Tuesday, February 10, 2026

Sejarah Wabak Penyakit Tibi Di Malaysia & Ancaman Terkini

Sejarah Wabak Penyakit Tibi Di Malaysia & Ancaman Terkini

Penyakit tibi (tuberkulosis atau TB) bukan hanya masalah global, tetapi pernah menjadi ancaman serius di Malaysia. Walaupun sekarang rawatan moden tersedia, sejarah menunjukkan bahawa tibi pernah menjadi wabak yang menakutkan, mengorbankan ramai nyawa di negara ini, terutamanya sebelum penemuan antibiotik pada tahun 1940-an.

Sejarah Wabak Penyakit Tibi Di Malaysia

Artikel ini mengupas sejarah wabak tibi di Malaysia, kes-kes terburuk dan cabaran penyakit ini hingga hari ini.

SEJARAH WABAK TIBI DI MALAYSIA

Pada awal abad ke-20, Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) mengalami peningkatan kes tibi yang serius.

Faktor utama termasuk:
  • Kepadatan penduduk di bandar seperti Kuala Lumpur dan George Town.
  • Keadaan perumahan yang sempit dan kurang pengudaraan.
  • Kekurangan pengetahuan tentang cara penyakit merebak.

Pada ketika itu, ramai pekerja kilang, penduduk bandar dan golongan miskin menjadi mangsa utama. Tibi sering digelar sebagai "pembunuh senyap" kerana simptomnya muncul secara perlahan.

WABAK TIBI TERBURUK DI MALAYSIA

1. Era Penjajahan British (1900–1940)

Hospital tibi pertama dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 1912.

Banyak kematian berlaku di kalangan pekerja lombong, kilang dan asrama buruh.

Jumlah kematian sukar dicatat secara tepat, tetapi rekod sejarah menunjukkan ribuan nyawa hilang setiap tahun akibat tibi.

2. Perang Dunia II dan Krisis Kesihatan

Semasa pendudukan Jepun (1941–1945), sistem kesihatan lumpuh, menyebabkan penyakit berjangkit termasuk tibi semakin merebak.

Malnutrisi dan kekurangan ubat memburukkan lagi kadar kematian.

3. Era Moden (1980–2000)

Tibi kembali mencatat peningkatan kes, terutama di kawasan bandar.

Wabak ini berkait rapat dengan golongan berisiko seperti pesakit HIV, warga tua, dan golongan berpendapatan rendah.

Malaysia mula memperkenalkan program kawalan TB, termasuk pemeriksaan awal dan rawatan percuma.

REKOD KEMATIAN TIBI DI MALAYSIA MENGIKUT TAHUN

2023
  • Jumlah kematian: 2,623 kes
  • Kadar kematian: 7.86 per 100,000 penduduk
  • Jumlah kes: 26,781 kes

Peningkatan berbanding tahun sebelumnya

2022
  • Jumlah kematian: 2,572 kes

Peningkatan 12% berbanding 2021

2021
  • Jumlah kematian: 2,288 kes

TREND SEMASA KEMATIAN TIBI DI MALAYSIA

Beberapa perkara penting yang perlu difahami:
  • Kematian tibi di Malaysia kekal melebihi 2,000 kes setiap tahun dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Walaupun kadar kematian nasional menunjukkan sedikit penurunan dalam sesetengah tahun, jumlah kes masih meningkat.
  • Negeri seperti Sarawak dan Sabah mencatat kadar kematian lebih tinggi berbanding negeri lain.

KENAPA TIBI MASIH MEMBUNUH DI MALAYSIA?

Antara faktor utama:
  • Pesakit lewat mendapatkan rawatan.
  • Tidak menghabiskan rawatan antibiotik.
  • Jangkitan dalam komuniti padat.
  • Sistem imun lemah (HIV, diabetes, penyakit kronik).
  • Perokok tegar dan masalah paru-paru.

KKM menegaskan pengesanan awal dan rawatan lengkap adalah kunci utama mengurangkan kematian akibat Tibi.

CABARAN TIBI DI MALAYSIA HARI INI

Walaupun kemajuan perubatan telah banyak membantu, cabaran utama termasuk:
  • Tibi Kebal Ubat (MDR-TB) – Pesakit yang tidak menghabiskan rawatan berisiko menghasilkan bakteria kebal.
  • Diagnosis Lewat – Banyak kes hanya dikesan selepas pesakit mengalami komplikasi.
  • Kesedaran Awam – Masih ramai yang tidak tahu simptom awal tibi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysia mencatat ribuan kes tibi baru setiap tahun, menunjukkan penyakit ini masih menjadi ancaman kesihatan awam.

CARA PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI DI MALAYSIA

Langkah pencegahan yang disarankan termasuk:
  • Pemeriksaan awal jika batuk berpanjangan lebih dari 2 minggu.
  • Menutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Mengamalkan pengudaraan rumah yang baik.
  • Pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang.
  • Menghabiskan rawatan sepenuhnya jika dijangkiti.

Program DOTS (Directly Observed Treatment, Short-course) yang diperkenalkan KKM membantu memastikan pesakit menamatkan rawatan dan mengurangkan penularan.

KESIMPULAN

Sejarah menunjukkan bahawa wabak tibi di Malaysia pernah menjadi ancaman besar, membunuh ribuan nyawa sebelum era antibiotik.

Walaupun kini penyakit ini boleh dirawat, tibi tetap menjadi cabaran kesihatan awam.

Kesedaran masyarakat, pemeriksaan awal, dan kepatuhan terhadap rawatan adalah kunci utama untuk mengelakkan tragedi sejarah ini berulang di masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 241: Dendam

SBDJ Siri 241: Dendam

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, saya cuba memeriksa diri. Apakah kesalahan yang telah dilakukan. Apa pula pantang larang yang dilanggar. Rasa-rasanya, tidak ada kesalahan yang dibuat. Bila menjeling ke arah pemandu. dia juga termenung panjang. Barangkali, dia juga memeriksa diri sendiri, macam saya.

SBDJ Siri 241 Dendam

"Eh, kamu berdua."

Berderau darah dalam tubuh. Lelaki berdarah dahi ini sudah melampau. Apakah dia tidak boleh menggunakan bahasa yang sopan untuk memanggil saya dan pemandu. Sungguh biadab lelaki laknat kutuk saya dalam hati.

Tetapi rasa marah yang membuak-buak terus menurun melihat si pemandu di sebelah, bersikap tenang dan bersahaja.

"Maafkan aku."

Permintaan maaf dari lelaki berdarah dahi, membuat saya terasa lemah. Kemarahan terus lupus dari kalbu. Senyum persahabatan ditujukan kepadanya.

"Begini, aku nak tegur perangai, kamu berdua..."

Kerana kata-kata selanjutnya, tidak diteruskan. Dada mula digoncang debar yang hebat.

"Silakankan, kami tak marah," si pemandu berbahasa lembut.

Saya lihat lelaki berdarah dahi menarik nafas panjang. Tangan kanannya meraba-raba pangkal paha kanan berkali-kali, macam ada sesuatu yang dirasakannya disitu.

Kemudian dia menggeliat. Fahamlah saya bahawa lelaki berdarah dahi itu mengalami lenguh-lenguh pinggang.

"Begini, mengikut petua guru aku, semasa dalam perjalanan mengesan atau memburu musuh, tak boleh bercakap, bersiul, menegur benda melintas. Tak boleh bertekak dan cepat marah. Kalau kamu berdua tak boleh ikut petua, biar aku minta diri. Kamu berdua uruskanlah hal ini," nada suaranya lembut.

Tetapi ada perkataan-perkataan tertentu yang sebutannya sengaja dikeraskan oleh lelaki berdarah dahi.

Saya dan pemandu faham, kenapa dia berbuat demikian, terutama tentang ungkapan yang berbunyi, "Biar aku minta diri kamu berdua uruskan."

Ini menunjukkan dia marah dan kecewa di samping itu cuba mengugut kami berdua.

Memang menyampah dan meluat mendengar ugutan seperti itu. Lebih-lebih lagi dari orang asing yang baru dikenali, tidak sampai seminggu.

Tetapi, kalau ugutan itu dikotakan oleh lelaki berdarah dahi. Saya dan pemandu akan berdepan dengan masalah yang sukar.

Jadi sebelum keadaan menjadi bertambah sulit. Perkara ini harus ditangani dengan baik. Biar segala-galanya berjalan dengan lancar dan teratur. Fikir saya sendirian.

PENCARIAN

Dalam usaha mencari jalan terbaik itu, otak terus berfikir dan berfikir. Kepala terus didongakkan ke langit. Awan nampak bertompok tompok. Bergerak lemah mengikut arah angin.

Juga kelihatan sekawan keluang terbang rendah menuju ke arah puncak bukit yang nampak berbalam-balam. Nyamuk dan agas mula menyerang.

"Maafkan kami."

Sungguh di luar dugaan si pemandu berkata begitu. Nampaknya, dia hertindak lebih awal dari saya, dalam usaha mencari kejernihan.

"Juga maafkan saya," dengan pantas saya mencelah.

"Kami berjanji tak buat lagi perkara semacam itu," si pemandu memberikan sebuah ikrar dan janji. Saya anggukkan kepala.

Lelaki berdarah dahi terus membisu. Sepasang matanya memanah ke arah langlt luas. Sesekali dia meraba-raba hujung taping telinga kanannya. Ditekan tekan dan dipusingnya sekali dua.

Dari dada langit, renungnya beralih ke arah pepohon yang tinggi menjulang. Agak lama juga dia menatap dedaun pokok yang tertegun kaku. Macam ada sesuatu yang dicarinya disitu. Fikirannya berkelana jauh tidak menentu.

Sesungguhnya kelakuan lelaki berdarah dahi membuat saya dan pemandu jadi resah semacam.

TENANG

Keluhan yang terhambur dari mulut lelaki berdarah dahi, membuat mata kami tertancap kewajahnya. Entah mengapa hati terasa tenang. Wajahnya yang tadi keruh nampak beransur cerah dan ceria.

Mata yang tadi merah dan bersinar garang, bertukar menjadi lembut. Hidungnya tidak lagi kembang kempis. Segala-galanya kembali pada keadaan normal, macam tadi.

"Jangan sekadar berjanji saja," bentaknya keras.

"Demi Allah, kami berjanji. Kalau salah seorang daripada kami ingkar, celakalah diri," kami berdua terus berikrar sambil mengangkat tangan separas bahu.

"Bagus!" sambut lelaki berdarah dahi.

Perjalanan yang terhenti diteruskan. Entah mengapa, setelah disergah oleh lelaki berdarah dahi, saya seperti mendapat semangat baru. Jadi berani semacam, tidak takut dengan hantu syaitan. Tidak takut dengan binatang buas.

Kerana merasakan ada kekuatan semangat serta keberanian tersendiri. Saya pun berusaha menjarakkan diri dengan pemandu sejauh mungkin.

Semangat wira menggelegak bagaikan air panas. Sentiasa mengharapkan sesuatu yang boleh diajak bertarung muncul di depan mata.

Apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Perjalanan seterusnya cukup aman dan selesa sekali. Hari yang semakin gelap, terasa seperti berada diwaktu petang saja.

"Ooopppp..."

Lelaki berdarah dahi yang jadi kepala jalan angkat tangan kanan. Memberitahu ada rintangan dalam perjalanan.

"Ada parit, terpaksa melompat," tutur lelaki berdarah dahi.

Keberanian yang membuak-buak dalam dada terus surut, bila berdiri di tebing parit yang lebar dan dalam tanpa air.

Lelaki berdarah dahi dan si pemandu sudah pun memperlihatkan kehebatan diri masing-masing. Dengan sekali lompat, mereka lepas ke seberang.

"Lompat Tamar," si pemandu memberi arahan.

"Baik."

Saya pun mencari ruang untuk memulakan lompatan. Langkah pertama teragak-agak, saya batalkan lompatan. Kali kedua, disaat mahu melompat, teringat permukaan parit yang luas dan dalam.

Lompatan segera saya tangguhkan. Lelaki berdarah dahi dan si pemandu yang berada di seberang sana mula resah.

BUNTU

Dalam keadaan yang buntu itu saya terus berusaha dan berfikir. Entah macam mana saya berusaha mencari tempat lapang. Dari situ melakukan larian kencang.

