Friday, February 07, 2014

Apa Puncanya Islam Sering Di Hina?

Apa Puncanya Islam Sering Di Hina?

Sejak akhir-akhir ini kita sering didengari dan didendangkan pelbagai isu terutamanya penghinaan musuh Islam terhadap umat Islam.

Jupe Hina Islam

Majoriti umat Islam marah dan keluar beramai-ramai dengan hasrat membantah penghinaan yang dibuat oleh musuh Islam terhadap Islam.

Ada juga segelintir kecil yang mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri kononnya menyokong kebangkitan umat Islam menentang penghinaan tersebut, tetapi malang, semua pekerjaan, masa, tenaga, wang dan apa sahaja tidak ada nilai di sisi Allah, malah itu semua ibarat sampah yang dicampak kedalam tong sampah.

Adakah kita fikir sebelum ini kenapa berlaku ini semua? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana umat Islam sangat lemah dari segi penghayatan dan pegangan Islam yang sebenar.

Perkara ini tidak pernah berlaku semasa zaman kegemilangan Islam dahulu, kerana Islam sangat kuat dari segala aspek.

Bila berlaku sahaja penghinaan atau peperangan, maka khalifah pada waktu itu terus mengirim ribuan pasukan tentera untuk memerangi ancaman tersebut.

Setiap kali perancangan jahat dibuat oleh musuh Islam, mereka akan mempertimbangkan dahulu risiko dan musibah yang akan dilalui oleh mereka.

Zaman sekarang tidak, mereka bersuka ria membuat penghinaan itu dan ini, kerana mereka kurang mendapat tentangan dan banyak lagi negara-negara umat Islam yang berkiblatkan mereka.

Mereka juga sedar, semua ini berlaku hanya seketika sahaja dan tiada industri mereka yang rugi dan bangkrap kerana dipulau oleh masyarakat Islam.

Contoh yang dapat diperhatikan sekarang ialah rokok, produk mereka digunakan oleh umat Islam, perdagangan, urusan ekonomi dan banyak lagi.

Asas Pengangan Umat Islam

Al-Qur'an Dan Sunnah

Bagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas pegangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW,”. (Riwayat Imam Malik)

Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu tidak sesuai lagi diamalkan kerana kononnya ia sesuai pada zaman dahulu sahaja.

Sesiapa yang berkata dan berniat sedemikian, maka cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali kerana ia jelas merosakkan akidah.

Tuntut Ilmu Allah

Menuntut Ilmu Agama

Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup.

Setiap apa yang dilakukan akan dinilai dahulu sama ada pekerjaan itu baik dan mendatangkan manfaat kepadanya. Jika baik, teruskan. Jika tidak, tinggalkan.

Setiap inovasi yang dilakukan adalah bertujuan mendatangkan manfaat kepada seluruh umat manusia dan Islam. Dan bukan inovasi yang direka untuk menjahanamkan manusia. Ini semua berlaku apabila umat memahami hukum Islam. Jika tidak, maka berlakulah perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya.

Misalnya, apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan mengingati kemurkaan Allah. Perbuatan tersebut berdosa, haram dan bakal dimasukkan ke dalam neraka Allah yang sangat pedih azabnya.

Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam

Islam itu bersaudara

Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsa dan warna kulit, sebagaimana kita berada di bawah akidah yang sama, maka selagi itulah kita bersaudara walaupun berbeza negara.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Al-Hujuraat: 10)

Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di dalam peperangan, beliau meminta segelas air untuk diminum, setelah dibawakan air kepadanya untuk diminum, ada seorang sahabat yang cedera juga disebelahnya meminta air, lalu diberikan air itu kepada sahabatnya untuk diminum lalu ia berkata awak lebih memerlukan dari saya. Sahabatnya menerima air darinya untuk diminum, kemudian ada pula disebelah sahabatnya, sahabat yang lain memerlukan air untuk diminum. Sabahatnya juga melakukan perbuatan yang sama dan diserahkan air tersebut kepada sahabat yang lain itu. Kemudian sahabat tersebut tidak sempat minum dan meninggal dunia, lalu air itu dibawa semula kepada sahabat-sahabat tersebut dan mereka juga telah meninggal dunia tanpa meminum air yang diminta oleh mereka.

Pengajaran dari cerita di atas ialah, kehebatan sifat bersatu dan bersaudara yang ditunjukkan oleh sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal tiba pun sanggup mengutamakan orang lain.

Dengan sifat ini jugalah terdirinya Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Dengan sifat ini jugalah tentera Islam menang di dalam medan peperangan kerana semua tentera Islam bergandingan tangan, seorang mara dan yang lain juga ikut mara tanpa menghiraukan ajal maut dan bahaya.

Dengan sifat ini jugalah musuh Islam tidak berani meyentuh atau membuli orang-orang Islam.

Matikan Sikap Pentingkan Diri Sendiri

Tamak

Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri. Manusia yang mementingkan diri sendiri adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun.

Orang sebegini sepatutnya kembali ke zaman batu, duduk di dalam gua-gua bersama keluarganya sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar sana.

Biasanya mereka ini apabila ada kepentingan peribadi barulah mereka bersama dengan orang lain menunjukkan kebaikan  dan bekerjasama.

Tetapi malangnya, apa yang mereka lakukan itu bukan semuanya kerana Allah malah kerana untuk mengenyangkan perut masing-masing.

Sebab itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah.

Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Mereka yakin selagi umat Islam bersikap individual, maka selagi itulah Islam menjadi lemah.

Kuatnya Islam apabila berjamaah kerana bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat, setiap keputusan Baginda akan bermusyawarah dahulu bersama para sahabatnya.

Setiap keputusan yang baik akan digunakan oleh Baginda walaupun keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan yang wujud dalam musyawarah tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan pembangunan ummah dan tidak ada langsung kepentingan peribadi.

Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah mendidik para sahabatnya dalam semua bab terutamanya persatuan umat Islam.

Ibarat kata, cubit paha kanan paha kiri pun turut terasa, inilah kekuatan sebenarnya umat Islam.

Pernah suatu ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan berkata: “Selagi umat Islam tidak bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka selagi itulah umat Islam boleh dibuli dan boleh diperangi dan mereka tidak sesekali akan memenagi peperangan tersebut”.

Islam Agama Mulia

Bila ada semua perkara di atas, maka tidak akan berlaku penghinaan terhadap Islam, kerana mereka sedar Islam adalah satu kuasa yang besar dan ajaib.

Apabila umat Islam marah, ia boleh membinasakan semua musuh-musuh Islam yang terlibat di dalam penghinaan tersebut.

Selain dari itu, semua perkara ini adalah senjata dakwah fardi’ah kita kepada semua orang bukan Islam, kerana mereka melihat betapa hebatnya perpaduan umat Islam.

Malah umat Islam juga dijadikan contoh umat yang terbaik kerana berjaya didalam semua bidang kehidupan yang meliputi aspek dunia dan akhirat.

Sangat hebat sebenarnya Islam, malangnya menjadi tidak hebat apabila kita tidak faham hakikat sebenarnya.

BACA INI JUGA: 5 Fasa Umat Akhir Zaman, Bersabarlah Wahai Umat Islam

-Sentiasapanas.com

Percubaan Kali Kedua Ceroboh Sabah Berjaya Digagalkan!

Percubaan Kali Kedua Ceroboh Sabah Berjaya Digagalkan!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.

Khalid Abu Bakar

Khalid yang mendedahkan perkara itu pada Khamis berkata, kumpulan-kumpulan itu merancang untuk memasuki timur Sabah atas sebab-sebab jenayah.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan secara lanjut dengan menjelaskan bahawa ia disebabkan oleh faktor keselamatan.

