Tuesday, September 03, 2013

Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!

Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!

Info Ngeri. Satu lagi tragedi hakim jalanan terjadi di Kenya, dua orang pencuri yang ditangkap oleh penduduk telah dipukul sehingga lembik kemudian dua orang pencuri ini dibakar hidup-hidup, sehingga menemui ajal.

Ngeri!

Dalam gambar-gambar ini anda boleh lihat bagaimana keadaan dua orang yang dikatakan pencuri ini kelihatan dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan keadaan tubuh terbakar, meronta kesakitan.

Sebuah cara kematian yang sangat menakutkan, mati ketika melakukan kejahatan.

Bagi saya tidak ada cara kematian yang paling menakutkan selain anda menyaksikan jalan kematian anda sendiri.

Hakim jalanan memberikan keputusan tanpa ampun dan tidak dapat memahami apapun alasan.

Hukum jalanan adalah hukum tanpa aturan dan tidak diperlukan peguam.


Berhati-hatilah, jangan sampai berurusan dengan hakim jalanan.

[Sumber]
Nik Aziz Hidap Kanser Tahap Akhir?

Nik Aziz Hidap Kanser Tahap Akhir?

Apakah benar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menderita sakit kanser prostat pada tahap ke-4?

Kanser Prostat

Itu adalah maklumat yang disampaikan kepada portal ini oleh sumber yang rapat kepada parti PAS.

Untuk mendapatkan gambaran dan hakikat sebenar terhadap apa yang disebarkan, Mynewshub telah berusaha mendapatkan komen anak beliu Nik Mohamad Abduh.

Nik Abduh ketika ditanya sama ada benar berita menyatakan bapanya menghidap kanser tahap 4, beliau hanya menyatakan ia satu khabar yang tidak disahkan oleh doktor.

Apa-apa pun, beliau menyeru agar semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.

"Saya harap semua rakyat malaysia pakat-pakat mendoakan ayahanda semoga beliau sihat dan dapat terus berkhidmat untuk agama dan negara, insyaAllah," ujarnya yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.

Merujuk kepada penyakit sebenar yang dihidapi, Nik Abduh berkata bapanya sudah beberapa jatuh sakit namun kali ini masalah yang dialami ialah sukar membuang air kecil.

Sebelum ini, bapanya pernah mengalami masalah jantung dan biasa mengadu sakit perut apabila tersalah makan.

Untuk rekod, kesukaran membuang air kecil sebenarnya adalah antara tanda terpenting kepada penyakit kanser prostat.

Nik Aziz Nik Mat yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dibenarkan keluar dari hospital berkenaan seminggu lalu dan kini sedang berehat di rumah.

Beliau bagaimanapun namun masih berada di bawah pemantauan hospital.

Nik Abduh berkata, keadaan bapanya bertambah baik dan ceria. Begitu pun beliau akan dirujuk semula ke HUSM sehari dua lagi.

"Doktor nasihatkan jangan banyak bergerak. Kali ini beliau dengar nasihat, duduk rumah dan tak banyak keluar. Biasa susah sikit sebab beliau sentiasa sibuk," ujarnya.

Berikutan itu, keluarga kurang menggalakkan tetamu mengunjungi bapanya buat masa ini.

Kanser tahap 4?

Kanser tahap tahap 4 biasanya tidak dapat dirawat dan tujuan rawatan bukan untuk memulihkan tetapi untuk menjaga mereka dan mengawal penyakit. Ini bermaksud mengawal penyakit selama boleh dan mengurangkan kesakitan dan masalah kesihatan lain yang berkait. Secara umum rawatannya untuk meningkatkan mutu hidup bagi masa yang tertinggal.

-Sentiasapanas.com
George HW Bush Tersasul Nelson Mandela Meninggal Dunia!

George HW Bush Tersasul Nelson Mandela Meninggal Dunia!

Presiden Amerika Syarikat ke-41, George W Bush tersilap mengumumkan kematian bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pagi kelmarin.

George Bush, Nelson Mandela's

Perkara itu berlaku apabila jurucakap Bush, Jim McGrath tersilap membaca tajuk berita di akhbar Washington Post.

“Kenyataan Bush itu dibuat ekoran kesilapan dalam membaca tajuk berita di Washington Post.

Kesilapan bodoh daripada saya. Minta maaf kepada semua,” tulis McGrath di Twitter.

Kenyataan asal berbunyi: “Barbara dan saya berdukacita dengan pemergian seorang daripada pemimpin paling hebat pernah kami kenali.

“Saya kagum dengan Nelson Mandela yang mampu memaafkan mereka yang menghukumnya.

“Dia menjadi contoh individu yang sangat pemurah.

“Mandela tabah dan mengubah sejarah negaranya. Barbara dan saya sangat menghormati Presiden Mandela dan mengucapkan takziah kepada keluarganya dan semua pemimpin Afrika Selatan.”

Bagaimanapun, pejabat presiden Afrika Selatan membetulkan kenyataan itu dengan berkata Mandela masih hidup.

“Ia jelas sekali tidak benar. Kami melihatnya sebagai kesilapan dan tidak akan membesarkan hal itu,“ kata jurucakap pejabat presiden, Mac Maharaj.

Mandela dibawa pulang dari hospital kelmarin selepas dirawat sejak Jun lalu akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya masih kritikal. -Agensi

Black Jesus Dikasi Sebelum Dibunuh Atas Tuduhan Merogol

Black Jesus Dikasi Sebelum Dibunuh Atas Tuduhan Merogol

Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja perempuan untuk dijadikan korban.