Bila sampai tepi parit. Pejamkan mata dan terus melompat. Sama ada mahu atau tidak, perkara tersebut mesti dilaksanakan. Dengan keyakinan yang padu saya pun memulakannya.

Alhamdulillah percubaan yang ketiga berhasil. Selamat sampai ke seberang. Lelaki berdarah dahi dan pemandu segera membangunkan saya yang jatuh terduduk.

Punggung terasa sakit, maklumlah terduduk atas akar kayu yang keras. Urat-urat dipangkal peha teras tegang seketika.

SUARA

Setelah melepasi parit kecil, kami terpaksa mendaki kawasan tanah yang agak tinggi. Dan situ ternampak cahaya api. Sayup-sayup terdengar suara orang seperti membaca sesuatu.

Dalam keadaan yang gelap itu, pemandu mencuit bahu saya.

"Ada suara," bisiknya.

Saya anggukkan kepala.

Bila diamat-amati, suara tersebut adalah suara orang membaca Quran. Sukar untuk menentukan surah apa yang dibaca. Mendengar suara orang membaca Quran di tengah hutan, waktu maghrib membuat bulu tengkuk meremang. Rasa takut dan cemas memang tidak dapat dihindarkan.

Dalam cuaca gelap yang semakin berat itu, lelaki berdarah dahi angkat tangan rendah separas bahu. Semasa menyuruh saya dan pemandu berhenti berjalan, dia angkat tangan melepasi kepala. Tetapi kali ini paras bahu.

"Tanda isyarat apa tu?" Secara berbisik saya bertanya pada si pemandu

"Berjalan rendahkan badan, melangkah perlahan-lahan. Jangan pijak benda yang boleh menimbulkan bunyi," balas si pemandu.

Jalan membongkok dengan langkah yang berhati-hati dalam keadaan gelap memang menyusahkan. Makin lama kami melangkah makin rapat kami dengan cahaya api.

Suara orang membaca Ouran semakin jelas. Saya pasti suara itu, bukan suara datuk. Saya juga yakin orang itu sedang membaca surah yassin.

POHON

Dalam suasana yang penuh dengan persoalan dan pertanyaan itu, kami terus melangkah, membongkok dicelah-celah pepohon renik yang hidup subur.

Dua tiga kali ranting mencucuk rusuk dan lengan, semuanya terpaksa ditanggung. Pokoknya, kedatangan kami menghampiri cahaya tidak boleh dikesan oleh sesiapa pun.

Walaupun sudah hampir dengan api yang membara, tubuh dan wajah orang membaca Quran masih belum kelihatan. Bahang dari api yang marak itu membuat muka terasa panas dan badan berpeluh.

Dengan pertolongan cahaya api yang agak luas itu, kami terus mencari batang tubuh orang membaca surah yassin. Usaha kami gagal.

Lelaki berdarah dahi mencadangkan supaya kami meniarap di situ sehingga orang yang membaca Quran itu keluar dart tempat persembunyian. Cadangan itu diterima.

Dalam masa meniarap itu saya terhidu bau minyak yang cukup kuat. Kerana takut diherdik oleh lelaki berdarah dahi, perkara itu tidak saya sampaikan padanya dan pemandu.

"Kamu ada tercium bau minyak petrol, tak?" tanya lelaki berdarah dahi pada pemandu dan saya.

"Ada," jawab kami serentak.

"Motorsikal, kawan aku yang jahat terbakar."

Lelaki berdarah dahi terus berdiri. Renung sekitar kawasan yang diterangi cahaya api. Dia meniarap kembali.

"Kita dah sampai pada matlamatnya, bau minyak petrol itu datang dari arah sana," dia menajamkan mulutnya lalu menghalakan ke kanan.

Bila kami merenung ke arah yang ditunjuknya, memang ada cahaya api yang sedang marak. Kepulan asap hitam naik ke langit.

"Tadi mereka duduk di sini," bila menyedari ada orang mengintip mereka lari dan tak sempat nak memadamkan api lelaki berdarah dahi membuat sebuah andaian. Suara orang membaca Quran terus menyumbat lubang telinga.

Lelaki berdarah dahi menyuruh kami duduk dekatnya. Kami akur dengan permintaannya. Dia terus menerangkan tentang rancangan yang bakal dilakukannya.

Kerana dia percaya, dua orang kawannya bertelagah sesama sendiri. Dia memutuskan untuk menyusuri kawannya yang pada pendapatnya tidak berpegang pada janji.

Dia mahu membuat perhitungan peribadi dengan kedua-dua kawannya itu.

Saya dan pemandu disuruhnya bergerak perlahan-lahan ke arah perdu pokok besar yang berbanir. Tingginya melangit, sukar diduga.

"Kita bergerak sekarang."

"Baiklah," sahut saya dan pemandu.

CAHAYA

Lelaki berdarah dan segera melangkah menuju ke arah cahaya yang diduga tempat motorsikaI kawannya terbakar. Saya dan pemandu segera bergerak ke arah pokok besar.

"Suara orang membaca Ouran itu datang dari celah-celah banir pokok yang besar itu," itu yang saya beritahu pada pemandu.

"Aku juga fikir macam tu," jawabnya.

"Barangkali datuk dan tuan syed bersembunyi di situ."

"Tak tahu nak cakap," suara si pemandu lemah sekali.

Setelah berada di kawasan perdu pokok besar, dengan cahaya api saya dan pemandu dapat meninjau keadaan sekitar.

Tidak jauh dari perdu pokok besar itu, di sebelah kanan terdapat sebatang anak sungai yang airnya mengalir deras.

"Hati hati melangkah Tamar."

“Iya, aku tahu. Terima kasih atas ingatan tu," dengan ditemani cahaya api yang samar-samar, muka si pemandu saya renung. Dia nampakt tenang dan bersahaja.

Bila air sungai yang mengalir deras melanggar bebatu dan bebatang yang menghalang perjalanannya, akan menghasilkan satu macam jenis bunyi. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Nada bunyi itu menyenangkan perasaan.

Sebahagian daripada banir atau akar besar dari perdu tersebut berada di dalam sungai.

Jika ada manusia yang bersembunyi di celah-celah banir tersebut, boleh turun naik ke sungai tanpa dapat dikesan oleh orang lain atau binatang buas. Saya dan pemandu terus melangkah. Penuh hati-hati dan teliti.

JELAS

Suara orang membaca Quran semakin jelas. Dalam masa yang sama kami terdengar bunyi beberapa letupan kecil secara berturut-turut.

"Bukan dari tempat kita meniarap tadi," si pemandu menudingkan jarinya kearah cahaya api yang lagi satu, iaitu tempat yang ditujui oleh lelaki berdarah dahi.

"Biarkan orang itu uruskan."

Mendengar kata¬kata saya itu, si pemandu senyum panjang.

Sebaik saja mendekati perdu pokok besar, terdengar suara orang berdehem. Cukup hampir dengan saya. Si pemandu terus memberi isyarat, menyuruh meniarap dan mengawasi keadaan sekeliling.

Malangnya suara orang berdehem itu tidak muncul. Puas saya mengawasinya tetapi, kelibatnya pun tak ada. Kami berdua terus mematikan diri.

Sepuluh minit kemudian, terdengar lagi suara orang berdehem. Kali ini betul¬betul di belakang kami. Saya tidak pula merasa cemas. Saya yakin, suara itu adalah suara datuk.

Sudah jelas kini, suara yang mengalunkan surah Yassin itu adalah suara Syed Hamid Al-Hadad.

"Macamana kamu berdua boleh berada di sini."

Belum pun sempat kami menoleh ke belakang dan menjawab pertanyaan. Tubuh saya dan pemandu diheret ke celah banir besar, terus ditolak didepan Syed Harnid Al-Hadad yang terpaksa berhenti membaca Quran.

Saya kagum dengan lelaki keturunan Arab itu. Dia seorang hafiz Quran.

"Kamu berdua belum solat maghrib lagi?" soal datuk

Saya dan pemandu pemandu mengangguk serentak.

Syed Hamid Al-Hadad yang tidak terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia merenung ke arah kami dengan wajah yang lembut sambil berkata, "Pergi ambil wuduk terus solat. Waktu maghrib belum habis. Lepas itu kita keluar dari sini. Agaknya orang membuat aniaya pada kami dah lari."

"Ikut cakap Pak Habib tu," datuk menyokong.

Tanpa berlengah-lengah lagi kami pun menuruni tebing yang curam sambil berpaut pada akar pokok besar.

Selesai solat dan berdoa, Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad minta kami bercerita tentang pengalaman yang dilalui, setelah berpisah dengan mereka.

Kerana merasa kikuk bercakap depan datuk, saya suruh pemandu kepada Pak Habib (Syed Humid Al-Hadad) bercerita.

PERASAAN

Dengan penuh perasaan si pemandu mengungkapkan detik-detik cemas yang kami lalui. Beberapa kali datuk dan Pak Habib menarik nafas sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Tak mengapa ini ujian untuk kita semua," tenang benar datuk bersuara.

Pak Habib tidak memberikan sebarang komentar. Bunyi air sungai yang melanggar bebatu di tengah sungai, cukup menyenangkan. Macam ada irama tersendiri. Gelap malam terus menguasai maya. Badan pun mula terasa dingin.

"Kata kamu, seorang musuh dah jadi kawan kamu berdua. Mana dia?" Pak Hamid mengajukan pertanyaan pada pemandunya yang setia.

Buat beberapa saat si pemandu melemparkan pemandangan kearah saya. Cepat-cepat saya genyitkan mata, beri laluan pada padannya supaya menjawab dengan pantas berhubung dengan pertanyaan yang diajukan oleh Pak Habib.

"Dia tengok motorsikal terbakar."

Datuk dan Pak Habib kerutkan kening. Mereka berpandangan sama sendiri. Dan semua yang berada di celah banir terkejut mendengar bunyi ledakan yang kuat.

Seluruh kawasan diterangi dengan cahaya api seketika. Suasana kembali normal.

"Berapa buah yang terbakar?" Soal datuk.

Si pemandu kerutkan kening, macam mengingati sesuatu. Kemudian perlahan-lahan gelengkan kepala ke kiri dan kanan.

"Saya tak tahu, sebab tak nampak," jawab si pemandu spontan.

Saya anggukkan kepala menyokong penjelasan si pemandu.

"Mari kita tolong mereka."

DIHALANG

PAK HABIB segera bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari celah banir. Perbuatan itu segera dihalang oleh pemandunya yang setia.

"Kenapa halang saya?"

"Dia musuh Tuan Habib."

Syed Hamid Al-Hadad tersenyum. Muka pemandu direnung sebentar. Kemudian bahu si pemandu ditepuknya berkali-kali.

"Mereka dalam kesusahan, kita harus menolong, lagi pun mereka satu agama dengan aku, begitu juga dengan kamu. Orang Islam yang baik tidak menaruh dendam kesumat. Soal dia mahu membunuh aku, itu soal lain. Begitu iuga kalau dia berdendam dengan aku. Itu urusannyanya dengan Allah. Aku tak memusuhinya, aku maafkan kesalahanya."

Satu penjelasan yang saya kira cukup sulit untuk diterima oleh si pemandu dan kebanyakan orang Islam termasuk diri saya.

Pada hemat saya, musuh tetap musuh. Mesti dimusnahkan. Tidak kira dia orang Islam atau sebaliknya, kalau musuh diberi kesempatan rnelepaskan diri. Lambat laun musuh akan datang semula kepada kita. Mungkin bertindak lebih kejam lagi.

"Jangan simpan sifat dendam dalam diri kita. Orang berdendam tidak disukai Allah," kata Pak Habib (Syed Hamid Al-Hadad) pada pemandunya.

Anehnya saya rasakan kata-kata itu seperti ditujukan pada diri saya.

"Mari."

Dia pun memulakan langkahnya. Datuk segera mengekori Pak Habib, begitu juga dengan saya dan pemandu.

Perjalanan menuju ke tempat motorsikal terbakar tidak begitu sukar. Selain dari keadaan permukaan tanah yang dilalui agak rata, tidak ada pepokok besar yang tumbuh di situ bagi menghalang perjalanan.

Cahaya api tidak jauh dari perdu pokok besar memberi pertolongan yang amat besar pada kami. Begitu iuga dengan cahaya dari tempat motorsikal terbakar di depan, memudahkan perjalanan ke tempat yang dimaksudkan.

Sebaik sampai dekat kawasan motorsikal terbakar, api yang marak menjulang mula perlahan. Kepulan asap juga tidak sebanyak dan sehebat tadi.

"Subhanallah..."

Pak Habib dan datuk serentak menepuk dahi. Saya dan pemandu tergamam, sedangkan lelaki berdarah dahi yang muncul secara tiba-tiba di sisi kami, tersenyum melihat dua orang kawannya bertarung sama sendiri menggunakan keris.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 241/284

BACA: SBDJ Siri 240: Di Pegang Jin Tanah
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Wabak Penyakit Tibi Terburuk Di Dunia: Penyakit Lama Yang Pernah Membunuh Jutaan Manusia

Wabak Penyakit Tibi Terburuk Di Dunia: Penyakit Lama Yang Pernah Membunuh Jutaan Manusia

Ramai menganggap penyakit tibi (tuberkulosis) hanyalah penyakit lama yang sudah tidak berbahaya. Hakikatnya, tibi pernah menjadi antara wabak paling mematikan dalam sejarah manusia, mengorbankan jutaan nyawa sebelum dunia mengenali antibiotik moden.

Wabak Penyakit Tibi Terburuk Di Dunia

Lebih mengejutkan, penyakit ini masih wujud hingga hari ini dan terus menjangkiti berjuta-juta manusia setiap tahun di seluruh dunia.

FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG WABAK TIBI
  • Pada abad ke-19, 1 daripada 4 kematian di Eropah berpunca daripada tibi.
  • Tibi pernah digelar sebagai White Plague kerana jumlah kematian yang sangat tinggi.
  • Sebelum tahun 1940-an, hampir tiada rawatan berkesan untuk pesakit tibi.
  • Sehingga hari ini, tibi masih antara penyakit berjangkit paling membunuh di dunia.

Fakta ini menunjukkan bahawa tibi bukan sekadar penyakit biasa, tetapi wabak yang pernah mengubah sejarah manusia.

WABAK TIBI PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH DUNIA

1. Wabak Tibi Di Eropah (1700–1900)

Ketika Revolusi Industri, bandar-bandar besar menjadi sangat sesak. Pekerja tinggal dalam rumah kecil tanpa pengudaraan yang baik, menyebabkan bakteria tibi mudah merebak.

Ramai pesakit mati secara perlahan akibat kerosakan paru-paru, dan pada masa itu masyarakat belum memahami bagaimana penyakit ini merebak.

2. Tibi Sebagai "Pembunuh Senyap" 

Tibi digelar pembunuh senyap kerana simptomnya muncul secara perlahan:
  • Batuk berbulan-bulan.
  • Berat badan menurun.
  • Demam waktu malam.
  • Badan semakin lemah.

Ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila penyakit sudah berada pada tahap serius.

3. Kebangkitan Semula Tibi Era Moden (1980-an)

Wabak HIV/AIDS menyebabkan peningkatan kes tibi secara mendadak di beberapa bahagian dunia kerana sistem imun pesakit menjadi lemah.

Ini membuktikan bahawa tibi boleh kembali menjadi wabak besar apabila keadaan sesuai.

MENGAPA WABAK TIBI MUDAH BERLAKU?

Sejarah menunjukkan beberapa faktor utama:
  • Kawasan tempat tinggal yang sesak.
  • Sistem imun lemah.
  • Kekurangan zat makanan.
  • Kurang kesedaran kesihatan.
  • Rawatan tidak lengkap.

Keadaan ini masih wujud di banyak negara membangun hari ini.

ANCAMAN BAHARU: TIBI KEBAL UBAT (MDR-TB)

Salah satu kebimbangan terbesar dunia kesihatan sekarang ialah tibi kebal ubat, iaitu bakteria yang tidak lagi berkesan dirawat dengan ubat biasa.

Ini berlaku apabila pesakit:
  • Berhenti makan ubat sebelum tempoh rawatan tamat.
  • Tidak mengambil ubat secara konsisten.

Rawatan MDR-TB boleh mengambil masa bertahun-tahun dan lebih sukar untuk sembuh.

PENGAJARAN BESAR DARI SEJARAH WABAK TIBI

Wabak tibi mengajar dunia bahawa penyakit berjangkit boleh menjadi sangat berbahaya apabila:
  • Masyarakat memandang ringan simptom awal.
  • Pemeriksaan kesihatan ditangguhkan.
  • Rawatan tidak dipatuhi sepenuhnya.

Kesedaran awam menjadi senjata paling penting dalam mengawal penyebaran penyakit ini.

KESIMPULAN

Wabak penyakit tibi terburuk di dunia membuktikan bahawa penyakit lama tidak pernah benar-benar hilang.

Walaupun teknologi perubatan semakin maju, tibi masih menjadi ancaman global jika langkah pencegahan diabaikan.

Pengesanan awal, rawatan lengkap dan kesedaran masyarakat adalah kunci untuk memastikan tragedi wabak tibi tidak berulang pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Monday, February 09, 2026

SBDJ Siri 240: Di Pegang Jin Tanah

SBDJ Siri 240: Di Pegang Jin Tanah

Kami cuba mengawal perasaan dengan menjadi pendengar setia dan baik. Berusaha tidak memberikan sebarang komentar terhadap keterangan yang dijelaskannya. Walaupun ada diantara keterangannya itu yang boleh disanggah dan dipertikaikan. Malah, ada yang benar-benar menyinggung perasaan kami.

SBDJ Siri 240 Di Pegang Jin Tanah

Bukan takut berdialog atau bertekak, kamui sekadar mahu menjaga hati dan perasaan seorang lelaki yang usianya jauh lebih tua dari kami.

Rasanya, dalam saat-saat genting begini, tidak ada ruginya mengalah atau merendahkan diri, asalkan di penghujungnya kami memperolehi kemenangan.

Tidak dinafikan. perkara yang dialami sebentar tadi tetap menakutkan. Secara tidak langsung lelaki berdarah dahi memperlihatkan kehebatan diri dan ilmu yang dimilikinya.

Dalam erti kata lain, kehadiran lelaki berdarah dahi disisi kami, tidak boleh dianggap mudah. Malah dia boleh dianggap sebagai serampang dua mata.

Kalau saya dan pemandu pandai serta bijak mengendalikannya, ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan, dirinya pula boleh dijadikan kawan dan lawan dalam satu masa.

"Bukan setakat itu saja, orang yang terkena sumpah tahi bijih. kadangkala boleh sesat dalam terang. Berlegar-legar dan berpusing-pusing di jalan yang dilaluinya sampai berhari-hari, macam orang mabuk. Kalau sudah sampai peringkat itu. kita boleh lakukan apa saja. Dia tak akan melawan."

Tatkala menyebut perkataan "dia tak akan melawan" lelaki berdarah dahi sengaja meninggikan suaranya.

Sukar diramalkan kenapa perkataan "dia tak akan melawan" harus diucap dalam nada yang tinggi dan keras.

Apakah sekadar mahu membuktikan kepada kami tentang keberkesanan khasiat tahi bijih tersebut.

Hanya Allah saja yang mengetahui, apa yang tersirat dalam hati nurani lelakl berdarah dahi.

"Besi ni, nampak saja pendek tetapi khasiat serta kegunaannya ada seribu macam. Ada orang menyebutnya "pasak bumi" dan ramai juga yang menyebutnya "pacak bumi," besi hitam yang panjangnya sekitar empat kaki diangkat nya tinggi-tinggi melepasi kepalanya.

Biji mata kami bagaikan dipukau mengikut gerak tangan dan besi yang diangkat.

"Boleh meruntuh dan melemahkan kekuatan ilmu batin seseorang," besi pendek sepanjang empat kaki itu diletakkan ke bumi.

"Nak panggil orang halus lagi ke?" Saya pula bertanya.

"Tak payah," tengkingnya.

Saya terkejut dan terdiam, pemandu tersenyum.

Lagak lelaki berdarah dahi kembali pada gayanya yang secara tidak sengaja memperlihatkan kehebatan dirinya, seolah-olah dia serba tahu.

"Kamu nak tahu rahsianya?" Dia jegilkan biji mata.

"Mahu,"

Serentak saya dan pemandu menjawab.

TANAH

Dan lelaki berdarah dahi, segera membuka dua tiga langkah silat. Perkara itu dilakukan sebagai tanda minta restu dari jin tanah yang kononnya ada pertalian dengan besi pacak bumi (pasak bumi).

Tanpa restu jin tanah akan mengundang kecelakaan pada orang yang memegang besi tersebut.

"Bila berdepan dengan orang yang tinggi ilmu kebatinannya, tanam hujung besi yang tajam ini ke tanah. Begini caranya,” tanpa diminta lelaki berdarah dahi memperlihatkan cara menanam besi pasak bumi.

Sebelum ditanam batang besi itu mesti diludah tujuh kali berturul turut. Kesan air liur yang melekat dibesi dilurut tiga dari pangkal ke hujung. Dari hujung ke pangkal.

Kemudian dihembus dari pangkal ke hujung, macam orang asli menyumpit tupai di dahan.

Seronok dan menghiburkan melihat pergerakan lelaki berdarah dahi. Nampak lembut dan teratur. Setiap perbuatan harus diiringi dengan jampi mentera tertentu. Dan hati kecil terus memuji kehebatannya dan daya ingatannya.

"Kemudian ajak orang itu beradu kekuatan tetapi, jangan jauh dari kawasan besi itu ditanam," suaranya keras sekali sambil menarik nafas.

"Apa hasilnya?" Soal si pemandu.

"Huuuuuuuhhh, orang tu tak berdaya nak melangkah, kakinya dipegang jin tanah, macam ini haa..." lelaki itu terus mengayakan bagaimana cara orang yang kakinya dipegang jin tanah berhempas pulas berusaha melepaskannya.

Gaya yang diperlihatkan sungguh realistik berserta dengan mimik wajahnya.

Tetapi, ada ketikanya terasa lucu. Kerana diperlihatkan penuh perasaan dan menggunakan tenaga yang banyak membuat lelaki berdarah dahi tercungap-cungap kepenatan.

"Bukannya mudah," menampakkan kebanggaan dan kemegahan dengan apa yang dilakukannya. Saya dan pemandu anggukkan kepala. Senyum lelaki berdarah dahi bertambah lebar.

Dalam cuaca gelap yang semakin pekat itu saya terus menggeliat. Pemandu mengaru-garu pangkal lehernya. Hati semakin terasa tidak tentu arah.

Bunyi cengkerik seolah-olah memberitahu, jika masih berdiri di situ, mungkin sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Saya membuat keputusan sendiri mahu memberitahu lelaki berdarah dahi supaya beredar dari situ.

Tetapi belum pun sempat membuka mulut, lelaki berdarah dahi terlerlebih dahulu bersuara.

"Dua orang yang megajak aku menculik Tuan Syed Hamid dan kawannya mengunakan barang-barang yang aku tunjukan kepada kamu."

Kata-kata itu membuat saya tersintak, begitu juga dengan pemandu Syed Hamid Al–Hadad. Kuku di ibu jari segera saya gigit untuk menahan rasa cemas dan bimbang.

Si pemandu juga saya lihat berada dalam keadaan yang serba tidak kena.

"Mereka berada dalam bahaya."

Dada terasa lapang, satu ungkapan yang melegakan dari lelaki berdarah dahi. Wajahnya nampak gusar juga. Si pemandu tunduk diam. Bagi menenangkan rasa cemas, saya tarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.

MAGHRIB

Awan yang bergayut di langit bergerak lemah, begitu juga dengan hembusan angin. Nyamuk dan agas mula menjalankan peranannya. Mengikut firasat saya, waktu maghrlb baru beberapa saat saja berlalu.

Bersumberkan firasat dan keyakinan itu, saya terus menghormati waktu maghrib.

"Kita mesti bertindak," Si pemandu bersuara.

Dalam cuaca yang agak gelap, si pemandu merenung muka saya. Dengan segera saya anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diluahkannya.

Si pemandu terus merenung muka lelaki berdarah dahi yang dibayangi kecemasan dan kebimbangan.

"Inilah yang aku fikirkan. Kalau tadi, sebelum hari gelap kamu berdua musuh aku, sekarang kamu berdua sahabat aku," lelaki berdarah dahi masih berusaha mahu menanam kepercayaan dalam diri kami berdua bahawa hatinya, tidak bercabang. Usah diragui tentang dirinya.

Perlahan-lahan lelaki berdarah dahi membuka baju dan diterbalikkan. Kemudian baju yang terbalik itu disarungkannya kembali ke tubuh. Tidak berhenti-henti lelaki itu memperlihatkan perbuatan yang ganjil dan pelik.

Setelah memakai baju dalam keadaan terbalik. Dia meniarap dipermukaan bumi. Lubang telinga kirinya dicantumkan dengan tanah buat beberapa minit.

"Masih boleh."

Dia terus bangun dan berdiri sebagai seorang pahlawan. Anak matanya merenung tepat ke arah pemandu. Beberapa saat berikut segera dialihkan kepada saya.

"Tak mengapa, sebahagian dari pada tahi bijih tu sudah aku tawarkan kuasanya mengikut angin. Sebahagian lagi yang tinggal, kuasanya tak seberapa, buktinya kamu berdua lihat di sana," lelaki berdarah dahi segera menunding telunjuknya ke arah pasir hitam yang kelihatan basah dan lembab.

Sebahagian daripada pasir hitam itu berada di bawah rimbunan dedaun rumput.

"Kekuatan atau kuasa tahi bijih boleh ditawarkan dengan air kencing dan peluh," katanya.

"Jadi kamu kencing berdiri?" Soal saya.

"Kencing berdiri ke, kencing bertenggung ke, kencang berlari ke, tidak kisah. Pokoknya air kencing aku dengan peluh sudah bercampur dengan tahi bijih," satu jawapan yang kurang sopan. Tidak ada rasa malu langsung.

Apa mahu dikata, sudah nasib terpaksa bersahabat dengan manusia yang kasar budi bahasanya. Si pemandu tunduk, tidak tahu apa yang berada dalam kepalanya.

Tetapi, hati kecil saya terus bertanya, ketika mana lelaki berdarah dahi itu kencing. Sebabnya, tidak nampak dia melakukan perbuatan tersebut.

Betulkah dia kencing atau atau air kencing makhluk halus? Persoalan itu terus berlegar-legar dalam tempurung kepala.

"Pelik," keluh saya.

"Apa yang pelik," tanya lelaki berdarah dahi. Keluhan saya dapat didengarnya.

"Tak ada apa-apa," tersengih saya menjawab. Ternyata dia dapat menerima jawapan tersebut.

Dengan tenang lelaki berdarah dahi mematahkan ranting pokok berdaun lebat untuk menutup pasir hitam atau tahi bijih. Tidak memadai dengan itu, dedaun kering sekitar kawasan kakinya dikuis-kuis dan dilonggokkan.

Dengan kakinya yang lebar dedaun kering ditolak perlahan-lahan bagi menambahkan lagi timbusan daun atas tahi bijih yang memang sudah ditimbus.

TUGAS

Tuga selanjutnya, dia pun melangkah longgokan pasir hitam dalam timbunan dedaun itu tujuh kali berturut-turut. Setiap kali melangkah mulutnya terus membaca mentera.

"Kuasanya sudah aku ranapkan."

Selesai saja lelaki berdarah dahi berkata demikian, kelihatan sekumpulan kelip-kelip mengerumuni longgokkan dedaun yang menutup pasir hitam, bunyi gagak juga kedengaran sebanyak tujuh kali lalu diikuti dengan bunyi burung "kuah kuit" memanjang.

Beberapa batang pokok besar yang berada tidak jauh dan kami bergoyang sendiri. Dedaun muda berguguran, sedangkan ketika itu, tidak ada angin ribut. Ada kuasa yang tidak kelihatan menggoyangkan pepohon besar tersebut.

Bila pokok besar berhenti bergoyang dalam cuaca maghrib yang kian memberat itu, kelihatan kumpulan lotong bergayutan di hujung dahan terbuai-buai. Tidak tahu dari mana kumpulan lotong itu datang.

Apa yang pasti kehadiran kumpulan lotong itu amat menyenangkan hati lelaki berdarah dahi. Buktinya dia sentiasa senyum sambil menggerak-gerakkan tangannya ke arah kumpulan lotong tersebut seperti memberikan arahan tertentu.

Mungkin kerana penat bergayut, kumpulan lotong segera bertenggek sebaris didahan besar, duduk berdekatan menghalakan muka kearah saya dan pemandu.

Memang menakutkan melihat mukanya yang dilingkari garisan putih, lebih-lebih lagi bila dia menyeringaikan giginya.

"Tapi."

Mengejut saja lelaki berdarah dahi bersuara dalam nada suara yang cukup keras dan tinggi. Dia seolah-olah teringatkan sesuatu yang penting. Dahinya berkerut dan keningnya terangkat sedikit. Saya dan pemandu saling berpandangan.

"Ada apa menjerit semacam ni?" Saya bertanya.

"Ada sebahagian lagi tahi bijih dalam saku seluar mereka, kira-kira dua genggam lebih. Kalau mereka tabur di tanah dengan sendirinya khasiat tahi bijih tidak menjadi. Kalau belum ditabur, sulitlah sikit. Tapi tak mengapa kita berikhtiar."

MENJERIT

Barulah saya dan pemandu faham keadaan sebenarnya, kenapa lelaki berdarah dahi menjerit dan cemas sekali.

"Kita berikhtiar," ulangnya lagi dengan mata yang bersinar, penuh harapan tentang kejayaannya.

Lelaki berdarah dahi melangkah ke kanan. Besi pendek pasak bumi segera dicabut. Di timang-timang dan ditelek-teleknya berkali-kali.

Semasa besi pendek "pasak bumi" dijulang melepasi kepalanya, kumpulan lotong yang bertenggek di dahan segera menjerit ketakutan. Semuanya lari bertempiaran ghaib.

Malah kumpulun kelip-kelip yang menghurungi timbunan dedaun kering turut hilang dalam sekelip mata. Tidak dapat dikesan ke mana perginya. Semua yang terjadi depan mata, sukar diterima oleh akal fikiran yang waras.

"Kita berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang maha Kuasa. Niat saya dan juga awak berdua baik," selesai bercakap lelaki berdarah dahi terus mengucup besi pendek "pasak bumi" macam pahlawan Melaka mengucup keris pemberian Sultan.

Perasaan saya terus berdebar, walaupun suara "kuang-kuit” sudah berhenti.

"Ayuh, kita bergerak sekarang," satu arahan keras dari lelaki berdarah dahi untuk kami berdua yang masih belum dapat menangkap maksud dari arahan tersebut.

"Kemana?" ba!as si pemandu.

"Ke mana lagi, menolong tuan kamu dan kawannya yang tersepit. Kalau berlengah-lengah entahkan sempat entahkan tidak.

Kata-kata terakhir "entahkan sempat, entahkan tidak" membuat saya sesak nafas. Detik jantung terasa hebat sekali.

Rupanya masalah yang sama turut juga dirasai oleh si pemandu. Buktinya, dia melepaskan renungan cemas ke arah saya.

Pikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang patut saya nyatakan pada si pemandu. Apakah tindakan selanjutnya yang wajar saya buat. Patutkah digesa lelaki berdarah dahi bertindak cepat, tidak sekadar bercakap serta memperlihatkan kebolehannya saja.

"Ayuh, apa lagi. Kenapa termenung saja. Sekarang bukan masa termenung, sekarang masa berlindak dan bergerak," lelaki berdarah dahi terus menolak bahu si pemandu.

Kerana tolakannya agak keras dan kuat si pemandu hampir lerjatuh. Dan dalam masa yang sama lelaki berdarah dahi terus menarik tangan kanan saya.

Tidak ada bantahan, saya mengikut saja macam kerbau dicucuk hidung.

SELIT

Besi pendek "pasak bumi" terselit melintang dipinggang lelaki berdarah dahi. Perjalanan menuju ke tempat Syed Hamid Al-Hadad dan datuk pun bermula.

Kepala jalan diketuai oleh lelaki berdarah dahi, diikuti oleh si pemandu dan saya orang terakhir. Kerana tidak selesa berada di belakang, saya berunding dengan si pemandu untuk bertukar tempat.

Senang rasa hati, bila pemandu memenuhi permintaan saya. Baru lebih kurang dua puluh langkah bergerak, lelaki berdarah dahi memberi isyarat supaya berhenti.

Lagi sekali manusia pelik ini membuat kejutan, rungut sayal dalam hati. Dia renung muka saya.

"Siapa suruh kamu tukar lempat?"

"Tukar suka sama suka."

"Pandai buat rancangan sendiri, sekarang buat semula macam tadi, jangan pandai-pandai buat sesuatu tak tanya aku."

Saya pun kembali ke posisi asal, begitu juga dengan si pemandu.

Sebelum memulakan langkah yang terhenti, lelaki berdarah dahi tahu perasaan saya tersinggung dengan tindakannya.

Dia minta maaf dan menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana mengikut urutan usia. Dia paling tua mesti jadi kepala jalan, kerana banyak pengalaman dan tahu serba sedikit petua menjejaki langkah orang.

Pemandu tua dari saya, sudah sewajarnya berada di belakangnya. Dan saya paling muda dalam kumpulan tiga orang itu, memang selayaknya berada di belakang sekali.

Penjelasan itu saya terima dengan senang hati. Masalahnya, sebagai orang yang berada di belakang sekali, sudah tentu macam-macam hal yang buruk bermain dalam kepala.

Bukan harimau atau binatang buas yang saya takuti, melainkan hantu syaitan yang boleh menjelmakan diri dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa.

Berpunca dari rasa takut itu menyebabkan saya melangkah dengan cepat. Akibatnya saya sering tersepakkan tumit kaki si pemandu.

Malah ada ketikanya, saya melanggar tubuhnya bila dia memperlahankan langkah, hasilnya si pemandu merungut panjang dan marahkan saya.

Macamana dia tidak marah. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan dla terdorong ke depan dan jatuh. Secara tidak sengaja badannya akan berlaga dengan badan lelaki berdarah dahi.

Bila hal ini terjadi boleh menyebabkan lelaki berdarah dahi turut jatuh seperti dia.

Bila perkara terjadi boleh melambatkan perjalanan ke arah tempat yang dituju. Saya tahu masalah tersebut.

Dalam langkah yang penuh berhati-hati itu, tumit kaki si pemandu masih menjadi mangsa sepakkan kaki saya.

"Berhati-hati dan perlahan-lahan sikit Tamar. Kalau aku jatuh susah jadinya."

"Aku tak sengaja."

"Kerana kerap sangat tak sengaja itulah, aku suruh kamu berhati-hati. Tak ada apa yang ditakutkan."

Saya diam dan hati terus berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Malangnya, dalam berjaga-jaga dan berhati-hati perkara yang sama berulang kembali. Entah apa malangnya nasib saya.

"Tamar berapa kali aku nak cakap."

"Maafkan aku."

"Sudah berbelas kali kamu minta maaf, tapi kamu tidak juga berubah. Lain yang kamu cakap, lain pula yang kamu buat. Ini tak boleh jadi Tamar. Jangan sampai aku hilang sabar," cukup keras dan bertenaga sekali suara si pemandu.

Kalau tadi. setiap kali bercakap dia renung muka saya. Tetapi, kali ini keadaan menjadi sebaliknya. Saya menarik nafas hampa dan menyalahkan diri sendiri.

KEJUTAN

Lagi sekali lelaki berdarah dahi membuat kejutan. Dia angkat tangan kiri tinggi-tinggi melepasi kepala sebagai tanda syarat perjalanan harus diberhentikan.

Timbul pertanyaan dalam dada, ada halangan besarkah di hadapan atau ada gangguan hantu syaitan dalam perjalanan ini?

Debar dalam rongga dada berkocak kembali. Renung kiri, renung kanan. Si pemandu juga berkelakuan seperti saya. Kami saling berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam dada.

Lelaki berdarah dahi menjatuhkan tangan kiri lalu bertepuk sebanyak tiga kali.

Wajahnya masam dan serius. Dari gerak mata dan kembang kempis hidungnya. Begitu juga dengan cara dia berdiri bersilang kaki. Betis kanan menindih betis kiri.

Semuanya itu memperlihatkan dia sedang berada di puncak kemarahan yang amat sangat. Macam ada pantang larang dan pesanannya kami langgar.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 240/284

BACA: SBDJ Siri 239: Darah Lengan Sebagai Imbalan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Bahaya Penyakit Tibi (Tuberkulosis): Simptom, Punca dan Cara Pencegahan Yang Perlu Anda Tahu

Bahaya Penyakit Tibi (Tuberkulosis): Simptom, Punca dan Cara Pencegahan Yang Perlu Anda Tahu

Penyakit tibi (tuberkulosis atau TB) masih menjadi antara penyakit berjangkit utama di dunia termasuk Malaysia. Walaupun rawatan tersedia, kelewatan diagnosis dan kegagalan menghabiskan rawatan menyebabkan penyakit ini terus menular dan boleh membawa komplikasi serius serta kematian.

Bahaya Penyakit Tibi (Tuberkulosis)

Artikel ini menerangkan secara menyeluruh tentang bahaya penyakit tibi, berdasarkan maklumat kesihatan umum, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai simptom awal, faktor risiko dan langkah pencegahan yang berkesan.

APA ITU PENYAKIT TIBI?

Tibi ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Ia paling kerap menyerang paru-paru (tibi pulmonari), tetapi juga boleh menjangkiti bahagian lain seperti:
  • Tulang dan sendi.
  • Otak (tibi meningitis).
  • Kelenjar limfa.
  • Buah pinggang.

Jangkitan berlaku melalui udara apabila pesakit tibi aktif batuk, bersin atau bercakap, menyebabkan bakteria tersebar dalam bentuk titisan halus yang boleh dihidu oleh orang lain.

MENGAPA PENYAKIT TIBI MASIH BERBAHAYA?

1. Simptom Awal Yang Tidak Spesifik

Ramai pesakit menganggap batuk berpanjangan sebagai masalah biasa, menyebabkan diagnosis lewat dan risiko jangkitan kepada orang lain meningkat.

2. Kerosakan Paru-Paru Jangka Panjang

Tibi boleh menyebabkan parut dan kerosakan kekal pada paru-paru, mengakibatkan masalah pernafasan kronik walaupun selepas sembuh.

3. Risiko Kematian Jika Tidak Dirawat

Tanpa rawatan, bakteria boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ.

4. Tibi Kebal Ubat (Drug-Resistant TB)

Pengambilan ubat yang tidak konsisten boleh menyebabkan bakteria menjadi kebal terhadap ubat, menjadikan rawatan lebih lama dan kompleks.

SIMPTOM PENYAKIT TIBI YANG PERLU DIKESAN AWAL

Dapatkan pemeriksaan jika mengalami simptom berikut:
  • Batuk lebih daripada 2 minggu.
  • Kahak berdarah.
  • Demam berpanjangan.
  • Berpeluh malam.
  • Penurunan berat badan tanpa sebab.
  • Hilang selera makan.
  • Keletihan melampau.

Pengesanan awal meningkatkan kadar penyembuhan dan mengurangkan risiko penularan.

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI DIJANGKITI TIBI?

Golongan berikut mempunyai risiko lebih tinggi:
  • Pesakit diabetes.
  • Individu dengan sistem imun lemah.
  • Perokok.
  • Warga emas.
  • Individu yang tinggal di kawasan sesak.
  • Kontak rapat dengan pesakit tibi aktif.

RAWATAN PENYAKIT TIBI: APA YANG PERLU DIKETAHUI

Rawatan tibi biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan melibatkan kombinasi beberapa jenis ubat antibiotik.

Kepatuhan terhadap rawatan adalah sangat penting kerana:
  • Mengelakkan jangkitan berulang.
  • Mencegah bakteria kebal ubat.
  • Mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Program rawatan tibi di Malaysia biasanya dipantau oleh petugas kesihatan bagi memastikan pesakit menghabiskan rawatan.

CARA PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI YANG DISARANKAN PAKAR KESIHATAN

Langkah pencegahan utama termasuk:
  • Pemeriksaan awal jika batuk berpanjangan.
  • Menutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Pengudaraan rumah yang baik.
  • Amalan pemakanan seimbang.
  • Mengelakkan merokok.
  • Mematuhi rawatan sepenuhnya jika dijangkiti.

SOALAN LAZIM (FAQ) TENTANG PENYAKIT TIBI

Adakah tibi boleh sembuh sepenuhnya?

Ya, penyakit tibi boleh sembuh jika rawatan diambil secara konsisten sehingga tamat.

Adakah tibi penyakit keturunan?

Tidak. Tibi ialah penyakit berjangkit, bukan penyakit genetik.

Adakah semua pesakit tibi berjangkit?

Tidak. Hanya pesakit tibi aktif paru-paru berpotensi menjangkiti orang lain.

KESIMPULAN

Bahaya penyakit tibi masih relevan pada masa kini kerana sifatnya yang mudah berjangkit dan memerlukan rawatan jangka panjang.

Kesedaran mengenai simptom awal, pemeriksaan segera dan kepatuhan kepada rawatan adalah kunci utama untuk mengawal penyebaran penyakit ini.

Pengesanan awal bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga keluarga dan masyarakat sekeliling.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, February 04, 2026

SBDJ Siri 239: Darah Lengan Sebagai Imbalan

SBDJ Siri 239: Darah Lengan Sebagai Imbalan

Suasana yang samar-samar, bertukar menjadi bertambah gelap. Tiada suara unggas kedengaran, kecuali nyanyian cengkerk hutan. Teringat cakap nenek. Waktu-waktu begini, makhluk halus berkeliaran. Singgah ditubuh manusia lalu menyerap ke dalam darah.

SBDJ Siri 239 Darah Lengan Sebagai Imbalan

Mangsa utamanya orang yang lemah semangat. Kurang rasa takwa kepada Allah. Bila darah sudah diresapi makhluk halus orang terbabit terus hysteria, meracau tidak tentu arah.

Entah mengapa, macam tidak semena-mena anak tekak terasa gatal semacam. Air liur segera ditelan. Akibatnya saya tersedak lalu diikuti dengan batuk kecil. Lelaki berdarah dahi tersenyum sumbing.

"Barangkali nama kamu disebut nenek?" katanya.

Dan hati terasa panas. Apa hak dia membabitkan nenek saya dalam hal ini. Ini sudah keterlaluan.

Satu renungan yang penuh dengan api kemarahan dilepaskan ke wajah lelaki berdarah dahi. Menyedari renungan itu membawa satu mesej tertentu, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan kearah lain.

"Sial," cetus hati.

Dan saya yakin dia dapat membaca apa yang tersirat dalam kalbu. Buktinya, walaupun pandangannya tidak kepada saya, senyum sinis masih berlarutan di kelopak bibirnya.

"Kamu berdua meragukan keikhlasan aku?" terlontar kata dari mulut lelaki berdarah dahi. Sesuatu yang diluar jangkaan saya dan pemandu.

"Tidak," satu jawapan pasti dari pemandu.

"Kami berdua tidak berfikir begitu," saya menyokong kata pemandu dalam nada suara yang agak meninggi.

Secara jujur saya mengakui, jauh di sudut hati, masih ada lurah kesangsian dan kecurigaan terhadap nya.

"Perlukah kami menunjukkan bukti sebagai tanda keikhlasan kami berdua," si pemandu mengemukakan pertanyaan.

Dan lelaki berdarah dahi termenung sejenak. Menarik nafas dalam-dalam.

Jari jemarinya kembali meramas-ramas pasir hitam. Dari tindak tanduk dan gerak gerinya itu, membayangkan dia puas hati dengan pengakuan yang kami luahkan.

Masa terus berlalu. Nyanyian cengkerek hutan yang tadi agak lemah bertukar menjadi rancak dan gamat sekali. Tidak tahu, siapakah di antara kami akan memulakan buah percakapan yang terhenti.

Wajarkah saya memulakannya? Tidak mungkin saya. Barangkali si pemandu kepada Syed Hamid Al-Hadad boleh memulakannya? Sukar untuk dipastikan.

Mudah-mudahan lelaki berdarah dahi boleh jadi penghulu pembuka kata. Semua persoalan itu bergolak dalam rongga dada, tidak terucap oleh mulut.

"Begini saja," si pemandu membuka gelanggang kata.

Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi dan saya tertumpu ke wajah pemandu yang mempamirkan senyuman singkat.

"Kalau harapkan kami bertanya, sampai besok pun kami tak akan bertanya," sambung pemandu dengan tenang dan bersahaja. Lelaki berdarah dahi renung saya, seulas senyum didermakan.

Dan saya sambut dengan rasa hambar. Menyedari yang saya member reaksi dingin, senyumnya segera dialihkan kepada si pemandu.

MESRA

Balasan senyum dari pemandu disambut oleh lelaki berdqarah dahi dengan bunga kemesraan yang penuh makna, sebagai pembuka jambatan hati yang mengurangkan percikan kemarahan di dada.

Dalam suasana yang dihembus angin kedamaian, masing-masing melepaskan nafas kelegaan. Nanyian cengkerik hutan tidak juga berhenti.

"Kenapa kamu cakap macam tu?"

Kelopak mata sudut kiri lelaki berdarah dahi Nampak mengecil. Kemudian dahi yang masih terdapat kesan darah kering dikerutkannya. Si pemandu tetap seperti tadi. Masih tenang dan bersahaja.

"Macam mana kami nak bertanya? Benda yang ditunjukkan itu tak pernah kami tengok selama ini. Baru hari ini kami menengoknya. Apa lagi tentang kegunaannya," jawap pemandu.

Perasaan saya mula berdebar, menanti tindakan dan reaksi selanjutnya dari lelaki berdarah dahi.

"Hissssss... kamu," desis lelaki berdarah dahi.

Saya menggigit bibir. Tetapi, iras kemarahan sudah pun hilang dari permukaan wajah lelaki berdarah dahi.

"Kenapa pulak hiisssss... Kami memang tak tahu," dalam rasa takut dan cemas itu, saya beranikan diri menyampuk.

Buat beberapa detik berikut, lelaki berdarah dahi termenung sambil menelan air liur. Buah halkumnya yang melekat di batang leher nampak bergerak-gerak lemah.

"Kamu berdua memang jujur."

Satu pengiktirafan yang tidak pernah diduga dari lelaki berdarah dahi. Kami ternganga seketika kerana terkejut.

Sungguh melucukan bila dia ketawa terkikih. Tidak memadai dengan ketawa, bahu pemandu ditumbuknya berkali-kali.

Matanya, tidak berhenti-henti menyorot ke wajah saya. Seolah-olah ada sesuatu yang mahu dicari dari sinar anak mata saya.

"Ok, biar aku terangkan khasiat dan kegunaan barang-barang yang sudah aku tunjukkan kepada kamu berdua tadi," itu yang terlontar dari mulutnya, sebaik sahaja ketawa luar biasanya berhenti.

Serentak kami anggukkan kepala. Seluruh perhatian segera ditumpukan kepada barang-barang yang dikatakan berkhasiat itu.

Tanpa membuang masa dia menceritakan tentang kekuatan ghaib serta khasiat dari dua barang yang menjadi persoalan utama. Lagaknya tidak ubah meacam penjual dikaki lima.

MEMANGGIL

Katanya tahi bijih atau pasir hitam boleh dimanfaatkan untuk memanggil makhluk halus dengan tujuan untuk menganiaya sesaorang. Boleh membutakan atau mengaburkan penglihatan sesaorang untuk seketika.

"Aku buktikan pada kamu berdua, kamu nak tengok?" Nada suaranya agak sombong sedikit.

"Boleh juga," jawab kami serentak.

"Jangan lari dan takut, hadapilah dengan tenang walau apa yang datang," satu amaran yang membuat saya terrasa seram.

Dengan menggunakan dahan kayu yang panjangnya sekitar satu kaki, dia mengorek lubang sedalam setengah kaki. Kemudian lengan kirinya digigit sehingga berdarah. Bibir dengan giginya penuh dengan darah.

Seram juga melihat mukanya. Darah yang keluar segera dijatuhkan kedalam lubang yang dikoreknya.

"Cuma 13 titik, jangan lebih dan jangan kurang, campurkan dengan segenggam tahi bijih timah dan timbus lubang yang dikorek tadi," jelas lelaki itu sambil membaca mantera yang bercampur aduk dengan ayat-ayat Quraan.

Dia seorang yang memang pantas melakukan sesuatu. Mulut bercakap, tangan dan kaki terus bekerja. Dengan tumit kaki kiri dia meratakan tanah di permukaan lubang.

Semua yang dilakukannya, kami perhatikan dengan penuh teliti.

"Sebentar lagi dia tiba," suara yang bersulam keyakinan.

Saya dan pemandu mengangguk. Hati terus digaru kecemasan.

GELAP

Suasana sekitar menghadiahkan cuaca gelap yang agak berat. Pepohon sekitar mula bergoyang dirempuh angin yang bertiup agak keras.

Nyanyian cengkerik tetap seperi tadi. Cuma ditambah dengan bunyi jeritan ungka bersahut-sahutan. Sesekali terdengar juga bunyi kuang liar dan kokok ayam hutan. Semuanya bersahut-sahutan dalam irama yang tidak menentu.

"Jangan cemas, aku cuma membuktikan kepada kamu berdua dengan tahi bijih, orang halus boleh dipanggil," lelaki berdarah dahi menghiburkan hati kami yang mula tudak tentu arah.

Segala-galanya terasa seram dan mencemaskan.

Dalam saat cemas begitu, terdengar suara perempuan menjerit panjang, menangis tersedu dan mengilai.

"Bertenang, masanya sudah hamper," lelaki berdarah dahi terus bersuara.

"Kami berdua masih tenang," saya menjawab dan pura-pura lagak berani.

"Sekarang lihatlah, aku bukan bercakap kosong," hujung siku kiri dihenaknya tujuh kali berturut-turut berhampiran lubang yang ditimbus bersama darah dan tahi bijih.

Sambil melakukan kerja-kerja tersebut, mulutnya terus mengucapkan mantera memanggil makhluk halus.

Memang tidak saya fahami dengan apa yang dicakapkan, kecuali kata-kata: kalimah Adam, berkat kalimah Muhammad. Datanglah.

Dari mencangkung terus duduk bersila, memeluk tubuh. Kata-kata itu terus diucapkan hingga dia kesurupan (dirasuk syaitan).

Jatuh terbaring dibumi dengan kaki dan tangan mengeletar. Mulut pula tidak kenal penat mengucapkan mentera. Bila mulut terkunci dari berkata, terdengar bunyi suara orang menggeruh.

Serentak dengan itu, semua pokok di kawasan sekitar bergoyang dengan hebat, samada besar mahu pun kecil.

Reranting reput dan dedaun matang jatuh berguguran. Bumi yang dipijak seperti bergerak. Seekor kerbau jantan hitam sebesar gajah hadir di depan mata kami, hanya untuk beberapa detik cuma.

Bla kerbau jantan sebesar gajah itu menghilang tempatnya segera diambil alih oleh busut jantan yang besar dan tinggi. Rupanya mengerutu semacam.

Dan secara perlahan-lahan busut jantan berputar dan bertukar rupa dan bentuk menjadi makhluk yang berukuran luar biasa dengan rupa yang menakutkan. Tinggi dan hitam legam.

"Bagaimana ini?" bisik saya pada pemandu.

"Kita tunggu dan lihat," jawabnya dengan wajah yang gusar.

Seiring dengan kemunculan makhluk ganjil itu, bergemuruh kedengaran bunyi air terjun. Saya lihat matanya sebiji berada betul-betul ditengah-tengah dahi, memancarkan cahaya hijau kemerah-merahan.

Hidungnya macam hidung orang hutan. Bila menarik dan melepaskan nafas, kami terhidu bau busuk, macam bau bangkai kering.

Makhluk ganjil itu terus membongkok. Lelaki berdarah dahi yang terlentang di bumi diangkatnya lalu diletakkan di sebelah kanan pokok asam jawa yang tumbuh liar di situ.

Sebaik saja diletakkan di situ, lelaki berdarh dahi terus bangun.

RAKSASA

"UUUHHHHHHHHH..."

Lembaga raksasa itu menggeruh sambil sepasang tangannya yang menyerupai kaki monyet dihayunkan kekiri dan kekanan.

"Bukan apa-apa mereka mahu tengok rupa dan kehebatan kamu sebagai penunggu kawasan ini," lelaki berdarah dahi dongakkan mukanya ke arah lembaga yang menakutkan itu.

Dan makhluk raksasa itu bagaikan faham apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Buktinya, kelopak mata yang tebal dan berlapis digerakkan ke atas ke bawah.

"Terima kasih penunggu hutan," suara lelaki berdarah dahi meninggi.

"Hiiisssss..."

Makhluk raksasa menarik dan melepaskan nafas. Bau busuk dan hapak tersebar. Saya dan pemandu terpaksa menekup lubang hidung dan mulut.

Sakit rasa hati, bila lelaki berdarah dahi menjeling ke arah kami bersama senyum sinis.

"Busuk, saya tak bau apa-apa."

Saya dan pemandu membisu. Tidak ada guna menjawab pertanyaan yang tidak bernilai itu. Biarkan dia begitu, bisik batin saya.

Lelaki berdarah dahi terus mendekati kaki kiri raksasa yang berbulu-bulu hitam lebat itu . Digosok dan dibelainya bulu yang keras tebal macam bulu kabung.

"Baliklah, istirehat di tempat kamu. Mereka dah lihat rupa kamu," sambil bercakap, lelaki berdarah dahi terus menepuk-nepuk kaki makhluk raksasa.

Tiba-tiba secara mengejut terpancut suara yang menakutkan serta memekakkan anak telinga dari mulut makhluk raksasa. Tidak ubah bunyi "sirin" kereta bomba.

Beburung yang bertenggek di ranting dan monyet yang bergayut di dahan bertempiaran. Cengkerik hutan berhenti menyanyi, keadaan terasa sunyi sepi.

Agaknya unggas dan haiwan terkejut dengan bunyi tempikan yang luar biasa itu.

Dan dalam sekelip mata, makhluk raksasa ghaib dari penglihatan kami, lelaki berdarah dahi duduk bersila di bekas tapak kaki makhluk raksasa berdiri.

Dari mulutnya terkeluar ungkapan-ungkapan mentera yang sukar difahami. Tidak jauh dari tempat dia duduk bersila, terdapat kepulan asap yang berwarna hitam keputih-putihan.

Ternyata kepulan asap itu tidak menganggu lelaki berdarah dahi yang sedang membaca mentera.

"Lubang."

Saya segera merenung ke arah lubang yang dimaksudkan oleh pemandu. Lubang tersebut berukuran sebesar muncung cawan teh, keliling lubang nampak bersih.

"Pelik, macam mana lubang itu boleh berada disitu , Tamar?"

"Kalau tak silap aku, di situlah tadi lelaki berdarah dahi, korek lubang tanam tahi bijih dan darah," satu penjelasan yang memuaskan hati si pemandu. Dalilnya, dia mengagguk kepala berkali-kali.

LUBANG

Dari bentuk bibir yang bersih dan rata diyakini, lubang itu digali dengan tangan atau dengan benda keras. Jadi, siapa yang menggalinya? Untuk apa lubang itu digali?

Mungkinkah makhluk raksasa yang menggali untuk mencari darah lengan lelaki berdarah dahi? Semuanya bermain-main dalam tempurung kepala.

"Tamar."

Saya menoleh ke arah pemandu. Suara lelaki berdarah dahi membaca mentera yang tidak tentu buah butirnya terus bergema. Hari bertambah gelap. Dan saya merasakan ada sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran.

"Kita macam terlupa dengan diri datuk kamu dan Tuan Syed Hamid Al-Hadad, pelik ya Tamar."

"Iya," sahut saya.

Sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran sudah ditemui jawapannya dari si pemandu.

Si pemandu masih lagi merenung ke arah mulut lubang yang ternganga.

Macam ada satu misteri tersembunyi dipermukaan lubang tersebut. Si pemandu mahu mencari jawapan dari misteri tersebut.

"Darah dan tahi bijih yang ditanam sudah disedut lembaga hitam menerusi ibu kakinya. Lubang kita tengok ini bukan dikorek tetapi disedut."

"Masa lelaki berdarah dahi mengosok-gosok bulu di kaki lembaga hitam itu tadi, secara tidak langsung dia memberikan darahnya untuk dihisap makhluk itu menerusi bulunya yang melekap ditangan lelaki berdarah dahi."

IMBALAN

"Kamu bergurau dengan aku?"

"Tidak Tamar, setahu aku setiap makhluk halus yang dipanggil mesti mahu imbalan atau upah darah. Kalau tidak diupah dia tidak datang. Hal-hal begini, aku tahu juga serba sedikit Tamar."

"Jadi apa yang mesati kita buat?"

"Kita ikut dulu, bila dah teruk baru kita bertindak."

"Kalau itu yang kamu mahu, aku ikut saja, Asalkan kita jangan rugi," sebuah jaminan saya berikan pada pemandu. Dia senyum sambil menegakkan ibu jari kanannya.

Lelaki berdarah dahi berhenti membaca mentera. Dia bangun dan menggeliat sambil mendongakkan kepala ke langit.

Nafas ditarik dan dilepaskan secara bertahap-tahap dan teratur. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan lalu sepasanga anak matanya memanah ke wajah saya dan pemandu.

"Aku sudah buktikan yang aku tidak menipu kamu berdua. Aku bercakap benar dan jujur," muka lelaki berdarah dahi kelihatan merah dan berpeluh.

Dia tersenyum dengan penuh kepuasan, "Kalau mahu membutakan mata dan mengabur pandangan seseorang ada caranya..." kata kata itu tidak diteruskan oleh lelaki tersebut.

Dia melihat kesan gigitan di lengan kirinya. Darah kering yang melekat di lengan dijilat-jilatnya berkali-kali. Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelangan tangan kanan berkali-kali.

"Bulu kaki lembaga hitam mencucuk lubang bulu roma lengan kanannya untuk menyedut darah, macam nyamuk menyedut darah kita. Kesan gatal dan pedih masa terasa, itulah sebabnya dia gosok tangan," bisik pemandu ke telinga

Berhati-hati saya anggukkan kepala supaya perkara yang dibisikkan oleh pemandu tidak dikesannya.

KELUARGA

"Caranya mudah saja," lelaki berdarah dahi menyambung kembali percakapannya yang terputus.

"Taburkan pasir hitam garam dijalan yang menjadi laluan orang yang kita maksudkan sambil sebut namanya dan nama emaknya. Ada jampi dan mentera yang mesti dibaca. Semuanya kena belajar."

Sambil bercakap, sepasang kakinya tidak berhenti bergerak ke kiri dan ke kanan. Ke depan dan ke belakang, macam ada sesuatu yang dilakukannya.

Rahsia dari gerak kakinya dapat dipecahkan. Gerak kakinya, ada maksud dan tujuan, mengumpulkan reranting, dedaun dan rerumput kering untuk menutup lubang sebesar mulut secawan teh yang ternganga.

Pada sangkaannya, apa yang dilakukannya tidak dapat kami lihat.

"Tahi bijih itu banyak gunanya, bagi orang yang tahu. Pada orang yang tak tahu macam kamu berdua, tak ada makna dan ertinya," lekai berdarah dahi menyelitkan sebuah sindiran yang bisa untuk saya dan pemandu.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 239/284

BACA: SBDJ Siri 238: Terjegil Biji Mata
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, February 03, 2026

Punca Harga Emas Jatuh & Beza Nilai Emas Fizikal dan Emas Kertas (IPO)

Punca Harga Emas Jatuh & Beza Nilai Emas Fizikal dan Emas Kertas (IPO)

Emas sejak sekian lama dianggap sebagai aset selamat dan pelindung nilai ketika inflasi serta ketidaktentuan ekonomi global. Namun, realitinya harga emas tidak sentiasa naik. Ada masa ia jatuh secara mendadak walaupun dunia berdepan krisis geopolitik, konflik perang dan ketidaktentuan kewangan.

Punca Harga Emas Jatuh

Kami akan menghuraikan punca utama harga emas jatuh serta menjelaskan secara terperinci perbezaan nilai antara emas fizikal dan emas kertas (IPO) yang masih ramai pelabur keliru.

Punca Harga Emas Jatuh

1. Kenaikan Kadar Faedah Global

Antara faktor terbesar yang menekan harga emas ialah kenaikan kadar faedah oleh bank pusat, khususnya Federal Reserve (AS).

Apabila kadar faedah meningkat:
  • Simpanan tunai dan bon menjadi lebih menarik.
  • Pelabur mengurangkan pegangan emas kerana emas tidak memberi pulangan faedah.
  • Permintaan emas menurun dan harga mula jatuh.

2. Pengukuhan Dolar Amerika (USD)

Harga emas dunia didagangkan dalam mata wang USD.

Apabila nilai USD mengukuh:
  • Harga emas menjadi lebih mahal kepada pelabur antarabangsa.
  • Permintaan global terhadap emas menurun.
  • Ini menyebabkan harga emas ditekan walaupun bekalan fizikal terhad.

3. Jualan Besar-Besaran Oleh Pelabur Institusi

Pelabur besar seperti dana lindung nilai dan institusi kewangan sering:
  • Membeli emas ketika harga rendah.
  • Menjual secara besar-besaran apabila harga naik.

Tindakan ambil untung ini boleh menyebabkan kejatuhan harga emas dalam tempoh singkat.

4. Sentimen Pasaran Kembali Positif

Apabila pasaran melihat:
  • Ekonomi semakin pulih.
  • Inflasi terkawal.
  • Risiko krisis global menurun.

Pelabur cenderung beralih ke saham dan aset berisiko, lalu emas ditinggalkan buat sementara waktu.

5. Dominasi Pasaran Emas Kertas (IPO)

Fakta yang jarang didedahkan ialah:
  • Pasaran emas dunia dikuasai oleh dagangan emas kertas.
  • Jumlah emas atas kertas jauh melebihi emas fizikal sebenar.

Keadaan ini membuka ruang kepada manipulasi harga emas, walaupun permintaan emas fizikal kekal tinggi.

Beza Nilai Emas Fizikal dan Emas Kertas (IPO)

Walaupun kedua-duanya dipanggil "pelaburan emas", hakikatnya emas fizikal dan emas kertas (IPO) sangat berbeza dari segi nilai, risiko dan keselamatan.

Apa Itu Emas Fizikal?

Contoh emas fizikal:
  • Jongkong emas.
  • Dinar emas.
  • Syiling emas.
  • Emas perhiasan (kadar tertentu).

Kelebihan Emas Fizikal:
  • Pegangan aset sebenar.
  • Lindung nilai inflasi jangka panjang.
  • Tidak bergantung kepada sistem kewangan.
  • Selamat ketika krisis ekonomi.

Kekurangan Emas Fizikal:
  • Perlu simpanan selamat.
  • Spread beli dan jual lebih tinggi.

Apa Itu Emas Kertas (IPO)?

Emas kertas atau IPO merujuk kepada pelaburan emas tanpa pegangan fizikal, seperti:
  • Akaun emas bank.
  • Kontrak emas.
  • Dagangan emas atas talian.
  • Instrumen kewangan berkaitan emas.

Pelabur hanya memiliki rekod atau janji nilai, bukan emas sebenar.

Kelebihan Emas Kertas (IPO):
  • Mudah beli dan jual.
  • Modal permulaan rendah.
  • Sesuai untuk dagangan jangka pendek.

Kekurangan Emas Kertas (IPO):
  • Tiada pegangan emas sebenar.
  • Bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan.
  • Terdedah kepada manipulasi pasaran.
  • Berisiko tinggi jika berlaku krisis sistemik.

Perbandingan Emas Fizikal vs Emas Kertas (IPO)

Perbandingan Emas Fizikal vs Emas Kertas (IPO)

Mana Lebih Sesuai Untuk Pelabur?

Jawapannya bergantung kepada matlamat pelaburan:
  • Simpanan nilai & perlindungan harta jangka panjang → Emas fizikal.
  • Dagangan pantas & spekulasi harga → Emas kertas (IPO).

Sejarah membuktikan bahawa ketika krisis besar, emas fizikal sentiasa mempunyai nilai, manakala emas kertas bergantung sepenuhnya kepada kestabilan sistem kewangan.

Kesimpulan

Kejatuhan harga emas bukan petanda emas gagal sebagai aset, sebaliknya mencerminkan permainan sentimen, kadar faedah dan pasaran emas kertas global.

Pelabur yang memahami perbezaan antara emas fizikal dan emas kertas (IPO) akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Monday, February 02, 2026

SBDJ Siri 238: Terjegil Biji Mata

SBDJ Siri 238: Terjegil Biji Mata

Bila melihat keadaan tersebut, saya jadi serba salah. Bimbang kalau lelaki berdarah dahi bertindak ganas. Melakukan perkara yang tidak diduga. Jadi dalam menghadapi suasana begini, harus bersikap tenang dan sabar.

SBDJ 238 Terjegil Biji Mata

"Masalah besar Tamar," keras suara si pemandu.

"Kenapa tidak berada di tempat kamu?" saya pula bertanya.

"Aku bimbangkan kamu Tamar."

"Kalau begitu, kamu hati-hati, jangan dekati dia, nanti kau terima akibatnya. Berdiri jauh darinya. Lihat saja apa yang berlaku, jangan banyak tanya dan soal," saya memberikan arahan.

"Baiklah, Tamar."

Satu akuan yang sungguh menyenangkan hati.

Buat beberapa ketika, saya termenung. Mencari akal dan helah untuk berdepan dengan lelaki berdarah dahi yang semakin garang mengaum macam harimau.

"Aku mahu menolong kamu, mahu membebaskan diri kamu dari sumpah," kata saya pada lelaki berdarah dahi.

Matanya, yang garang dan bersinar macam mata harimau dihalakan kepada saya. Andainya dia melakukan satu lompatan yang agak tinggi kearah saya, pasti seluruh kulit tubuh saya dikoyak-koyaknya.

Dan kali ini, saya mempunyai peluang yang baik kerana berada dari sebelah kiri. Dan dari arah tersebut saya mula mengacah.

Lelaki berdarah dahi sudah memusingkan tubuhnya dengan pantas. Dia hilang pertimbangan badan, lalu terlayah dan jatuh terlentang.

Kesempatan ini saya gunakan dengan sebaik mungkin. Dengan sekali lompat saya sudah berada di sisinya, sedangkan dia pada saat itu terkial-kial mahu bangun.

Tanpa membuang masa kayu bercabang dua terus dibenamkan kebahagian perut atas pusatnya.

GHAIB

Bila kayu itu mahu dicabut semula, seperti ada tenaga ghaib menarik dari dalam. Terpaksa bertarung untuk beberapa saat. Usaha saya gagal.

Dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi bahawa kayu bercabang dua itu boleh dicabut. Saya terus berusaha dan berusaha.

Kali ini, tidak menggunakan ayat-ayat al-Quran, sebaliknya menggunakan serapah jampi dan mentera sesuai seperti apa yang diajar oleh Mia pada saya dulu.

"Manusia yang memang bukan dari keturunan manusia harimau tetapi, mahu menjelma jadi manusia harimau boleh ditewaskan dengan mantera dan petua," secara mendadak saja, saya teringat cakap Mia.

Ternyata Mia tidak berbohong. Setelah jampi serapah dibaca, segala-galanya menjadi mudah. Kayu bercabang dua yang terbenam di perut lelaki berdarah dahi dapat dicabut dengan mudah sekali.

Saya kembali melompat ke tempat mula-mula melompat tadi.

Andainya lambat melompat, bencana besar mungkin dihadapi. Terutama, bila kuku di jarinya dapat mencakar kulit tubuh saya.

Episod seterusnya, lelaki berdarah dahi terus menjerit dan berguling-guling di tanah. Dia menahan rasa sakit yang amat sangat. Merangkak macam harimau sambil meneran dan mengaum.

Kemudian, terus terbujur kaku, cuma kaki dan tangannya saja yang bergerak-gerak. Keadaan itu berlansung tidak lama. Kira-kira sepuluh minit saja. Akhir terus kaku dan keras

"Kamu bunuh dia Tamar?"

Jawapan yang diberikan kepada pertanyaan si pemandu, saya jawap dengan mengeleng-ngelengkan kepala. Si pemandu jadi cemas. Lebih-lebih lagi bila saya terus duduk di tanah. Dirinya, tidak saya pedulikan.

Sikap bengis terus diperlihatkan. Perlahan-lahan dia menjauhkan diri dari saya. Mungkin dia terfikir saya dalam proses untuk menjadi harimau jadi-jadian.

TIDUR

Hari sudah beransur gelap. Bunyi beburung yang pulang kepohon untuk tidur, boleh dikatakan tidak kedengaran langsung. Begitu juga dengan deru kereta.

Pada hemat saya satu daripada masalah hampir selesai. Tetapi, masalah datuk dan Syed Hamid Al-Hadad masih belum diketahui. Tidak tahu bagaimana nasib untung mereka.

"Bagaimana Tamar? Kita tinggalkan dia disini?"

"Tidak."

"Habis apa yang mesti kita buat? Kamu tahu, kita harus membantu tuan Syed Hamid dan datuk kamu."

"Aku tahu."

"Kalau tahu, kenapa masih di sini."

"Kita tunggu dia pulih seperti asal. Kita memerlukan dia."

"Tapi dia sudah mati,"

"Sudahlah, kamu jangan banyak cakap," saya mula meninggikan suara.

Si pemandu terus tersentap, wajahnya masam dan mendengus marah. Ranting kayu di depanya terus disepak dengan sekuat hati.

Bila saya lihat perasaan si pemandu sudah tenang dan boleh senyum. Dengan penuh sopan saya suruh dia berdiri agak jauh dari sisi saya.

Dan saya pula beralih tempat, berdiri di bawah pokok, tidak jauh dari pokok senduduk putih.

Memang ada usaha dari si pemandu untuk bertanya, kenapa saya mengeluarkan arahan tersebut. Tetapi, usaha itu tidak di teruskan, bila dia melihat saya termenung macam memikirkan sesuatu.

"Hisssss..."

Terdengar bunyi berdesir dari arah belakang. Dengan pantas saya menoleh dan melompat ke kiri lalu mengatur langkah (silat) sambil membongkok mengambil sepotong kayu yang panjangnya kira-kira empat kaki.

Pada perkiraan saya, bunyi berdesir itu, pasti seekor ular tedung. Puas dilihat dan diperhatikan, tidak nampak satu apa pun.

"Hisssss..."

Datang lagi bunyi itu, tetapi kali ini dari sebelah kiri. Dedaun dari pepokok renik di situ kelihatan bergoyang, macam dirempuh sesuatu.

Kerana tidak dapat mengesan objek sebenar, saya memutuskan tidak mahu memikirkannya. Buat apa pening kepala, kerana bunyi tersebut. Saya buat keputusan.

Aneh, dalam saat-saat demikian saya seperti dapat mengesan ada objek berdiri di depan saya. Tetapi, tidak dapat dilihat dengan jelas.

Benda itu bergerak bebas, menyentuh bahu dan meraba pipi saya berkali-kali. Semuanya, membuat saya bingung dan cemas semacam.

"Siapa kamu?" kata saya.

Lengan kanan saya terasa disentuh sesuatu. Dingin dan bulu roma mula tegak berdiri, bila benda yang menyentuh lengan bergerak ke pangkal tengkuk dan telinga.

"Kalau kamu berniat baik, lihatkan diri kamu," saya mengajukan permintaan.

Bersedia menghadapi apa saja, andainya objek yang tidak kelihatan itu mempamirkan dirinya yang sebenar.

"Ehemmmmm..."

Saya tumpukan perhatian ke arah suara tersebut. Ada bebayang orang tua yang pernah hadir dimata kalbu, ketika saya bertafakur beberapa jam tadi.

Orang itu tersenyum sambil menegakkan ibu jari kanannya. Kemunculannya hanya beberapa saat saja. Sebelum bebayangnya hilang, terasa ada tangan dingin menyentuh pipi kiri.

Saya terus membuat andaian sendiri. Bila orang itu menegakkan ibu jarinnya, menandakan usaha yag saya lakukan itu sudah berhasil.

Sentuhan tangannya, menggambarkan hubungan saya dengannya akan berterusan. Sentuhan di telinga menyatakan, supaya mendengar sesuatu yang baik.

Bunyi berdesir dua kali menyarankan, bila mahu menemuinya mesti memberikan tanda dan alamat tertentu. Ertinya, saya harus bertafakur dan bermeditasi terlebih dahulu.