Khalid berkata, percubaan kedua berlaku pada akhir Januari tahun ini.

Pada 10 Januari lalu, Khalid memberitahu para pemberita bahawa terdapat satu pencerobohan lain ke Sabah yang dilakukan oleh pihak asing namun digagalkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

(Baca: Malaysia Cipta Pesawat Pengintip SMART-V)

Beliau berkata, cubaan yang dilakukan adalah kira-kira dua minggu sebelum itu (merujuk pada minggu terakhir Disember 2013).

“Terdapat satu percubaan oleh pihak luar untuk memasuki Sabah tetapi kami berjaya menggagalkannya menerusi kerjasama dengan agensi-agensi lain, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ” katanya kepada media ketika itu.

Kedua-dua cubaan menceroboh yang digagalkan itu berlaku kira-kira setahun selepas serangan kumpulan bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tandou di Felda Sahabat di Lahad Datu yang bermula pada 11 Februari 2013.

Sumber: Mynewshub

Akhirnya Nabil Minta Maaf Aibkan Luna Maya

Akhirnya Nabil Minta Maaf Aibkan Luna Maya

Sungguhpun akhbar melaporkan beliau tidak akan meminta maaf namun akhirnya, peserta Maharaja Lawak Mega 2013, Nabil Ahmad, memohon secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat MLM 2013.

Nabil mohon maaf aibkan Luna Maya

Sebelum ini Nabil Ahmad dikritik hebat oleh peminat MLM 2013 kerana lawak beliau bersama Harith Iskandar minggu lalu dilihat mengaibkan salah seorang juri, dengan menyindir isu skandal lama Luna Maya.

Sungguhpun kebanyakan juri, termasuk Luna, dan penonton sangat sporting namun tindakan Nabil menyelitkan lawak menyindir masalah lampau Luna secara live dan berdepan bukan sahaja mengaibkan Luna tetapi juga menimbulkan perasaan kurang senang penonton.

Mungkin ia terlepas cakap atau kekeringan idea untuk membuat lawak, namun tindakan beliau yang kemudiannya membuat kenyataan dalam Harian Metro tidak akan meminta maaf kepada Luna Maya telah menambah kemarahan orang ramai.

(Baca: Nabil Aibkan Luna Maya, Terkantoi Kisah Hitam Sendiri!)

Nabil mengatakan, “Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan Luna Maya.

"Saya tidak sangka pula lawak saya itu dilihat sebagai satu unsur penghinaan atau cuba mengaibkan Luna Maya.

“Saya rasa kesal dengan segelintir peminat atau penonton yang berfikiran sempit sehingga cuba mahu perbesarkan hal-hal seperti ini.

"Sedangkan ianya sebuah lawak semata-mata dan tidak langsung cuba mahu menjatuhkan maruah individu yang terbabit,” ulasnya pelawak berusia 31 tahun ini. Sumber: Suara.tv



Thursday, February 06, 2014

"Saya Diugut Bunuh!"

"Saya Diugut Bunuh!"

Salah seorang juri tetap MLM 2013, Sheikh Haikel juga artis dari Singapura mengakui terpaksa mengupah seorang pengawal beribadi selepas menerima ugutan bunuh angkara komennya yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik MLM 2013.

Sheikh Haikel Maharaja Lawak

Jelas selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina yang diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan peminat fanatik MLM menurut astrogempak.

“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya.

"Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga dengan ancaman tersebut.

“Saya pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik.

(Baca: Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri)

"Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.

Akibat daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan dua anaknya.

“Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di Malaysia semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat perkara demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel pendek. -Mynewshub

Teresa Kok Buat Laporan Polis, Terima Ugutan

Teresa Kok Terima Ugutan

Selepas dikecam hebat, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat laporan polis hari ini selepas mendakwa menerima ugutan bunuh berkaitan klip video kontroveri beliau berkaitan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan polis telah menerima laporan berkenaan.

“Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, Rabu.

