Friday, March 07, 2014

Misteri Batu Nisan ‘Bernyawa’

Misteri Batu Nisan ‘Bernyawa’

Mungkin ramai tidak percaya kejadian aneh enam batu nisan di perkuburan lama di Bertam, Gua Musang, Kelantan, hidup dan semakin tinggi sehingga mencapai ketinggian seorang dewasa.

Perkuburan lama dipercayai berusia lebih 150 tahun di Kampung Lintang itu ditemui penduduk lebih 30 tahun lalu.

Batu nisan bernyawa

Menurut cerita, tiga orang yang meninggal dunia dikebumikan di kubur berkenaan dengan batu nisannya daripada serpihan batu gua.

Bagaimanapun, enam daripada puluhan batu nisan di situ dipercayai hidup dan menjadi semakin ting­gi, sedangkan batu nisan lain dalam keadaan biasa saja.

Kampung Lintang dibuka hampir 200 tahun lalu oleh penduduk yang bekerja sebagai penanam padi dan pekebun buah-buahan.

Selepas itu, kebanyakan mereka berhijrah ke kawasan lain untuk menikmati kemajuan terutama perhubungan jalan raya, tetapi pada tahun 60-an dibuka semula oleh generasi baru sebelum menemui kubur lama itu.

Hanya enam penduduk yang membuka semula penempatan baru di kampung berkenaan dan menemui kubur lama yang mempunyai batu nisan aneh itu.

Namun, sesetengahnya berpindah pula ke Kampung Kuala Sungai di seberang sungai berkenaan kerana dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sekolah, bekalan air paip dan elektrik.

Kampung lama itu ditinggalkan dan terbiar begitu saja dengan beberapa rumah usang yang menung­gu masa menyembah bumi. Sejarah yang tinggal hanya kubur lama berkenaan sebagai bukti mereka orang terawal tinggal di situ.

Perjalanan ke kubur lama di kampung itu ha­nya menerusi bot sungai dari Pekan Bertam Baru dengan mengambil masa hampir 50 minit menyusuri Sungai Galas.

Di kawasan itu juga ­terdapat sebuah kampung terpencil yang ha­nya ­mempunyai sebuah rumah didiami sepasang suami isteri.

Seorang penduduk, Nik Lah Nik Yaacob, 80, berkata, dia tinggal di kampung itu bersama lima rakannya sejak 1963.

Menurutnya, pada waktu itu dia menaiki bot dari Kuala Krai ke kawasan berkenaan untuk membuka tanah.

"Ketika mula menjejakkan kaki ke kampung berkenaan, pak cik dan yang lain menemui kubur lama itu termasuk batu nisan hidup semakin meninggi serta dikelilingi hutan.

"Melihat keadaan itu, penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan kubur dan sekitarnya, namun ia terbiar semula kerana sudah tidak ada lagi penduduk. Cuma pak cik bersama isteri masih kekal tinggal walaupun keadaan begitu sunyi di sini," katanya.

Dia belum bercadang untuk berpindah ke kampung lain berhampiran kerana lebih selesa tinggal di situ, malah cintanya kepada kawasan berkenaan sehingga tidak mahu meninggalkan tanaman yang sekian lama diusahakannya.

"Ramai orang luar datang ke sini mahu melihat batu nisan itu akan menemui pak cik kerana pak cik orang yang paling lama tinggal di kampung ini tetapi sejarah sebenar kubur itu tidak diketahui sepenuhnya.

"Jika difikirkan, adalah tidak munasabah sekira­nya orang dulu sanggup memikul sebuah batu sepanjang lebih dua meter dan dijadikan batu nisan untuk orang meninggal dunia. Tentu mereka hanya memacakkan batu bersaiz kecil saja," katanya.

Nik Lah berkata, bukan sedikit orang meninggal dunia dikebumikan di tanah kubur berkenaan, malah boleh jadi ratusan orang berdasarkan banyak pokok yang sudah di tanam bersama batu nisan itu.

Dia juga tidak mengetahui nama si mati dan tarikh sebenar kematian mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu tetapi penemuan enam batu nisan bersaiz ganjil dianggap luar biasa berbanding batu nisan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lulut, Kuala Sungai, Yasok Che Kar mengakui pernah tinggal di Kampung Lintang.