Black Jesus
Steven Tari (Black Jesus).

Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu.

Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh, kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta.

(Baca: Black Jesus Dicekik Sampai Mati!)

Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu.

Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan.

‘Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi,” kata Gawi.

Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun.

Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya.

Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu ‘berkahwin’ dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan. -AFP

Ada Pihak Hasut Zain Saidin Supaya Tinggalkan Rozita!

Ada Pihak Hasut Zain Saidin Supaya Tinggalkan Rozita!

Ketika Zain Saidin sedang berkira-kira tentang hari pernikahannya dengan Rozita Che Wan, aktor kacak itu berhadapan dengan ujian getir apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan kekasihnya dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Zain Saidin dan Rozita

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, pihak berkenaan menghasutnya agar membenci Rozita, 40, dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.

“Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas,” katanya kepada mStar Online.

Zain diminta komen dugaan yang diterimanya selepas dia dan Rozita membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Sehubungan itu kata Zain, dia sudah berjumpa dengan Rozita bagi membincangkan tuduhan itu dan berpuas hati selepas wanita berkenaan memberikan penjelasan.

Ujar Zain, pada mulanya fikiran dia benar-benar terganggu tetapi mempercayai bakal isterinya itu selepas Rozita menjelaskan tohmahan berkenaan adalah fitnah sama sekali.

“Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri,” ujar Zain.

Ditanya bagaimanakah persiapan perkahwinan mereka itu Zain berkata, ia diserahkan kepada Rozita untuk menguruskannya selepas melantik seorang perunding perkahwinan bagi hal berkenaan.

Dalam pada itu Zain berkata, hasrat untuk berumah tangga seolah-olahlah dipermudahkan Allah selepas dia memohon doa ketika menyertai misi ke Gaza, Palestin pada Disember tahun lalu.

Katanya, semasa di negara itu dia banyak berdoa, melakukan zikir selain banyak menghiburkan hati kanak-kanak yang berhadapan dengan peperangan.

“Saya berdoa agar jodoh saya dipermudahkan kerana hati saya benar-benar terbuka untuk berkahwin. Selepas balik dari Palestin itu, saya bersyukur kerana rezeki saya tidak putus-putus mungkin kerana niat baik saya itu,” katanya.

Zain berkata, dia merancang untuk menunaikan umrah di Mekah bersama Rozita selepas kedua-dua mereka bergelar suami-isteri nanti. -mStar

Alasan Najib Kenapa Minyak Naik!

Alasan Najib Kenapa Minyak Naik!

Pada masa ini, subsidi minyak dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.

Kenapa harga minyak naik

Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih, dengan mensasarkan DAN memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.

(Baca: Harga Minyak Naik Pengguna Rosakkan Stesen Minyak Tak Puas Hati!)

MENGAPA NAIK?
  1. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
  2. Pada masa ini, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95, dan RM1.00 seliter bagi diesel.
  3. Jumlah subsidi bahan api yang ditanggung oleh kerajaan bagi tahun ini adalah RM24.8 billion, jumlah yang sangat besar sedangkan jumlah yang sama boleh digunakan untuk projek pembangunan negara yang lain.

APA YANG RAKYAT AKAN DAPAT?
  1. Kerajaan akan MENINGKATKAN pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet.
  2. Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan.
  3. Projek Mass Rapid Transit (MRT) Jajaran 1, 2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang.
  4. Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Anda fikirlah sendiri..




Bila Minyak Naik Harga, Apa Jadi Pada Ekonomi?

Pengumuman kenaikan harga diesel dan minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi memeranjatkan dan dijangka meningkatkan kos terhadap pengusaha serta pengguna di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihaknya tidak dimaklumkan awal mengenai kenaikan itu dan pengumuman tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduga.

“Pada mulanya kami hanya dengar khabar angin dan anggap ia tidak betul. Kami tidak menjangkakan kenaikan yang begitu mendadak dan kadar 20 sen itu memang banyak dan akan membebankan pengusaha stesen minyak kerana kita perlu mengeluarkan modal lebih untuk membeli stok minyak.

“Kos operasi stesen minyak juga akan meningkat akibat kenaikan itu dan sudah pastinya pengguna juga akan terbeban kerana kos sara hidup mereka meningkat,” katanya kerajaan perlu cari mekanisme terbaik membantu rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi tidak seimbang sebelum menaikkan harga petrol.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman turut terkejut kerana dalam keadaan ekonomi tidak stabil, pastinya akan memberikan kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kerajaan diharapkan jangan hanya tahu menaikkan harga minyak, sebaliknya mesti mencari kaedah lain membantu rakyat,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau menyarankan kerajaan menggunakan kaedah lain seperti memperkenalkan kad rebat kepada rakyat.

“Saya cadangkan supaya kerajaan berikan kelebihan kepada individu yang menggunakan kereta nasional dan pengguna motosikal supaya mendapat harga berlainan bagi membantu mereka.

“Ini kerana jika diberikan harga murah, semua dapat menikmatinya tidak mengira sama ada golongan kaya atau miskin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap rakyat bijak mengatur perjalanan bagi mengelakkan penggunaan petrol yang tinggi.

“Sebagai pengguna, kita kena bijak dan mencari kaedah untuk mengelakkan pembaziran penggunaan petrol.

“Walaupun kita kecewa, tapi kita tetap tidak boleh membiarkan perkara itu membelenggu hidup, jadi jalan terbaik amalkan kongsi kereta dan kerap gunakan kenderaan awam,” katanya.

-Sentiasapanas.com