Difahamkan Teresa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di ibu negara.

Teresa, yang juga naib pengerusi DAP didakwa telah memuat naik klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ pada 27 Januari di saluran YouTube DAP Seputeh.

(Baca: Model Korea Bawah Umur Tanpa Pakaian!)

Dalam klip video berbahasa Mandarin tetapi disertai sari kata bahasa Inggeris itu, teresa bertindak sebagai hos program bual bicara membincangkan “feng shui” pelbagai isu dengan tiga tetamu.

‘Tiga ahli panel’ seolah-olah mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan di Sabah tahun lepas.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang bukannya baru seketika berkecimpung dalam bidang politik di Malaysia, Teresa seharusnya tahu apakah tindakan yang akan mencemar sensitiviti khususnya bangsa Melayu di negara ini.

Teresa juga pastinya sudah arif akan akibat yang akan diterimanya jika tampil dalam video seumpama itu.

Bukan sahaja Teresa bakal dikecam sudah tentu ada pihak yang akan membuat pelbagai jenis ugutan termasuk ugutan bunuh jika Teresa terus melakukan keceluparan seperti itu.

Jadi, jika mahu bermain api, jangan takut ia akan menyambar kerana sudah rasminya api menyambar jika dicurah dengan petrol.. –KUMBANG WIRA/Mynewshub

Ezany Ugut Bunuh Guru ‘Ganggu’ Adiknya

Ezany Ugut Bunuh Guru

Apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?

Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi: ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’.

Ezany Ugut Bunuh Guru [2]

“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya.

“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan,” ujarnya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar bagi melindungi dirinya dan keluarga jam 11 malam, kelmarin.

Berbalik kepada punca ugutan itu, rupa-rupanya Ezany memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri, memetik Terengganu Today.

Pendek kata, dia mungkin mahu melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang.

Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi:

Ezany Ugut Bunuh Guru [3]

Rasanya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya.

(Baca: Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!)

Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah.

Kepada guru terbabit, tak perlulah hubungi gadis lain kalau sudah berkeluarga. Kasihanlah sikit dekat anak bini tu... -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Coklat Campur Darah Haid Sempena Hari Valentine!

Coklat Campur Darah Haid Sempena Hari Valentine!

Di Jepun, Hari Valentine adalah masa di mana para gadis menghadiahkan cokelat kepada lelaki yang mereka sukai, dikenali sebagai “honmei choco” atau “cokelat luahan perasaan”.

honmei choco

Biasanya cokelat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.

Bagaimanapun kini, tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai pasti membalas cinta mereka menggunakan cokelat yang dihasilkan itu.

Cara itu pula melibatkan perkara kotor iaitu mencampurkan darah haid, air ludah atau rambut ke dalam cokelat yang dimasak lalu diberikan sebagai hadiah.

(Baca: Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!)

Ajaran sesat yang mula-mula dikongsikan di laman portal terkenal Naver Matome ini nyata mendapat perhatian hangat apabila diulang Tweet lebih 15,000 kali selain disebarkan di portal-portal internet.

Ramai menganggap perkara ini cuma satu pembohongan tapi bagi masyarakat Melayu yang mengetahui tentang ‘nasi kangkang’ yang dihasilkan bagi menjinakkan suami, berita ini mungkin ada asasnya.

Apa pun, para lelaki Jepun sewajarnya berfikir dua kali jika menerima cokelat daripada gadis pada 14 Februari ini. Sumber: Mynewshub

Pelakon Pondan Thailand Jadi Sensasi Internet

Lost in Thailand

Kecantikan seorang pelakon Thailand yang muncul hanya satu minit untuk satu babak dan menuturkan cuma sebaris ayat dalam filem China bertajuk ‘Lost in Thailand’ membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tertarik padanya.

Ini membuatkan pelakon tersebut menjadi subjek carian paling utama bagi filem berkenaan mengalahkan kesemua pelakon lain termasuk watak utama.