Menurutnya, penduduk yang pernah tinggal di situ berasa agak terkejut dengan penemuan batu nesan kubur lama itu, namun keadaannya yang semakin mening­gi tidak dapat dipastikan puncanya.

"Keganjilan itu membuat­kan kampung berkenaan menjadi terkenal dan mula dilawati pihak luar.

"Bagaimanapun, keba­nyakan penduduk kampung berkenaan sudah berpindah ke Kampung Lulut kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan berbanding Kampung Lintang yang tidak mempunyai jalan perhubungan," katanya.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Perkuburan Mumia Xiaohe

-Sentiasapanas.com

Shalwati Dakwa Anak-anak Berbohong!

Shalwati Dakwa Anak-anak Berbohong!

Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya, membuka aib keluarga di mahkamah kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk berbohong tetapi memang berniat untuk berbuat demikian.

Shalwati Mendakwa Anak-anak Berbohong!

Shalwati Nurshal menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan berkata semua insiden yang dibangkitkan oleh anak-anaknya semasa temu bual bersama polis adalah disebabkan kekeliruan, sikap keterlaluan dalam beberapa kes dan pembohongan secara terang-terangan.

Ketika ditanya peguam Johan Kallus, yang mewakili kanak-kanak tersebut, sekiranya semua insiden tersebut adalah bohong, Shalwati mengakui hujah-hujah itu adalah berdasarkan kisah benar tetapi anak-anaknya memperbesarkan cerita dengan menggunakan perkataan keganasan.

Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

Shalwati mendedahkan anak keduanya, Ammar, merupakan seorang yang sukakan perhatian dan kecewa kerana rakan-rakannya disekolah cenderung untuk meminggirkannya.

“Ammar tidak matang, dia fikir boleh jadi popular, terkenal, jika dia memberitahu rakan-rakannya dia dipukul di rumah.

“Apa lagi yang anda perlukan,” kata Shalwati, sambil menitiskan air matanya.

Ibu kepada empat orang anak itu turut mengulas bagaimana anak bongsunya, Ariff, tidak menyebut perkataan dipukul ketika sesi temu bual pertama dengan polis tetapi mengubah ceritanya dalam satu temu bual beberapa minggu kemudian.

“Dia mengagumi Ammar dan dipengaruhi oleh abang-abangnya. Lakaran rotan yang dilukisnya untuk polis adalah sesuatu yang sempurna, yang digunakan untuk memukul belakang Ammar ketika di Afrika Selatan,” kata Shalwati.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre bertanya jika anak sulungnya, Aishah mempunyai kapasiti untuk berbohong, memperlihatkan keluhan panjang daripada wanita itu.

Shalwati berkata Aishah mempunyai kecenderungan untuk berbohong bagi menutup perkara yang memalukannya sama seperti bagaimana Aishah berbohong mengenai tindakan dia mencuri coklat ketika dia cuba berdiet, dua tahun lalu.

Mengenai anak ketiganya, Adam, Shalwati berkata, dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi keliru apabila disoal kerana dia mempunyai masalah pemahaman.

“Dalam temu bual itu, dia kelihatan keliru, dia tidak boleh mengingat tarikh dan menyebabkan pegawai-pegawai itu salah faham. Ia amat menyedihkan sebenarnya,” kata Shalwati.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di Spånga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan disambung pada 10 Mac ini. -Mynewshub


Ayat POWER Chef Wan Buat Hanez Suraya Di Instagram!

Ayat POWER Chef Wan Buat Hanez Suraya Di Instagram!

Sangat kemah, padat dan pedas komen yang diberikan oleh Chef Wan di akaun Instagramnya mengenai kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya.

Chef Wan 'Kutuk' Hanez Suraya Di Instagram!

Sekali baca memang agak “laser” kata-kata Chef Wan tetapi memang itulah hakikat dan kebenarannya.

Respek kepada Chef Wan kerana sering mengeluarkan pendapat yang bernas dan padat.

Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini.

Tulis Chef Wan dalam Instagramnya:-
Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.

Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?

These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.

I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.

I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.

Terima kasih kepada Chef Wan kerana mengeluarkan kata-kata yang sangat mantap ini.

Kalau ada yang tengah 'mengorat' laki orang tu, lupakanlah hasrat anda.  Kalau anda seorang suami, jagalah anak bini elok-elok.

Tak payahlah nak pasang perempuan lain. Bagilah kasih sayang secukupnya kepada keluarga anda

[Sumber]

Thursday, March 06, 2014

Shaqira Insyirah Perlukan BANTUAN Anda!

Shaqira Insyirah Perlukan BANTUAN Anda!

Seorang bapa terpaksa menjual kad sim dan tambah nilai demi mendapatkan wang tambahan untuk menampung kos rawatan pembedahan mata anak tunggalnya di sebuah hospital di New Delhi, India.

Shaqira Insyirah, 7

Abdul Razak Abdul Rahim, 33, berkata, sejak Julai tahun lalu, dia bertungkus lumus mencari duit setelah anaknya, Shaqira Insyirah, 7, disahkan buta selepas melakukan satu pembedahan akibat ketumbuhan otak di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Menurutnya, anaknya mengalami kerosakan saraf optik sehingga menyebabkannya hilang daya penglihatan.

"Saya sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan wang secukupnya bagi membolehkan mata anak saya segera dibedah," katanya.

Abdul Razak berkata, selain bekerja tetap di Genting Highland, dia juga membuat kerja sambilan dengan menjual kad sim dan kad tambah nilai.

"Saya juga perlu menjelaskan hutang kerana sepanjang Shaqira menjalani rawatan selepas pembedahan tahun lalu, saya terpaksa cuti tanpa gaji sehingga November untuk menjaganya.

"Walaupun jual kad sim dan tambah nilai untung tak banyak, tapi saya perlu bekerja keras demi membolehkan anak menjalani pembedahan kali kedua," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tamu Hill.

Katanya, dia juga berusaha membuat permohonan pinjaman lain termasuk pinjaman perumahan untuk digunakan menampung kos pembedahan anaknya.

Bagaimanapun katanya, pinjaman itu masih belum boleh dibuat kerana memerlukan penyata gaji sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan bekerja.

“Jadi kalau dapat buat pinjaman perumahan itu dapatlah menampung apa yang masih tak cukup,” katanya.

Abdul Razak berkata, sebelum ini Shaqira boleh melihat seperti kanak-kanak lain malah dia boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Namun walaupun Shaqira sudah melakukan rawatan kemoterapi tapi ketumbuhan masih ada," katanya.

Setelah mengetahui risiko yang bakal dialami, dia dan isteri, Nurul Aishah Abdullah, 37, mengambil keputusan untuk membawa Shaqira menjalani pembedahan.

“Doktor beritahu Shaqira tidak akan mengalami kebutaan kekal jika melakukan pembedahan itu.

“Tapi kesan lain dialami seperti fizikalnya yang tidak mampu berdiri sendiri dan berjalan seperti dahulu,” katanya.

Abdul Razak juga bersyukur kerana banyak bantuan diterima dari seluruh negara selepas pelancaran tabung khas bagi mengumpul dana menampung kos pembedahan anaknya pada 28 Februari oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

"Bantuan diterima daripada pelbagai bangsa yang tidak dikenali termasuk panggilan telefon daripada individu dari Sarawak dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Pulau Pinang.

“Sehingga pagi tadi (semalam), kutipan dana terkumpul sebanyak RM33,964. Kalau kutipan dah cukup saya akan menghubungi doktor untuk jalani pembedahan segera. Doktor kata kalau boleh jangan lewat sebelum saluran optik menjadi parut,” katanya.

Menurutnya, apabila mengetahui ada bantuan yang terkumpul, Shaqira kelihatan gembira dan lebih aktif.

"Saya harap Shaqira dapat melihat semula kerana tak sabar lihat gelagat dia yang gembar menulis, melukis dan membaca.

Dalam pada itu, Kamalanathan melahirkan simpati terhadap nasib Shaqira dan masalah yang dihadapi ibu bapanya.

Beliau berharap tabung khas yang dilancarkan dapat membantu keluarga tersebut mengumpulkan dana yang diperlukan.

“Saya lihat rakyat Malaysia mempunyai semangat keprihatinan yang tinggi kerana walaupun tidak kenal tapi apabila menyedari ada orang memerlukan kita sama-sama bantu,” katanya ketika melawat adik Shaqira dan meraikan ulang tahunnya yang ketujuh.

Beliau juga melihat keikhlasan dalam diri bapa kanak-kanak itu apabila mengatakan mahu menyumbangkan baki wang yang terkumpul kepada kanak-kanak lain yang memerlukan jika melebihi kos yang diperlukan untuk rawatan Shaqira Insyirah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank bapa Shaqira, Abdul Razak Abdul Rahim iaitu 106061555792 atau menghubungi talian 013-6927289. -SH

'Pil Thailand Boleh Buat You KUAT Macam King Kong'

'Pil Thailand Boleh Buat You KUAT Macam King Kong'

"Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam king kong. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual," kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.

Pil Thai

Gambar hiasan.

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pemilik kedai ubat dikenali sebagai 'Bhicai' yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji.

"Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.

"Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati 'lama'.

"Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia.

"Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur," katanya.

-Sentiasapanas.com

Obses Cacah Tatu Peta Dunia Di Badan!

Obses Cacah Tatu Peta Dunia Di Badan!

Seorang bekas peguam dari Louisiana, Amerika Syarikat memiliki cara tersendiri untuk mengabadikan kegemarannya melancong dan mengembara ke seluruh dunia.

Bill Passman Tattoo
Proses mencacah tatu.

Bill Passman, 59 tahun mencacah tatu di bahagian belakangnya dengan corak peta dunia kerana obsesnya kepada penggembaraan.

Sejak mula melancong pada usia 51 tahun, kini Bill sudah pun menjejaki sekurang-kurangnya separuh jumlah negara yang ada di bumi ini.

Untuk mengikuti perjalanan beliau, setiap kali Bill tiba di sebuah tempat yang belum pernah dijejaki ia akan diwarnakan oleh artis tatu dengan warna berbeza.

Setakat ini, kira-kira 60 buah negara di belakang badan Bill sudah diwarnakan sementara bakinya bakal diwarnakan tidak lama lagi.

Bill Passman Tattoo [2]
Lokasi yang sudah dilawati.

Perjalanan pertama Bill selepas mendapat pasportnya ialah ke Tanzania dan kemudian membuat keputusan untuk mengembara sepenuh masa.

Pada tahun 2010, beliau berhenti bekerja sebagai peguam dan mula melancong.

Beliau berada jauh dari rumahnya hampir sepanjang tahun, Bill hanya kembali ke rumahnya selama kira-kira tiga bulan dalam masa setahun.

Menurut beliau, negara kegemaranya ialah Guatemala.

“Saya mendapatkan tatu ini untuk diukit di belakang saya sebagai menunjukkan kesukaan saya kepada pelancongan.

“Ia adalah sebagai satu memori abadi berkenaan semua tempat menarik yang sudah saya kunjungi,” katanya.

Bill Passman Tattoo [3]
Salah satu lokasi dilawati Bill.

Selain tatu, Bill merupakan seorang penulis blog yang aktif. Di laman webnya, beliau menulis berkenaan inspirasinya membuat tatu berkenaan ialah seorang wanita yang ditemuinya di Antigua.

Wanita itu juga memiliki cacahan tatu berbentuk peta dunia di belakangnya, dan pada setiap lokasi yang dilawatinya ia akan ditandakan dengan titik berwarna merah. -Mynewshub

Nenek Bangga Ditiduri 15 Lelaki Muda!

Nenek Bangga Ditiduri 15 Lelaki Muda!

Monica Porter, 61, dari London sudah meniduri 15 lelaki dalam setahun yang dia temui secara online. Malah, 11 daripadanya berusia 20 hingga 30 tahun.

