Tuesday, August 27, 2013

Akhirnya AS Mengaku Dalang Disebalik Rampasan Kuasa Guling Morsi

Akhirnya AS Mengaku Dalang Disebalik Rampasan Kuasa Guling Morsi

Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi.

Penyokong Mursi membantah rampasan kuasa oleh tentera.

Dipetik laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi dengan tajuk “Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?” itu turut menyiarkan kenyataan AS menyokong tentera walaupun sebelum ini mereka tidak mengiktiraf penggulingan Mursi secara rasmi.

(Baca: Turki Ada Bukti Israel Dalang Penggulingan Morsi)

AS yang merupakan dalang di sebalik pergolakan di Mesir kini dilihat cuba berselindung di sebalik gesaan supaya Mursi dibebaskan.

Sebelum ini, Washington turut mengenakan tekanan ke atas Mursi supaya membawa pembaharuan dalam sektor dan sistem demokrasi selepas pelantikan beliau pada tahun lalu.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memaklumkan mereka menghormati keputusan mahkamah membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang turut menerima sokongan kuat AS sepanjang 30 tahun pemerintahannya. -SinarOnline

Syria bukan boneka Barat


Sementara itu, Presiden Syria, Bashar al-Assad menyifatkan dakwaan Barat yang menuduh tenteranya menggunakan senjata kimia sebagai 'tidak masuk akal' dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu akan berdepan dengan kegagalan jika menyerang Syria.

Beliau yang diwawancara oleh akhbar Rusia, Izvestia dalam satu laporan yang disiarkan hari ini berkata, Syria tidak akan menjadi 'boneka' kepada Barat dan Washington tidak akan berjaya mencapai matlamat politiknya melalui perang.

"Dakwaan yang menuduh tentera Syria menggunakan senjata kimia yang dibuat oleh ahli politik di Barat dan negara lain adalah mengarut," katanya kepada akhbar prokerajaan itu.

Beliau turut menuduh AS hanya tahu membuat tuduhan dan kemudiannya baru mencari bukti.

"Kawasan kejadian yang didakwa berlakunya serangan senjata kimia itu tidak jelas dan tentera Syria berisiko membunuh anggotanya sendiri jika menggunakan senjata tersebut.

"Ini adalah bercanggah dengan akal fikiran dan tuduhan seperti itu jelas bermotifkan politik," tambah Assad.

Berhubung gesaan tindakan ketenteraan diambil ke atas Syria, beliau turut memberi amaran kepada negara-negara Barat supaya berhenti mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan 'mendengar pendapat rakyat'.

"Kami adalah sebuah negara merdeka dan akan berjuang menentang pengganas serta membina hubungan dengan mana-mana negara yang kami mahu demi kebaikan Syria," tegasnya.

Beliau turut memberi amaran kepada AS yang mahu menyerang Syria sambil menyatakan kempen perang yang dilancarkan oleh Washington sejak beberapa tahun lalu sering gagal menepati sasaran mereka.

"Jika AS menyerang Syria, negara itu bakal menghadapi kegagalan, sama seperti semua perang yang disertainya bermula dari Perang Vietnam," ujarnya. - AFP

-Sentiasapanas.com
Penyampai Radio ERA FM Mohon Maaf Diatas Komen Berunsur Perkauman!?

Penyampai Radio ERA FM Mohon Maaf Diatas Komen Berunsur Perkauman!?

Penyampai Radio ERA FM bagi segmen, JoHaRa Pagi Era, Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray memohon maaf secara rasmi atas komen ‘cap ayam’ yang dilontarkan oleh mereka kepada Juara Liga Premier Malaysia, pasukan bolasepak Sarawak minggu lalu.


Dalam permohonan maaf mereka, Johan, Hanif dan Ray memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada penyokong pasukan bolasepak Sarawak kerana menyinggung perasaan mereka.

“Kami di JoHaRa Pagi Era memohon maaf atas keterlanjuran atas kata kata kami. Kami tiada niat untuk menyinggung penyokong Sarawak FA dam kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita,” kata JoHara ketika bersiaran pada jam 8.30 pagi tadi.

Malah, dalam Twitter ERAVAGANZA, juga telah dilampirkan juga aplikasi ‘Soundcloud’ permohonan maaf dari dari Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray.

Kenyataan kontroversi itu dikeluarkan setelah Sarawak tewas 1-2 kepada Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia minggu lalu.

