Thursday, January 09, 2014

PANAS! MA Hospital Serdang Sibuk Bersembang, Pesakit Derita 6 Jam!!!

PANAS! MA Hospital Serdang Sibuk Bersembang, Pesakit Derita 6 Jam!!!

Coretan ini adalah pengalaman salah seorang bapa yang membawa anaknya yang berusia 9 bulan di wad kecemasan Hospital Serdang malam Isnin (dan berlanjutan ke Selasa pagi) lalu.

PANAS! MA Hospital Serdang Sibuk Bersembang, Pesakit Derita 6 Jam!!!

Bukan tujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kakitangan awam yang cuai dan mengambil mudah amanah yang diberikan harus ditegur serta diambil tindakan tegas.

Bapa berkenaan tiba di hospital itu pukul 9.30 malam dan perkara pertama yang dibuatnya mendaftar anaknya selepas itu melalui proses saringan.

Semua itu berjalan lancar dan pantas… hanya 10 minit…

Namun, dari 9.40 beliau menanti sehingga pukul 3.45 pagi untuk anaknya yang sedang demam mendapat rawatan.

Itu pun bukannya sebab nombornya sudah dipanggil, tetapi sebab sudah tidak bertahan maka beliau masuk ke bilik rawatan. Kalau beliau masih menunggu dengan badan anaknya yang sedang panas membara… entah pukul berapa lagi baru anaknya akan mendapat rawatan.

(Baca: Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!)

Apa yang dilihatnya sebaik masuk bilik rawatan…. dua kakitangan yang merupakan pembantu kesiahatan (MA) sedang rancak berborak sambil makan kerepek.

Dua orang duk makan kerepek… apa yang anda dapat rumuskan? Sudah semestinya tidak ada kecemasan kan? Kalau ada takkan dekat pukul 4 pagi boleh duduk makan kerepek sambil bersembang.

“Oh… kami baru nak panggil nombor ini” respon yang diberikan salah seorang daripada dua MA itu…. lebih pada nak cover line.

Oh yea… bukan bertujuan racist… tetapi andai la kalau Pengarah Hospital Serdang rasa nak buat kerja dan perbaiki mutu kerja kakitanganya, maka kedua kakitangan itu adalah perempuan India muda.

Tujuan kami letak untuk narrow down siapa yang kami maksudkan itu.

Ok… sekarang berbalik dari tempoh 9.40 malam (selepas saringan) hingga terpaksa menebalkan muka masuk ke bilik rawatan untuk anak dapat perhatian…apa yang dilihat bapa berkenaan?

Antaranya… budak-budak di bawah umur setahun ada yang menangis sampai sejam tanpa ada pegawai perubatan yang kisah. Ada ibu-bapa yang tak larat menunggu sehingga terpaksa pulang (mungkin berkerja pada esok hari), ada yang terpaksa berbaring di kerusi hospital kerana terlalu lama menunggu.

Sepatutnya keutamaan diberikan kepada anak-anak kecil tetapi itu tidak berlaku.

Hospital Serdang sudah bagus polisinya apabila 3 bilik rawatan dibuka pada malam itu… namun semua bilik macam hendak tak nak aje memberikan rawatan.

Hanya satu bilik menerima pesakit satu masa dan dua bilik diam. Seolah-olah ada persefahaman antara yang berkerja untuk bergilir-gilir melayan pesakit dan bukannya secara serentak.

Satu bilik kerja, dua bilik relax berjam-jam. Bilik yang berkerja tu pun hanya akan panggil dua tiga nombor sebelum pesakit terpaksa menunggu terlalu lama bagi nombor seterusnya. Lepas tu bilik lain pulak buat kerja sikit.

(Baca: Kebaikan Itu Terasa Menyakitkan)

Dan tentu dengan cara itu kakitangan yang sepatutnya berkerja boleh gilir-gilir tidur kan…

Akhirnya nanti semua bilik rawatan nampak macam berkerja dan melayan pesakit tetapi ia dibuat dengan bergilir-gilir sebenarnya. Pandai-pandai buat sistem kerja sendiri… Sangat licik taktik seperti itu bukan.

APA NI? Lawak jenaka ke dalam melayan pesakit?

Kerajaan membelanjakan bilion ringgit setiap tahun untuk perubatan percuma, polisi semua sudah diatur, tatakerja sudah diperjelaskan, piagam pelangan terpampang di dinding hospital… namun kakitangan hospital yang BIJAK PANDAI membuat sistem kerja sendiri seperti hanya satu bilik melayan pesakit dan dua lagi berehat.

Akibatnnya sampai kena tunggu dekat 6 atau 7 jam sebelum dilayan…

Penulis yakin semua itu sengaja dibuat dan kelemahan pemantauan hospital adalah punca terjadinya sikap seumpama itu.

Bapa berkenaan bukan mahu komplen tetapi itu sahaja pilihan hospital yang dia ada waktu itu… namun kakitanganya pula memilih untuk makan kerepek sambil bersembang sesama sendiri.

Sumber: Mynewshub

Isu Kalimah Allah, Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah!

Isu Kalimah Allah, Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik ‘The Herald’, Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Tun-Dr-Mahathir-Isu-Kalimah-Allah

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

“Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?” soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Andrew 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Andrew menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

(Baca: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian)

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

“Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah,” katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: “Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan).”

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.

Sumber: BERNAMA

Kontroversi! Lelaki Paling Kejam Di Dunia!

Kontroversi! Lelaki Paling Kejam Di Dunia!

Info Agama. Ada tiga orang lelaki, bangga hendak menunjukkan siapa yang paling hebat antara mereka bertiga. Kita mula dengan lelaki pertama dahulu.

Kekejaman Amerika Syarikat dan Yahudi

Dia menyerang seorang wanita, membelasahnya bertubi-tubi hingga darah berpercikan. Gigi wanita itu patah, matanya lebam. Darah mengalir dari hidung dan mulut.

Kemudian, lelaki pertama berkata kepada dua temannya, "Hmmm! Lihatlah! Akulah orang yang paling kejam!"

Bangun pula lelaki kedua. Dia mengoyakkan baju wanita yang sudah lemah itu. Dirogolnya dihadapan kedua-dua orang orang temannya. Masih belum cukup. Dia kemudian mencekik wanita yang sudah tidak bermaya itu sehingga mati.

"Hei! Lihat! Kekejaman saya lebih dahsyat. Bermakna sayalah yang paling kejam!" ujar lelaki kedua.

(Baca: Mayat Pejuang Syria Yang Masih Segar!)

Lelaki ketiga pula bangun. Dia hanya tersenyum dan berkata, "Sebenarnya, sayalah yang paling kejam antara kamu berdua! Saya hanya mampu menonton apa yang kalian lakukan tanpa berbuat apa-apa sedangkan wanita itu adalah keluargaku sendiri!"

Anda tidak faham?

Begini, lelaki pertama dalam kisah di atas ialah ISRAEL. Lelaki kedua pula adalah AMERIKA SYARIKAT dan sekutunya. Wanita yang menjadi mangsa perkosa dan kebuasan itu pula adalah PALESTIN.