Monica Porter, 61

Monica berpisah dengan pasangannya beberapa tahun lalu, selepas 13 tahun menjalinkan hubungan. Dan tidak lama selepas itu pada Julai 2012, Monica dikejutkan dengan kenyataan menyedihkan bahawa hari itu adalah ulang tahunnya yang ke 60 tahun.

"Sekarang, saya masih membujang selepas bercerai dan berusia 60 tahun. Seolah-olah ini semua sudah berakhir bagi saya. Tiada lagi cinta dan keghairahan, seks dan hawa nafsu," katanya.

Ketika itu Monica berfikir dirinya akan fokus pada hubungannya dengan keluarga sahaja. Anak-anaknya sudah berusia 35 tahun dan 29 tahun dan dia juga sudah mempunyai cucu yang berusia 2 dan 5 tahun.

(Baca: Hidup Dana Adiva Diwarnai Kesengsaraan Kerana Terlalu Cantik!)

Tapi, tiba-tiba dia memutuskan bahawa hidupnya belum setua itu. Monica memutuskan untuk memikat lelaki yang berusia 20an dan 30an yang menyimpan fantasi dengan wanita yang lebih tua.

Semua itu boleh dicapai melalui internet serta aplikasi di telefon bimbit.

"Pada akhir tahun lalu, saya sudah tidur dengan 15 lelaki. 11 di antaranya berusia dilingkungan 20 atau 30 tahun," kata Monica seperti yang dilaporkan oleh Mailonline, (2/3/2014).

Percubaan hubungan yang dilaluinya sering menemui kegagalan. Namun, itu selalu membuatkannya bersemangat.

Monica Porter, 61 [2]

"Ketika saya bercerai pada kali pertama, ketika usia 40 tahun selepas berkahwin 17 tahun. Saya terlibat dalam percintaan baru yang berbeza dari masa muda," katanya.

"Setelah hubungan jangka panjang kali kedua saya berakhir 20 tahun kemudian, adegan yang menakjubkan bermula lagi kerana internet dan pelbagai teknologi baru," kata Monica lagi. [Sumber]

-Sentiasapanas.com
Rekod Dunia Terpantas Menaip Guna Hidung!

Rekod Dunia Terpantas Menaip Guna Hidung!

Seorang lelaki dari India mencipta rekod dunia baru sebagai manusia terpantas yang menaip menggunakan hidung.

Mohammed Khurshid Hussain
Mohammed Khurshid Hussain.

Mohammed Khurshid Hussain berjaya menaip ayat ‘Guinness World Records have challenged me to type this sentence using my nose in the fastest time’ menggunakan hidungnya dalam masa 47.44 saat, Khamis lepas.

(Baca: Luarbiasa! Pesalah Yang Terselamat Selepas Hukuman Mati)

Rekod baru Khurshid ini memadamkan rekod lama satu minit 33 saat yang dibuat seorang wanita India dikenali sebagai Neeta di Dubai pada 16 November 2008.

Ini merupakan cubaan kedua Khurshid untuk mencipta rekod baru selepas melakukannya dalam masa 54 saat beberapa bulan lalu.


Khurshid juga adalah pemegang rekod dunia bagi kategori menaip huruf A hingga Z paling pantas dengan catatan masa 3.43 saat pada 2 Februari 2012.

Sumber: THEHINDU.COM

Wanita Yang Di 'Jaga' Malaikat Kerana Tekun Beribadat

Wanita Yang Di 'Jaga' Malaikat Kerana Tekun Beribadat

Info Agama. Hafshah ialah anak perempuan kepada seoranga lelaki yang terbaik iaitu Saidina Umar bin Khattab.

Sayyidah Hafshah Isteri Nabi

Aisyah menceritakan sifat Hafshah sama dengan sifat ayahnya dan mempunyai kelebihan kerana mempunyai kepandaian dalam membaca dan menulis yang mana kepandaian yang tidak dimiliki oleh lazimnya wanita lain masa itu.

Sebelum menikahi Rasullulah saw dia adalah isteri kepada Khunais bin Hudzafah as-Sahami yang berjihad di jalan Allah swt pernah berhujrah ke Habsyah kemudian ke Madinah dan gugur dalam perang badar.

