Monday, August 26, 2013

Kenapa Sebenarnya Tun Mahathir 'Benci' Abdullah Badawi?

Kenapa Sebenarnya Tun Mahathir 'Benci' Abdullah Badawi?

Tun Dr Mahathir sudah memberikan reaksi terhadap anggapan Abdullah Badawi yang tindakannya membatalkan projek yang diambil semasa pentadbiran beliau (Mahathir) ialah untuk mengelakkan negara menjadi muflis.


Abdullah menjawab kenapa beliau membatalkan keputusan Mahathir apabila beliau (Abdullah) mengambil alih kepimpinan negara dalam wawancara buku ‘The awakening’ hasil kerja Professor Chin dan Welsh.

Saya sememangnya tertunggu-tunggu jawapan Dr Mahathir kerana kata-kata beliau sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi sememangnya menjadi minda saya untuk mengikutinya. Oleh kerana saya sejak 30 tahun dahulu mengikuti setiap kata-kata dan kenyataan beliau , maka saya tahu di mana beliau bercakap benar dan dimana beliau berbohong atau di mana beliau bercakap untuk mengelirukan semua orang.

Beliau boleh berbahas dengan menggunakan bahasa kasar dan juga boleh mengambil tindakan menyindir jika beliau sudah tidak mempunyai ruang untuk membalas perbahasan musuhnya dengan tepat dan jelas.

Kali ini beliau menjawab tanggapan Abdullah Badawi itu dengan sindiran. Beliau menjawab dengan menyindir Abdullah jika beliau (Mahathir) bersara lama sebelum itu negara akan berada dengan wang yang menggunung, tetapi Abdullah tidak juga dapat mempertahankan kemenangan tradisi BN dengan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke-12 lalu.

Mahathir berkata, jika beliau berhenti jauh sebelum tarikh yang beliau sebenarnya bersara dahulu beliau membayangkan negara tidak akan ada KLCC, jambatan P Pinang, Putrajaya, KLIA dan berbagai-bagai projek raksaksa yang kita lihat sekarang ini.

Bagi saya antara Mahathir dengan Abdullah pergeseran mereka bukan kerana perjuangan. Sebenarnya Mahathir merasakan Abdullah tidak menunjukkan sikap berterima kasih kepadanya (Mahathir) dengan secukupnya.

Beliau mahukan Abdullah terus-terusan menunjukkan perasaan bersyukur yang tidak terkira kerana menjadi Perdana Menteri atas pilihannya (Mahathir).

Mahathir tidak mahu setakat Abdullah mengucapkan terima kasih sahaja. Mahathir mahu Abdullah sentiasa berhutang budi kepadanya dan sentiasa ‘berzikir’ dan ‘mengtauhidkan’ beliau ‘in perpetuity’.

Itu sebabnya setelah Abdullah mengambil keputusan membatalkan projek jambatan bengkok itu, beliau mengambil isu itu sebagai alasan untuk memulakan serangan terhadap Abdullah. Sebenarnya Mahathir sudah marah dan kecewa terhadap Abdullah hanya sebulan dua selepas Abdullah mengambil pimpinan negara.

Pembatalan projek jambatan bengkok itu hanya dijadikan penyebab untuk menyerang dan melepaskan perasaan marah dan kecewa beliau sahaja.

Dr Mahathir kecewa dengan Abdullah kerana Abdullah tidak menghormati keputusan kerajaan pimpinannya sebelum ini dengan membatalkan apa yang dipersetujui untuk dilaksanakan. Tetapi ini adalah perkara yang biasa bagi seseorang yang mengambil alih pentadbiran baru. Mahathir sendiri tidak menghormati banyak perkara yang dipersetujui Kabinet Hussein Onn sebelum beliau.

Kabinet Hussein Onn mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kerajaan negeri atau agensi kerajaan supaya tidak menubuhkan syarikat yang menubuhkan Saham Amanah untuk memberikan tumpuan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd sahaja.

Selain ASNB tidak dibenarkan mana-mana pihak menubuhkan skim amanah kerana ia akan membantutkan usaha terancang untuk memindahkan hasil kekayaan negara kepada Bumiputra. Kerajaan hanya bersetuju membenarkan skim Amanah yang diurus oleh TKMB (Tabung Kumpulan Modal Bumiputra) yang diurus oleh Amanah Saham MARA Bhd sahaja.

Tetapi Mahathir mengenepikan keputusan ini apabila mengambil alih kepimpinan negara dan membenarkan banyak negeri-negeri menubuhkan Amanah Saham mereka sendiri seperti Amanah Saham Terengganu, Selangor, Johor dan banyak lagi agensi kerajaan lain menubuhkannya.

Hasilnya berbillion wang Bumiputra hilang kerana masing-masing mempunyai pasaran Bumiputra yang sama. Hasilnya semua skim amanah yang bercambah itu mengalami kerugian dan ditutup operasinya. Orang Melayu kerugian berbillion ringgit wang simpanan mereka yang tidak seberapa itu.

Sebenarnya ‘kesilapan’ Abdullah hanya mengecewakan kehendak peribadi Dr Mahathir sahaja. Abdullah tidak sedar yang beliau dipilih oleh Dr Mahathir kerana Mahathir merasakan beliau boleh diperlakukan apa sahaja olehnya (Mahathir) kerana Mahathir masih banyak agenda peribadi beliau dan memerlukan Abdullah untuk memberikan ruang bagi mendapatkannya.

Dr Mahathir tidak tahu yang Abdullah walaupun seorang yang lembut, tetapi lembutnya Abdullah tidak boleh disudu oleh Dr Mahathir. Abdullah sememangnya seorang yang bukan mudah mendengar kata-kata nasihat Mahathir kerana beliau juga tahu niat dan kehendak Mahathir itu selalunya bertentangan dengan aspirasi rakyat ramai.

Akhirnya siapa sahaja yang menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan salah dan akhirnya Mahathir juga yang akan berusaha menurunkan mereka yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan beliau, akhirnya Musa juga tidak sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan Ghaffar, akhirnya beliau memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu beliau juga sedar yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka Abdullah yang dijangka orang paling sesuai untuk menggantikan beliau.

Apabila Abdullah menjadi gantian kepada beliau, Abdullah juga tidak sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh arah Muhyiddin untuk bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil mendapatkan gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.

Sekarang ini sudah dipanggil ramai perwakilan Umno oleh Dr Mahathir dan mengkritik Najib pula. Najib juga tidak betul kepada Dr Mahathir. Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan Muhyiddin pula. Ramai pasti Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah jika Mahathir masih hidup sehingga umur 100 tahun.

Pendeknya jika kita menerima pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan menjadi aman politiknya. Pilihan Mahathir semuanya pilihan yang salah.

Kenapa pilihan Mahathir itu salah?

Jawapannya mudah kerana pemilihan Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai pengganti beliau itu adalah pilihan yang salah. Dr Mahathir sentiasa menuduh timbalannya salah kerana pemilihan beliau sendiri oleh Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang lama dalam Umno sebagai pilihan yang salah.

Kalaulah Dr Mahathir itu pilihan yang betul masakan beliau mewariskan politik kacau bilau seperti sekarang ini? Beliau (Mahathir) sentiasa memilih timbalan-timbalannya yang salah.

Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara. [Sumber]

*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Pihak KAMI.

Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya Dajjal

Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya Dajjal

Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kuffar. Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh seramai 70,000 orang.

Kisah Kematian dajjal


Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a. pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.

Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa a.s.

Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .

Pada masa yang sama di luar sana, 2 malaikat telah turun membawa seorang keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan yang suci, Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s. diturunkan ke menara putih di Masjid (sesetengah berpendapat Nabi Isa a.s. turun di Masjid Ummayad, Damascus Syria) di mana Imam Mahdi r.a. dan kaum muslimin bersolat subuh.

Di dalam sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s. turun ke bumi, baginda memakai jubah berwarna putih kekuning-kuningan, berambut panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah seolah-olah ada air menitis ke pakaiannya, apabila di mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.

Turunnya Nabi Isa a.s. adalah untuk membuat perhitungan yang terakhir. Inilah detik terpadamnya fitnah yang menguasai manusia beribu tahun lamanya.

Fitnah kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk dipersaksikan keseluruhan umatnya.

Tanpa berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat. Kelihatan ramai manusia sudah berdiri dan bersiap-siap untuk solat subuh.

Diriwayatkan bahawa manusia pertama yang mengetahui turunnya Nabi Isa a.s. ialah pesuruhnya yang dikenali sebagai Zarnab Bar'ala. Beliau hidup sejak zaman Rasulullah SAW dan dipanjangkan usianya melebihi 2000 tahun.

Pesuruh nabi Isa a.s. itu ditempatkan di suatu bukit dan di doakan umur yang panjang sehingga turunnya nabi Isa a.s. dari langit.

Maka Nabi Isa a.s. pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua berpaling ke arah suara itu. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang baru memberi salam ini, tanpa berlengah maka Zarnab Bar'ala memperkenalkan manusia itu ialah Nabi Isa a.s. Putera Maryam.

Maka tersenyumlah kaum muslimin, suasana diselubungi perasaan syukur dan gembira. Nabi Isa a.s. menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin. Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana baginda mengetahui banyak bahasa dunia.

Tanpa berlengah Nabi Isa a.s. dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat subuh. Solat subuh yang terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yang fana ini.

Imam Mahdi yang berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s. manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya. Dalam perkara ini, Rasulullah SAW mengulas dalam salah satu hadisnya, "Perbuatan Nabi Isa a.s. adalah satu penghormatan untuk umat ini."

Setelah selesai sahaja Imam Mahdi r.a. dan Nabi Isa a.s. serta kaum muslimin bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s. memerintahkan supaya pintu kubu di buka, setelah pintu kubu dibuka maka kelihatanlah si Mata Satu [Dajjal Al-Masih].

Bersama tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang. Di pinggang-pinggang mereka terdapat pedang bersalut emas dan mereka semua adalah kaum Yahudi yang ketika itu berjumlah seramai 70,000 orang tentera belum termasuk bilangan jin dan kaum-kaum lain yang terpedaya dan mengikuti dajjal.

Nabi Isa yang berusia 33 tahun itu pun maju ke hadapan bersama-sama tentera Islam. Nabi Isa a.s. ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya dan apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa a.s. mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya.

Dengan izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s. dan terkena Dajjal. Akibat renungan tajam Nabi Isa a.s. itu jasad dajjal pun mencair.

Maka kelihatanlah dengan jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum manusia yang sesat tersihir terkejut melihat perubahan 'tuhannya' (dajjal) maka mereka pun tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari bertempiaran melepaskan diri.

Sesungguhnya tuhan yang diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.

Seperti maksud dari sepotong hadis, "Kemudian ia (Nabi Isa a.s) menuju kepada mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yang mencair, sekiranya ia membiarkan hal itu, sesungguhnya musuh Allah akan binasa..."

Dajjal sangat mengenali manusia yang berdiri di hadapannya itu. Sebenarnya mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun yangg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya telah tiba, amat bodohlah sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan taraf Tuhan yang baru diperolehi itu daripada manusia.

Dajjal mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke arah timur namun apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana didapati musuhnya sudah ada di hadapannya. Tanpa berlengah dajjal lari ke arah barat, sampai di sana alangkah terkejutnya buat kali ke dua, Nabi Isa a.s. sudah ada di hadapannya.

Sesungguhnya pada ketika ini dia merasakan ajalnya telah begitu hampir, namun dajjal tidak berputus asa lalu lari ke arah negaranya iaitu Israel, tetapi sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud, dajjal melihat Nabi Isa a.s. sudah berdiri di situ dengan sebatang lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s. sudah tidak lagi memberi peluang kepada dajjal.

