Thursday, June 20, 2013

Bengang Putus Tunang Shah Jaszle Serang Wanita Psiko

Bengang Putus Tunang Shah Jaszle Serang Wanita Psiko

Nampaknya isu khalwat membabitkan pelakon terkenal, Shah Jaszle yang tengah panas kini telah sampai ke tahap letusan supernova selepas tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka berikutan apa yang telah terjadi.

Shah Jaszle

Mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya yang dikatakan menjadi punca.

Shahz Jaszle memang benar-benar melepaskan amarah beliau dengan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana kontroversi ini.

BACA INI JUGA: Tiduri Beratus Lelaki Kecewa Putus Tunang

Gadis Misteri Pasangan Khalwat Shahz Jaszle Berang Di Tuduh Psiko

Gadis Misteri Pasangan Khalwat Shahz Jaszle Berang Di Tuduh Psiko

Susulan kenyataan pelakon Shahz Jaszle yang mengatakan gadis misteri yang ditangkap khalwat bersamanya sebagai wanita psiko dan sengaja mahu memutuskan ikatan pertunangannya dengan Redzwani Puteri, kali ini wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah itu tampil memberikan kenyataan balas berhubung isu tersebut.


“Dakwaannya kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata Farah melalui akhbar Harian Metro, hari ini.

Dia turut mendedahkan bahawa Shahz turut mengajarnya untuk menipu dengan mengatakan dia merupakan krew yang mengasingkan pakaian buat aktor tersebut semasa tangkapan tersebut dibuat.

Farah turut menyifatkan segala kenyataan yang dikeluarkan Shahz selama ini berhubung kes khalwat mereka adalah seperti seorang yang ingin lari daripada masalah.

“Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama,” katanya.

Makin rumit nampaknya kes ini apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan di antara satu sama lain.

Semua masalah ada penyelesaiannya jika pihak yang terlibat mengambil langkah bijak dengan berbincang dan bersemuka agar segala kekeliruan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Bukan begitu?

-Mynewshub