Tuesday, August 06, 2013

Video Skandal Bill Clinton Dan Monica Lewinsky Kembali Tersebar!


Rakaman yang tidak pernah didengar dari kes skandal seks antara bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton dengan Monica Lewinsky, kembali bocor ke pengetahuan awam. Rakaman terbaru ini menunjukkan Lewinskylah yang sebenarnya menggoda Clinton.


Rakaman berdurasi empat minit itu dirakam sekitar November 1997. Namun ramai pihak yang mendakwa rakaman ini sudah dilupuskan, selepas skandal seks Clinton dan Lewinsky terbongkar pada 1998.

Dalam rakaman yang diperolehi oleh MAJALAH iEnquirer, yang dibuat pada Mac 1997. Berdasarkan rakaman ini menujukkan Lewinsky yang ketika itu berusia 24 tahun, mendesak Clinton untuk menemuinya. Lewinsky mengaku ingin sekali bertemu dengan bekas Presiden AS tersebut.

"Pada rakaman itu, Lewinsky mengatakan dirinya terlalu manis dan comel untuk diabaikan," tulis Enquirer, yang dipetik Daily Mail, Khamis (1/8/2013).

"Lewinsky memberikan dua pilihan kepada Clinton, bertemu dengannya di pejabat Clinton atau mereka berdua boleh menonton filem bersama," jelas Enquirer.

"Saya boleh menanggalkan seluruh pakaian dan mula... Anda tahu sendiri kan? Dan saya yakin pasti anda akan menikmatinya? Saya berharap boleh menemui kamu nanti dan berharap kamu akan menikmati apa yang saya inginkan," kata Lewinsky dalam rakaman yang diperoleh Enquirer.

Lewinsky yang bekerja di Rumah Putih terlibat dengan skandal seks pertama kali dengan Clinton pada 1995 dan Mac 1997. Perselingkuhan itu muncul ke pengetahuan awam pada 1998.

Sedar menjadi perhatian utama, Lewinsky menjadi badai politik yang menimpa Clinton dan dirinya malah beberapa kali melakukan wawancara khas.

Walaupun sudah 15 tahun skandal seks itu berakhir, kehadiran Lewinsky masih membayangi kehidupan Clinton walaupun dirinya bukan lagi presiden. Khususnya, kerjaya politik Hillary Clinton, yang dijangka akan mencalonkan diri sebagai Presiden AS pada 2016.

-Okezone

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon