Tuesday, April 22, 2014

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru!

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru!

Pelakon, Shah Jaszle sekali lagi mencetus kontroversi dengan kisah cintanya yang tidak berkesudahan apabila dikatakan memutuskan hubungan dengan tunangnya, Redzwani Puteri dan menjalin hubungan dengan wanita lain.

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru!

Shah mempamerkan kemesraan bersama wanita yang dipercayai kekasih barunya yang dikenali sebagai Hanis Husna dalam gambar yang dimuatnaik ke laman Instagramnya.

Jelas, tindakan Shah itu mendapat kritikan para peminatnya yang majoriti tidak bersetuju dengan tindakannya itu malah mereka melahirkan simpati kepada Redzwani yang merupakan seorang doktor di sebuah hospital.

Menerusi gambar di laman Instagram Hanis pula, dia memberitahu kepada rakannya bahawa Shah telah putus tunang dengan Redzwani.

Manakala Shah pula mengesahkan bahawa Hanis merupakan kekasihnya serta menafikan mempermainkan Hanis.

“...Shah dah putus dengan bekas tunang dia,” tulis Hanis.

“...dia kekasih kita la sekarang...mana pernah main-main,” tulisnya diikuti emotikon senyum.

Sementara itu, menerusi laman mikro Twitter milik Redzwani, dia menulis, “saya tak ada apa nak cakap tapi Ya ALLAH, Syukur Alhamdulillah. Tolong jangan kesian pada saya. Mungkin mereka (Shah dan Hanis) lebih memerlukan.”

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru! [2]

Dalam perkembangan berkaitan, Shah menulis kepada Redzwani yang menyebut bahawa hubungan mereka telah berakhir dengan cara baik dan mereka masih berkawan.

“Kita putus dengan cara baik sebelum ini dan saya tak nak orang lain cakap buruk fasal awak dan saya. Sebab kita berdua masih berkawan,” tulisnya.

Sebelum ini, Shah berkata hubungan dengan Redzwani pulih ketika Aidilfitri tahun lalu dan meminta agar didoakan berkahwin tahun ini.

Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di mahkamah rendah syariah terhadap tuduhan khalwat dengan seorang bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, Mei lalu. -SH

Monday, November 25, 2013

 Wanita Khalwat Bersama Shahz Jaszle Simpan Cincin, Baju

Wanita Khalwat Bersama Shahz Jaszle Simpan Cincin, Baju

Wanita yang didakwa berkhalwat dengan pelakon Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle mengakui menyimpan barangan peribadi milik aktor tersebut seperti cincin dan pakaiannya.

Miera Leyana
Miera Leyana bekas kekasih Shahz Jaszle.

Mendedahkan perkara itu kepada akhbar sisipan Berita Minggu, Bipop, Farah Nurizzati Salleh, 21, mengatakan, barang-barang tersebut akan dijadikan sebagai bahan bukti bagi kes tersebut.

Mengikut pertuduhan kes, Farah dan Shahz ditahan Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah unit kediaman di Taman Sri Subang pada 16 Mei lalu.

Farah mengaku bersalah di atas pertuduhan itu sementara Shahz mengaku tidak bersalah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 dan kesnya akan disebut semula pada 21 Januari depan.

“Farah dah mengaku bersalah. Semua fakta dah dibaca. Barang-barang Shahz seperti cincin, baju yang ada pada Farah, Farah nak buang saja,” kata Farah.

Namun, Farah kemudiannya berubah fikiran untuk membuang barangan peribadi milik aktor itu kerana ada pihak mahu menggunakan barang-barang tersebut sebagai bahan bukti untuk kes itu.

Shahz Jaszle

Kes khalwat Shahz menggemparkan seluruh peminat hiburan tanah air kerana dia sudah pun bertunang dengan seorang bakal doktor, Redzwani Puteri pada ketika dia ditangkap dengan Farah.

Selepas kes itu heboh di media massa, Shahz dan Redzwani dikatakan sudah putus tunang namun bersambung semula semasa perayaan Hari Raya Haji yang lalu.

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan kes ini dari masa ke semasa.

Kebenaran pasti akan terbongkar jua pada akhirnya.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, November 13, 2013

Wanita Mengaku Bersalah Tuduhan Berkhalwat Dengan Shahrizal Jaszle!

Wanita Mengaku Bersalah Tuduhan Berkhalwat Dengan Shahrizal Jaszle!

Pelakon Shahrizal Jaszle nekad untuk memastikan kebenaran berpihak kepadanya selepas membuat pengakuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Selasa atas tuduhan khalwat.

Shahrizal Jaszle

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan.

“Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar.

“Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Beritahu Shahrizal, pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini,” ujarnya.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank.

Farah Nurizzati
Farah Nurizzati ditemani seorang lelaki 
dan cuba mengelak gambarnya dirakamkan.

Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal.

Sumber: mStar Online

Tuesday, November 12, 2013

Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah Kes Berkhalwat

Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah Kes Berkhalwat

Pelakon kontroversi Shahrizal Jaszle Jasmin atau Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah dengan penangkapan dan tuduhan berkhalwat ke atasnya. Penafian itu direkodkan dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Shahz Jaszle Berkhalwat

Peguam Syarie yang mewakili Shahrizal iaitu Asyraf A. Ranee memohon anak guamnya agar dibebaskan dengan jaminan RM1500.

Kemudian hakim syarie Abd Halim Abu Samah memutuskan Shahrizal dibebaskan dengan jaminan RM1500 dengan seorang penjamin atau ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Mahkamah memutuskan kes perbicaraan seterusnya pada 21 Januari 2013.

Bagaimanapun, pasangan khalwat Shahrizal iaitu Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah dakwa penangkapan khalwat mereka.

Setelah mendengar hujah dan fakta kes daripada pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor Shafezan Rosli, mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membuat bayaran mulai hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, aktor yang popular menerusi drama Asmara ini telah bertunang dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Redzwani Puteri pada bulan Disember 2012.

Sumber: Rotikaya

Thursday, June 20, 2013

Bengang Putus Tunang Shah Jaszle Serang Wanita Psiko

Bengang Putus Tunang Shah Jaszle Serang Wanita Psiko

Nampaknya isu khalwat membabitkan pelakon terkenal, Shah Jaszle yang tengah panas kini telah sampai ke tahap letusan supernova selepas tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka berikutan apa yang telah terjadi.

Shah Jaszle

Mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya yang dikatakan menjadi punca.

Shahz Jaszle memang benar-benar melepaskan amarah beliau dengan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana kontroversi ini.

BACA INI JUGA: Tiduri Beratus Lelaki Kecewa Putus Tunang