Nabi Isa a.s. merejam lembing ke arah dajjal yang menusuk tepat ke dada dajjal dan dajjal pun mati dengan serta-merta, maka tamatlah riwayat tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman.

Nabi Isa a.s. kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yang dibasahi darah dajjal. Seperti yang diceritakan di sebuah hadis yg maksudnya, "Akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung tombaknya."

Kaum yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu, mereka ketakutan kerana dajjal sudah mati dibunuh, tidak ada sesiapa yang akan menaungi mereka lagi selepas ini.

Kaum muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan membunuh semua kaum yahudi zionis di muka bumi yang berabad lamanya menindas bangsa lain di dunia.

Bukan setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi malah termasuklah pokok-pokok dan batu-batu. Sekiranya mereka bersembunyi di belakang pokok-pokok atau batu-batu, pokok-pokok dan batu-batu itu itu akan bercakap, "Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah ia!", lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yang bersembunyi itu.

Seperti yang diceritakan pada suatu hadis yang maksudnya, "Hai Muslim, hai hamba Allah, hai orang yang bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia."

Hadis yang lain menyebut, "….sehingga pohon dan batu-batuan memanggil, wahai roh Allah di sini ada Yahudi, maka tidak ada seorang pun pengikut dajjal yang tidak di bunuh oleh Isa."

Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:78

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh".

Seperti pencerobohan yahudi ke atas Palestin apa yang kita lihat sekarang ini dan telah terkandung dalam surah Al-Mai'dah di atas sebagai bukti sahih.

Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, "Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia," kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi." (HR. Bukhari dan Muslim).

Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:41

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar".

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya Minal Munzharin seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria) lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad SAW.

Sama juga halnya dengan Nabi Khidir a.s., para malaikat, para ambia dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Trend Baru Senyuman `The Joker’ Di Korea Selatan

Trend Baru Senyuman `The Joker’ Di Korea Selatan

Satu prosedur pembedahan bibir bagi menjadikan senyuman seperti watak `The Joker’ dalam filem Batman telah diperkenalkan kepada penduduk di Korea Selatan.


Melalui prosedur pembedahan itu, ia akan membentuk senyuman kekal di hujung bibir.

Prosedur dikenali sebagai `Smile Lipt’ diperkenalkan oleh sebuah klinik, AONE.

Selepas prosedur itu dilakukan, mulut akan kelihatan seperti tersenyum biarpun pesakit sebenarnya tidak senyum.


Namun terdapat risiko yang akan dialami pesakit iaitu kesan parut malah prosedur pembedahan itu berisiko tinggi dan menyakitkan.

Dalam pada itu, satu rakaman video Youtube yang dimuatnaik oleh klinik berkenaan menyatakan secara umumnya, `orang barat’ mempunyai senyuman yang lebih luas dan ruang tepi bibir yang lebih tinggi berbanding penduduk Korea.

Justeru, sesiapa sahaja di kalangan penduduk di negara tersebut boleh memiliki senyuman berkenaan.

Tidak diketahui sama ada senyuman The Joker ini akan mendapat perhatian atau tidak namun tidak dinafikan Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik paling tinggi di dunia. -Mynewshub

Sunday, August 25, 2013

Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka

Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka

Anda masih ingat kalung berlian biru yang dipakai Rose dalam filem Titanic? Kalung yang diberi jolokan 'The Heart of The Ocean' akhirnya dicampakkan ke dasar laut pada penghujung filem itu.

The Heart of The Ocean

Kalung berlian itu sebenarnya diinspirasikan daripada perhiasan sebenar yang kini dipamerkan di muzium di Washington D.C, Amerika Syarikat. Berlian biru tua pada kalung itu menjadi salah satu bahan pameran yang paling popular di dunia.

Warnanya yang bening kebiruan, malah boleh bertukar menjadi merah apabila disinari dengan pancaran ultra violet membuat semua mata terpana memandang, seakan mahu memilikinya.