Lelaki ketiga?

Itulah adalah golongan UMAT ISLAM yang hanya mampu berdiam diri dan sekadar menjadi penonton segala macam kedurjanaan dan kezaliman Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya.

Masya-Allah!

-Sentiasapanas.com

Seorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja

Seorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja

Khalifah Umar bin Abdul Aziz terkenal sebagai penguasa yang berkarisma. Selain itu, beliau juga sangat alim dan zuhud.


Pada masa pemerintahan beliau, tiada orang miskin yang berhak menerima zakat. Semua hidup makmur kerana keadilan khalifah yang soleh ini.

Suatu hari Umar bin Abdul Aziz duduk dalam sebuah majlis perjumpaan. Beliau lalu berbicara dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati.

Semua orang di majlis itu menjadi sangat khusyuk. Bahkan, sebahagian daripada mereka turut mengalirkan air mata.

Apabila Umar melihat seseorang daripada hadirin mengusap air matanya, beliau pun menghentikan perbincangan.

Maimun bin Mahran yang hadir dalam majlis itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, lanjutkanlah perbincangan tuan. Saya yakin ramai yang mendapat manfaat daripada perbincangan ini."

Umar mengisyaratkan dengan tangannya sambil berkata: "Menjauhlah daripadaku. Berbicara merupakan satu fitnah dan ujian. Berbuat lebih bermanfaat bagi seseorang daripada berbicara." Kisah ini diceritakan oleh al-Baihaqi dalam kitab Syu'ab al-Iman.

Generasi umat Islam terdahulu tidak suka berlebih dalam berbicara. Walaupun perbicaraan mereka sangat menginsafkan dan mendekatkan pendengarnya kepada Allah SWT. Bagi mereka, berbicara mesti secukupnya dan kerja nyata yang mesti diperbanyakkan.

Dasar 'sedikit bicara banyak berbuat' ini menjadi rahsia kejayaan umat Islam pada masa itu. Mereka mencapai kemajuan dalam aspek politik, ekonomi dan sains. Mereka telah menjadi penguasa dunia apabila bangsa-bangsa yang lain masih dalam kemunduran.

Dasar ini berlaku di semua lapisan masyarakat sama ada ahli politik, agamawan dan rakyat biasa. Tiada tempat bagi orang yang banyak berbicara namun sedikit berbuat. Apa lagi orang yang percakapannya tidak serupa bikin.

Hasan al-Basri berkata: "Terlebih banyak bicara daripada berbuat ialah satu aib. Terlebih banyak berbuat daripada berbicara ialah satu kemuliaan."

Sementara, Fudail bin Iyad berkata: "Seorang mukmin sedikit bicara, banyak bekerja. Seorang munafik banyak berbicara, namun sedikit bekerja."

Keburukan_Berdebat

Berbicara sangat mudah, orang jahil sekalipun boleh melakukannya. Bahkan semakin jahil seseorang, semakin mudah ia mengucapkan sesuatu yang dikehendakinya.

Apabila orang bijak berfikir dahulu sebelum berbicara, orang jahil berbicara dahulu sebelum berfikir.

Selain itu, perbicaraan yang tidak terkawal akan membawa impak negatif yang sangat banyak. Salah satunya ialah, perdebatan dan pergaduhan.

Pergaduhan yang merebak dalam masyarakat akan melahirkan gejala perpecahan yang akan melemahkan masyarakat itu sendiri.

Pada masa yang sama mereka akan disibukkan daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi masyarakat.

Berkata Ma'ruf al-Karkhi: 'Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka akan dibuka bagi pintu amal dan ditutup bagi pintu perdebatan.

Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi seseorang, maka dibukakan untuknya pintu perdebatan dan ditutup pintu amal.

Oleh yang demikian, mari kita lakukan perubahan dalam diri kita. Kurangkan bicara, lebihkan beramal. Apabila sifat ini telah menyebar dalam masyarakat, insyaAllah kejayaan akan kembali ke tangan kaum Muslimin. Wallahu a'lam.

PENULIS kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

BACA INI JUGA: Enam Perkara Yang Di Sembunyikan Dari Manusia

Wednesday, January 08, 2014

Manusia Yang Menderita Kerana Penyakit Yang Luar Biasa!

Manusia Yang Menderita Kerana Penyakit Yang Luar Biasa!

Kita biasa menemui beberapa penyakit aneh pada manusia dengan setiap satu berbeza kesannya. Kehidupan biasa diduga dengan penyakit yang kita sendiri tidak tahu entah bila wujudnya dan ia memang menyedihkan.

Melihat sanak-saudara atau diri sendiri demam sudah cukup buat hati sengsara apatah lagi lainnya. Cuba perhatikan antara penyakit aneh ini.

Parasitic Twin (janin dalam janin)

Parasitic Twin (janin dalam janin)

‘Kembar Parasit’ adalah penyakit luar biasa berbeza daripada kes kembar siam. Ia terjadi apabila salah satu bayi dalam kandungan membesar lebih baik berbanding kembarnya.

Hal ini membuatkan janin yang tidak sihat sangat bergantung kepada kembarnya, dan ia sekali gus disebut parasit.

Peliknya, apabila dilahirkan, kedua-duanya akan bercantum seperti kembar siam tetapi dalam keadaan lebih mengerikan kerana tubuh badan bayi yang melekat dilahirkan kurang sifatnya.

Ada kes dilaporkan, kembar tak sempurna itu hanya berbentuk tangan, kaki, atau alat kelamin yang menempel pada pasangannya.

Dipercayai, keadaan ini berlaku disebabkan pencemaran atau pengaruh radioaktif selain penelitian turut berpendapat kekurangan protein sonic hedgehog (SHH) boleh menyebabkan kes seperti ini.

Sindrom Argyria

Sindrom argyria

Argyria adalah keadaan disebabkan pendedahan yang tidak wajar kepada bentuk kimia unsur perak, habuk perak, atau sebatian perak.

Gejala argyria yang paling jelas ialah kulit menjadi biru atau berwarna biru kelabu. Penyakit ini boleh dibahagikan kepada generalized argyria (seluruh bahagian) atau localized argyria (bahagian tertentu saja). Argyrosis adalah keadaan yang berkaitan dengan mata.

Namun tiada rekod menyatakan penyakit ini boleh memendekkan jangka hayat, ada kes membabitkan kebanyakan penderita tetap hidup sehingga umur 80-an.

Progeria

Progeria

Progeria adalah penyakit disebabkan genetik. Ia adalah penyakit yang jarang ditemui dan keadaan genetik mati sehingga mempercepatkan proses penuaan.

Dalam bahasa mudah difahami adalah proses penuaan berlaku secara mendadak. Akibatnya, pesakit mengalami botak, penyakit jantung, struktur tulang lemah, kulit berkedut, mata seperti tersembul dan wajahnya kelihatan seperti kanak-kanak.

Dilaporkan, satu daripada lapan juta orang menghidapi penyakit ini. Kanak-kanak yang menghidapinya dipercayai dapat menjalani kehidupan biasa sehingga umur 13 tahun namun dalam beberapa kes berlainan, ada antaranya hidup sehingga awal dua puluhan.