Penyampai berkenaan didakwa telah mengeluarkan komen bahawa pasukan Sarawak yang menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Malah mereka juga menyifatkan Sarawak adalah pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya mampu bermain di peringkat Liga Perdana.

Sumber: ASTRO AWANI

Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Khasiat Pisang

Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

Berikut adalah kebaikan memakan buah pisang untuk kesihatan.

Tekanan

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang.

Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari.

Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu.

Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek.

Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi.

Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.

Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung.

Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD)

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.

Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh.

Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa!

Satu lagi, ingin kilatkan kasut? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hannsays

Windows Vista Adalah Satu Penyesalan Besar!

Windows Vista Adalah Satu Penyesalan Besar!

Pada hari Jumaat yang lepas, Microsoft telah mengumumkan berkenaan dengan Steve Ballmer yang akan meninggalkan jawatan CEO dalam tempoh kurang 12 bulan lagi.


Dan kini, melalui sebuah temuramah khas bersama ZDNet, Steve Ballmer berkongsi beberapa perkara berkaitan kerjaya beliau.

Daripada apa yang dikongsikan, sepanjang menjadi CEO, salah satu perkara yang amat beliau kesali adalah pelancaran produk Windows Vista.

Vista, sejak ia dilancarakan, telah menerima pelbagai kritikan daripada pengguna seluruh dunia. Perkara ini terutamanya adalah disebabkan penggunaan tenaga pemprosesan yang tinggi.

Perkara ini sekaligus menyumbang kepada kejayaan Windows 7 apabila sistem operasi berkenaan mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi Vista.

Dengan pengumuman ini, pihak Microsoft akan memulakan pencarian CEO baru yang akan mengambil alih pentadbiran syarikat tersebut.

Sebelum ini, beliau telah menjadi CEO Microsoft sejak daripada Januari 2000, dan kekayaan beliau dianggarkan sekitar $15.2 bilion.

-Amanz.my

Asal-Usul Agama Kristian Selepas 'Kematian' Nabi Isa

Asal-Usul Agama Kristian Selepas 'Kematian' Nabi Isa

Agama Kristian berkisar tentang perjalanan hidup Nabi Isa a.s atau Jesus Christ. Maka apabila kita berbicara tentang sejarah agama Kristian kita sebenarnya menyentuh mengenai perjalanan hidup Jesus Christ. Oleh demikian maka sejarah agama Kristian terbahagi kepada tiga era iaitu:


1. Era sebelum kehadiran Jesus Christ
2. Era sewaktu kehadiran Jesus Christ
3. Era selepas kehadiran Jesus Christ

1. Era Sebelum Kehadiran Jesus Christ.

Oleh kerana Jesus Christ dikatakan berketurunan Yahudi dan telah dihantar oleh tuhan khusus untuk kaumnya, maka era sebelum kehadiran Jesus adalah era yang mengesahkan tentang kaumnya.

Kaum Yahudi adalah pengikut nabi Musa a.s atau Moses yang diturunkan kitab Taurat kepadanya. Kitab Taurat mengandungi hukum hakam dan syariat nabi Musa a.s yang diperintahkan tuhan kepada bani Israel.

Oleh kerana jarak waktu diantara nabi Musa a.s dan Jesus Christ melebihi ribuan tahun, maka tidak hairanlah jika sepanjang tempoh itu berlaku penyelewengan dan korupsi terhadap hukum Taurat oleh bani Israel.

Berikutan penyelewengan dan korupsi yang berlaku itu, kemungkaran, kemaksiatan, kelalaian dan kejahilan kian berleluasa di dalam masyarakat bani Israel. Bani Israel ketika itu bebas mengingkari perintah tuhan.

Mereka telah jauh menyimpang daripada perintah tuhan. Berlatar belakang persekitaran kemungkaran inilah nabi Isa a.s atau Jesus Christ telah di turunkan oleh tuhan kepada bani Israel untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

2. Era Ketika Kehadiran Jesus Christ

Jesus Christ telah dilahirkan di Palestin. Ibu beliau Siti Mariam ialah seorang anak dara. Kisah hidup Jesus Christ ketika kecil tidak banyak diketahui kerana tidak ada catatan mengenainya. Mengikut Al-Kitab, nubuwah (kerasulan) Jesus Christ bermula ketika beliau berumur 30 tahun.