Umar sangat sedih melihat anaknya telah menjadi janda pada usia yang terlalu muda. Kemudian dia pergi ke rumah Abu Bakar dan meminta Abu Bakar menikahi anaknya namun Abu Bakar hanya diam dan tidak menjawab sepatah pun.

Kemudian Umar pergi menemui Usman bin Affan dan memintanya menikahi anak perempuannya, namun Usman masih dalam kesedihan kerana isterinya Ruqayah binti Muhammad baru sahaja meninggal dunia.

Usman juga menolak permintaan Umar. Kerana terlalu sedih Umar pun pergi ke Rasullulah dengan niat mengadu kepada Rasullulah.

Kemudian, Rasullulah saw bersabda: "Hafshah akan menikahi seorang lelaki yang lebih baik daripada Umar dan Usman dan Usman pula akan menikahi seseorang yang lebih baik daripada Hafsah."

Daripada ucapan ini barulah Umar mengetahui bahawa Rasullulah yang akan meminang anak perempuannya.

Umar berasa sangat dihormati apabila mendengar bahawa Rasullulah saw akan menikahi anak perempuannya dan kegembiraan itu jelas kelihatan pada wajahnya lalu Umar terus bertemu Abu Bakar bagi menyatakan maksud Rasullulah itu.

Abu Bakar berkata: "Aku tidak bermaksud menolak pinanganmu dengan ucapanku tetapi aku tahu bahawa Rasullulah saw telah menyebut-nyebut nama Hafsah. Namun aku tidak mungkin memberitahu rahsia ini kepadamu. Seandainya Rasullulah saw membiarkannya tentu akulah yang akan menikahi Hafsah."

Barulah Umar memahami mengapa Abu Bakar menolak untuk mengahwini anak perempuannya. Manakala Usman menolak untuk mengahwini anaknya hanya kerana bersedih dengan kematian Ruqayah dan dia berniat meminang saudaranya, Ummu Kaltsum yang membuatkan nasabnya dapat terus bersambung dengan Rasullulah saw.

Setelah Usman menikahi Ummu Kaltsum, dia mendapat gelaran "Zunnuraini" (pemilik dua cahaya). Inilah maksud ucapan Rasullulah saw bahawa Usman akan menikahi orang yang lebih baik daripada Hafsah.

(Baca: Wanita Islam Umpama Gula-gula!)

Di rumah Rasullulah saw, Hafsah tidur di dalam bilik khas, sama dengan Saudah dan Aisyah. Secara fitrah Aisyah sangat mencemburui Hafsah kerana mereka sebaya. Berbeza dengan Saudah binti Zam'ah yang menganggap Hafsah sebagai wanita mulia, anak perempuan kepada Umar bin Khattab sahabat Rasullulah saw yang mulia.

Umar berpesan kepada anaknya agar berusaha agar dekat dengan Aisyah dan mencintainya kerana Umar mengetahu bahawa kedudukan Aisyah sangat tinggi di hati Rasullulah saw. Orang yang redha terhadap Aisyah bererti redha terhadap Rasullulah saw.

Selain itu, Umar juga mengingatkan agar Hafsah menjaga tindak tanduknya supaya antara mereka tidak terjadi perselisihan. Namun, sememangnya menjadi fitrah manusia jika antara mereka terjadi salah faham biasanya berpunca perasaan cemburu.

Salah satu contohnya adalah kejadian ketika Hafsah melihat al-Qibtiah datang menemui Rasullulah saw menyuruhnya suatu urusan. Mariah berada jauh dari masjid dan Rasullulah saw menyuruhnya masuk ke dalam rumah Hafsah yang ketika itu pergi ke rumah ayahnya.

Dia melihat tabir pintu biliknya tertutup sementara Rasullulah dan Mariah berada di dalamnya. Melihat kejadian itu, amarah Hafsah meledak.

Hafsah menangis dengan bercampur perasaan marah. Rasullulah saw berusaha memujuk dan meredakan kemarahan Hafsah, malah Baginda bersumpah mengharamkan Mariah baginya jika Marih tidak meminta maaf kepada Hafsah dan Nabi meminta merahsiakan kejadian tersebut.