Sebenarnya, berlian tersebut adalah antara batu bermutu tinggi yang sangat mahal nilainya sejak ratusan tahun dahulu yang digelar Hope Diamond dan dikaitkan dengan pelbagai sumpahan.

Ada yang mengatakan batu ini asalnya dicuri dari sebuah patung suci agama Hindu di India dan pencuri tersebut menemui ajal setelah diserang anjing liar.

Pada tahun 1642, seorang pedagang permata Perancis bernama Jean Baptiste Tavernier yang mengembara ke India telah membeli sebutir berlian di wilyah Kollur. Berlian biru itu seberat lebih 112 karat dan merupakan berlian terbesar ditemui ketika itu.

Tavernier kembali semula ke Perancis pada tahun 1668 lalu berlian itu dijual kepada King Louis XIV pemerintah Perancis.

Raja itu lantas memotong berlian itu untuk mencantikkannya menjadikan beratnya lebih kurang 67 karat lalu menamakannya sebagai Blue Diamond of The Crown.

Berlian itu kemudiannya diturunkan pula kepada cucunya, King Louis XV yang menjadikannya sebagai salah satu perhiasan pakaian diraja.

Kemudian, naik takhta pula King Louis XVI bersama isteri, Marie Antoinette, sebagai permaisuri sekaligus pewaris berlian biru itu.

Di sinilah kononnya kutukan berlian itu bermula. Musibah mula menimpa keluarga diraja itu apabila Revolusi Perancis tercetus pada 1789. Institusi raja digulingkan.

King Louis XVI dan isterinya telah dipenggal kepala. Kesemua harta perhiasan raja termasuk berlian biru itu telah dirampas dan disimpan di Garde-Meuble. Sayangnya, ia telah dicuri kerana tiada kawalan rapi.

Berlian biru hilang begitu saja hinggalah ia dikatakan muncul semula di London pada 1823. Pemilik barunya ialah Daniel Eliason, seorang pembuat barangan kemas.

Walaupun potongan berlian itu tidak sama, ramai percaya itu adalah berlian biru yang hilang sebelum ini dan telah diubahsuai bagi mengaburi kebenarannya.

KKing George IV dari England telah membeli berlian itu dan setelah kematiannya, berlian itu terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang-piutangnya.

Berlian ini kemudian sering bertukar tangan. Seorang pengukir barangan kemas, wilhelm Fals yang pernah membentu berlian ini juga menerima padah apabila mati dibunuh anaknya sendiri. Anaknya yang menderhaka itu kemudian membunuh diri sendiri.

Simon Maoncharides pula antara yang pernah menjadi tuan permata mahal ini. Sumpahannya?

Suatu hari beliau mmandu kereta bersama isteri dan anaknya. Tidak lama kemudian kereta yang dipandu Simon terhumbn ke dalam jurang menyebabkan kesemuanya terbunuh.

Disebut juga, aktor Perancis, Lorens Ladue pernah mencuri berlian ini dari Kanitovski, putera dari Rusia.

Bagaimanapun, Lorens ditembak mati sewaktu sedang mengadakan pertunjukan pentas.Setelah mendapat semula berlian itu, tidak lama kemudian, Kanitovski menemui ajal apabila dibunuh oleh pejuang revolusi.

Ada banyak lagi kematian atau tragedi yang dikaitkan dengan pemilik berlian ini. Sehinggalah akhirnya ia dibeli oleh seorang hartawan, Henry Philip Hope lalu dinamakan sebagai Hope Diamond, sempena nama keluarganya. Berlian itu diturunkan kepada anak cucunya setelah kematiannya.

Namun, perniagaan yang diusahakan secara turun temurun keluarga Hope menemui kehancuran sehingga akhirnya, Hope Diamond terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang.

Melalui seorang pembeli baru, akhirnya Hope Diamond sampai keAmerika Syarikat. Berlian itu dibentuk semula mnjadi seutas rantai mewah lalu dibeli oleh seorang wanita kaya, Evalyn Walsh McLean.

