Thursday, November 15, 2012

GRO Bawah Umur Taman Bukit Kepayang Ditahan

GRO Bawah Umur Taman Bukit Kepayang Ditahan

Seramai 35 wanita warga asing termasuk empat berusia di bawah 18 tahun yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut ditahan dalam serbuan di beberapa premis hiburan dan rumah urut di sekitar bandar ini dan Jempol, malam tadi.


Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, semua wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 34 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar dengan bekerja di negara ini.

"Dalam serbuan pertama pada 9.30 malam pihak kami menyerbu sebuah premis hiburan di Taman Bukit Kepayang di sini dan menahan seramai 24 gadis warga Vietnam dan dua warga China yang dipercayai bekerja sebagai GRO.

"Empat daripada gadis Vietnam ditahan itu berusia 14 hingga 16 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada mereka memasuki negara ini menggunakan pas pelancong manakala seorang lagi memiliki pas pelajar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dalam satu lagi serbuan di sebuah pusat hiburan di Senawang, dekat sini pihaknya menahan dua wanita warga Myanmar berusia 29 dan 30 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu di Jempol pula, Faizal Fazri berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di enam rumah urut dan menahan tujuh wanita warga China berusia antara 20 hingga 40 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja di premis-premis berkenaan.

–BERNAMA

Friday, November 09, 2012

Salun Hias Kuku Rupanya Hidang Aksi Maksiat

Salun Hias Kuku Rupanya Hidang Aksi Maksiat

Taktik licik satu sindiket pelacuran yang menjalankan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik salun menghias kuku terbongkar apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman kelmarin.

Sebahagian daripada 10 pelacur yang ditahan dalam 
serbuan di salun menghias kuku di Jalan Klang Lama.

Serbuan pukul 10.45 malam di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini itu berjaya menahan lapan wanita Vietnam dan dua warga China berusia antara 18 hingga 31 tahun yang disyaki pelacur. Turut ditahan seorang penjaga premis berusia 48 tahun.

Ketua operasi, Inspektor Muhammad Md. Jais berkata, ketika serbuan, seorang pelacur didapati sedang ghairah melayan seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Thursday, November 01, 2012

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu

Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam.

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu.

Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.

Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.

Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.

“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

-Sinarharian

Monday, October 29, 2012

Pelanggan Enggan Bayar Pelacur Libas Penjaga

Pelanggan Enggan Bayar Pelacur Libas Penjaga

Seorang penjaga rumah pelacuran di Jalan Brooke, di sini, menerima padah apabila dilibas dengan parang ketika menuntut baki bayaran perkhidmatan pelacur daripada seorang pelanggan, kelmarin.

Gambar hiasan

Sebelum kejadian, suspek berusia lewat 20-an itu berkunjung ke premis itu bersama dua saudaranya sebelum melanggan seorang pelacur jam 3 hingga 4 pagi.

Menurut sumber, sebaik selesai melepaskan nafsu masing-masing, suspek tidak membayar RM80 seperti ditetapkan sebaliknya beredar dari situ.

Katanya, suspek hanya membayar RM30 kepada pelacur terbabit menyebabkan wanita itu mengadu kepada seorang penjaga premis yang membawa tiga rakannya mengekori kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki suspek bersama dua saudaranya. “Bagaimanapun, tindakan kumpulan lelaki terbabit dipercayai mencetuskan kemarahan suspek sebelum dia mengambil sebilah parang di rumahnya lalu menyerang mereka sehingga menyebabkan seorang daripada mereka cedera di tangan kanan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, setakat ini, pihaknya sudah menahan suspek terbabit bersama dua saudaranya di rumah masing-masing di Senadin kelmarin bagi membantu siasatan.

-Hmetro

Saturday, October 27, 2012

'Ayam' Kota Kinabalu Terjun Dari Tingkat 1

'Ayam' Kota Kinabalu Terjun Dari Tingkat 1

Bimbang dicekup polis, seorang wanita warga asing disyaki pelacur yang menunggu pelanggan di sebuah bilik di hotel bajet, nekad terjun melalui tingkap dari tingkat satu bangunan berkenaan di Kampung Air, di sini, malam kelmarin.

Kampung Air, Kota Kinabalu

Tindakan itu menyebabkan kaki kiri wanita berusia 20-an itu cedera sebelum dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum kejadian, wanita terbabit cuba melarikan diri selepas hotel itu diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, selepas menerima maklumat mengenai kewujudan kegiatan tidak bermoral, jam 10.30 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, anggota IPD Kota Kinabalu yang mendapat maklumat kemudian bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mengesan seorang wanita disyaki pelacur sedang menunggu pelanggan dipercayai bagi melakukan aktiviti tidak bermoral di tingkat satu hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, wanita terbabit terlebih dulu menyedari kehadiran polis keluar melalui tingkap sebelum terjun dari tingkat satu bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, tindakan itu menyebabkan wanita itu terbaring di atas jalan raya selepas kakinya cedera.

“Bagaimanapun, wanita itu cuba bangun dan mahu melarikan diri, tetapi ditahan polis,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui tujuh kondom termasuk satu yang sudah digunakan. “Wanita itu direman mengikut Seksyen 372 B, Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan,” katanya.

-Hmetro

'Ayam' Dari China Ikut Kelas Tuisyen

'Ayam' Dari China Ikut Kelas Tuisyen

Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.


Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.

Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul

Difahamkan juga, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

-Hmetro

Monday, October 15, 2012

Pelanggan Sembunyi Bawah Selimut

Pelanggan Sembunyi Bawah Selimut

Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Tukang urut wanita yang ditahan bersama pelanggannya dalam serbuan Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.

Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

-Sinarharian