Beliau dikatakan gigih berkhutbah dan berceramah di rumah ibadat kaum Yahudi sama ada di kuil ataupun di sinagog. Khutbah-khutbah beliau pada ketika itu banyak mengajak kaum yahudi agar kembali kepada cara hidup dan ajaran yang diajar oleh nabi Musa a.s.

Seruan beliau itu diterima baik oleh kaumnya yang selama ini tidak senang dengan gelagat para ulama Yahudi yang telah menyeleweng dan menyimpang jauh dari ajaran nabi Musa a.s yang sebenar

Justeru itu, pengaruh Jesus Christ berkembang dengan cepat sehingga para ulama Yahudi berasa kedudukan serta pengaruh mereka tercabar dan terancam.

Mereka tidak dapat menghalau Jesus Christ daripada berkhutbah di dalam Sinagog kerana apa yang disampaikan oleh beliau adalah berpandukan kepada ajaran sebenar agama Yahudi. Lalu secara diam-diam para ulama Yahudi telah mengatur langkah untuk menghapuskan Jesus Christ.

Oleh kerana para ulama Yahudi tidak ada kuasa untuk menangkap, mendakwa dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Jesus Christ, maka mereka telah mempengaruhi pihak berkuasa Rom yang memerintah jajahan Palestin ketika itu untuk menangkap Jesus Christ dengan alasan bahawa Jesus Christ adalah seorang aktivis yang berbahaya di kalangan kaumnya.

Pihak berkuasa Rom yang amat prihatin dengan kestabilan tanah jajahan mereka telah berjaya dipedaya oleh hasutan para ulama Yahudi kerana takut akan adanya rampasan kuasa jika pengaruh Jesus Christ semakin merebak. Lanjutan daripada itu, pihak berkuasa telah berusaha untuk menangkap Jesus Christ.

Mengikut catatatan gereja, Jesus Christ telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Rom pada tengah malam Jumaat tahun ketiga kerasulan beliau. Akibat daripada penangkapan itu Jesus Christ dikatakan dijatuhkan hukum mati disalib pada petang Jumaat.

Peristiwa ini dirayakan oleh penganut Kristian sebagai hari ‘Good Friday’. Orang Kristian juga percaya bahawa Jesus Christ telah dihidupkan semula oleh tuhan pada hari Ahad yang berikutnya. Hari kebangkitan Jesus ini disambut oleh penganut Kristian sebagai ‘Easter Day’.

Empat puluh hari kemudian Jesus dikatakan telah diangkat naik kelangit. Sehingga hari ini Jesus dikatakan sedang berada disebelah tangan kanan tuhannya. Beliau dikatakan juga akan datang kembali diakhir zaman. Sementara itu pengikut beliau menunggu kepulangan beliau dengan penuh setia. Mereka beranggapan bahawa akhir zaman yang dijanjikan oleh Jesus amat hampir sekali.

3. Era selepas ketiadaan Jesus Christ

Setelah berjaya memisahkan Jesus Christ daripada pengikutnya, para ulama Yahudi menumpukan pula usaha mereka terhadap pembasmian para pengikut Jesus. Salah seorang ulama Yahudi yang paling taksub memerangi Jesus dan pengikutnya ialah Saul@Paul. Paul merupakan orang yang paling digeruni kerana kekejamannya yang melampau terhadap para pengikut ajaran Jesus.

Namun begitu, tujuh tahun selepas ketiadaan Jesus, Paul tiba-tiba bertukar kem dengan menyertai gerakan ajaran Jesus. Pada mulanya penyertaan Paul diragui ramai.

Bagaimanapun beliau turut diajak oleh seorang murid Jesus yang bernama Barnabas untuk menyertai rombongan dakwah. Setelah berdakwah beberapa ketika, Paul menjadi terkenal dan semakin diterima ramai.

Paul memanfaatkan kesempatan ini dengan sepenuhnya untuk menyampaikan suatu ajaran yang mengejutkan.Tiba-tiba Paul mendakwa bahawa Jesus ialah anak tuhan yang mati untuk menebus dosa semua manusia.

Paul juga mengajar bahawa semua manusia telah mewarisi dosa daripada manusia pertama iaitu Adam. Mengikut Paul lagi, sesiapa yang percaya kepada ketuhanan Jesus dan kepada kerja Jesus menebus dosa akan mendapat jalan keselamatan didunia dan diakhirat.

