Wednesday, September 27, 2017

Keunikan Suku Kaum Karen, Leher Panjang Sebagai Lambang Kecantikan

Keunikan Suku Kaum Karen, Leher Panjang Sebagai Lambang Kecantikan

Manusia berleher panjang atau lebih tepat dikenali sebagai suku Kaum Karen di Thailand ini boleh dikenali lebih dekat diperbatasan sempadan Thailand dan Myanmar iaitu Chiang Rai.

Kaum Karen

Chiang Rai, Thailand tidak asing sebagai destinasi buruan backpakers Malaysia jika ke Thailand jadi, tidak salah untuk anda singgah sebentar dan lihat sendiri tinggalan tradisi purba ini melalui kaca mata sendiri.

Kaum Karen

Suku Karen terkenal dengan kaum wanitanya yang mempunyai leher panjang yang mengenakan gelong tembaga berwarna emas dileher.

Menurut tradisi mereka, gelong emas ini akan dipakai oleh mereka sejak kecil lagi sehinggalah dewasa.

Dalam kepercayaan Kaum Karen, wanita yang memiliki leher panjang (jinjang) dianggap lebih cantik dan berstatus tinggi.

Sifirnya, wanita yang memiliki leher yang lebih panjang dikatakan lebih cantik dimata kaum lelaki Karen. Di sini, muka bukanlah ukuran untuk nampak cantik bagi wanita Karen, tetapi leher!.

Selain alasan untuk tampak cantik, ada lagi sebab yang lebih unik kenapa kaum Karen mengenakan gelong dileher mereka.

Dalam catatan yang lain, budaya turun-temurun ini mempercayai bahawa kaum Karen berasal dari burung Phoenix.

Bagi mereka, burung Phoenix adalah nenek moyang wanita yang berpasangan dengan seekor naga yang dianggap sebagai nenek moyang kepada kaum lelaki kaum Karen.

Tidak pasti samaada tradisi memanjangkan leher ini menurut burung Phoenix atau Naga, namun yang pasti, ini adalah berdasarkan kepercayaan kaum Karen sendiri.

Apa pun sejarahnya, yang penting adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati adat, budaya serta tradisi kaum yang lain.

Fungsi lain gelong yang dipakai dileher ini turut digunakan sebagai pelindung oleh kaum Karen. Pada zaman dahulu, kaum Karen masih tinggal di daerah pergunungan dan hutan.

Sinonimnya, mereka sering berhadapan dengan ancaman haiwan buas seperti harimau dan beruang. Secara umum, haiwan buas tersebut menyerang manusia pada bahagian leher. Oleh disebabkan itulah gelong-gelong ini turut digunakan sebagai pelindung.

Kaum Yang Terbuang

Kaum Karen

Tidak banyak info yang menceritakan tentang kaum Karen. Nukilan paling dekat mengatakan bahawa kaum Karen sebenarnya berasal dari Myanmar.

Majoriti kaum dulu tinggal di hutan-hutan di perbatasan antara Thailand dan Myanmar namun, selepas berlakunya perang saudara Thailand-Myanmar pada lewat 80an, sebahagian daripada mereka berhijrah ke Thailand.

Suku kaum Karen adalah suku yang memiliki jumlah anggota suku yang terbesar di Thailand iaitu kira-kira 28 ribu orang namun begitu, kehadiran mereka di bumi Thailand masih lagi tidak diiktiraf sehingga kini.

Menjadi suku yang terbuang, kaum Karen yang tinggal di Thailand tidak memiliki apa-apa identiti kerakyatan.

Berdasarkan laporan UNESCO pada tahun 2008, hampir 2 juta suku kaum (termasuk kaum Karen, Lahu Shi Bala, Palong, Hmong, Kayaw, Akha, dan Mien) yang tinggal dipergunungan Thailand tidak mempunyai kad pengenalan diri.

70% daripada mereka tidak mendapat pendidikan asas seperti kanak-kanak Thailand yang normal dan sebanyak 98% tidak mendapat pendidikan tinggi.

Dijual Sebagai Sumber Pendapatan

Kaum Karen

Selain Chiang Rai, Mae Hong Son dan Chiang Mai adalah tempat untuk menjejaki mereka dan juga beberapa perkampungan seperti Huay Pu Keng, Huay Suah Thoh, atau Kayan Pu Keng.

Kini, kaum ‘berleher panjang’ semakin diancam kepupusan oleh arus permodenan. Tiada lagi yang asli tinggal di pergunanan dan hutan-hutan. Baki yang tinggal ditempatkan di tempat khas dan dijadikan sebagai pusat tarikan pelancongan oleh Kerajaan Thailand.

Bayaran untuk melihat keunikan budaya dan tradisi kaum berleher panjang ini boleh mencecah sehingga 15 USD atau 500 bhat, kira-kira RM65.00.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Buatan Terapung

sumber: thevocket

Thursday, September 21, 2017

Keunikan Sekolah Magik Ala Harry Potter Versi Brazil

Keunikan Sekolah Magik Ala Harry Potter Versi Brazil

Di dalam sebuah istana, seekor serigala jadian kelihatan ganas di dalam sangkar sementara seorang penyihir cuba melempar mantera untuk menenangkan haiwan itu.

Harry Potter Brazil

Tapi anda jangan risau – ia hanya perkara biasa di sekolah ‘sakti’ Brazil.

Serigala jadian itu adalah seorang pelakon yang memakai kostum dan mantera itu tidaklah berkesan dalam menghadapi seekor binatang mitos sebenar namun itulah suasana awal bagi sesiapa yang mahu memasuki Magic and Witchcraft School di Campos Do Jordao, Sao Paulo.

Ramai kagum dan berasa tidak percaya apabila sesampainya mereka di pintu utama istana itu.

Diilhamkan daripada buku dan filem ‘Harry Potter’ yang dihasilkan oleh J.K. Rowling, kanak-kanak bertuah akan dapat mengikuti pembelajaran di sekolah sakti Hogwarts versi Brazil itu.

Bagaimanapun, sukatan kurikulumnya telah diadun dengan ciri-ciri tempatan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2015, “ideanya adalah untuk hanya menyesuaikannya dengan tidak perlu mengikut seratus peratus dengan rasa keadaan di Hogwarts, kata Vanessa Godoy.

Wanita berusia 27 tahun itu merupakan insan di sebalik idea tersebut yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Sao Paulo.

Klien yang berada di sekolah itu – beroperasi sekali-sekala selama empat hari bagi setiap sesi – kesemuanya adalah peminat kesemua siri Harry Potter.

Namun, oleh kerana undang-undang hak cipta antarabangsa mengehadkan kemampuan Godoy dan pasukan ahli sihirnya yang lain, mereka terpaksa melancarkan kreativiti sendiri dengan mencipta sejenis tongkat sakti khas dan menggunakan cerita rakyat Brazil untuk mengisi jurang itu.

“Kami ada kisah kami sendiri. Kami ada banyak mitos kerana Brazil adalah sebuah negara ajaib,” katanya.

Ruangan kelas ala Hogwarts itu dihiasi dengan Ramuan dan Eliksir, Sihir dan Sejarah Sakti Ajaib dan sudah tentu terdapatnya tarian, pertandingan dan kejohanan berdasarkan ‘quidditch’.

Ia permainan dimainkan di ‘udara’ dengan menggunakan batang penyapu terbang sepertimana terdapat di dalam novel Rowling.

Mempelajari segala rahsia ini sememangnya tidak murah, dengan harga 2,650 real (kira-kiraRM3,354) bagi satu sesi selama empat hari berada di istana itu.

Memang berbaloi kerana ia sebuah istana sebenar yang lazimnya digunakan sebagai sebuah hotel.

Harry Potter Brazil

Kliennya terdiri daripada pelbagai lapisan usia dari serendah lima tahun sehingga 65 tahun, tetapi majoriti pelanggannya adalah sekitar 25 tahun.

Mereka ini malahan bukan calang-calang individu, terdiri dari pelbagai jenis latar belakang kerjaya antaranya hakim, model, guru, jururawat dan juga pelajar.

Jangan terkejut, kesemua mereka berkongsi minat yang sama dalam fenomena karya magis Harry Potter itu.

“Apabila kita memasuki istana ini, seolah-olah dunia luar seperti tidak wujud lagi. Kami meninggalkan dunia ‘Muggle’ dan cuba meresap ke alam dunia ajaib dan semuanya kelihatan menakjubkan,” kata Zerzil Ferreira, seorang doktor tempatanyang berusia 29 tahun.

Memasuki sesi kelas ini telah memenuhi “impian zaman kanak-kanak saya yang mahu menjadi sebahagian daripada alam ajaib ini,” tambahnya lagi.

Sekitar 100 orang mengambil bahagian, semuanya dibahagikan kepada rumah-rumah Hogwarts seperti Tigers, Serpents, Squirrels dan Eagles.

Mata skor perlawanan akan dikumpulkan melalui pelbagai jenis pertandingan yang dipertandingkan. Rumah yang berjaya mendapat jumlah mata skor tertinggi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Permainan jenis quidditch adalah yang paling popular.

Permainan ini secara teori memerlukan batang penyapu terbang, namun dalam versi daratan, peminatnya telah membangunkan cara baharu di mana pemainnya hanya perlu berlari mengelilingi bola atau mendapatkan bola sambil memegang batang penyapu tersebut di antara kaki mereka.

Kakitangan di sekolah itu – kesemuanya merupakan pelakon profesional – sangat mengagumkan kerana mereka mesti berada dalam peranan tersendiri selama 24 jam sehari. Pelajarnya juga sangat mengambil berat terhadap peranan mereka itu.

“Untuk masuk ke sini, anda perlu berada di dalam watak anda – sebagai pelajar dan belajar jadi penyihir.

"Kena hormati guru dan peraturan di sini, menjadikannya sebuah pengalaman pembelajaran lebih nyata,” kata Renie Santos, 22, yang mencipta saluran popular di YouTube, Expresso de Hogwarts.

Bagaimanapun pelajar-pelajar telah memberi banyak sumbangan. Mereka juga memainkan peranan penting. Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada mereka, jelas Godoy ketika ditemui agensi berita antarabangsa AFP.

Dedikasi tersebut menjadi jelas semasa modul mengenai siren yang disampaikan oleh profesor bagi Penjaga Makhluk Ajaib dan menyarankan kepada pelajarnya untuk sentiasa berhati-hati sepanjang sesi itu.

Harry Potter Brazil

Pelajar-pelajar kemudiannya bertemu dengan Nyx, yang kelihatan berenang di kolam renang istana dan sangat mempesonakan.

Walaupun adanya amaran, bagi sesiapa yang mahu menjemputnya ke acara tarian, mereka mesti berenang bersamanya.

Untungnya tiada siapa yang benar-benar ‘dimakan’.

Setelah empat hari di istana itu, sudah tiba masanya penyihir-penyihir sementara ini kembali ke alam dunia sebenar.

BACA INI JUGA: Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

sumber: mynewshub

Wednesday, April 19, 2017

5 Jenis Buku Paling Unik Di Dunia

5 Jenis Buku Paling Unik Di Dunia

Buku merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat penting bagi kita kerana selain mendapat ilmu, buku juga boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melakukan banyak perkara penting dalam kehidupan.

Ada beberapa buku unik yang sangat terkanl dan menjadi lagenda di dunia malah, memecahkan rekod dunia.

Berikut merupakan 5 jenis buku paling unik di dunia yang anda semua wajib tahu dan kagumi.

1. Buku Paling Banyak Dibaca dan Dicetak Di Dunia

Kitab+Suci

Kitab suci dari semua negara adalah buku yang paling banyak dibaca. Buku ini selalu menjadi best seller dan dicetak berulang-kali, kerana manusia yang memiliki agama memerlukan pedoman hidup yang disebut KITAB SUCI.

2. Buku Paling Besar Di Dunia

This Is Muhammad

Buku berjudul This Is Muhammad adalah buku terbesar dan terberat di dunia. Buku ini juga telah memecahkan rekod buku terbesar di dunia.

3. Buku Paling Tebal Di Dunia

Obama

Buku setebal 34 sentimeter dengan 5,247 halaman tersebut merupakan buku ketujuh karya Damien yang menceritakan tentang Obama. Buku ini diakui oleh Guiness World Records dan Muzium Rekod Dunia.

4. Buku Paling Kecil Di Dunia

Old King Cole

Dalam pameran miniatur buku di Perpustakaan Nasional Scotland di Edinburgh, terdapat sebuah buku yang berukuran sangat kecil.

Buku ini berjudul 'Old King Cole' yang telah diterbitkan sejak tahun 1985 oleh Gleniffer Press.

Buku ini hanya memiliki tinggi 0,9 mm dan memegang rekod sebagai buku terkecil di dunia yang pernah dicetak selama dua puluh tahun.

5. Buku Paling Mahal dan Jarang Di Dunia

The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art

The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art adalah sebuah buku tebal, namun hanya berisi sebuah kalimat, unik dan termahal di dunia.

Kenapa buku ini mahal dan sukar diperolehi? Kerana di dalam buku ini hanya berisi sebuah kalimah sederhana.

Namun, untuk memiliki buku ini, harganya adalah US$20,000.

Buku ini adalah karya terakhir Boerhaave, seorang doktor Belanda yang menulis buku "Elementa Chemiae" yang meninggal pada tahun 1738.

BACA INI JUGA:

sumber: bintang

Tuesday, April 18, 2017

Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

Terdapat satu  struktur pelik dan unik yang terletak di Ireland Utara dan struktur-struktur ini dikenali dengan nama Giant Causeway, yang bermaksud Jalan Pintas Gergasi.

Giant causeway

Giant Causeway terletak di County Antrim, pantai timur laut Ireland Utara, 3 kilometer dari bandar Bushmills.

Menurut ahli geologi, Giant Causeway terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi 60 juta tahun yang lalu. Letusan dahsyat itu membentuk lebih 40 ribu kumpulan batu-batu basal.

Bahagian atas batu-batu itu berbentuk tangga yang menjalar dari kaki bukit hingga ke tepi pantai. Sebahagian besar batu-batu tersebut berbentuk heksagon yang sempurna. Inilah yang membuatkan Giant Causeway terkenal diseluruh dunia.

Giant causeway

Bentuknya seperti tiang-tiang rumah, dianggarkan seberat 40,000 tan.

Uniknya, 'sambungan tiang' ini mempunyai sudut berbeza-beza, ada yang bersudut enam, empat, lima, tujuh malah lapan. Saiz juga berbeza-beza, paling tinggi kira-kira 12 meter dan teratur rapi sehingga membentuk bukit kecil setinggi 28 meter.

Pada tahun 2005, tempat ini berada dalam kedudukan ke-4 tempat paling menakjubkan di benua Eropah, berdasarkan hasil undian yang dilakukan stesen Radio Times terhadap pendengarnya.

Kisah Dongeng

Giant causeway

Pada zaman Ireland kuno, hidup seekor raksasa bernama Finn McCumhail dan merupakan pemimpin pahlawan.

Finn memiliki seorang musuh bernama Benandonner yang tinggal di seberang laut di Scotland. Benandonner tidak mampu berenang menyeberang laut menuju Ireland untuk menentang Finn.

Untuk bertemu dengan musuhnya itu, Finn memutuskan membentuk potongan-potongan batu dari gunung yang meletus sebagai tangga.

Giant causeway

Jalan yang dibuatnya itu akhirnya membentuk sebuah laluan pintas yang sehingga ke Scotland.