Tidak ada siapa yang mengetahui jumlah sebenar kanak-kanak mempunyai progeria.

Bagaimanapun, pakar-pakar menganggarkan terdapat kira-kira 200 hingga 250 kanak-kanak menjalani kehidupan sebagai progeria pada satu masa.

Hypertrichosis (sindrom serigala)

Hypertrichosis (sindrom serigala)

Apakah yang terlintas di benak anda ketika melihat perkataan ‘sindrom serigala’, adakah ia sejenis penyakit mutasi genetik menyebabkan penderita berubah menjadi serigala atau membuat si penghidap menjadi ganas seperti serigala? Tidak.

Hypertrichosis bererti rambut berlebihan. Masalah genetik pada manusia disebabkan mutasi genetik ketika lahir atau faktor luaran seperti kesan samping ubat-ubatan, kanser, bahkan gangguan makan boleh membuatkan rambut tumbuh di tempat tidak sepatutnya.

Bukan itu saja, rerambut itu juga tumbuh berlebihan hingga menutupi seluruh permukaan tubuh sekali gus membuatkan penderita kelihatan seperti manusia serigala.

Hypertrichosis boleh terjadi sama ada kongenital (hadir pada masa kelahiran) atau diperoleh di kemudian hari.

Skizofrenia

Skizofrenia

Berkaitan kekacauan otak yang diertikan tidak normal. Istilah ini dicipta oleh Eugen Bleuler (1857 - 1939) pada tahun 1908. Skizofrenia adalah penyakit otak akibat ketidakseimbangan salah satu sel kimia dalam otak.

Bahasa mudahnya, ia gangguan biokimia kompleks pada otak yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk membezakan antara kenyataan atau ilusi.

Sehingga ke hari ini, ubatnya belum ditemui secara nyata. Ataupun, gangguan jiwa psikologi hingga menyebabkan rasa normal hilang dan membuatkan penghidapnya bertindak tidak normal.

Ia sukar untuk dikesan sehinggalah penghidap bertindak di luar batas. Namun begitu, dalam kajian berlainan mendapati beberapa jenis rawatan untuk mengubati penyakit ini seperti ubat-ubatan, psikoterapi atau kaunseling dan rehabilitasi.

Rehabilitasi merujuk kepada proses berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit akibat sesuatu peristiwa yang berlaku atau kecederaan.

Ubat-ubatan skizofrenia seperti Alhaloberdol dan Alklorobermazzin boleh meringankan gejala psikotik aktif seperti halusinasi audio dan delusi.

Bahayanya, pelbagai perkara boleh dilakukan penghidap tanpa sedar termasuk mencederakan orang lain.

BACA INI JUGA: 10 Fakta Hebat Tetapi Pelik

-SENTIASAPANAS.COM

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 JUTA!

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 JUTA!

Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di kepala.

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 JUTA!

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.

(Baca: Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia)

Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.

Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.

Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.

Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.

Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan.

Sumber: mStar Online

Pelajar Miskin, Nurkhatijah Yang Comel Akhirnya Di Bantu

Pelajar Miskin, Nurkhatijah Yang Comel Akhirnya Di Bantu

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Integrasi (SAI) Ar-Rahmaniah di Taman Dagang, Ampang akan mewujudkan satu Tabung Dana Amanah bagi menyalurkan bantuan yang diterima oleh adik Nurkhatijah Abdullah, 7 tahun, dan Norsyafiqah Abdul Rahim, 9 tahun, bagi kegunaan kedua-dua mereka untuk pendidikan.

Nurkhatijah Abdullah

Pengerusi PIBG sekolah itu Kamaruddin Ab Rahman berkata pihaknya belum mengadakan mesyuarat membincangkan perkara berkenaan kerana ia baru sahaja diketahui pada 2 Januari lepas.

“Perkara ini baru sahaja tersebar dalam 2 Jan lepas dan kita masih belum mengadakan mesyuarat, biasanya mesyuarat akan diadakan pada minggu pertama persekolahan.

“Kita akan berbincang untuk mewujudkan satu tabung amanah bagi menyalurkan semua wang bantuan yang diterima dan akan digunakan untuk membiayai pendidikan Nurkhatijah sampai ke peringkat paling tinggi,” katanya kepada Mynewshub.my ketika ditemui di rumah Nurkhatijah hari ini.

(Baca: Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!)

Kini, keluarga Nurkhatijah menerima tetamu tidak henti-henti di rumah mereka di Flet Taman Dagang Fasa 2A yang ingin menziarah Nurkhatijah dan menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban datuk dan neneknya yang menjaga serta mengasuhnya sejak kecil.

Mohd Rodzi Ariffin, 61 tahun dan Shamsiah Yusof, 55 tahun, yang mesra dikenali sebagai Pak Long dan Mak Long kini bersyukur selepas kisah pembayaran yuran dengan duit syiling itu tersebar, kini bantuan mencurah datang dan mereka berasa lega apabila ada jaminan pendidikan cucu mereka akan berjalan dengan lancar pada masa depan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang datang membantu dan mendoakan mereka semua dikurniakan kemurahan rezeki kelak, itu sahaja yang mampu saya doakan,” kata Pak Long.

Setakat ini, antara pihak yang sudah hadir dan menziarahi Nurkhatijah ialah wakil dari Kelab Toyota, Kelab Motor Kecil, Kelab Motor Besar dari Rawang, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Alam Shah, Pemuda UMNO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka Ir Iskandar Abdul Samad.

Rumah Nurkhatijah Abdullah

Sementara itu, penulis sempat bertemu dengan Ustazah Khatijah Alang Abu Shuker selepas menziarahi Nurkhatijah dan guru muda itu mengakui agak takut dan terkejut dengan respon yang diterima daripada kisah murid bernama Nurkhatijah itu.

“Niat saya hanya untuk membantu Nurkhatijah dan Norsyafiqah, apabila bantuan menderu masuk ke dalam akaun saya, saya jadi takut dan bimbang tidak tahu bagaimana hendak menguruskan wang berkenaan jika ia terlampau banyak sehingga memaksa saya membekukan akaun saya.

(Baca: Pelajar Terima RM100 Bermula 15 Januari 2014)

“Kini pihak bank sudah membukakan dua akaun untuk Nurkhatijah dan Norsyafiqah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka,” katanya Ustazah Khatijah Alang.

Bagi anda yang ingin terus menghulurkan sumbangan kepada dua insan ini bolehlah mendepositkan wang anda ke akaun mereka :-

Akaun Bank Rakyat Nurkhatijah Abdullah : 2206 2124 4780

Akaun Bank Rakyat Norsyafiqah : 2201 4156 5286

Sumber: Mynewshub

Pelajar Ditampar 40 Kali Sehingga Buta!

Pelajar Ditampar 40 Kali Sehingga Buta!

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di China terpaksa menjalani pembedahan mata selepas ditampar hampir 40 kali hanya kerana gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.

Pelajar ditampar 40 kali
Mangsa mengalami masalah penglihatan mata kiri.

Kanak-kanak berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu berkata, dia ditampar selepas gurunya menyuruh semua rakan sekelas berbuat demikian sebagai hukuman tidak menyiapkan kerjanya.

Malah, katanya, guru itu menjanjikan hadiah untuk murid yang menghasilkan bunyi menampar paling kuat.

“Selepas disepak, guru itu memaksa saya membuat tekan tubi dan melarang saya makan tengah hari,” katanya seperti dilapor media.

(Baca: Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!)

Ketika itu mangsa menyangka masalahnya akan berakhir di situ saja sehinggalah dia berasa ada sesuatu tidak kena pada dirinya.

Menurut mangsa dia gagal melihat dengan jelas menggunakan mata kirinya beberapa jam kemudian.

Difahamkan, guru berkenaan menganggap hukuman berat adalah kaedah terbaik mendorong muridnya belajar dengan lebih baik.

Pelajar ditampar 40 kali
Ibu mangsa dibayar pampasan RM16,000 oleh pihak sekolah.

Sementara itu, ibu mangsa berkata dia terkejut apabila mengetahui betapa teruk kecederaan dialami anaknya.

“Malah doktor memaklumkan anak saya mungkin tidak lagi dapat menggunakan mata kirinya,” katanya.

Menurut wanita terbabit, keluarganya menerima pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM16,278) yang sudah pun digunakan untuk perbelanjaan pembedahan itu.

“Saya berharap anak saya tidak cacat,” katanya. -Agensi

Misteri Jenazah Kanak-Kanak ‘Terapung’!

Misteri Jenazah Kanak-Kanak ‘Terapung’!

Bila akhbar Harian Metro menyiarkan imej jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Melaka, ramai yang menuduh akhbar itu mengedit gambar tersebut.

Misteri

Yang pastinya, ia bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

Misteri

Untuk rekod, kejadian aneh itu yang dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang.

Misteri

Wah ini betul-betul misteri!

Ada yang kata, imej kaki di celah kelangkang Abdul Ghani ‘menguatkan’ lagi yang foto itu telah diubahsuai.

Misteri

Tetapi, kalau diperhatikan, kaki itu adalah kaki seorang kanak-kanak lelaki yang berbaju belang (ada dibulatkan dalam gambar di bawah)

Mungkin anda ada teori tersendiri?

BACA INI JUGA: Misteri Hantu Krew Pesawat 401

Sumber: hmetro

HOT! Luna Maya Buat Aksi 'PANAS' Dalam Pesawat!

HOT! Luna Maya Buat Aksi 'PANAS' Dalam Pesawat!

Terkejut apabila seorang kenalan bercerita perangai tidak senonoh pelakon terkenal seberang yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan video panas.

Aksi_Luna-Maya_Dalam_Kapal_Terbang

Babak hangat itu berlaku dalam pesawat ketika pulang ke negaranya. Figura jelita itu datang ke Malaysia atas undangan menjadi juri satu program.

Kata si penyampai yang menyaksikan kejadian itu, dia tak sangka pelakon itu langsung tak ada rasa malu hingga tidak hirau mata memandang perlakuan melampau bersama teman lelakinya.

Ada ke patut bermesra seolah-olah mereka ada dalam bilik, walhal mereka berada dalam pesawat!

(Baca: Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan)

Sepatutnya dia belajar daripada kesilapan lepas, tetapi nampak gayanya perkara mengaibkan itu langsung tidak buat dia insaf, sebaliknya makin ‘mengganas’.

Kalau dulu buat perkara tidak senonoh dalam bilik, sekarang berani tayang terang-terangan dalam kapal terbang.

Mungkin dia fikir duduk di tempat bisnes tidak ada yang akan ambil tahu, sedangkan yang berlaku sebaliknya.

Aksi_Luna-Maya_Dalam_Kapal_Terbang

Ia jadi ‘kenangan’ tidak dapat dilupakan buat mereka yang memandang dan terpandang, malah lebih parah jadi buah mulut.

Itulah jadinya bila bertuankan nafsu. Hilang segala rasa malu hingga tergamak bersikap keterlaluan secara terbuka.

Sumber: Plbgaimacam.blogspot.com

Tuesday, January 07, 2014

Neelofa Tunjuk Bukti Tuduhan Berkhalwat Adalah FITNAH!

Neelofa Tunjuk Bukti Tuduhan Berkhalwat Adalah FITNAH!

Biarpun pelakon Neelofa sudah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dia ditangkap berkhalwat dengan lelaki berstatus VIP pada hujung Disember lalu, masih ada pihak yang tidak percaya.

Neelofa Berkhalwat

Sebelum ini menerusi beberapa akhbar tempatan, pelakon itu menyifatkan tuduhan itu sebagai memalukan dan tidak berasas sama sekali kerana jika benar, pastinya dia berada di Malaysia untuk menyelesaikannya.

Ketika membuat penafian itu, Neelofa sudah pun berada di luar negara bagi menjalani kursus pendek dalam bidang lakonan.

(Baca: HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!)

Mungkin kerana geram dengan suara-suara sumbang yang masih mempertikaikan kenyataannya itu, pelakon itu memuatnaik gambar resit penerbangannya ke Los Angeles melalui Instagramnya sebagai bukti.

Neelofa Berkhalwat [2]
(Klik gambar untuk paparan besar)

Gambar itu juga disertakan dengan ayat yang berbunyi: “Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm. Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut.”

(Baca: Video Pramugari Bergaduh Dengan Penumpang Dalam Pesawat)

Hai, sudah-sudahlah tu. Janganlah buat cerita yang bukan-bukan lagi kalau tuan punya badan sudah bagi bukti.

Kepada Neelofa, bersabarlah menghadapi asam-garam dunia hiburan ini. Diharapkan tahun baru ini memberi sinar baru dalam perjalanan seni pelakon ini.

Sumber: Mynewshub

Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!

Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!

Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.

Sex

Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.

Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, ‘Sex Sent me to the ER’.

“Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal,” kata Liz.

Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital.

Liz berhenti klimaks dengan sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor.

Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu.

BACA INI JUGA: Wanita Masturbasi 50 Kali Sehari Bunuh Diri

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

Laman Facebook rasmi Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin iaitu DrMAZA.com sebelum ini dilihat memuatnaik gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang didakwanya sebagai pesawat yang digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

DrMAZA.com mendakwa hiasan itu adalah rupa dalaman pesawat baru kegunaan Najib dan ia disifatkan sebagai hiasan yang cantik dan ‘mewah’.

Penerangan berkaitan gambar itu turut menyatakan bahawa kos perjalanan ‘Putrajaya’ yang merujuk kepada Najib mencecah RM180 juta pada tahun 2012.

Penyiaran gambar itu hari ini dibongkar sebagai palsu oleh beberapa blog dan gambar berkenaan sebenarnya telah diambil pengendali laman DrMAZA.com dari sebuah laman web berkaitan jet korporat iaitu Corporate Jet Investor.

Terkantoi dengan fitnah berkenaan, DrMAZA.com hari ini membuat dua kenyataan memohon maaf menerusi laman Facebook itu.

Kenyataan maaf pertama melibatkan pihak Dr.MAZA.com mengakui kesilapan menyiarkan gambar itu yang diambil dari laman web lain.

“Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar ‘hiasan pesawat’ kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle.
Adapun kos RM180 juta untuk penerbangan tahun 2012 memang menjadi laporan kebanyakan media.

“Disamping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar,” menurut kenyataan maaf itu.

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

Bagi kenyataan maaf kedua, ia dibuat kepada Dr Mohd Asri dan juga kepada pengikut laman berkenaan atas penyebaran gambar yang sama.

“Pihak Dr Mohd Asri telah mengarahkan admin (pengendali) menarik balik gambar tersebut dan ia sudah pun ditarik semula, Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas, sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak pengendali,” katanya.

HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!

Bak kata pepatah Melayu “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Begitulah yang berlaku kepada laman Facebook rasmi Dr Mohd Asri kerana selepas kesilapan itu mereka menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook.

Dr Mohd Asri turut dilabel sebagai seorang penyebar fitnah ekoran tidak memeriksa dahulu kebenaran gambar yang digunakan oleh laman web Malaysian Chronicel sebelum menyiarkannya di laman Facebook.

Sebagai seorang agamawan dengan jumlah pengikut yang ramai, Dr Mohd Asri sepatutnya mengelakkan perkara-perkara sebegini daripada berlaku kerana ia membawa malu kepada nama baik dan menjejaskan reputasinya selaku pendakwah.

Tidakkah pihak pengendali yang dipilih oleh Dr Mohd Asri diingatkan supaya hanya mengambil berita atau gambar yang sudah dikenalpasti kebenarannya barulah ia disiarkan kepada orang ramai?

Dek kerana hendak cepat mendedahkan sesuatu kepincangan demi menarik perhatian ramai pihak dan mungkin berkeinginan untuk disanjung, laman DrMAZA.com menerika akibat buruk kerana tidak meneliti kesahihan maklumatnya terlebih dahulu.

Sumber: Mynewshub.my

Shila Amzah Berang ‘Berita Kahwin’ Tersebar!

Shila Amzah Berang ‘Berita Kahwin’ Tersebar!

Penyanyi yang popular dengan lagu Masih Aku Cinta, Shila Amzah nyata berang gara-gara satu akaun palsu di laman sosial Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Shila Amzah Berang ‘Berita Kahwin’ Tersebar!

Sebelum ini, kewujudan akaun palsu tersebut tidak diendahkan namun Shila menyifatkannya melampau selepas foto itu dimuat naik dengan kapsyen berkahwin.

Rata-rata peminat menuduh penyanyi yang kini menetap di Shanghai itu sengaja mencetuskan kontroversi.

Namun, menerusi akaun Instagramnya, Shila menjelaskan bahawa dirinya belum berkahwin dan tidak pernah untuk menimbulkan kontroversi.

(Baca: Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit )

Malah Shila yang geram dengan perbuatan melampau itu juga memberitahu bahawa perkara tersebut akan disiasat malah tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat.

“Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini.

“Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan,” katanya.

Shila Amzah Berang ‘Berita Kahwin’ Tersebar!

Katanya lagi, “untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.

Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol.

Sumber: Malaysian Digest

Angkara Video 'Panas', Cut Tari Bakal Bercerai?

Angkara Video 'Panas', Cut Tari Bakal Bercerai?

Sebut saja nama Ariel Noah, kami yakin anda pasti teringat akan kes penyebaran video lucahnya bersama pelakon Luna Maya sehingga menyebabkan penyanyi itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan.

Cut-Tari-Bercerai

Tapi, mungkin ramai yang terlupa akan pengacara Cut Tari, 36, yang juga menjadi individu ketiga dalam kes itu.

Baru-baru ini, dia dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya, Johannes Yusuf Subrata, 41, dan permohonan itu telah difailkan pada 18 Disember lalu.

Memetik laporan Kompas, belum ada sebarang kenyataan yang dibuat berhubung punca perceraian pasangan yang sudah berkahwin sejak tahun 2004 itu.

(Baca: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia)

Namun, ramai yang mengaitkan keretakan hubungan mereka dengan penyebaran video lucah itu pada tahun 2010.

Cut-Tari-Bercerai
Cut Tari menangis ketika sidang media.

Cut Tari dan Johannes juga jarang dilihat muncul berdua di tempat awam dan ia menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sememangnya berada di ambang perpisahan.

Sumber: Mynewshub

Monday, January 06, 2014

Bakar Poster JESUS, Fitnah Jijik Dan Kotor Pembangkang!

Bakar Poster JESUS, Fitnah Jijik Dan Kotor Pembangkang!

Semalam, page Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan memuat naik status yang didakwa dipetik mereka daripada page lain tetapi sudah dipadam.

Armand Azha Hj Abu Hanifah-Bakar-Gambar-Yesus

Status itu memaparkan gambar Jesus dibakar dalam satu kejadian tunjuk perasaan di sebuah gereja di Shah Alam, Selangor yang didalangi oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO termasuk PERKASA, PEKIDA dan PPIM.

Sudah tentu, perkara ini boleh menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian.

Dalam status tersebut tertera gambar Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Hj Abu Hanifah sedang membakar gambar dimaksudkan.

Armand Azha Hj Abu Hanifah-Bakar-Gambar-Yesus
Klik gambar untuk paparan penuh.

Sebaik mengetahuinya, Armand mengeluarkan kenyataan menyatakan dia tidak terlibat dengan kejadian ini dan gambarnya telah digunakan oleh pihak tertentu untuk membuat fitnah terutama dalam isu Kalimah Allah.

Dia juga berpesan kepada pembuat fitnah supaya bersedia dengan wang yang banyak memandangkan laporan polis dan saman akan dikemukakan kepada mereka.

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Sebentar tadi saya terkejut dan marah dimana ada pihak yg tidak bertanggungjawab menyiarkan serta menyebarkan Gambar Palsu bagi provokasi isu Kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan kini..

Bagi saya tujuan menyebar gambar palsu dan fitnah ini adalah nak menjatuhkan imej saya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta satu penipuan dan fitnah yang jijik mainan pihak yang cuba menganggu keharmonian negara kita.

Mereka menyatakan saya terlibat dalam demonstrasi jalanan hadapan gereja di Selangor pagi tadi dan membakar gambar Tuhan mereka..Ini jelas satu fitnah yang jijik dan bodoh oleh pihak yang menyiarkan fitnah ini di media2 sosial..

Saya akan mengambil tindakan undang-undang serta menyaman pihak yang menyebarkan gambar ini baik pihak yang pertama mahupun mana2 pihak yang sebarkan gambar yang telah di ubah..

Saya amat kesal pihak yang tidak bertanggungjawab ini menfitnahkan diri saya terutama dalam isu Kalimah Allah. .Ini satu contoh provokasi murahan yang patut kita tolak..

Satu Laporan Polis akan dibuat dlm masa terdekat ini oleh saya selaku yang kena Fitnah ni bagi meneruskan proses undang-undang dan saman pihak yang tidak bertanggungjawab. .

SEKIAN TERIMA KASIH

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
“SAMAN TETAP SAMAN”

Benar kata Armand, ini adalah satu contoh provokasi murahan yang patut ditolak.

Armand Azha Hj Abu Hanifah-Bakar-Gambar-Yesus

Pada masa sama, beliau turut menyatakan kekesalannya kerana ada manusia yang sanggup melaga-lagakan agama Islam dan Kristian semata-mata kepentingan politik.

Armand Azha Hj Abu Hanifah-Bakar-Gambar-Yesus

Apa pun, di bawah adalah gambar asal Armand yang telah diedit bagi mencetus kekeruhan antara agama.

Armand Azha Hj Abu Hanifah-Bakar-Gambar-Yesus

Sumber: Mynewshub

Jasad Bayi Masih Sempurna Selepas Berpuluh Tahun!

Jasad Bayi Masih Sempurna Selepas Berpuluh Tahun!

Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Jasad-Bayi-Masih-Sempurna

Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.

Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

(Baca: Merungkai Fakta Misteri Bulan Pernah Terbelah Dua! )

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Sumber: Harian Metro

Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!

Adik Khatijah, Pelajar Yang Terlalu Miskin Nak Bayar Yuran Sekolah!

Pagi-pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Adik Khatijah

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Adik Khatijah

Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat.

Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta-minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya.

Saya juga ditunjukkan gambar anak-anak ini.

Adik Khatijah

Comel-comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati.

Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak – anak lain.

Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.

Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

Email: zunairahagi@gmail.com

Yuran Sekolah Dari Duit Syiling

Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang prihatin. Saya menerima banyak pertanyaan, bagaimana nak salurkan bantuan.

Saya pun tidak sangka, entri tentang yuran duit syiling sebagai muhasabah diri mendapat perhatian pembaca.

Memang, kalau diikutkan, hidup di bandar besar, kosnya sangat tinggi hingga wujud istilah miskin bandar.

Kalau di kampung, macam saya di Sabak Bernam, boleh lagi bercucuk tanam, ikan masih boleh di pancing di parit atau sungai.

Sekurang-kurangnya, wang yang ada hanya digunakan untuk membeli garam dan gula. Namun harga barang yang meningkat menyebabkan kebanyakan yang hidup biasa-biasa ini yang paling terkesan.

“Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Adh-Dhuha: 9-11)

Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan.

Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim.

Kedua-duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.

Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah.

Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3: "Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin".

Berbahagialah ibu dan nenek adik-adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak-anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.

“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian.

Jazakallah hukhairan kathira.

[Sumber]

*KITA TERTANYA-TANYA, DIMANA PUSAT ZAKAT? DIMANA YB-YB KAYA-RAYA KITA? DIMANA 'MEREKA-MEREKA' YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT?

"Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal"

"Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal"

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Fitnah Riak Dalam Hati

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Riak dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah.

Dosa syirik tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat nasuha agar diampuni dosa ini.

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Fitnah Riak Dalam Hati

Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata; “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia.”

Riak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara. Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim.

Kenapa riak dikatakan syirik? Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riak dianggap sebagai perbuatan syirik.

Ketahuilah bahawa riak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya.

Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu rasa ingin dipuja ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.

Fitnah Riak Dalam Hati

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata.

Riak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian.

Antara contoh-contoh riyak adalah:
  • Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
  • Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
  • Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
  • Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.

Nabi Muhammad Saw berkata: "Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’".

Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadisnya yang mulia: "Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang solat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang bersedekah hanya ingin dilihat orang maka itu adalah Riya’. (Hadis Riwayat Al Imam Ahmad).

Sepertimana firman Allah Ta'ala; "Maka Wail (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riak (menunjuk-nunjuk). Surah Al-Mauun Ayat 4.

Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan Neraka Wail jika dia lalai daripada mengingat Allah apatah lagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir.

Rasa bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan.

Fitnah Riak Dalam Hati

Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya.

Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa.

Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka.

Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.

Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik.

Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya.

Firman Allah Taala, mafhumnya: “Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura: Ayat 20.

BACA INI JUGA: Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Segitiga Bermuda

Sumber: Penaminangreturn.blogspot.com

Siapa Untung Jika Umat Islam Dan Kristian Bergaduh?

Siapa Untung Jika Umat Islam Dan Kristian Bergaduh?

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama. Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang mempunyai agenda jahat serta hipokrit.

Perang Agama

Biarpun agama rasmi negara adalah Islam, namun tempat ibadat agama lain tidak pernah dihalang untuk didirikan asalkan tidak menyalahi undang-undang dan tidak mengganggu ketenteraman penganut agama lain.

Satu-satunya had yang dikenakan kepada agama lain ialah aktiviti dakwah mereka tidak boleh diperluaskan di kalangan umat Islam.

Di Malaysia, negeri dengan penganut terbesar agama Kristian ialah Sabah dan Sarawak yang terdiri dari suku kaum bumiputera.

Oleh kerana mereka lebih selesa dengan bahasa suku masing-masing serta lebih dekat dengan budaya kaum pribumi Melayu, maka bahasa yang digunakan dalam amalan Kristian mereka juga cenderung ‘meniru’ atau merujuk sebutan dalam agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu.

Justeru, penganut Kristian di sana merujuk kepada Tuhan sebagai ‘Allah’ iaitu ‘Father’ atau ‘Lord’ dalam kitab injil di seluruh dunia. Selama ini, rujukan kepada Tuhan Kristian sebagai ‘Allah’ tidak pernah menjadi isu kerana ia tidak pernah dilakukan di tempat lain melainkan Sabah dan Sarawak.

Rata-rata masyarakat Kristian di Semenanjung yang menggunakan injil berbahasa Inggeris selesa dengan merujuk kepada Tuhan mereka sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ iaitu bapa kepada ‘Jesus’.

Malah, pada hari ini, suku kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian juga cukup maklum bahawa secara rasminya, seluruh dunia Kristian mengiktiraf panggilan Tuhan Kristian sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ dan ‘Allah’ adalah Tuhan yang Esa bagi umat Islam.

Kebebasan agama dengan had-had tertentu, serta sifat saling menghormati dan memahami antara agama ternyata mampu memastikan negara terus aman, stabil dan makmur. Namun, ini bukan bermakna negara ini tidak pernah diuji langsung.

Kita pernah melalui beberapa tragedi berdarah seperti 13 Mei tetapi tragedy itu bukan berpunca dari agama. Ia berpunca dari perbalahan kaum.

Tragedi Memali dan Sauk pula adalah masalah ekstremisme umat Islam yang melibatkan sesama Islam, bukan antara umat Islam dengan agama lain.

Pendek kata, ‘pertelingkahan antara agama’ tidak pernah timbul di Malaysia.

Malangnya, akhir-akhir ini pihak Kristian nampaknya begitu ‘seronok’ atau teruja sekali cuba menimbulkan pertelingkahan antara agama.

Entah kenapa, tiba-tiba penganut Kristian di Semenanjung, khasnya di Selangor ingin sangat menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

Seolah-olah panggilan ‘Father’ atau ‘Lord’ sudah tamat tempoh atau tidak lagi relevan, pemimpin agama Kristian termasuk para politikus pembangkang bermati-matian memperjuangkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam aktiviti agama Kristian di Semenanjung.