Ajaran Paul inilah yang menjadi asas kepercayaan agama Kristian. Semenjak itu sesiapa yang mengikut iktikad Paul dikenali sebagai orang-orang Kristian.

Saranan Paul mendapat tentangan yang hebat daripada pengikut ajaran Jesus. Barnabas terus memutuskan hubungan dengan Paul kerana Jesus tidak pernah mengajar sedemikian. Apabila para pengikut ajaran Jesus menolak ajaran Kristian, Paul mengalih pula dakwahnya kepada golongan Yahudi yang membenci Jesus. Bagaimanapun beliau gagal lagi kerana agama Yahudi ialah agama tauhid dan tidak menerima konsep dosa warisan.

Akhirnya Paul terpaksa menjaja ajarannya kepada orang-orang musyrikin. Untuk tujuan tersebut Paul menghalalkan semua makanan serta menghapuskan syarat berkhatan, sekaligus mengenepikan ajaran Taurat.

Taktik Paul itu berjaya menarik ramai orang-orang yang bukan berketurunan Israil sehingga melebihi jumlah pengikut ajaran Jesus. Secara tak langsung pengaruh ajaran Paul tersebar dengan pesat kerana jumlah penganutnya yang ramai dan meluas berbanding jumlah penganut Yahudi dan gerakan Jesus.

Pengikut ajaran Paul atau lebih dikenali sebagai penganut Kristian bertemu secara berjemaah. Jemaah-jemaah ini kemudian dikenali sebagai gereja. Gereja-gereja ini berkembang dengan pesat didalam jajahan Rom apabila maharaja Rom yang bernama Konstantin bersikap lebih toleran terhadap penduduk Kristian.

Pada tahun 325 sifat Jesus dan sifat ketuhanan hangat dipersoalkan dikalangan pemimpin gereja sehingga suatu Majlis para ulama Kristian terpaksa diadakan di Nicaea. Majlis tersebut mengisytiharkan Jesus sebagai tuhan. Untuk menambahkan lagi kekuatan terhadap keputusan tersebut arahan juga dibuat untuk menghimpun dan membukukan tulisan-tulisan yang sealiran temanya. Hasilnya ialah Al-Kitab yang diterima pakai dengan rasminya pada tahun 385.

Bagaimanapun sifat ketuhanan didalam agama Kristian tetap dibahaskan juga oleh para paderi. Maka pada tahun 451 sifat ketiga-esaan tuhan agama Kristian ditetapkan di Chalcedon.

Didalam tahun 1024 gereja Barat yang berpusat di Rom berpisah dengan gereja Timur atau Ortodoks yang berpusat di Iskandariah. Puncanya ialah percanggahan pendapat tentang tuhan Ruhul Kudus. Sebenarnya gereja Ortodoks sudah lama tidak senang dengan sistem gereja Barat.

Perpecahan gereja yang kedua berlaku didalam tahun 1500 apabila seorang paderi German yang bernama Martin Luther memprotes karenah gereja di Rom mengaitkan kutipan pembiayaan pembesaran gereja Rom dengan penebusan dosa. Akibat protes beliau maka tertubuhlah gereja Protestan yang menganggap gereja Roman Katolik sebagai sesat.

Tidak berapa lama kemudian gereja di England pula berpisah dengan gereja Rom lalu menubuhkan gereja Anglikan. Lanjutan daripada itu bercambahlah ratusan gereja-gereja Protestan seperti gereja Baptis, Metodis, Sidang Injil Borneo, Seventh Day Adventist, Preybestryian dan lain-lain. Gereja Katolik pula hanyalah satu.

Kebanyakan penganut Kristian yang berjumlah melebihi 2 bilion merupakan pengikut Protestan. Di Malaysia pula penganut Katolik kebanyakannya terdapat di Melaka, Lembah Kelang, Sabah dan Sarawak.

Umum diketahui suatu usaha untuk menyatukan gereja-gereja didunia telah bermula di tahun-tahun akhir sebelum alaf baru. Semangat alaf baru yang didorong oleh harapan kedatangan kembali Jesus Christ mengeratkan lagi kerjasama diantara gereja-gereja di dunia.

Sehubungan dengan itu juga kerjasama menyebar ajaran Kristian dipertingkatkan dengan hebatnya diseluruh dunia agar mereka tidak mengecewakan Jesus Christ kalau beliau muncul dengan tiba-tiba.