Benandonner akhirnya berjaya menyeberangi lautan menuju Ireland dan segera menuju ke kediaman Finn. Untuk menyambut musuh, Finn berdandan seperti seorang bayi yang sama besarnya dengan raksasa. Ternyata, tipu helah Finn berhasil.

Benandonner terkejut melihat "bayi" itu dengan berfikir, jika bayi saja sebesar raksasa, bagaimana dengan Finn sendiri. Setelah itu, Benandonner bergegas kembali ke Scotland.

Tumpuan Pelancong

Giant causeway

Sekarang, Giant Causeway menjadi daya tarikan utama bagi para pelancong dari seluruh dunia yang bercuti ke Ireland.

Selain itu, Giant Causeway telah diiktiraf sebagai lokasi warisan dunia (World 's Heritage Site) oleh salah satu badan PBB, UNESCO, pada tahun 1986.

BACA INI JUGA: Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!

sumber: zamrispoon

Tuesday, January 17, 2017

Keunikan Tebing Batu Kapur Putih Etretat

Keunikan Tebing Batu Kapur Putih Etretat

Etretat merupakan sebuah desa kecil dipinggir pantai di barat laut Perancis dan dikenali kerana deretan tebing batu kapur putih yang sangat unik disepanjang deretan pantai ini.

Etretat

Jika dilihat sekali imbas, tebingnya kelihatan seperti bentuk seekor gajah yang sedang berdiri.

Semua lengkungan tebing ini terbentuk secara semulajadi sejak ratusan tahun dahulu, berhampiran pantai daerah Pays de Caux.

Etretat

Tebing Etretat bukan sahaja unik malah dihiasi dengan pasir memutih yang terbentang luas didepannya lautan Atlantik.

Etretat

Jika ke Perancis jangan lupa singgah di Etretat untuk menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan.

BACA INI JUGA: Keunikan Air Terjun Hitam Svartifoss

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 08, 2017

7 Sekolah Paling Unik Di Seluruh Dunia

7 Sekolah Paling Unik Di Seluruh Dunia

Mari kita tinjau sekolah manakah yang paling best di dunia, yang dalam kategori unik ini dipilih dari segi reka bentuk senibinanya, dimana ia tampil berbeza dari kebanyakan sekolah yang pernah anda lihat.

Percaya atau tidak, rekaan senibina yang unik dan menarik mampu mewujudkan mood baik ketika belajar.

Dan di bawah ini adalah 7 contoh sekolah unik terbaik di dunia.

1. Sekolah Telephonplan, Stockholm, Sweden

Telephonplan

Sekolah ini agak unik dimana ia tidak memiliki bilik darjah ataupun kelas, sebaliknya pelajar akan belajar bersama-sama dalam satu kumpulan, visi sekolah ini adalah untuk mewujudkan satu pengalaman yang mencabar kepada setiap pelajar.

2. Sekolah terapung Makoko, Lagos, Negeria

Makoko

Kehidupan terbatas mendorong manusia berfikir dengan lebih pintar dan walaupun penduduk di Lagos, Negeria hidup dalam keadaan yang boleh dikatakan agak daif, namun ini bukan penghalang untuk mereka mempunyai sekolah yang awesome!

Sekolah ini dibina di atas air dan sebab itulah ia dipanggil sebagai sekolah terapung. Yang menariknya, ia turut dilengkapi dengan taman permainan dan dua bilik darjah.

3. Sekolah Bois Genoud, Lausanne, Switzerland

Bois Genoud

Tampil dengan reka bentuk bilik darjah minimalis, rekaan bersahaja dan nampak ringkas.

Ditambah pula dengan penggunaan dinding kaca membolehkan bilik darjah ini mendapat pancaran cahaya semula jadi. Kemas dan bersih.

4. Universiti Macquarie, Sydney, Australia

Universiti Macquarie

Kelas di universiti ini memiliki ruang belajar yang luas, manakala susunan meja pelajar di tempatkan secara berkumpulan.

Sentuhan warna terang digunakan untuk memberikan mood yang lebih bertenanga kepada pelajar supaya sesi pembelajaran jadi tidak membosankan.

5. Sekolah Kikuma Watanabe, Perkampungan Sangkhlaburi, Thailand

Sekolah Kikuma Watanabe

Walaupun penduduk diperkampungan ini hidup dalam serba kekurangan, ia tidak terkecuali untuk memiliki sebuah sekolah yang unik. Tahniah di atas usaha para arkitek dalam pembangunan sekolah ini.

Rekaan yang diterjemahkan daripada bentuk kapal terbang ini memiliki 2 bilik darjah.

Diperbuat daripada tanah dan buluh, struktur keluli ringan beratapkan daun digunakan bagi mendapatkan pencahayaan dan udara yang baik.

6. Universiti Vienna, Vienna, Austria

Universiti Vienna

Universiti Vienna juga tidak terkalah hebatnya, penggunaan warna-warna berani diterapkan bagi menapilkan gaya moden, sesuai dengan tema yang digunakan oleh universiti ini. Pelajar di sini baru betul hipster!

7. Sekolah Hijau Bali, Indonesia

Sekolah Hijau Bali

Pergh, yang ini paling saya suka. Kampus di Bali, Indonesia ini termasuk dalam senarai undian sekolah hijau di dunia.

Bertemakan alam semula jadi, keseluruhan binaan diperbuat daripada buluh termasuk bilik darjah, gimnasium, pejabat dan kafe.

Fuh, sekali pandang sudah macam resort penginapan.

BACA INI JUGA: Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

Sumber: thevocket

Tuesday, December 27, 2016

Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Ular berkepala pelangi dan cicak kelihatan seperti naga adalah antara 163 spesies baharu yang ditemui sekumpulan saintis di wilayah Greater Mekong, baru-baru ini.

Ular

Pengurus Program Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk Great Mekong, Jimmy Borah berkata, kesemua spesies baharu yang ditemui itu adalah satu peringatan bahawa masih ada harapan meskipun kadar kepupusan semakin meningkat pada tahap membimbangkan.

"Wilayah Greater Mekong terus mengingatkan manusia bahawa masih terdapat banyak kawasan luar biasa belum diterokai yang boleh membawa kepada penemuan baharu setiap tahun dan adalah sangat penting untuk kita melindunginya sebelum ia pupus," katanya.

Penemuan yang diterbitkan dalam satu laporan turut menemui cicak tokek di Laos dengan kulit biru pucat dan spesies pisang jarang ditemui di utara Thailand yang semakin terancam kerana peningkatan aktiviti penebangan hutan.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

Sumber: SH

Sunday, October 23, 2016

Keunikan Air Terjun Baatara Gorge Umpama Gua Tiga Jambatan

Keunikan Air Terjun Baatara Gorge Umpama Gua Tiga Jambatan

Jika anda ingin melihat pemandangan seperti dalam kisah dongeng, bolehlah berkunjung ke gua Baatara Gorge yang terletak di Tannourine, Lebanon.

Baatara Gorge Cave

Gua Baatara Gorge terbentuk daripada formulasi batu kapur yang berusia jutaan tahun dan ia turut dikenali dengan nama 'gua tiga jambatan'.

Terdapat tiga lantai yang merentangi gua ini dari atas ke bawah menjadikannya tiga tingkat dengan panorama alam yang cukup menakjubkan.

Menjelang musim bunga, salji yang mencair akan mengalirkan air yang jatuh dari atas ke jurang di bawah gua Baatara Gorge setinggi 250 meter!

Ia seakan-akan sebuah pemandangan tiga buah air terjun berkembar.

Baatara Gorge Cave

Pemandangan yang cukup indah di gua Baatara Gorge ini hanya dapat disaksikan sekitar bulan Mac dan April setiap tahun.

BACA INI JUGA: Keunikan Ruby Falls Air Terjun Di Bawah Tanah

-Sentiasapanas.com