Lost in Thailand [2]

Bagaimanapun, ramai pelayar internet kecewa dan terkejut apabila mengetahui pelakon cantik tersebut adalah salah seorang pelakon pondan terkenal di Thailand.

Lost In Thailand mendapat sambutan hangat penonton malah berjaya mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman di China, mengalahkan The Avatar.

Lost in Thailand [3]

Menurut undang-undang Thailand, pondan atau transeksual masih dikategorikan sebagai lelaki tetapi boleh dirujuk sebagai wanita dalam dunia sosial.

Sebilangan tandas di kawasan awam negara tersebut turut mempunyai tandas khas bagi kaum ini, dikenali sebagai tandas ‘pink lotus’. Sumber: Asiaone

-Sentiasapanas.com

"Kami Pekerja PKNS Bukan Binatang!"

"Kami Pekerja PKNS Bukan Binatang!"

Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan tindakan menamatkan kontrak mereka sebagai tidak adil dan menganiaya golongan profesional yang diambil bagi menaikkan taraf professionalisme Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pekerja PKNS

”Siapa bertanggungjawab kepada kami? Adakah ini cara kamu melayan kami?

”Kita semua bukan binatang! kita manusia lagipun kami semua orang Islam. Itu syarikat-syarikat kafir pun tidak akan buat begini,” kata Dr Aliff dengan wajah yang amat kecewa.

Beliau berkata demikian di hadapan media selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC dan Kementerian Sumber Manusia bagi mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap PKNS.

Semalam PHSB dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB – anak syarikat PKNS – menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, ketika dihubungi, bekas Ketua bahagian sumber manusia kumpulan PKNS, Rina Sarif yang turut ditamatkan kontrak berkata, 19 pekerja PHSB telah menerima notis semalam manakala baki 19 yang lain bakal menerima nasib sama tidak lama lagi.

Rina berkata kesemua mereka masih mempunyai kontrak antara enam bulan hingga dua tahun yang ditamatkan begitu sahaja.

“Saya jadi HR (Sumber Manusia) selama 18 tahun. Mana ada kontrak yang ditamatkan macam ni. Ini bukan notis pemecatan (termination) 24 jam. Ini serta-merta.

“Kontrak sepatutnya jaga hidup (livelihood) pekerja. Mana ada kontrak begini,” katanya kepada Malaysiakini.

(Baca: Salahkan UMNO, Anwar Dicabar Pinda Enakmen Agama Selangor)

Khalid ketika ditemui semalam menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan tersebut dan berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB.

Sementara itu, Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan menamatkan kontrak pekerja terbabit sebagai tindakan zalim ibarat negara ‘kunta-kinte’.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

“Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun.

“Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak,” katanya yang juga MP Kuala Langat.

“Ini bukan negara ‘kunta-kinte’. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu,” kata beliau lagi di hadapan pejabat Kementerian Sumer Manusia hari ini.

Sementara itu PKNS dalam kenyataan hari ini menafikan memecat sebaliknya hanya ‘memulangkan’ semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu.

Ia hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap. –Malaysiakini.com

Pemecatan 20 Kakitangan PKNS Merupakan ‘Value For Money’

Pekerja PKNS [2]

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu kenyataan menyifatkan pemecatan seramai 20 kakitangan anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holding Sdn. Bhd. (PHSB) merupakan langkah perkhidmatan cekap ‘value for money’.

Menurut kenyataan itu, keputusan menamatkan kontrak dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelak pertindihan tugas.

“Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baharu di PKNS antaranya pemasaran, strategi dan media, pelaburan serta pengurusan organisasi dan integriti.

“Walaubagaimanapun setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan khidmat 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap PKNS,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, sehubungan itu, PHSB telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak masing-masing.

PHSB pada Selasa memecat 20 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria. -mStar

-Sentiasapanas.com

"SKMM Cepat Tutup FB Anti Kristian Tetapi Tidak FB Anti Islam!"

