Monday, November 25, 2013

Wanita Khalwat Bersama Shahz Jaszle Simpan Cincin, Baju


Wanita yang didakwa berkhalwat dengan pelakon Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle mengakui menyimpan barangan peribadi milik aktor tersebut seperti cincin dan pakaiannya.

Miera Leyana
Miera Leyana bekas kekasih Shahz Jaszle.

Mendedahkan perkara itu kepada akhbar sisipan Berita Minggu, Bipop, Farah Nurizzati Salleh, 21, mengatakan, barang-barang tersebut akan dijadikan sebagai bahan bukti bagi kes tersebut.

Mengikut pertuduhan kes, Farah dan Shahz ditahan Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah unit kediaman di Taman Sri Subang pada 16 Mei lalu.

Farah mengaku bersalah di atas pertuduhan itu sementara Shahz mengaku tidak bersalah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 dan kesnya akan disebut semula pada 21 Januari depan.

“Farah dah mengaku bersalah. Semua fakta dah dibaca. Barang-barang Shahz seperti cincin, baju yang ada pada Farah, Farah nak buang saja,” kata Farah.

Namun, Farah kemudiannya berubah fikiran untuk membuang barangan peribadi milik aktor itu kerana ada pihak mahu menggunakan barang-barang tersebut sebagai bahan bukti untuk kes itu.

Shahz Jaszle

Kes khalwat Shahz menggemparkan seluruh peminat hiburan tanah air kerana dia sudah pun bertunang dengan seorang bakal doktor, Redzwani Puteri pada ketika dia ditangkap dengan Farah.

Selepas kes itu heboh di media massa, Shahz dan Redzwani dikatakan sudah putus tunang namun bersambung semula semasa perayaan Hari Raya Haji yang lalu.

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan kes ini dari masa ke semasa.

Kebenaran pasti akan terbongkar jua pada akhirnya.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon