Tuesday, June 25, 2013

Panas! Farah Tampil Bersama Bukti Aksi Mesra Bersama Shah Jaszle

Panas! Farah Tampil Bersama Bukti Aksi Mesra Bersama Shah Jaszle

Kini, Farah Nurizzati Salleh tampil mendedahkan gambar aksi mesra bak kekasih sejoli ketika bercinta dengan Shah Jaszle berikutan tindakan emosional Shah yang 'menyerang' dan memalukannya di tempat kerja di sebuah bank Bangsar Utama, sehingga dia diarahkan oleh majikannya untuk berhenti kerja berkuatkuasa 24 jam!


Farah tampil dengan bukti kukuh, gambar mesra mereka berdua, untuk mengesahkan kenyataannya sebelum ini sebagai bukan setakat cakap kosong.

Pendedahan dibuat oleh Farah menerusi Harian Metro Ahad selepas Shah Jaszle terus menafikan yang mereka berdua pernah bercinta seperti didakwa Farah sebelum ini.


Gambar-gambar tersebut menunjukkan mereka berdua kelihatan begitu mesra seperti pasangan kekasih.

Apa agaknya reaksi Shah Jaszle selepas melihat ketiga-tiga gambar ini?

Kita tunggu dan lihat...

-SP

Monday, June 24, 2013

Panas! Skandal Shahz Jaszle Dan Neelofa Pula!

Panas! Skandal Shahz Jaszle Dan Neelofa Pula!

Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.


Kurang pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.

Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.

Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.

Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.

Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung?

-Murai

Video Shahz Jaszle Dan Pasangan Khalwat Bertengkar Depan Media

Video Shahz Jaszle Dan Pasangan Khalwat Bertengkar Depan Media

Sebelum ini, menerusi laporan dari pelbagai media tempatan mengatakan pelakon Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle telah menyerang pasangan khalwatnya yang dikenali sebagai Farrah Salleh di tempat kerja wanita tersebut yang terletak di Bangsar, baru-baru ini.


Kali ini kami ingin berkongsi video rakaman daripada rancangan hiburan Galaksi yang menyaksikan pertemuan di antara aktor itu yang ditemani ibunya, Zaleha dengan Farrah yang turut ditemani oleh abang kandungnya.

Menerusi video berdurasi enam minit itu, nampaknya kedua-dua pihak cuba untuk menegakkan hujah masing-masing berhubung kemelut yang melanda diri mereka sehingga menyebabkan nama keluarga turut terseret sama dalam permasalahan itu.



Untuk makluman, kes khalwat mereka akan dibicarakan pada 12 November depan.

-Mynewshub

Saturday, June 22, 2013

Farah Kesal Shahrizal Jaszle Enggan Akui Kebenaran

Farah Kesal Shahrizal Jaszle Enggan Akui Kebenaran

Wanita yang ditangkap khalwat bersama pelakon Shahrizal Jaszle, 25, tidak akan menarik balik semua kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.


Wanita yang mahu dikenali sebagai Farah itu berkata, apa yang diperkatakannya sebelum ini adalah kebenaran dan hanya Shahrizal sahaja yang suka menafi.

Menurut Farah, dia amat menyesal dengan apa yang terjadi dan menyedari kesilapan yang telah dilakukan, namun sedih apabila Shahrizal tidak berani mengaku kebenaran.

"Saya tahu ramai yang memandang serong pada saya apabila tampil membuat pengakuan bahawa saya adalah pasangan khalwat dia.

"Pengakuan itu bukan kerana saya bangga dengan apa yang berlaku tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran. Jika saya tidak tampil menceritakan perkara sebenar, entah apa lagi cerita yang tidak benar diuar-uarkan oleh dia (Shahrizal)," katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Kata Farah, dia telahpun memohon maaf atas apa yang berlaku secara khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarga Shahrizal dan Redzwani Puteri kerana tidak berkesempatan untuk bertemu.

"Saya juga telah memohon maaf kepada keluarga dan amat berterima kasih kerana mereka tidak meminggirkan saya tetapi banyak memberi nasihat.

"Apa yang saya kesalkan adalah sikap dia (Shahrizal) yang terus-terusan mencanangkan berita yang tidak benar. Bila bersemuka dan saya tanya dia tidak boleh jawab, tetapi apabila di hadapan wartawan, lain pula ceritanya," katanya terus terang.

Jelas Farah, gara-gara pelakon drama bersiri Iman Nabila 'menyerang'nya di pejabat baru-baru ini, dia diarah berhenti kerja dalam tempoh 24 jam.

"Sekarang ini saya sangat tertekan dan sedih kerana kehilangan pekerjaan gara-gara dia. Mengikut perancangan awal, kami patut bertemu di tempat lain, tapi tiba-tiba dia datang dengan krew TV ke pejabat.

"Saya sudah tidak ada punca pendapatan untuk membantu keluarga. Saya terpaksa mencari pekerjaan baharu. Walaupun kesal dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana tahu siapa dia sebenarnya," katanya.

-Utusan

Friday, June 21, 2013

Shah Jaszle Dan Redzwani Putri Putus Tunang Hanya Khabar Angin!

Shah Jaszle Dan Redzwani Putri Putus Tunang Hanya Khabar Angin!

Ibu kepada pelakon, Shah Jaszle berharap tidak ada pihak ketiga yang membuat kenyataan berkaitan hubungan Shah dan Redzwani Putri, selepas ini.


Semalam, sebuah akhbar melaporkan, seorang wakil keluarga Redzwani membuat kenyataan bahawa ikatan pertunangan antara mereka sudah diputuskan oleh ibu Redzwani, 10 Jun lalu.

Pasangan yang ditangkap khalwat bersama Shah, Farah pula membuat kenyataan menerusi program Melodi yang mendakwa penangkapan itu bukan perangkap sebaliknya mereka benar-benar mempunyai hubungan istimewa.

Ibu Shah yang hanya mahu dikenali sebagai Zaleha menafikan berita tersebut.

“Shah dan Redwani masih dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk membuat kenyataan yang merumitkan keadaan,” katanya yang dipetik dari mStar Online.

Beliau yang juga pengurus Shah berkata, status hubungan pasangan itu bakal ditentukan berdasarkan keputusan mahkamah berhubung kes khalwat tersebut, November depan.

-SinarOnline

Thursday, June 20, 2013

Shah Jaszle Di Paksa Bertunang Punca Berkhalwat?

Shah Jaszle Di Paksa Bertunang Punca Berkhalwat?

Masih berkisar tentang Shah Jaszle. Kali ini tentang pertunangannya dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, disahkan sudah berakhir sejak minggu lalu.


Perkara ini diberitahu kepada pihak media oleh seorang saudara Redzwani selaku wakil kepada keluarganya.

Hari ini melalui laporan Berita Harian, seorang wakil kepada keluarga Redzwani Putri telah tampil memberitahu yang pertunangan Redzwani dengan Shahz Jaszle telahpun diputuskan 10 hari lepas.

Ianya diputuskan oleh ibu bapa Redzwani sendiri yang berkunjung ke rumah ibu bapa Shahz dan memulangkan dua bentuk cincin iaitu sebentuk cincin belah rotan dan sebentuk cincin berlian.

Wakil keluarga Redzwani itu enggan namanya didedahkan, mendakwa mereka menunggu Shahz sendiri mengumumkan perkara tersebut kepada pihak media dan orang ramai, sebaliknya pelakon itu tidak berbuat demikian.

Oleh sebab itu, dia telah tampil untuk memberikan pengesahan tentang perkara tersebut kepada pihak media.

Wakil keluarga itu turut memberitahu yang dia berbuat demikian kerana mereka sekeluarga enggan nama Redzwani dikaitkan lagi dengan pelakon lelaki tersebut.

Katanya:-

”Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, namun dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri, dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis. Jadi saya berharap dia tidak akan diganggu lagi selepas ini supaya tumpuannya kepada pelajaran tidak terjejas,”

Wanita itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap Shahz kerana memberitahu kepada pasangan yang ditangkap khalwat dengannya yang dia bertunang atas paksaan keluarga.

Kenyataan ini disebarkan atas alasan, tidak mahu lagi Redzwani dikaitkan dengan pelakon ini kerada gadis itu sudah cukup tertekan.

Difahamkan, keluarga Redzwani yang sudah memulangkan cincin tunang kepada Shah Jaszle membuat keputusan ini setelah meneliti kenyataan Shah kepada JAIS bahawa pertunangannya dengan Redzwani terjalin demi memenuhi kehendak keluarga semata-mata.

-Mynewshub

Sharizal Jaszle Dan Pasangan Khalwat Bertengkar Depan Media

Sharizal Jaszle Dan Pasangan Khalwat Bertengkar Depan Media

Niat untuk menyelesaikan masalah dengan pihak media sebagai pemerhati tak kesampaian apabila Sharizal Jaszle dan pasangan khalwat, Farah Nurizzati Salleh sibuk menegakkan benang masing-masing.


Menurut Harian Metro, pada pertemuan di sebuah restoran di Bangsar itu, Shah Jaszle berharap Farah menyokong pendiriannya bahawa mereka tiada hubungan istimewa – cuma kawan biasa yang berkenalan di set penggambaran.

Namun Farah berkeras bahawa dia dan Shah sudah sebulan bergelar kekasih dan Shah sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.

”Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah.


Bagi menyokong kenyataan itu Farah tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

”Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shah.

Shah dan Farah dicekup JAIS pada 16 Mei lalu jam 3 pagi di Apartment Taman Sri Subang. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-Mynewshub