Hasil Nukilan:
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik - Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Sumber: Abumiftahblog

Monday, August 26, 2013

Misteri Penemuan Glob Tertua Di Bumi

Misteri Penemuan Glob Tertua Di Bumi

Info Misteri. Percayakan anda, glob tertua di dunia diukir di atas sebiji telur burung unta? Penyelidik Belgium, Dr S Missinne berkata, glob bertulisan Latin itu mengandungi garisan halus sempadan negara yang sebelum ini pernah dinyatakan oleh pengembara terkenal dunia, Christopher Columbus.

Ukiran dan lukisan pada telur unta ini kelihatan 
masih jelas selain didakwa menjadi glob pertama.

"Glob ini dipercayai dibuat di Florence, Itali selain pengukirnya adalah seorang yang berbakat besar dalam bidang seni ukiran.

"Ia juga berkemungkinan besar pernah digunakan sebagai pengganti glob Lennox bermula tahun 1504, selain menggambarkan peta dunia sebaik sahaja Amerika mendapat nama," kata Missinne dalam laporan MailOnline

Sebelum ini, glob telur berkenaan dibeli oleh seorang pengumpul barangan antik Eropah di Pameran Peta London 2012, dan dipercayai menjadi glob pertama dunia selepas Missinne melihat serta mengkajinya.

"Saya amat teruja ketika diberi peluang mengkaji glob ini dan lebih gembira apabila jawapan ditemui menunjukkan ia adalah barangan yang amat bersejarah," katanya.

Setakat ini, lebih 100 pakar mengesahkan glob ukiran telur burung unta itu yang pertama di dunia. -SinarOnline

Tandas Mewah Ala-ala Jepun "Washlet" Meletup

Tandas Mewah Ala-ala Jepun "Washlet" Meletup

Sebuah tandas mewah ala Jepun atau “washlet” yang dibeli satu keluarga di Dongguan, wilayah Guangdong meletup baru-baru ini.

Keadaan tandas ala Jepun milik keluarga Liu yang meletup.

Akhbar Southern Metro Daily semalam melaporkan, keluarga Liu bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Mereka yang pulang kira-kira jam 9 malam mendapati pangsapuri mereka mempunyai kesan abu dan bau terbakar yang datang dari arah bilik air.

“Saya membuka pintu dan dalam rumah diselubungi asap hitam dengan bau plastik terbakar. “Saya berundur kerana tidak tahan dengan bau hangit itu,” kata isteri Liu. Bilik air di kediamannya rosak teruk dengan dipenuhi jelaga dan sisa tandas yang meletup itu.

Polis menganggarkan tandas elektronik itu meletup antara jam 6 petang hingga 9 malam. Keluarga itu juga bernasib baik kerana letupan menyebabkan paip air bocor dan secara tidak langsung memadamkan api sebelum ia sempat marak.

Siasatan awal mendapati kerugian dialami keluarga itu akibat letupan tandas itu ialah 300,000 yuan (RM161,881). Syarikat Dongpeng yang mengeluarkan tandas itu mendakwa model dimiliki keluarga Liu tidak lagi dikeluarkan.

“Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku,” kata jurucakap syarikat itu. -Agensi

Apa sebenarnya tandas mewah Jepun?


Inovasi dalam tandas Jepun moden sebenarnya di tempat duduk. Tandas mewah Jepun adalah tandas elektrik dengan kerusi semburan air untuk membersihkan kawasan kemaluan seorang wanita. Semburan air dimulakan oleh panel kawalan jauh yang melekat pada tempat duduk tandas.

Di samping itu, tempat duduk tandas juga didatangkan dengan loceng dan wisel: kerusi panas dan semburan, sensor tekanan hanya diaktifkan apabila seseorang duduk di atasnya, pengering, sensor gerakan untuk membuka tudung apabila seseorang berjalan di dalam bilik, keupayaan untuk bersuara, hampir dengan ciri-ciri yang sangat moden yang anda tidak mampu bayangkan sebenarnya.


Jika terdapat gangguan kuasa, pengguna masih boleh menggunakan kertas tandas dan menyiram ia seperti tandas biasa.

-Sentiasapanas.com
Bapa Tiri Perkosa Anak Sendiri Selama 20 Tahun!

