Wednesday, March 05, 2014

Video Kandungan Sebenar Gula Coca-cola Tersebar!


Pasti ramai antara kita meminati minuman berkarbonat Coca-Cola yang sudah lama menempa nama dalam industri makanan dan minuman di dunia.

Coca-cola Sugar

Sejarah Coca-Cola bermula sejak tahun 1886 apabila seorang Ahli Farmasi Dr John S Pemberton mencipta sejenis minuman ringan yang begitu enak.

Beliau mencipta air berperisa, kemudian membawanya ke sebuah farmasi berdekatan sebelum dicampur dengan gas menjadikannya minuman berkarbonat.

Mereka yang mencubanya buat kali pertama pada ketika itu menyukai rasanya.

Bagaimanapun, kini pada tahun 2014 wujud kritikan dan kecaman ke atas jenama Coca-Cola kerana kandungan gulanya yang dikatakan tinggi.

Pada satu program bual bicara saluran BBC iaitu Newsnight tahun lalu telah mendedahkan di hadapan kamera berapa sebenarnya kandungan gula yang terdapat di dalam segelas besar air berkarbonat Coca-Cola itu.

Video berkenaan terdapat di laman YouTube BBC Newsnight dan ia dimuatnaik November tahun lepas tetapi ia menjadi viral beberapa hari ini kerana ia disebarkan semula.

Ia juga kembali mendapat perhatian kerana peningkatan mendadak statistik penghidap penyakit diabetes atau ‘kencing manis’ di seluruh dunia yang semakin membimbangkan.



Dalam video diatas, pengacaranya Jeremy Paxman mendedahkan kandungan sebenar gula melalui berapa banyak jumlah bungkusan kecil gula yang biasa kita gunakan di hotel-hotel.

Dalam satu cawan sederhana Coca-Cola, Jeremy mendedahkan ada 23 paket gula manakala bagi cawan besar air Coca-Cola terdapat 44 paket gula yang sememangnya membahayakan kesihatan

Beliau melakukannya di hadapan tetamu jemputan James Quincey Presiden syarikat Coca-Cola di Eropah dalam program tersebut.

Biarpun James cuba menjawab kritikan ‘pedas’ yang diberikan Jeremy tetapi jelas beliau kelihatan gugup dan panik kerana pendedahan yang jelas boleh ditonton oleh orang ramai di seluruh dunia. -Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon