Thursday, August 01, 2013

Sejarah Asal Usul Permainan Dam Ular

Sejarah Asal Usul Permainan Dam Ular

Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimainkan oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu.

Asal usul Dam Ular

Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di dalam mengharungi kehidupan sehari-hari.

Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892.

Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan".

Permainan ini juga berkaitan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk.

Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati, iman dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan dan kecurian.

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan dengan berbuat baik.

Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.

Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa.

Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).

Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.

BACA INI JUGA: Asal Usul Lambang Fleur-de-lis

-Sentiasapanas.com

Pengikut Syiah Nafi Kafan Jenazah Dengan Kain Hitam

Pengikut Syiah Nafi Kafan Jenazah Dengan Kain Hitam

Info Syiah. Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Abdullah menunjukkan kain kapan digunakan ahli Syiah tertera doa.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran," katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu.

-SinarOnline

Kepada Para Guru, Jangan Ambil Peduli Semua Anak Murid Yang Pemalas!

Kepada Para Guru, Jangan Ambil Peduli Semua Anak Murid Yang Pemalas!

Pada Selasa lepas, seorang bapa telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusinya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah seperti diminta.


Bapa berkenaan Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian itu anaknya Nur Emilia, 12 tahun, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di Butterworth Pulau Pinang tidak lagi mahu ke sekolah.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi media berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya.

Pada hari yang sama, sebuah video oleh Hj Norizzat Mohd Johari mengikut nama akaun YouTubenya bertajuk “Cikgu Baik Punya!!” telah dimuatnaik.

Ia dipercayai menyindir kes melibatkan Nur Emilia itu.

Video selama 50 saat itu memaparkan dua babak yang sama namun dengan lakonan berbeza.

Babak pertama seorang murid dikatakan tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan guru dalam lakonan itu memarahi dan merotannya.

Babak kedua juga sama menunjukkan murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolahnya tetapi dipuji oleh guru lelaki di dalam video seakan-akan ia bukan suatu kesalahan tetapi sepatutnya dipuji.

Malah pelajar itu diberikan duit lagi kerana tidak membuat kerja rumah.

Lelaki berkenaan yang dipercayai seorang guru turut meletakkan beberapa pesanan di dalam ruangan penerangan video berkenaan. Antaranya;

“Kepada seluruh cikgu di Malaysia, mulai hari ini, kita sepakat untuk jangan ambil peduli semua anak murid yang pemalas, Jangan ambil kisah semua anak murid yang pemalas, Jangan pening kepala untuk semua anak murid yang pemalas”.

“Jangan serabut kepala untuk semua anak murid yang pemalas dan Jangan ROTAN LANSUNG semua anak murid yang pemalas”.

Video berkenaan memperoleh beberapa reaksi yang mengatakan bahawa murid-murid pada zaman moden hari ini sudah semakin manja kerana dilindungi secara melampau oleh ibu bapa mereka.

“Budak-budak zaman sekarang ni manja sangat. Masa aku sekolah dulu kena rotan sebab hanya tidak mendapat keputusan A, bukan sebab tidak siap kerja sekolah pun.

Sekarang ni, aku dengan kawan-kawan aku semua berjaya,” kata Shah Rizal dalam komennya.

Video itu sudah pun ditonton sebanyak 3,801 kali dengan menerima 49 Likes manakala tujuh tidak menyukainya.

Jika dilihat dari 26 komen yang diterima berkenaan video itu, hampir kesemuanya tidak bersetuju dengan tindakan bapa pelajar itu sebaliknya menyifatkan si ayah sebagai terlalu memanjakan anaknya.

Sebenarnya apa yang cuba disampaikan pemuat naik klip berkenaan adalah mudah.

Beliau mahu ibu bapa faham bahawa jika guru bertindak ke atas murid, ia adalah untuk kebaikkan murid berkenaan sebenarnya dan bukan tujuan lain.

Jadi persoalan sekarang ialah jika anda ada anak yang bersekolah, setakat mana anda dapat menerima tindakan seorang guru jika anak anda mempunyai masalah disiplin atau tidak membuat kerja rumah?

Rasanya jika ada asas guru bertindak dan setakat rotan biasa, maka tidak perlu la untuk kita melonjak secara keterlaluan.



-Mynewshub

Benarkah Bayi Kate Middleton Berketurunan Nabi Muhammad?

Benarkah Bayi Kate Middleton Berketurunan Nabi Muhammad?

Putera British bayi Kate Middleton berketurunan Nabi Muhammad? Ini soalan yang muncul selepas adanya satu kajian dari ahli salasilah perancis.


Jean Louis Beaucarnot, seperti ditulis thelocal.fr, dimana berpendapat bahawa bayi Kate Middleton yang menjadi pewaris takhta Kerajaan British mempunyai talian darah Nabi Muhammad.

Walau bagaimanapun, darah Nabi Muhammad daripada bayi Kate Middleton datang dari mendiang Puteri Diana, yang meninggal dunia akibat kemalangan di Paris, bukan dari darah Great Britain.

Beaucarnot percaya bahawa Puteri Diana iaitu nenek bayi Kate Middleton adalah cicit Raja Alfonso VI Perancis asal Seville dari isteri keempatnya bernama Zaida.

Dipercayai Raja Alfonso ini berketurunan dari Nabi Muhammad. Ahli genealogist percaya semua keturunan Raja Seville mempunyai hubungan darah dengan Nabi Muhammad.

Sementara itu, berdasarkan kajian kumpulan keturunan di England, nenek moyang Kate Middleton berasal dari keluarga kaya.

Ibunya juga termasuk keluarga bangsawan Britain di Utara. Dari pertalian darah Putera Charles dan Queen Elizabeth II, darah bayi Kate Middleton mungkin lebih jelas.

Salasilah Kerajaan British tentu mudah ditelusuri.

[Sumber]


Selepas 29 Tahun Berlakon, Johnny Deep Bakal Bersara!

Selepas 29 Tahun Berlakon, Johnny Deep Bakal Bersara!

Pasti peminat aktor versatil ini terkejut mendengar berita dia akan berhenti berlakon tidak lama lagi.

Johny Depp

Menurut bintang Lone Ranger ini, sudah tiba masanya dia berehat dari bidang lakonan setelah lebih 29 tahun menjadi pelakon.

"Rasanya sudah terlalu lama saya bekerja sehingga saya lupa untuk menjalankan kehidupan seperti orang lain.

"Bayangkan, setiap hari hidup saya hanya dihabiskan dengan membaca skrip sahaja," katanya.

-SinarOnline

Benarkah Wujud Alat Untuk Mengukur Ajal?

Benarkah Wujud Alat Untuk Mengukur Ajal?

Dalam satu penyelidikan yang dilakukan di Madrid, Sepanyol, sekumpulan saintis mendakwa jangka hayat seseorang manusia boleh diukur secara biologi. Dengan hanya melakukan ujian darah, seseorang boleh mengetahui bilakah dia akan meninggal dunia.

Kromosom Telomere.

Kaedah ujian darah itu dilakukan dengan cara mengukur komposisi jenis kromosom di dalam tubuh seseorang. Komposisi kromosom ini disebut sebagai telomere dan tahap ukurannya boleh dibuat dengan mudah iaitu melalui ujian darah.

Telomere diyakini oleh para penyelidik sebagai satu daripada penunjuk penuaan sel tubuh yang paling signifikan dan tepat. Dengan kata lain, ketika penuaan sel mencapai tahap tertentu, ia boleh ditafsirkan sebahai tahap terakhir seseorang itu mampu melakukan aktiviti.

Tahap ukuran usia ini tentunya tidak termasuk faktor luaran lain seperti kemalangan atau penyakit yang secara tiba-tiba menyerang.

Dengan menjalani ujian Telomere, umur biologi boleh menjadi salah satu petunjuk bilakah usia seseorang itu akan berakhir. Atau dengan kata lain, seseorang akan dapat mengetahui bilakah mereka akan menghembuskan nafas yang terakhir.

Menurut salah seorang penyelidik dari Pusat Penyelidikan Kanser Nasional Sepanyol, Dr. Maria Blasco, sama ada tua atau muda usia biologi seseorang boleh diukur berdasarkan panjang telemore mereka.

Dr. Maria Blasco.

Semakin panjang ukuran Telomere, maka semakin tinggilah usia atau jangka hayat seseorang.

Menurut Dr. Maria Blasco lagi, usia biologi adalah berbeza dengan usia nyata yang dimiliki oleh seseorang manusia.

Sebagai contoh, lelaki yang berusia 65 tahun berkemungkinan mempunyai usia biologi yang lebih muda daripada lelaki yang berusia 45 tahun dan lelaki yang berusia 45 tahun berkemungkinan pula mempunyai usia yang lebih pendek daripada itu.

Secara teorinya, Telomere berfungsi untuk melindungi DNA di dalam tubuh seseorang daripada sebarang gangguan dan kerosakan.

Bahagian inilah yang mengandungi segala maklumat yang diperlukan untuk proses mitosis ataupun pembahagian sel.

Seperti yang diketahui, sel-sel didalam tubuh kita akan mati dan sel-sel inilah yang perlu diganti. Dengan adanya Telomere, maklumat dapat diberikan agar sel-sel baru boleh terbentuk.

Seiring dengan peningkatan usia, fungsi telemore menjadi semakin berat. Maka, tahap kepanjangannya akan mengalami penyusutan dan telemore menjadi semakin memendek. Sampai ke satu tahap tertentu, Telomere akan habis dengan sendirinya.

Ketika usia seseorang semakin mencapai usia separuh abad, tahap penyusutan ini mencapai satu titik di mana telemore tidak mampu lagi berfungsi untuk melindungi DNA.

Keadaan itu akan menjadi semakin buruk apabila sel-sel tubuh mula memisah. Kesannya adalah kulit akan menjadi longgar dan berkedut, daya tahan tubuh menjadi tidak berkesan dan penyakit-penyakit seperti diabetes dan jantung akan merebak dengan lebih agresif.

Penyelidikan berkaitan usia telemore bermula pada tahun 1984, apabila dua orang penyelidik dari England, Carol W. Greider dan Elizabeth Blackburn telah menemui sejenis enzim yang dipanggil telomerase. Enzim ini dikatakan boleh memanjangkan Telomere.

Dalam kesimpulan yang dilakukan, mereka mendapati apabila Telomere sentiasa kekal panjang, maka hayat seseorang akan menjadi lebih lama. Kedua-dua penyelidik itu juga mendakwa, penggunaan telomerase yang berpanjangan akan membuatkan seseorang tidak akan menjadi tua. Namun, fakta ini sukar dibuktikan kerana usia manusia sentiasa meningkat.

Berdasarkan rumusan itu, Dr. Maria Blasco telah mendapat tanda yang lebih baik dengan menyatakan jangka hayat seseorang boleh diukur berdasarkan tahap kepanjangan telomere di dalam tubuh.

Justeru, beliau bersama pasukan penyelidiknya telah mencipta sejenis peralatan yang mampu untuk mengukur telomere hanya melalui ujian darah.

Peralatan yang diberi nama Telomeres itu berharga sekitar RM2,000 dan akan dipasarkan ke seluruh England pada penghujung tahun 2013.

Pasukan penyelidik percaya ujian Telomere akan menjadi popular dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Bagaimanapun, sesetengah saintis mempersoalkan nilai kepentingan peralatan ini kerana ia akan menimbulkan situasi yang boleh membimbangkan masyarakat.

Malah, mereka juga berpendapat, penjualan teknologi ini perlu dikawal dan tidak boleh dijual secara sewenang-wenangnya.

Selain itu, mereka turut bimbang dengan kemungkinan wujudnya organisasi tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menjual ramuan anti-penuaan dan bahan kimia palsu untuk memanjangkan usia.

Dalam masa yang sama, keputusan ujian usia ini juga boleh menjadi tarikan kepada syarikat insuran untuk mengubah polisi insuran hayat secara sesuka hati.

[Sentiasapanas.com]

Ngeri! Buah Zakar Putus Digigit Anjing Ketika Tidur

Ngeri! Buah Zakar Putus Digigit Anjing Ketika Tidur

Info Ngeri. Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat.

Gambar hiasan.

Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh, beberapa hari lalu.

Media melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.

Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.

Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.

“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel.-Agensi

Peserta Ratu Cantik Tidak Pernah Tahu Membuka Aurat Adalah Haram!

Peserta Ratu Cantik Tidak Pernah Tahu Membuka Aurat Adalah Haram!

Yasmin Yusuff, yang pernah mewakili Malaysia ke Miss Universe di Acapulco pada 1978, memperlihatkan pendirian kurang bersetuju apabila gadis Melayu beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.


Dalam kenyataannya kepada Daily Chilli, Yasmin seakan-akan menyindir apabila menyatakan lebih baik pertandingan ratu cantik ditukar saja namanya kepada pertandingan ‘Miss Malaysia Bukan Melayu’ (Miss Malaysia For Non-Malays) jika hak bertanding gadis Melayu dinafikan.

Tambahnya, gadis Melayu sangat cantik malah mempunyai peluang bergelar Miss Universe sekiranya dibenarkan masuk bertanding dalam pertandingan yang menjadi idaman ramai gadis itu.

Pendapat Yasmin disokong seorang lagi wanita Islam yang terlibat mengarah program TV realiti berjudul The Next Miss Universe Malaysia, Elyna Effendi.

Elyna berpendapat, perkara ini (tak benarkan bertanding ratu cantik) suatu yang memalukan. Akibatnya kata Elyna: “Ada wanita yang sangat cantik tapi mungkin tak mahu ikut bertanding disebabkan terpaksa akur dengan sesetengah persepsi dan kepercayaan.”

Minggu lalu, 4 peserta beragama Islam terpaksa disingkirkan daripada pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World ekoran fatwa dikeluarkan pada 1996 melarang wanita Melayu dan Islam menyertai pertandingan sebegini. Wanita yang berkeras melakukannya boleh dikenakan tindakan oleh Mahkamah Syariah.

Justeru, 3 daripada peserta berkenaan iaitu Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mengeluarkan kenyataan memohon maaf sementara Kathrina Ridzuan, 23, tidak dapat dihubungi.

Sekiranya mereka semua dibenarkan bertanding tempoh hari, bermakna ia mengakhiri tempoh sedekad hanya wanita bukan Islam yang berbangsa Cina, India dan lain-lain menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa selepas kali terakhir ia diserta Erra Fazira pada 1992.

Sementara itu penasihat untuk pertandingan X Top Model, Kenji Chan berpendapat, kalau pun keempat-empat gadis yang masuk bertanding itu mendakwa tidak tahu mereka melakukan kesalahan dengan masuk bertandingan ratu cantik, hampir semua rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum akan hal ini.

Bagaimanapun, dia memuji tindakan yang disifatkannya mampu membuka minda sesetengah orang.

Jason Hee, pengasas dan penganjur Miss Malaysia Kebaya pula menganggap tegahan ini membunuh ‘industri’ ratu cantik. Dia memberi contoh bagaimana Yasmin Yusuff dan pelakon terkenal, Erra Fazira, antara bekas peserta yang berjaya pada hari ini disebabkan memasuki pertandingan berkenaan sebagai batu loncatan.

Jason bagaimanapun, menegaskan pertandingan ratu kebayanya yang kini masuk tahun ketiga tidak tertakluk pada fatwa yang dikuatkuasakan itu kerana ia lebih dekat kepada pertandingan ‘ratu budaya’ berbanding ‘ratu cantik’ dan mendapat lampu hijau daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Persatuan Sisters In Islam (SIS) pula seperti biasa, mengeluarkan kenyataan dari sudut membela hak wanita. Pembelaan mereka dibuat bersandarkan jaminan penganjur bahawa pakaian renang tidak akan dipertandingkan sebaliknya diganti dengan pakaian sukan dalam pertandingan kelak.

Bagaimanapun di sebalik semua komen menghentam larangan menyertai pertandingan ratu cantik yang secara jelas dibuat tanpa mengambil kira hukum mutlak aurat dalam Islam yang menjadi sebab utama fatwa dikeluarkan; baik daripada mulut orang Islam mahu pun bukan Islam di atas — komen Elaine Daly mungkin paling sedap didengar.