"SKMM Cepat Tutup FB Anti Kristian Tetapi Tidak FB Anti Islam!"

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.

FB Anti Islam

Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini.

“Perkasa ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat,” kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur.

Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan mengenai isu tersebut.

(Baca: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat)

“Perkasa menunggu pula reaksi daripada pertubuhan yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat kebebasan bersuara apabila laman Facebook tersebut ditutup.

“Adakah mereka juga memilih untuk membuat kritikan? Apabila Islam dihina dan kita menggesa tindakan diambil maka ia dilihat sebagai melanggar kebebasan bersuara?” katanya.

Menurut Syed Hassan, Perkasa tetap dengan pendirian menghina agama bukanlah kebebasan bersuara.

“Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara. Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang keras,” katanya.

Hari ini SKMM dilaporkan mengambil tindakan menutup beberapa laman sesawang dan Facebook anti Kristian.

Menurut Pengerusi SKMM Mohamed Sharil Tarmizi, penutupan itu termasuk laman “Semenajung Malaysia Anti Sabah and Sarawak”.

“Kami menghubungi Facebook (pentadbir) dan beberapa laman berkenaan ditutup,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Katanya, siasatan SKMM terhadap laman Facebook berkenaan masih berterusan.

PAS Sabah membuat laporan polis terhadap laman Facebook yang didaftarkan atas nama “Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak” yang menghina penganut Kristian dan Malaysia Timur.

(Baca: Kena Orang Islam, Tak Apa. Kena Pada Bukan Islam, Heboh 1 Malaysia!)

Gambar menghina penganut Kristian termasuk seekor katak dipaku ke salib menimbulkan kemarahan warga Sabah dan Sarawak.

Dua ahli politik Sarawak mengeluarkan kenyataan bagi meredakan kemarahan penduduk Borneo terhadap sentimen anti Kristian dan anti Malaysia Timur di Semenanjung sambil memberi amaran terhadap cadangan berpisah daripada Malaysia yang disifatkannya sebagai pengkhianat.

Menteri Kabinet Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata tidak perlu perbincangan untuk berpisah daripada Malaysia sebagaimana yang pernah dibangkitkan dalam laman Facebook oleh warga Sabah dan Sarawak.

Sumber: Mynewshub

Aset Anak Lelaki Taib Mahmud Bernilai RM1.395 Bilion!

Aset Anak Lelaki Taib Mahmud Bernilai RM1.395 Bilion!

Seorang akauntan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa aset anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bernilai antara RM976 juta dan RM1.395 bilion.

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir dan Isteri

Akauntan bertauliah, Andrew Heng, 39, berkata sebelum ini beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa aset Datuk Seri Mahmud Abu Bekir bernilai RM916 juta hingga RM1.344 bilion.

Beliau berkata angka baru itu diperolehi setelah memasukkan dua aset yang dimiliki Mahmud yang terdiri daripada sebuah kereta Audi dan kepentingannya di Menara Titanium di Brighton Square, Kuching, Sarawak.

Andrew telah dilantik oleh bekas isteri Mahmud, Shahnaz A. Majid, 50, untuk mengenalpasti aset milik Mahmud dan nilai pegangan sahamnya dalam 49 syarikat di Malaysia.

“Berikutan penemuan baru itu, angka terkini di antara RM976 juta dan RM1.395 bilion selepas mengambil kira kedua-dua aset.

“Angka tersebut berdasarkan kepada lima komponen termasuk yang diwarisi daripada arwah ibu Mahmud, tanah kelapa sawit, saham dalam 49 syarikat Malaysia dan kini, kenderaan Audi yang dimiliki oleh Ivy Kraf Sdn Bhd di mana beliau mempunyai 50 peratus kepentingan dan juga Menara Titanium,” kata Andrew.

Andrew telah memberi keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguam Shahnaz, Akbardin Abdul Kader dalam perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta beliau.

