuhi gelembung nanah sebesar bola tenis apabila tersilap mengambil ubat untuk melegakan kesakitan ulu hati.

Leanne Howes Skin [4]

Kulit sekitar wajah Leanne Howes, 17, menggelupas manakala bahagian dalam mulut dan tekaknya dikatakan turut bengkak hingga menyukarkan gadis ini untuk bernafas sehari selepas dia mengambil tablet Zantac yang dibeli di farmasi.

Leanne Howes Skin [2]

Menurut Leanne, pada mulanya dia berasa amat gatal sebelum kulitnya mula membengkak dan bernanah.

Leanne Howes Skin

Dia dikejarkan ke hospital selepas ibunya menemui Howes terbaring di lantai bilik air tidak sedarkan diri.

Sebaik tiba di Hospital Universiti Norfolk, doktor menyapu krim perubatan lalu kulitnya mulai luruh dan mencair.

Leanne Howes Skin [3]

Howes disahkan mengalami sindrom Stevens-Johnson yang jarang berlaku. Secara nisbah, keadaan ini hanya menimpa dua orang daripada sejuta.

Leanne Howes Skin [5]

Keadaan Howes kini sudah pulih namun peristiwa yang menimpa dirinya pada September tahun lepas ini tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Sumber: MIRROR UK

Ahli Politik Wanita Perlis Ditangkap Khalwat

Ahli Politik Wanita Perlis Ditangkap Khalwat

Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Berkhalwat
Gambar hiasan.

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

(Baca: Suami Kongsi Video Isteri Kantoi Curang Di YouTube!)

“Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah,” kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. –The Star

Luar Biasa! Manusia Kebal Patukan Ular Berbisa!

Luar Biasa! Manusia Kebal Patukan Ular Berbisa!

Percayakah anda terdapat manusia yang kebal daripada patukan ular berbisa? Percaya atau tidak, itulah realiti seorang lelaki bernama Tim Friede yang mempunyai keistimewaan yang cukup hebat berbanding manusia lain.

Tim Friede

Beliau mendakwa telah dipatuk oleh lebih 100 ekor ular berbisa namun dia terselamat kerana jejaka yang tinggal di daerah Milwaukee, Winconsin, Amerika Syarikat ini kebal terhadap bisa ular.

Tim dipatuk ular buat kali pertama ketika berusia lima tahun dan terselamat.

Insiden itu telah mengubah hidupnya. Dia tidak fobia atau takut dengan ular malah menjadi obses dan terpesona dengan ular.

Dalam rancangan Stan Lee Superhumans terbitan History Channel, Tim pernah membuktikan keupayaan dengan menyuntik 40 miligram bisa ular Black Mamba. Bisa ini mampu membunuh manusia dalam tempoh 30 minit.


Black Mamba adalah ular berbisa yang berasal daripada Afrika. Ia amat ganas dan berbahaya pada manusia.

Beribu-ribu orang telah mati akibat dipatuk ular ini. Bisa Black Mamba mengandungi neuroktosin yang akan menyerang sistem saraf manusia lalu melumpuhkan aktiviti jantung sebelum seseorang menemui ajalnya.

Sebelum Tim menyuntik dirinya dengan bisa Black Mamba, dia terlebih dahulu memerah bisa ular itu ke dalam sebuah bekas. Selepas itu menyuntik bisa tersebut menggunakan jarum suntikan terus ke saluran darahnya.

Menakjubkan, setelah 30 minit badan Tim tidak menunjukkan apa-apa simptom diserang bisa ular walaupun telah disuntik dengan 40 miligram bisa Black Mamba.

Tekanan darah dan degupan jantungnya normal dan terbukti Tim adalah manusia anti bisa!

Menurut pakar ular dari Zoo Jacksonville, Australia, Dino Ferri, keupayaan Tim memang sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.

Menurut Dino, dia tidak pernah melihat manusia yang mampu selamat selepas bisa ular masuk ke dalam tubuhnya tanpa mengambil vaksin anti bisa.

Tambahnya lagi, badan Tim mempunyai serum antitoksin yang dapat meneutralkan bisa ular. Sebab itulah dia imun dan menghasilkan antibodi untuk melawan molekul aktif bisa.

Dia mungkin memperoleh keupayaan menukar bisa dalam tubuh semasa dipatuk ular pada masa lalu.

Menurut Tim lagi, jika orang ramai melihat ular berbisa mematuknya, mereka akan terkejut dan bertanya sama ada dia akan mati. Tetapi selepas melihat keupayaannya, mereka kagum dan seperti tidak percaya dirinya kebal daripada bisa ular.

Snake anti-venom
Penawar bisa ular.

Membiasakan diri dipatuk ular berbisa memerlukan kekuatan mental yang sangat tinggi. Walaupun badannya imun daripada bisa ular, Tim kadangkala rasa gemuruh dan takut apabila membiarkan dirinya dipatuk.

Tim selalu menjalankan proses yang dipanggil sebagai 'Imunoterapi' bisa dengan menyuntik bisa ular daripada masa ke semasa untuk meningkatkan sistem imunitinya dan membina antibodi yang bauk untuk meneutralkan bisa ular.

Dia kini menyimpan berpuluh-puluh ekor ular berbisa di bilik khas di kediamannya dan bekerja keras membangun dan menghasilkan vaksin anti bisa generasi baru yang dapat memulihkan mangsa yang dipatuk ular di seluruh dunia.

Namun, walaupun kebal bisa ular, Tim kerap kali menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan buah pinggang dan hatinya tidak rosak akibat kerja-kerja bahaya yang dilakukannya itu.

Fakta menarik mengenai ular;
  • Setiap tahun hampir 125,000 orang mati dipatuk ular di seluruh dunia.
  • Anti bisa pertama telah dihasilkan oleh saintis Perancis, Albert Calmette pada tahun 1895.
  • Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang habitatnya di air dan di darat. Daripada jumlah ini, hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!

-SENTIASAPANAS.COM