Miss Malaysia Universe 2003 ini berkata, dalam masyarakat berbilang kaum negara ini sememangnya molek jika semua wanita diberikan hak sama rata untuk masuk bertanding ratu cantik. Begitu pun, terdapat undang-undang yang mesti dipatuhi dalam hal ini dan semua pihak mesti menghormati sensitiviti semua orang.


Admin: Alangkah jahilnya sebilangan umat Islam di Malaysia..

-Mynewshub

Unik! Taman Yang Sangat Mengagumkan!

Unik! Taman Yang Sangat Mengagumkan!

Info Unik Dunia. Sebuah taman yang terletak diantara bukit Perigord, Perancis akan memberikan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu lambang keindahan bandar kecil Vesaz, Dordogne, Perancis.


Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang mengabadikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac.

Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.

Berjalan di taman ini, pengunjung akan menemui bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini direka oleh De Cerval dengan maksud tertentu.

De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini pada larut malam dalam suasana romantis di mana mereka akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.

Pada abad ke 20, pemilik seterusnya yang memiliki taman ini tidak menjaga peninggalan De Cerval, sehingga taman ini mengalami kerosakan.

Hanya pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membina semula taman ini sesuai dengan konsep asal dan menambah beberapa kemudahan baru dengan suasana romantis khas abad 19.

Taman Marquessac dibuka untuk umum pada tahun 1996. Kementrian Kebudayaan Perancis telah memasukkan taman ini sebagai salah satu peninggalan bersejarah Perancis.


[Sumber]

Majalah Ritual Untuk Menghalau Hantu!

Majalah Ritual Untuk Menghalau Hantu!

Susulan peningkatan aktiviti menghalau hantu di Poland, paderi-paderi Roman Katholik di sini bergabung tenaga dengan seorang penerbit untuk melancarkan sebuah majalah bulanan pertama di dunia yang memfokuskan secara eksklusif tentang cara menghalau syaitan.

Edisi pertama majalah Egzorcysta yang dijual di Poland.

"Peningkatan aktiviti menghalau hantu daripada empat kepada lebih 120 kes dalam tempoh 15 tahun di Poland merupakan petanda (untuk menerbitkan majalah berkenaan)," kata Paderi Aleksander Posacki.

Posacki merupakan seorang profesor dalam bidang falsafah, teologi dan hal ehwal syaitan serta penghalau hantu terkenal di Poland.

Komen itu dikeluarkan sempena majlis pelancaran majalah berkenaan, Egzorcysta, dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Menurutnya, isu pertama majalah setebal 62 muka surat itu termasuk artikel bertajuk New Age - the spiritual vacuum cleaner dan Satan is real mula dijual bulan ini pada harga 2.34 euro (RM9.24) senaskhah.

Paderi berkenaan percaya peningkatan rasukan syaitan berpunca daripada perubahan kepercayaan sebahagian masyarakat Poland yang kini lebih berpegang kepada pasaran bebas kapitalisme dan menolak ajaran Katholik.

"Ia secara tak langsung disebabkan perubahan dalam sistem ekonomi. Kapitalisme mencipta lebih peluang untuk melakukan perniagaan merangkumi ilmu hitam. Malah kini, menelek nasib juga dikategorikan sebagai pekerjaan dan dikenakan cukai," kata Posacki kepada AFP.

"Jika orang ramai boleh membuat keuntungan dengan menggunakan elemen ilmu hitam, gangguan rohani turut berkembang," tambahnya.


Posacki yang turut berkhidmat dengan panel pakar penghalau hantu antarabangsa menjelaskan bahawa rasukan merupakan tingkah laku ekstrem yang gagal dirawat melalui kaedah psikologi, psikiatri dan terapi konvensional.

"Rasukan berlaku akibat kejahatan. Mencuri, membunuh dan pelbagai dosa lain," katanya kepada wartawan.

Jelasnya, roh jahat yang merasuk pesakit akan diusir dengan menggunakan panduan mantera yang diluluskan oleh ketua mazhab Roman Katholik, Pope John Paul II.

[Sumber]