Walaupun pernah mendengar kisah kutukan Hope Diamond, Evalyn berpendapat apa saja barangan kemas yang sampai ke tanganya boleh bertukr menjadi sesuatu yang bertuah buat dirinya.

Berlian itu sentiasa dipakai oleh Evelyn sehinggalah doktor peribadinya terpaksa memujuk berulang-kali bagi menanggalkan perhiasan itu semasa hendak menjalani suatu pembedahan.

Walaupun mengharapkan Hope Diamond membawa tuah, tapi menjadi sebaliknya. Satu persatu musibah menimpa keluarga Evelyn sejak memiliki berlian itu. Ibu mertuanya meninggal dunia, disusuli kematian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kemalangan.

Anak perempuannya pula mati kerana ketagihan dadah pada usia 25 tahun. Manakala suaminya meninggalkannya kerana ada wanita lain. Suaminya menjadi gila lalu dimasukkannya ke dalam rumah sakit jiwa. Perniagaannya turut bankrap.

Setelah kematian Evelyn, warisnya terpaksa menjual Hope Diamond bagi melangsaikan hutang piutangnya. Seorang tukang perhiasan ternama dari New York, Harry Winston membeli Hope Diamond pada tahun 1949.

Pada November 1958, beliu telah mendermakan berlian itu kepada Institut Smithsonian untuk dijadikan salah satu bahan pameran dalam rangkaian muzium di Washington.

walaupun tujuan Harry dikatakan untuk menggalakkan ramai orang mendermakan barangan untuk pameran muzium, tapi ramai yang berkata kononny dia gusar jika kutukan Hope Diamond akan memberi kesan dalam hidupnya kelak.

Malah, James Todd yang ditugaskan menghantar kotak berisi Hope Diamond ke muzium turut cedera apabila dilanggar lori. Musibahnya berlanjutan lagi apabila isteri James mati kerana sakit jantung dan rumahnya terbakar.

Sekalipun dikaitkan dengan pelbagai musibah yang menimpa pemiliknya, namun Hope Diamond masih menjadi antara 10 berlian ternama dan termahal di dunia.

Namun kini, ia hanya sekadar boleh ditatap disebalik kaca pameran dan dikawal ketat oleh pihak muzium di Washingtin DC.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda 'Password' Boleh Digodam Dalam Tempoh 10 Minit Sahaja!

Tahukah Anda 'Password' Boleh Digodam Dalam Tempoh 10 Minit Sahaja!

Tahukah Anda? Ada orang suka meletakkan password dengan nama, tarikh lahir dan sebagainya. Ini sebenarnya mengundang bahaya terutama sekali dalam menetapkan kata laluan untuk internet perbankan.


Kita sering memikirkan apakah kombinasi kata laluan (password) yang paling selamat untuk digunakan. Di sini, disenaraikan fakta menarik yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat kata laluan paling selamat untuk akaun penting seperti ‘online banking’, Facebook, Twitter dan email.

Tahukah anda?
  • Kata laluan 6 digit dengan kombinasi ‘lower case’ (tulisan kecil) perlukan 10 minit untuk digodam.
  • Kata laluan 6 digit dengan kombinasi ‘upper case’ (tulisan besar) perlukan 10 jam untuk digodam.
  • Kata laluan 6 digit dengan kombinasi nombor atau simbol perlukan 18 hari untuk digodam.
  • Kata laluan 9 digit dengan kombinasi nombor dan simbol perlukan 44,530 tahun untuk digodam.

Gambar dibawah pula adalah senarai Kata laluan yang sering digunakan oleh pengguna internet. Jangan sesekali menggunakan kata laluan ini dan sila tukar kata laluan jika anda menggunakannya.


Jadi yang mana paling selamat? Pilihan di tangan anda.

-Sentiasapanas.com

Aneh! Lelaki Yang Obses Menjadi Bayi

Aneh! Lelaki Yang Obses Menjadi Bayi

Nama Stanley Thornton, seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat, tiba-tiba menjadi sebutan ramai di kalangan masyarakat tempatan dan juga luar negara kerana obses peliknya yang suka menjadi bayi.