Tindak tanduk pemimpin agama itu dalam memperkatakan isu ini memperlihatkan seolah-olah ia ia satu jihad utama dalam Kristian.

Mereka sanggup naik turun mahkamah, menunjuk degil mencabar kerajaan dan mengundang pertelingkahan dengan umat Islam semata-mata untuk menggantikan perkataan ‘Father’ atau ‘Lord’ kepada ‘Allah’.

Alasan mereka untuk berbuat demikian tidaklah diketahui. Malah pemimpin Kristian dan juga politikus yang menjuarai isu ini di pihak mereka juga, tidak dapat menjelaskan kenapa nama Tuhan mereka perlu diganti.

Kita tidak faham kenapa penganut Kristian perlu menimbulkan ketegangan dan mencabar undang-undang?

Kenapa tidak kekalkan saja amalan dan nama yang digunakan sebelum ini sedangkan ia ternyata tidak membawa apa-apa masalah kepada sesiapa?

Mungkinkah penganut Kristian hari ini sudah tidak lagi mampu mengenali Tuhan sendiri kerana ia tidak bernama?

Mungkinkah agama Kristian yang mereka anuti tidak pernah menekankan soal hormat-menghormati dan toleransi?

Mungkinkah agama Kristian membolehkan mereka berdakwah dengan cara licik dan menipu?

Mungkinkah agama Kristian tidak mengutamakan keamanan dan menggalakkan penganutnya mencetuskan ketegangan?

Kita tidak perlukan jawapan yang panjang dari pemimpin agama Kristian tetapi kita hanya ingin tahu “apakah kesannya kepada penganut Kristian jika tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan mereka?”

Hanya satu jawapan dan kita akan berpuas hati.

Jika penganut dan pemimpin agama Kristian tidak mampu menjawab maka tidak salah jika kita menganggap mereka sebagai membawa agenda jahat untuk menyebar dakwah Kristian secara licik di kalangan umat Melayu.

Atau, jika ini tidak benar, maka pastinya para pemimpin agama Kristian di Malaysia sengaja ingin mencetuskan ketegangan agama.

Benarkah ini yang penganut Kristian inginkan? Jika benar, siapakah akan untung dari perbalahan ini? Para peniaga Cina? Padri-padri Kristian?

Siapakah yang akan terjejas jika ketegangan ini akhirnya membawa kepada keganasan? Para peniaga Cina? Padri-padri Kristian?

Sesungguhnya, Islam adalah agama keamanan. Namun, Islam juga menyeru umatnya mempertahankan diri sekiranya diserang.

Islam mengajar umatnya bertolak ansur dan hormat-menghormati kerana itu umat Islam tidak pernah mengganggu atau mencabar penganut Kristian.

Tetapi, penganut Kristian yang sengaja memprovokasi dan mencabar umat Islam dan kerajaan Islam dengan berdegil untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam aktiviti dan risalah agama mereka, tanpa sebab-sebab yang konkrit yang membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa.

Tidak semena-mena, pada hari ini penganut Kristian di Malaysia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa Kristian itu adalah sebenarnya agama yang sangat jahat!

BACA INI JUGA: Sakit Hati Melihat Kebaikan Dan Gembira Melihat Bencana

Sumber: Isuhot.com

 Keluarga Melayu Terpaksa Kongsi Hidup Dengan Ayam!

Keluarga Melayu Terpaksa Kongsi Hidup Dengan Ayam!

“Saya tidak tahu apa nasib kami sekeluarga esok kerana tanah di tepi tali air tempat kami berteduh ini pun milik orang lain.”

Keluarga Melayu Terpaksa Kongsi Hidup Dengan Ayam!

Demikian kata Azman Ahmad, 44, isteri serta anak perempuannya yang terpaksa menumpang teduh di sebuah bangsal buruk di pinggir sawah di Kampung Behor Mentaloon, di sini, selepas terpaksa keluar dari rumah pusaka keluarganya berikutan selisih faham, dua tahun lalu.

Malah, nasib Azman pada hari mendatang juga tidak menentu kerana mendakwa pemilik tanah tempat mereka menumpang juga pernah meminta mereka keluar dari situ.

Selain tinggal di bangsal yang buruk dan tidak berdinding, Azman serta isteri, Noor Azah Abdullah, 43, serta anak perempuan mereka, Nur Fatiha, 16, terpaksa berkongsi hidup dengan ayam kampung yang turut berteduh di situ.

(Baca: Adakah Anda Memiliki Budi Pekerti Dan Menghormati Orang Lain?)

Malah, sudut yang dijadikan ruang memasak di pondok itu juga hanya berlantai pasir dan berselut selain tompokan najis ayam.

Nur Fatiha yang juga satu-satunya anak mereka tidak lagi bersekolah selepas Azman tidak mampu menampung perbelanjaan harian keluarga, gagal menyediakan belanja persekolahan.

Azman berkata, pendapatannya RM200 sebulan hasil mengutip dan menjual barang lusuh dan mengambil upah menabur baja padi tidak cukup untuk menyara keluarga dan menyekolahkan anaknya.

“Di sinilah kami mandi, tidur, tukar baju malah masak pun atas tanah, Kami makan sekali saja sehari, iaitu pada waktu tengah hari, itu pun nasi lauk ikan kering. Kalau ada rezeki lebih boleh kami beli sayur dan ikan,” katanya.

Ditanya mengenai anak perempuannya, Azman berkata Nur Fatiha sudah lama tidak ke sekolah kerana kesempitan wang dan kali terakhir anaknya itu ke sekolah ialah ketika belajar di Tahun Enam.

“Kami bernasib baik sebab ada juga orang kampung yang datang membantu, ada yang bagi beras, perkakas dapur, sekurang-kurangnya ringan sikit beban kami sekeluarga,” katanya.

Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dihubungi mengesahkan keadaan keluarga terbabit sememangnya berada dalam pemerhatian mereka dan pihaknya kini sedang menyiapkan laporan mengenai bentuk bantuan yang bersesuaian untuk disalurkan.

Sumber: Berita Harian

Sunday, January 05, 2014

Hentikan Polemik Menyakiti Hati Dan Perasaan Umat Islam

Hentikan Polemik Menyakiti Hati Dan Perasaan Umat Islam

Polemik penyalahgunaan kalimah suci 'Allah' masih lagi berterusan pada ketika ini sejak keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober 2013 diumumkan.

Hentikan Polemik Menyakiti Hati Dan Perasaan Umat Islam

Pelbagai pihak memberi komentar positif dan negatif terhadap penghakiman tersebut dan tidak kurang juga yang mengkritik seolah-olah mereka terlibat secara langsung di dalam perbicaraan kes tersebut sama ada di peringkat Mahkamah Tinggi ataupun Mahkamah Rayuan.

Polemik ini 'diberatkan' lagi sesetengah pihak apabila Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan ke atas sebuah premis di Petaling Jaya dan dilaporkan menyita 'Bible' berbahasa Melayu baru-baru ini.