Shahnaz yang merupakan kakak kepada ratu jazz, Datuk Sheila Majid, menuntut RM400 juta yang mana RM300 juta adalah harta sepencarian sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian.

Shahnaz juga menuntut 50 peratus daripada semua aset yang dimiliki oleh Mahmud, 50, termasuk kereta mewah, rumah di pelbagai lokasi, tanah di Sarawak dan saham.

(Baca: Bethany Mota, Gadis Yang Menjadi Jutawan Kerana YouTube)

Mereka telah berkahwin pada Januari 1992 dan bercerai pada 2011.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun, Raden Murya.

Andrew berkata kenderaan mewah Mahmud, jenis Bugatti, bernilai RM1.18 juta tidak termasuk duti dan eksais yang dibayar dan Lamborghini bernilai RM498,000.

“Dua kenderaan lain Mahmud adalah Bentley Continental dianggarkan bernilai RM478,000 dan Toyota Alphard, RM190,000,” katanya.

Pada akhir prosiding, peguam utama Mahmud Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk akauntan anak guamnya mengkaji laporan oleh Andrew.

“Kita perlu mendapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang perakaunan sebelum boleh meneruskan pemeriksaan balas kami,” katanya.

Walau bagaimanapun, peguam utama Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie membantah permohonan itu, dengan menyatakan ia tidak adil untuk mereka dan menambah bahawa aset Mahmud adalah berdasarkan laporan kewangan syarikat-syarikat beliau.

Mahkamah kemudian menanguhkan perbicaraan kepada 14 dan 30 April bagi pembelaan untuk pemeriksaan balas Shahnaz.

Sumber: mStar

7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan

7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Isteri yang ingkar

Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku beritahu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggalkan, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan kepada suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Malah, boleh jadi suami tidak suka, kemudian menceraikannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dirimu dari tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat.

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami;

1. Tidak mempunyai rasa malu. Yang tidak malu melakukan perkara-perkara yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor). Tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar). Iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar). Tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, malah menentang suami dan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut). Tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat). Selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif. Malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

BACA INI JUGA: Bahaya Kelicikan Tipu Muslihat Wanita

Sumber: Ooo.my

Wednesday, February 05, 2014

Coli Yang Akan Terbuka Apabila Wanita Jatuh Cinta!

Coli Yang Akan Terbuka Apabila Wanita Jatuh Cinta!

Zaman sekarang ini pelbagi benda-benda pelik dicipta dan salah satunya adalah sejenis coli yang diberi nama "True Love Tester" telah dicipta oleh seorang warga Jepun.

True Love Tester

Fungsi coli ini adalah ia hanya terbuka apabila seseorang wanita tersebut bertemu dengan cinta sejatinya.

Ini kerana satu sensor dipasang untuk memantau denyutan nadi si pemakai untuk memastikan tali coli dibahagian depan dikunci kecuali 'adrenalin cinta' dikesan dan coli akan terbuka secara automatik.

(Baca: Gerakan Berahi Untuk Menambah Nikmat Suami Isteri )

Menurut pengeluar pakaian dalam Ravijour di Jepun, apabila seseorang wanita teruja adrenal (kelenjar) sumsum belakang merembeskan catechilamine yang memberi kesan kepada saraf secara automatik, dan merangsang kadar jantung.

Sensor akan membaca kadar jantung wanita dan menghantarnya ke aplikasi khas melalui Bluetooth untuk dianalisis, di mana aplikasi tersebut akan mengira 'Kadar Cinta Sejati' berdasarkan perubahan kadar jantung dari semasa ke semasa.

Apabila melebihi nilai tertentu, cangkuk coli dibuka.

Bagaimanapun, coli ini tidak akan dijual di pasaran, sebaliknya ia dijadikan sebagai hadiah utama pertandingan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-10 Ravijour, bagi pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM150 atau lebih.

Sumber: Tupai.com.my