Gara-gara perlakuan anehnya, dia terkenal dengan jolokan sebagai 'The Adult Baby'.

Ia bermula selepas kisah hidupnya yang disiar secara langsung dalam sebuah rancangan dokumentari bertajuk National Geographic, 'Taboo: Fantasy Lives'.

Menerusi rancangan tersebut, gelagat Thornton tidak ubah seperti seorang bayi. Tanpa segan-silu, dia melakukan perkara sama seperti mana yang dilakukan oleh seorang bayi. Termasuklah minum dengan menggunakan botol susu, tidur di atas katil bayi, memakai lampin, bermain alat permainan dan sebagainya.

Mengikut laporan sebuah portal berita, Mail Online, kecenderungan lelaki tersebut untuk menjadi seorang bayi dipercayai berpunca akibat kecelaruan psikologi yang dikenali sebagai Paraphilic Infantilism.

Individu yang mengalami masalah ini selalunya mengalami situasi tertekan, tidak tenang, sentiasa cemas, trauma atau berkemungkinan terdapat masalah perkembangan sejak daripada kecil lagi.

Menurut Thornton, ketika berusia 14 tahun dia sering mengalami gangguan emosi yang sangat serius. Ia disebabkan simptom kencing malam yang dihadapinya berlarutan sehingga umurnya mencecah 20 tahun.

Keadaan itu telah menyebabkan beliau berasa sangat malu dengan orang di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi terpaksa memakai lampin setiap kali hendak tidur. Biarpun kini sudah pulih sepenuhnya daripada masalah itu, Thornton masih lagi memakai lampin sehingga hari ini.

Bagaimanapun, timbul pula masalah lain apabila perwatakan Thornton dikatakan berubah apabila minatnya cenderung untuk bermain permainan bayi. Malah, beliau sanggup mereka sendiri beberapa alat kelengkapan bayi lain seperti katil, playpen (kandang permainan kanak-kanak) dan banyak lagi.

Seperti kehidupan bayi lain, lelaki ini turut mempunyai seorang pengasuh bernama Sandra Diaz. Setiap hari, pengasuh terbabit akan melakukan rutin hariannya seperti mengejutkan Thornton daripada tidur, menyuapkan makanan dan menyusukannya.


Jelas bekas pengawal keselamatan ini lagi, menjalani kehidupan sebagai seorang bayi merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ia bagaikan berada di satu dunia lain yang sangat indah dan penuh kasih sayang. Keadaan itu menyebabkan lelaki yang berasal dari California ini bagaikan kembali semula ke zaman kecilnya.

Sungguhpun begitu, kelakuan ganjil ini hanya dilakukan ketika dia berada di rumah sahaja. Apabila dia berada di luar rumah, dia akan berkelakuan seperti biasa. Sama seperti manusia dewasa normal lain.

Perangai pelik ini mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai termasuklah dari dalam dan luar negara. Kebanyakandaripada mereka sangat terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Tidak terkecuali ada juga meluahkan rasa terkejut selepas mendapat tahu individu dewasa sepertinya sanggup menjadi bayi semula.

Akibat obsesnya yang suka meniru aksi bayi, dia pernah disangka sebagai seorang yang tidak waras dikalangan jiran tetangganya. Thornton menyedari ramai yang tidak senang dengan perlakuan ganjilnya itu. Tetapi dia tetap gembira dengan kehidupannya kini.

Tidak berhenti di ditu, kisah beliau turut mendapat liputan meluas daripada pihak media. Kebanyakan mereka ingin tahu punca mengapa Thornton berkelakuan seperti itu.

Mengulas mengenai persoalan itu, kata Thornton, pada mulanya idea menjadi seperti seperti seorang bayi hanya bertujuan untuk keseronokan.

