Thursday, October 04, 2012

Tukang Urut Pandai Ghaib Di Temui

Tukang Urut Pandai Ghaib Di Temui

Tindakan seorang penjaga sebuah pusat rawatan refleksologi di Taman Usahawan, Kepong, di sini, cuba memperdaya sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya yang menyerbu premis itu selepas dikesan menawarkan khidmat pelacur warga asing dengan menyamar sebagai pelanggan gagal apabila ditahan, awal pagi semalam.

CEKUP...wanita warga China yang ditahan.

Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu selama hampir dua jam selepas pusat refleksologi itu diserbu kira-kira jam 1 pagi terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia bertugas di bahagian kaunter.

Anggota penguat kuasa gagal menemui tukang urut wanita terbabit walaupun sudah menggeledah seluruh genap ruang pusat refleksologi itu. yang menyediakan 10 bilik mengurut.

“Kami turut mencari jika terdapat ruang sulit atau pintu khas dalam pusat urut tapak kaki ini termasuk lubang pada siling yang dibuat bagi memudahkan tukang urut wanita warga asing itu melarikan diri kerana ketika serbuan premis ini kosong.

“Berdasarkan rakaman CCTV, kami lihat ada ramai tukang urut terbabit dalam premis, tetapi mereka seakan ghaib dan kami gagal menahan merekaAda kemungkinan mereka mendapat tahu mengenai serbuan ini dan sempat bersembunyi,” katanya.

Menurutnya, seramai 30 penguat kuasa tidak berputus asa dan meneruskan pencarian sehingga keseluruhan bangunan premis setinggi empat tingkat itu walaupun terpaksa beberapa kali turun naik tangga dan memanjat sehingga aras bumbung bangunan yang menempatkan tangki air.

“Kami hampir buntu mencari selepas pemeriksaan di beberapa unit kediaman di tingkat atas pusat ini yang dikatakan dijadikan penginapan tukang urut wanita warga asing juga gagal menemui mereka.

“Namun, selepas berusaha hampir dua jam, kami berjaya menemui 10 tukang urut wanita warga China berusia lingkungan 20 hingga 30-an apabila mereka sendiri keluar dari tempat persembunyian di satu daripada unit kediaman yang sudah diperiksa kerana menyangkakan penguat kuasa sudah pulang,” katanya.

Friday, September 28, 2012

Pilih Pakej ‘Butterfly’ atau ‘Booking’ Gadis

Pilih Pakej ‘Butterfly’ atau ‘Booking’ Gadis

Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej ‘butterfly’ atau ‘booking’ terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di Puchong.


Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu.

Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej ‘butterfly’ di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit.

Gadis ‘butterfly’ itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir.

Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej ‘booking’ yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan.

“Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit.

“Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang ‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya.

Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

“Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.