Sesuatu yang wajar jika isteri-isteri Rasullulah saw berasa cemburu terhadap Mariah kerana dialah satu-satunya wanita yang melahirkan anak lelaki Rasullulah saw selepas Khadijah ra.

Berita kejadian itu segera tersebar padahal Rasullulah saw telah memerintahkan untuk menutup rahsia tersebut.

Berita ini, akhirnya diketahui oleh Rasullulah sehingga membuatkan Rasullulah saw marah.

Rasullulah saw mahu menceraikan Hafsah tetapi Jibrail datang menemui Rasullulah saw supaya mempertahankan Hafsah sebagai isterinya kerana dia merupakan wanita yang berpendirian teguh.

Rasullulah saw mempertahankan Hafsah sebagai isterinya kerana Hafsah sangat menyesal atas perbuatannya yang membuka rahsia sehingga membuat Rasullulah saw marah.

Umar bin Khattab mengingatkan kembali anaknya agar tidak membangkitkan kemarahan Rasullulah dan sentiasa mentaati dan mencari keredhaan Baginda.

Hafsah memperbanyakkan ibadah terutama pada bulan ramadan dan solat malam. Kebiasaannya itu terus berlarutan sehingga Rasullulah saw wafat.

Antara karya terbesar Hafsah dalam sejarah islam adalah terkumpulnya al-Quran di tangannya setelah mengalami penghapusan.

Dialah isteri Nabi saw yang pertama menyimpan al-Quran dalam bentuk tulisan pada kulit, tulang dan pelepah kurma sehingga kemudiannya menjadi sebuah kitab yang sangat agung.

Makam Hafsah Isteri Rasulullah

Mushaf al-Quran yang asli masih berada di rumah Hafsah sehingga dia meninggal dunia.

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Hafsah meninggal dunia pada tahun ke 47 pada zaman Muawiyyah bin Abu Sufyan.

Dia dimakamkan di perkuburan Baqi bersebelahan dengan makam isteri-isteri Rasullulah saw yang lain.

[Sumber]

Wednesday, March 05, 2014

Kisah Tewasnya Raja Dadah Paling Berkuasa Di Dunia!

Kisah Tewasnya Raja Dadah Paling Berkuasa Di Dunia!

Bulan lalu, nama Guzman atau lebih dikenali sebagai El Chapo mula diperkatakan semula susulan penangkapannya setelah terlibat dalam jenayah dadah sejak puluhan tahun.

Guzman el chapo
El Chapo.

Joaquin Guzman Loera Archivaldo merupakan kartel dadah terbesar di Mexico yang mengetuai Sinaloa Cartel, sebuah kumpulan jenayah yang diambil nama dari tempat penubuhannya di Sinaloa.

Lebih dikenali sebagai El Chapo Guzman atau 'Orang Pendek Guzman', dia menjadi penjenayah paling dikehendaki sejak 2003 selepas penangkapan pesaingnya, Osiel Cardenas.

Sehingga penangkapannya Februari lalu, Guzman dianggap sebagai pengedar dadah paling berkuasa di dunia oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat.

Sejak 2009, Guzman berada di tempat ke-41, 60 dan 55 untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2009 sebagai salah seorang paling berkuasa di dunia seperti disenaraikan majalah Forbes.

Guzman el chapo Forbes
Forbes.

Malah dia turut tersenarai sebagai lelaki ke-10 paling kaya di Mexico pada 2011 dengan nilai kekayaan lebih RM3.28 bilion.

Sepanjang bergelumang dalam dunia dadah, Guzman menyeludup multi tan kokain dari Colombia ke AS selain mempunyai pengedar di seluruh AS.

Organisasi tersebut juga dikatakan terlibat dalam pengeluaran, penyeludupan dan pengedaran methamphetamine, marijuana dan heroin di pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Pada 1993, Guzman ditahan di Guatemala dan dikenakan penjara 20 tahun di Mexico kerana membunuh dan menyeludup dadah. Namun, dia dapat melarikan diri dengan merasuah pengawal penjara pada 2001.