Namun, lama-kelamaan ia menjadi ketagih sehinggakan sukar baginya untuk meninggalkan tabiat itu. Tambahan pula, ia dianggap sebuah terapi yang ia anggap sebuah terapi yang bagus bagi mengelak dirinya daripada tekanan emosi.

-Sentiasapanas.com

Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa

Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa

Dalam dunia sudah semestinya kita akan dapat melihat sesuatu perkara yang biasa, dan sesuatu perkara luar biasa. Biasa adalah satu benda yang sering kita lihat. Luar biasa adalah satu benda yang sukar untuk dilihat.

Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa
Gambar hiasan.

Ini adalah antara beberapa situasi yang biasa kita lihat dan sukar untuk dilihat yang sebenarnya sangat luar biasa terutamanya bagi umat akhir zaman ini.

1) Sembahyang

Yang biasa. Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih Better late than never menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa. Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2) Sedekah

Biasa. Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luarbiasa. Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Tuhan.

3) Berjaga malam

Biasa. Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luarbiasa. Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4) Kerja

Biasa. Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luarbiasa. Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan. Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

BACA INI JUGA: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: Mukmin.com.my

Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia

Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia

Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu mangsa-mangsanya.


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Antaranya:-

Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.

Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi.

Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan.

Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank.

Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.

Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas.

Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.

Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.

Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

Menang hadiah utama loteri

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama.

Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih.

Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki.

Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek.

Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000.

Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan.

Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi.

Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.

Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal.

Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan.

Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.

Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.

Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Oleh itu, kita perlulah berhati-hati untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: Bicarasantai.com

Nombor Plat Pendaftaran Kereta Yang Bernilai RM30 Juta!

Nombor Plat Pendaftaran Kereta Yang Bernilai RM30 Juta!

Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.

F1
Kereta Bugatti Veyron milik Khan dengan nombor pendaftaran F1.

Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.

Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya.

Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.

Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta.

F1
Khan bersama keretanya dengan nombor pendaftaran F1.

Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.

Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta).

Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.

Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. -Agensi

BACA INI JUGA: PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

Sumber: Blogbahni

Rakyat Brazil Bantah Apps Google Yang Boleh Mengintip Kekasih

Rakyat Brazil Bantah Apps Google Yang Boleh Mengintip Kekasih

Warga Brazil marah selepas mengetahui negara mereka menjadi sasaran perisikan Amerika Syarikat membabitkan panggilan dan emel.


Bagaimanapun, mereka memberi reaksi berbeza kepada program mengesan kekasih, sebuah app yang diperkenal Google, minggu lalu.

App itu diberi nama ‘Rastreador de Namorados’ (bermaksud mengesan teman lelaki) dan berjanji bertindak umpama penyiasat dalam poket kekasih.

Tetapi, Google terpaksa membuang app berkenaan selepas mendapat protes ramai pengguna yang menganggapnya satu pencerobohan hak peribadi.

Antara fungsi app itu termasuk membenarkan seseorang mengesan lokasi kekasih mengetahui di mana pasangan mereka berada selain menyampaikan lokasi mereka.

Ada juga ciri tertentu membenarkan pengguna secara diam-diam mengunci telefon yang disasarkan untuk mendengar perbualan.

Beberapa app sama digunakan di negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, ‘Boyfriend Tracker’ adalah yang pertama memberi impak di Brazil.

“Orang Brazil kuat cemburu. Sudah tentu app itu boleh popular,” kata Marcia Almeida, 47.

Perkahwinannya berakhir tujuh tahun lalu kerana suaminya curang.

“Ini berbeza dengan perisikan. App ini membolehkan anda memeriksa seseorang yang anda kenali,” katanya.

Pengkritik berkata, app seperti itu menceroboh hak peribadi mangsa dan boleh digunakan untuk tujuan lebih buruk seperti mengekori orang lain.

Ada juga pihak tertentu di Brazil berkata, app itu melanggar larangan mengganggu orang lain sejak April lalu selepas gambar bogel aktres Brazil, Carolina Dieckmann, didedahkan penggodam kerana dia enggan membayar wang AS$5,000 (RM15,000) pada tahun lalu. -AP