Bapa Tiri Perkosa Anak Sendiri Selama 20 Tahun!

Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak di Buenos Aires.

Gambar hiasan

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka.

Suspek kelima kes rogol jurugambar ditahan


Sementara itu, polis semalam menahan suspek kelima dan yang terakhir kumpulan yang didakwa merogol seorang jurugambar Khamis lalu.

Suspek kelima itu ditahan di New Delhi dan akan di bawa ke Mumbai, kata jurucakap polis.

Dia bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai penahanan itu.

Jurugambar berkenaan, mangsa pemerkosaan terbaru di India, dirogol ketika dia dan seorang rakan sekerja lelaki menjalankan tugasan di selatan Mumbai.

Kelima-lima suspek mulanya berpura-pura untuk membantu mangsa mendapatkan kebenaran merakam gambar di kawasan sekitar.

Mereka bagaimanapun mengikat lelaki itu sebelum mengheret wanita berkenaan dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Suspek keempat yang dikenal pasti sebagai Kasim Bangali ditahan Ahad lalu.

Dua daripada suspek berkenaan dihadapkan ke mahakmah awal semalam dan akan ditahan untuk disoal siasat hingga 30 Ogos depan.

Sabtu lalu, seorang suspek ditahan. Neneknya memberitahu media, dia baru berusia 16 tahun dan perlu dibicarakan sebagai juvana.

Kejadian Khamis lalu mengimbau kembali kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di New Delhi hingga mati pada Disember lalu dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh India. -Agensi

Aidil Spesis Manusia Tak Kenang Budi - Rita Rudaini

Aidil Spesis Manusia Tak Kenang Budi - Rita Rudaini

Aidil sebelum ini memaklumkan yang Rita berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media. Semalam Rita dengan panjang lebar memberikan kenyataannya dalam ruangan Bi Pop Berita Harian;


Saya berbohong?

Hanya Allah SWT saja yang tahu siapa berbohong! Saya percaya orang berbohong dan bersalah akan menerima balasan.

Kita tunggu masanya akan tiba suatu ketika nanti.

Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan raya anak-anak?

Kenapa ketika berada di Jepun baru nak SMS saya?

Saya boleh pula menyediakan kelengkapan anak-anak sebelum puasa.

Saya juga sibuk, tetapi masih ingat tanggungjawap terhadap anak-anak.

Apabila pulang dari Jepun, kenapa tidak beri duit belanja raya?

Kenapa pada hari raya keempat baru teringat nak beri duit raya?

Nampak sangat dia tiada langsung ciri-ciri bapa bertanggungjawab.

Apabila saya cakap dan bising, dia cakap saya burukkan dirinya!

Saya sudah lama menahan sabar dalam tempoh masa empat tahun in.

Saya tidak nafikan, Aidil ada memberi nafkah tapi hanya tahun ini saja baru setiap bulan beri duit.

Tahun lepas mana sejak Januari?

Mana bukti dan tolong tunjuk!

Dia mempertikaikan apa yang tidak cukup? Saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dulu saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya.

Mana dia pernah ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!

Dulu, kadang kala dia hanya beri RM500 saja untuk anak, dia bukan tahu keperluan makan dan susu anak mahal ke murah!

Hidupnya main bola dan balik makan saja.

Dia tak pernah ambil tahu belanja dapur!

Tapi saya jenis tidak berkira asalkan hidup bahagia dan tidak bergaduh.

Jangan nak menafikan hakikat itu.

Dia ni spesies manusa tidak pernah kenang budi ketika tidak berduit dulu.

Bila sudah senang, lupa diri.

Tapi tidak mengapa, Allah SWT Tahu apa yang berlaku.

Saya tidak takut!

Saya juga pelik bila pula masanya saya tuduh adik dan kekasihnya dalam kenyataan saya tempoh hari?

Ada saya menyebut nama mereka?

Dia ni sebelum kantoi, tuduh saya buat fitnah, tapi apabila satu Malaysia tau, dia SMS pada saya dan cakap “suka hati akulah nak berkahwin dengan sesiapa”.

Saya nak gelak pun ada..

Hari tu, berjanji nak datang jenguk anak-anak tapi bila tiba harinya, batang hidung pun tak nampak.

Dia ingat saya duduk rumah goyang kaki agaknya.

Kerja saya banyak tergendala kerana janji kosongnya.