Timbul pelbagai persoalan yang dibangkitkan di kalangan awam dan perkara ini perlu dijelaskan mengikut undang-undang tanpa mengambil kira faktor politik kepartian.

(Baca: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian)

Seharusnya di dalam isu-isu Islam, politik kepartian diketepikan demi memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan sumpah Yang di-Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai seorang peguam yang beramal di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkaitan hal ini. Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama bukan Islam mereka adalah dilarang melalui Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.

Setakat ini semua negeri di Malaysia telah pun meluluskan enakmen ini melainkan Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya enakmen-enakmen ini berakar-umbi dari Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan dan Dewan-Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri boleh mengadakan undang-undang bagi menghad dan mengawal pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Dalam hal yang demikian undang-undang telah dibuat termasuklah melarang penggunaan perkataan dan istilah yang berasaskan Islam dari digunakan oleh orang bukan Islam.

Perkara yang menjadi kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang ialah orang bukan Islam merujuk perkataan dan istilah tersebut seperti Allah, Kaabah, Baitullah, solat, iman dan lain-lain lagi kepada perkara yang menjadi kepercayaan mereka.

Bukanlah yang dilarang itu orang Islam mengucapkan kalimah dan istilah tersebut dalam konteks yang betul iaitu mengikut jurisprudens Islam.

Berbalik kepada serbuan yang dilakukan oleh JAIS dan penyitaan Bible tersebut pelbagai pihak mempertikaikan keabsahan dan keperlembagaan serta bidangkuasa JAIS melakukan perkara tersebut.

Mungkin tidak ramai yang memahami keunikan undang-undang ini. Undang-undang ini bukanlah merupakan undang-undang syariah tetapi ia undang sivil yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Kesalahan-kesalahan yang wujud di dalam enakmen ini pula akan didakwa dan dibicarakan di mahkamah sivil bukan mahkamah syariah.

Namun begitu dalam melakukan siasatan dan mengambil tindakan Seksyen 10 enakmen tersebut memperuntukkan hanya 'orang yang diberi kuasa' sahaja yang boleh melakukan siasatan dan tindakan.

(Baca: 24 Protokol Zionis Untuk Menguasai Dunia Terbongkar! )

Orang yang diberi kuasa ini mestilah orang yang diwartakan sebagai orang diberi kuasa oleh Majlis Kerja Negeri. Bagi Negeri Selangor orang yang diwartakan sebagai orang yang diberi kuasa menurut Seksyen 10 tersebut antara lainnya ialah Setiausaha Majlis Agama Islam, Ketua Penguatkuasa Agama JAIS, semua pegawai hal ehwal Islam JAIS dan pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas.

Dengan pewartaan tersebut adalah amat jelas momokan bahawa JAIS tidak mempunyai bidangkuasa melakukan siasatan adalah tersasar dari realiti perundangan yang sebenar.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan laporan polis yang dibuat oleh JAIS melalui Mohd Shahzihan Ahmad iaitu Ketua Penguatkuasa Agama sebagaimana yang termaktub di dalam warta. Malah pihak polis turut mengiringi semasa siasatan dan sitaan dibuat.

Adalah salah jika kita mengatakan enakmen syariah digunakan kepada orang bukan Islam dalam hal ini. Sebenarnya segala undang-undang substantif dan prosedural yang terpakai adalah undang-undang sivil.

Oleh itu Akta Keterangan 1956, Kanun Prosedur Jenayah dan enakmen tersebut hendaklah terpakai kepada mereka sama seperti perbicaraan kesalahan-kesalahan lain di mahkamah sivil. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah tidak terpakai di dalam kes sebegini.

Larangan

Dalam hal ini tidak timbul keraguan mengenakan undang-undang Islam kepada orang bukan Islam. Malah persoalan kebebasan beragama juga tidak timbul kerana orang bukan Islam tersebut mestilah membuktikan penggunaan kalimah-kalimah tersebut adalah bahagian yang mendasar (integral part) dalam agama mereka sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya lewat tahun lepas.

Pada 14 Oktober 2013 Mahkamah Rayuan telah mengenepikan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan perayu-perayu.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa menteri tidak bertindak salah di dalam mengenakan syarat-syarat penerbitan tersebut.

Larangan yang dibuat oleh menteri berkaitan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama Kristian juga diputuskan tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Kalimah Allah juga bukan merupakan suatu yang mendasar di dalam agama Kristian.

Sebenarnya dalam banyak kes mahkamah adalah konsisten menentukan perkara mendasar di dalam sesebuah agama bagi melihat sama ada hak mengamalkan agama tersebut diceroboh atau sebaliknya.

Sebagai contoh di dalam kes In the State of West Bengal v Ashutosh Lahiri AIR 1995 SC 464, Mahkamah India memutuskan bahawa penyembelihan semasa Aidiladha adalah suatu yang mendasar kepada umat Islam namun menyembelih lembu bukanlah suatu yang mendasar kerana lembu tersebut boleh diganti dengan kambing atau unta.

Oleh hal yang demikian melarang orang Islam menyembelih lembu di India sempena Aidiladha tidak menafikan hak beragama orang Islam.

Dalam kes Meor Atiqurrahman bin Ishak v Fatimah Sihi (2006) 4AMR 577 Mahkamah Persekutuan Malaysia pula memutuskan memakai serban bukanlah suatu yang mendasar di dalam Islam kerana ia tidak diwajibkan.

Maka perkara yang sama berlaku di dalam kes kalimah Allah ini kerana Mahkamah langsung tidak diberikan bukti bahawa kalimah Allah ini wujud di dalam kitab suci agama Kristian malah terdapat paderi Kristian sendiri yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian.

Ini adalah intipati asas mahkamah mencapai keputusan bahawa kalimah Allah bukanlah perkara yang mendasar di dalam agama Kristian.

Sebagai salah seorang peguam yang mengendalikan kes ini saya sering ditanya kenapa isu penyalahgunaan kalimah Allah ini diselesaikan melalui saluran undang-undang dan tidak melalui dialog dan hujah.

(Baca: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat)

Jawapan saya adalah mudah, semua saluran perlu digunakan oleh ahlinya. Para peguam melalui saluran perundangan, ulama melalui dakwah, pihak berkuasa melalui kekuasaannya malah setiap orang dari kita mempunyai tanggungjawab yang sama.

Saluran undang-undang adalah saluran yang terakhir dan pemfailan kes ini di mahkamah bukanlah dimulakan oleh orang Islam tetapi pihak Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur.

Saluran perbincangan memang terbuka luas malah ia telah sedang dan akan dilakukan oleh sesetengah NGO Islam melalui beberapa wadah tertentu.

Namun perbincangan sebegini biasanya tidak menarik perhatian media mungkin kerana ketiadaan nilai sensasi dan berita berbanding kes-kes di mahkamah.

Kegusaran umat Islam jika kalimah Allah ini terus digunakan oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama mereka adalah berasas.

Sudah pasti umat Islam tidak selesa melihat nama-nama suci ini diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Kegusaran umat Islam yang merupakan majoriti warganegara di Malaysia mestilah diambil kira demi memelihara keamanan dan ketenteraman awam.

Sumber: Utusan