Tetapi, sehingga kisah ini ditulis belum pernah sekalipun saya menghubunginya.

"Hai..."

Dengan pantas saya merenung ke arah suara yang datang. Lelaki berdarah dahi melambai-lambaikan tangan. Rasanya tidak percaya dengan apa yang dilihat. Dua tiga kali kelopak mata digosok. Si pemandu terus mendekati saya.

"Dia datang Tamar," bisiknya.

"Siapa?"

"Musuh yang berkuku harimau, kita dalam bahaya, Tamar."

"Bertenang, pastikan dulu betulkah dia atau orang lain," kata saya.

"Betul Tamar, aku tak bohong," ucap si pemandu dengan wajah yang serius.

Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Si pemandu memang nampak resah sekali. Matanya tidak berkedip merenung ke arah lelaki berdarah dahi yang melangkah tenang ke arah saya.

"Bagaimana Tamar?"

"Kita tunggu, tengok apa yang mahu dibuatnya."

"Gila kamu," keluh si pemandu.

Ternyata dia tidak gembira dengan cara saya. Tetapi, masih setia berdiri di sisi.

TANGAN

Dan akhirnya, lelaki berdarah dahi berdiri betul-betul di depan saya dan si pemandu. Dia menghulurkan sepasang tangan ke arah kami.

"Tengok semuanya sudah kembali seperti asal," nada suaranya riang sekali.

Saya dan si pemandu berpandangan.

"Lihat ini," lelaki berdarah dahi memperlihatkan kuku dijejari kakinya sebagai bukti yang dirinya bebas dari sebarang pengaruh buruk. Lelaki itu membuka langkah silat dan menari-nari di depan kami.

"Terima kasih kerana kamu dapat menghalang diri aku dari menjadi sekerat manusia dan sekerat harimau, kalau kamu tak tolong tak tahulah nak cakap," sepasang matanya menatap wajah saya buat beberapa ketika, sebelum berpindah ke wajah si pemandu.

Saya tidak memberikan sebarang pendapat terhadap kata-kata yang diluahkannya

Lelaki berdarah dahi yang sudah pulih dari pengaruh sihir terus bercerita, semasa kuku jari kaki dan tangannya bertukar menjadi kuku harimau, dia mengalami rasa sakit yang kuat.

Begitu juga bila bahagian tubuhya ditumbuhi bulu harimau. Malah, dia melihat diri saya dan pemandu bukan sebagai sahabat tetapi, sebagai musuh yang sentiasa mahu menjahanamkan dirinya.

Katanya, semasa dirinya melalui proses pemulihan dari pengaruh sihir, dia terasa seluruh tubuhnya melayang-layang di angkasa dan jatuh ke laut yang amat dalam.

Bahagian tengah perutnya ditikam oleh batu karang yang tajam menyebabkan dirinya tidak bermaya.

Dari tubuhnya keluar segumpal cahaya lalu menguakkan air laut hingga dirinya muncul di permukaan.

Dari permukaan laut cahaya itu menjulang ke udara dalam bentuk tengkorak harimau. Gumpalan cahaya itu berpatah balik ke arahnya lalu mengangkat tubuhnya dari permukaan laut. Diusung di angkasa sebelum dicampakkan ke dalam gaung berbatu pejal. Seluruh tubuhnya berkecai tetapi, bercantum balik.

Tubuh yang sudah bercantum itu segera diangkat oleh dua lelaki dan dihumbankan ke dalam lubang yang sudah digali. Ketika dihempas itulah dia merasai sakit yang amat sangat. Dia menjerit dan mengerang menahan rasa sakit.

"Pada masa itulah aku terdengar suara bisikan dua kalimah syahadat dan aku terus mengikutinya dengan sekuat hati. Mata aku terbuka degan sendirinya. Dan aku terus mengucap, masa mengucap itu jugalah terasa kuku dijari kaki dan tangan tercabut satu persatu," lelaki berdarah dahi berhenti bercerita dan terus merenung kuku-kuku di jari tangan dan kaki.

Secara sembunyi-sembunyi si pemandu menjeling ke arah tangan dan kaki lelaki berdarah dahi, diperhatikan juga bahagian lengan yang berbulu macam bulu harimau.

Pergelangan buku lali kaki hingga ke belakang kaki juga ditelitinya. Di situ juga tidak terdapat tumpukan bulu harimau.

"Bila aku lihat dan raba, semuanya sudah berubah, jadi macam biasa. Aku panggil nama kamu berkali-kali tapi tak ada jawapan," sambung lelaki berdarah dahi.

Anak matanya, terpanah tajam ke wajah saya. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala.

BIBIR

"Bila tidak ada jawapan aku terus cari kamu berdua. Rupa-rupanya kamu berdua ada di sini. Aku tak bohong, lihatlah, lihatlah..." lelaki berdarah dahi terus menayangkan jari-jemari tangan dan kakinya kepada saya dan si pemandu.

"Syukurlah, kamu sudah selamat," tutur si pemandu bersahaja.

"Iya, aku bersyukur," balas lelaki berdarah dahi sambil mengawasi keadaan sekeliling.

"Tunggu sebentar di sini, jangan ke mana-mana."

Selesai berkata demikian, lelaki berdarah dahi terus meninggalkan kami yang saling berpandangan dengan seribu pertanyaan.

Dia menuju ke arah bibir jalanraya. Beberapa detik berikutnya dia pun hilang dari pandangan kami.

"Kemana dia nak pergi Tamar?"

"Entah," jawab saya sambil gelengkan kepala.

Sebenarnya jati kecil saya juga bertanya demikian. Bezanya, si pemandu meluahkannya, sedangkan saya tidak, sekadar berlegar-legar dalam hati saja.

Kepergian lelaki berdarah dahi tanpa mahu menerangkan tujuan menimbulkan berbagai reaksi dalam diri saya dan si pemandu. Mungkin ini satu taktik untuk melepaskan diri dari saya dan si pemandu.

Mungkin dia sudah pun menyusun satu strategi yang rapi untuk memerangkap kami. Bermacam-macam andaian timbul dalam dada. Timbul rasa kesal dalam diri kerana tidak cuba menahannya, agar jangan pergi.

Si pemandu bergerak ke kiri, ke kanan di depan saya. Nampaknya, apa yang dibuat serba tidak menjadi. Sekejap berdiri di depan, sekejap berdiri di belakang saya.

Ada ketikanya, dia mematahkan reranting dari pepokok renik di sisinya tanpa tujuan. Ternyata fikirannya bercelaru sekali.

Dalam kesibukan si pemandu melayani perasaannya yang tidak keruan itu, saya renung ke arah di mana lelaki berdarah dahi yang menghilangkan diri.

Harapan saya cuma satu saja, semoga lelaki berdarah dahi segera muncul dan kembali bersatu dengan kami.

"Haa... itu dia datang," saya kegirangan.

Lelaki berdarah dahi berlari ke arah kami.

"Dia ada bawa barang, Tamar."

MENGESAN

Si pemandu yang tajam penglihatannya dapat mengesan apa yang dibawa oleh lelaki yang berdarah dahi. Dan saya tumpukan seluruh perhatian ke arah lelaki tersebut sambil mengamati apa yang dibawanya.

"Dia bawa besi dan bungkusan plastik," itu komen saya.

Si pemandu yang resah mula menggigit bibir, mengkedutkan dahi. Bagaikan ada masalah yang bersarang dalam hatinya.

"Hiss..."

Dia mendengus marah sambil mengenggam penumbuk.

"Bertenang sahabat," tutur saya lembut.

"Kita dalam bahaya, kita mesti berjaga-jaga Tamar."

"Bertenanglah," saya cuba menyejukkan hatinya yang mula panas.

"Orang celaka ni, tak habis habis susah pada kita, aku bunuh saja manusia celaka ni," bentak si pemandu. Kemarahannya sudah tidak dapat dikawal lagi.

Si pemandu terus genggam penumbuk dan bersedia menyambut sebarang cabaran dari lelaki berdarah dahi.

Saya terfikir, kalau berlaku pertengkaran yang membawa pada pergaduhan, kerugian akan berada di pihak saya dan si pemandu.

Lelaki berdarah dahi kian hampir. Hati terus berdebar-debar. Si pemandu sudah pun menyusun strategi. Dan pada hemat saya, sebaik saja lelaki berdarah dahi menghampirinya, dia akan melakukan serangan mengejut.

Mudah-mudahan, tidak akan terjadi perkelahian di sini. Hati kecil saya memanjatkan doa pada Allah.

Lelaki berdarah dahi tidak tahu apa yang ada dalam kepala si pemandu, terus melangkah dengan tenang mendekati kami.

Si pemandu nampak resah tidak menentu. Debaran di hati bertambah kencang. Dalam usaha menenangkan perasaan itu saya terus berselawat dan mengucap dua kalimah syahadat sekerap mungkin.

"Nanti."

Jeritan saya mematikan langkah si pemandu yang mahu menerkam ke arah lelaki berdarah dahi. Jeritan itu juga menyebabkan langkah lelaki berdarah dahi mendekati si pemandu terus mati.

"Kenapa Tamar?" Si pemandu meledakkan kemarahannya.

"Kena tanya apa yang dibawanya dulu."

"Hisss..." si pemandu terus mendengus sambil menghentakkan kakinya ke tanah.

Mukanya nampak merah, menahan kemarahan. Lelaki berdarah dahi terpinga-pinga dengan apa yang dilihatnya.

"Ada apa-apa masalah?"

Lelaki berdarah dahi renung muka saya dengan seribu kesangsian dan pertanyaan. Si pemandu yang sudah dapat mengawal perasaannya terus menguis-nguis rumput di kaki.

"Ada apa-apa masalah?" Ulang lelaki berdarah dahi.

"Kami nak tahu apa yang kamu bawa?" saya bertanya.

"Oh itu," lelaki berdarah dahi tersenyum.

MESRA

Sungguh diluar jangkaan, huluran tangan lelaki berdarah dahi disambut penuh mesra oleh si pemandu. Sebelum lelaki berdarah dahi hulurkan tangan, saya bertindak terlebih dahulu menghulurkan tangan padanya.

"Kamu nak tahu apa yang aku bawa?"

"Tentu," sahut saya penuh keyakinan.

"Kita kena ke sana dulu," jari telunjuk lelaki berdarah dahi mengarah ke pangkal perdu pokok besar. Kami segera berangkat ke situ.

Lelaki berdarh dahi pun segera menikam guni plastik hitam dengan sebatang kayu. Dari plastik yang terkoyak keluar butir-butir pasir hitam yang kelihatan berkilat.

"Apa bendanya ni?"

Saya hadapkan wajah ke muka lelaki berdarah dahi. Dia tetap tenang dan tersenyum. Kemudian terus duduk bertinggung menghadapi karung plastik hitam. Sepasang telapak tangannya meramas-ramas pasir hitam yang berkilat.

"Kamu berdua tak tahu, apa bendanya ini?" satu keadaaan yang sungguh melucukan.

Sepatutnya dia menjawap pertanyaan yang saya ajukan dahulu, sebelum dia menyoal kami. Akibatnya, saya dan si pemandu termangu mangu.

"Kamu berdua tak tahu apa bendanya ini?" ulangnya selamba.

"Tak tahu." Jawap kami serentak.

"Kamu berdua kurang pengetahuan, benda yang macam pasir hitam ni, tahi bijih namanya," tekanan nada suaranya bagaikan menyindir.

Dengan serta merta dia berhenti dari meramas-ramas pasir hitam.

Sebatang besi bulat sebesar ibu jari kaki yang panjangnya kira-kira empat kaki, berada tidak jauh dari guni plastik hitam segera diambil. Ditimbangnya beberapa kali sebelum dipacakkan ke permukaan bumi.

"Besi apa tu?" Tanya pemandu.

"Inilah besi pacak bumi," jawab lelaki berdarah dahi.

"Apa gunanya?" Saya bertanya.

"Banyak khasiatnya, tetapi kita mestilah tahu menggunakannya. Barang-barang ini digunakan oleh musuh untuk melemahkan Syed Hamid Al Hadad dan datuk kamu," jujur benar lelaki berdarah dahi memberikan penjelasan.

Saya dan pemandu bertukar pandangan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 238/284

BACA: SBDJ Siri 237: Diresapi Semangat Harimau
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com