Akibatnya, Guzman menjadi orang paling dikehendaki di Mexico, AS dan Interpol. Habuan AS$5 juta (RM16 juta) turut ditawarkan kerajaan AS dan AS$2 juta (RM7 juta) ditawarkan Mexico kepada mereka yang berjaya menyampaikan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan Guzman.

Pada 22 Februari 2014, Guzman ditahan sekali lagi selepas ditemui di sebuah kondominium di Mazatlan, Sinola.

La Tuna Badiraguato, Sinaloa, Mexico
La Tuna Badiraguato.

Guzman dilahirkan dalam keluarga miskin di komuniti La Tuna Badiraguato, Sinaloa, Mexico. Bagaimanapun, terdapat pertindihan tarikh lahirnya kerana sesetengah pendapat menyatakan dia dilahirkan pada 25 Disember 1954, dan kebanyakan yang lain menyatakan dia dilahirkan pada 4 April 1957.

Bapanya, Emilio Guzman Bustillos adalah pengembala lembu. Ada juga sumber menyatakan bapanya seorang petani popi. Guzman mempunyai dua adik perempuan, Armida dan Bernada serta empat adik lelaki; Miguel Angel, Aureliano, Arturo dan Emilio. Tiga lagi abangnya dikatakan meninggal dunia ketika Guzman masih kecil.

Ketika zaman kanak-kanaknya, Guzman menjual oren bagi membantu perbelanjaan keluarga dan berhenti sekolah pada darjah tiga untuk bekerja dengan bapanya. Dia kerap dipukul dan sering melarikan diri ke rumah neneknya.

Bagaimanapun, ketika berada di rumah, Guzman sering bertindak sebagai penyelamat untuk adik-adiknya daripada dipukul. Selepas mencuba beberapa jenis pekerjaan, Guzman beralih kepada penanaman popi candu, amalan biasa yang dilakukan penduduk di kampungnya.

Semasa musim menuai, Guzman dan adik beradiknya tabah mengatur langkah mendaki bukit di Badiraguato untuk mengambil hasil tanaman. Selepas tanaman disusun dalam kilogram, bapanya menjual kepada pembekal lain di Culiacan dan Guamuchil.

Selain itu, bapanya juga menjual marijuana di pusat komersial di kawasan berhampiran dengan ditemani Guzman. Semasa berusia 15 tahun, Guzman membuat keputusan menanam ganja sendiri dibantu empat orang sepupunya Arturo, Alfredo, Carlos dan Hevtor yang tinggal berhampiran.

Dengan pengeluaran pertama tanaman ganja, Guzman dapat membantu perbelanjaan rumah keluarganya. Tetapi malangnya, dia diusir bapa dan kemudian tinggal bersama datuknya.

Gelaran nama El Chapo, iaitu slanga bagi pendek dalam bahasa Mexico diperoleh berdasarkan penampilannya yang rendah iaitu hanya 168 sentimeter dan sedikit gempal. Walapupun kebanyakan penduduk di Badiraguato bekerja di ladang popi di Sieraa Madre Occidental, Guzman bertindak meninggalkan kampung halamannya kerana mempunyai cita-cita lebih besar.

Pedro Aviles Perez
Pedro Aviles Perez.

Melalui bapa saudaranya, Pedro Aviles Perez, salah seorang perintis pengedar dadah di Mexico, Guzman meninggalkan Badiraguato pada usia awal 20an dan menyertai jenayah terancang.

Sekitar 1977, Guzman mengahwini Alejandrina Maria Salazar dan dikurniakan tiga cahaya mata, Cesar, Ivan Archivaldo dan Jesus Alfredo.

Emma Coronel Aispuro [2]
Emma Coronel Aispuro.

Pertengahan 1980 an, Guzman berkahwin sekali lagi dengan Griselda Lopez Perez dan mempunyai empat orang anak. Kebanyakan anak lelaki Guzman mengikut jejaknya terlibat dalam kancah jenayah dadah.

Pada November 2007, Guzman mengahwini ratu cantik berusia 18 tahun Emma Coronel Aispuro, yang juga anak kepada salah seorang ketuanya. Mereka dikurniakan sepasang kembar perempuan. -SH

-Sentiasapanas.com