Cakap depan hakim di mahkamah nak jumpa anak pada Ahad, tapi SMS beritahu tak dapat datang.

Soal tidak balik ke rumah keluarganya, saya nak tanya Aidil, tanyalah mana-mana wanita, siapa nak balik jika dia pun asyik kena marah, ada ketika pernah kena sepak terajang dengan keluarganya.

Mungkin Aidil lupa, dia pernah beritahu saya dan kawan saya.

Tidak dinafikan ibu bapanya pernah datang ke hospital ketika saya melahirkan Airit Rayyan.

Tapi mereka tidak mahu berjumpa dengan ahli keluarga saya.

Bila saya cakap jumpa dengan mama saya dulu, mereka terus tergesa-gesa mahu pulang.

Elok ke perangai macam itu?

Itukah gaya orang nak merapatkan hubungan?

Di situ pun saya dapat menilai mereka ikhlas atau tidak.

Saya bukannya tidak mahu berjumpa keluarga Aidil, tapi kadang kala apabila terkenang kejadian kena halau ketika mengandungkan Rayyan, saya jadi trauma.

Saya akan pergi kalau keluarganya tunjuk perangai baik.

Saya selalu mengirimkan makanan dan tanya khabar mereka.

Tapi saya terkejut apbaila tercetus pergaduhan, apabila saya cuba hubungi bekas mentua, dia tidak melayan saya lagi.

Di situ sudah nampak, mereka memang tidak suka saya sejak dulu.

Tidak mengapalah tidak menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya tanyalah khabar cucu.

Itupun susah untuk mereka lakukannya.

Tapi saya hairan, mereka ada hati nak merebut anak-anak saya.

Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya.

Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook.

Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi.

Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran.

Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.

Macam mana saya nak balik ke rumah keluarganya?

Seperkara lagi, saya dan keluarga pernah mahu pergi melawat bapanya yang kononnya sakit, tapi Aidil berkeras tidak mengizinkannya.

Saya pelik sangat-sangat.

Sekarang nak mempersalahkan saya pula.

Dia yang tidak pandai nak menjernihkan hubungan saya dengan keluarganya.

Keluarga saya selalu tanya dan nasihat pada Aidil supaya merapatkan saya dan keluarganya, tapi dia gagal melaksanakannya.

Mengaku sajalah Aidil.

Dia pun pernah buat pengakuan pada abang dan keluarga saya.

Dulu, saya tidak berani berkata-kata tapi tidak sekarang.

Saya mahu bangkit untuk mempertahankan diri.

Tidak perlulah saya cerita semuanya. Aidil kena ingat, sejak kena halau dari rumahnya, sejak itulah bermula titik hitam dalam hidup kami.

Sikap mereka menjadikan saya lebih keras hati.

Minta dia tengok semula SMS atau dia tak pandai membaca?

Lagipun itu tanggungjawab dia (beri duit nafkah).

Aidil ada ucap terima kasih pada saya melahirkan zuriat dia dan tolong sara keluarga?

Tak pernah sekalipun. Sekarang pun dia tidak pernah ucapakan terima kasih dan bersimpati pada saya yang menjaga anak-anak seorang diri.

Dia pun tidak boleh nak uruskan anak jika saya tinggalkan mereka sekejap.

Tapi dia tiada hati perut, sejak keluar rumah, dia membebankan saya dengan kes mahkamah dan macam-macam hal. Soal skandal, tak perlulah cakap saya tuduh. saya bukan boleh pasang CCTV di mana-mana.

Semua ini adalah petunjuk. Allah SWT tidak akan menutup apa yang dilakukan terlalu lama. Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia.

Aidil tentu tahu apa yang dilakukan. -BeritaHarian

Panas! Pembunuhan Pegawai Kastam Di Dalangi Orang Dalam?

Panas! Pembunuhan Pegawai Kastam Di Dalangi Orang Dalam?

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.


Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,” kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

(Baca: Ejen Kastam Di Siasat Kes Pembunuhan TKP Kastam?)

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

“Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya,” kata arkitek berumur 30 tahun itu.

“Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya,” katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

“Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela,” katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

“Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi,” kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

“Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis,” katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

“Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

“Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes,” katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

“Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.

Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

“Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian,” katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan “Mr Clean”.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, “kami masih menyiasat”.

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. -THE MALAYSIAN INSIDER