Saturday, June 18, 2016

Petua Mudah Elak Sinki Tersumbat Guna Garam

Petua Mudah Elak Sinki Tersumbat Guna Garam

Sinki tersumbat sering mendatangkan masalah buat suri rumah yang tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Elak Sinki Tersumbat.jpg

Tanpa perlu menggunakan khidmat tukang paip dan berhabis wang ringgit yang banyak, kami kongsikan di bawah cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Bahan utama yang diperlukan mudah sahaja iaitu garam.

Ya, garam bukan sahaja digunakan dalam masakan malah banyak lagi kegunaan lain yang pasti ramai tidak mengetahuinya.

Caranya, campurkan garam dengan soda bikarbonat kemudian tuang ke dalam saluran yang tersumbat.

Elak Sinki Tersumbat  [2].jpg

Biarkan seketika sebelum dituang air panas secara perlahan-lahan, sehingga sisa kotoran yang melekat pada saluran larut dan aliran air menjadi lancar.

Di samping menjadi agen pelarut, garam juga boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kerak yang terdapat pada kuali atau periuk.

Ianya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan tompok pada pakaian serta kesan hangit yang terdapat pada seterika.

Elak Sinki Tersumbat  [3].JPG

Semoga tips yang dikongsikan dapat meringankan kerja-kerja suri rumah di luar sana.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Saintis Temui Cara Baru Masak Nasi Yang Kurangkan 50% Kalori!


Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, June 16, 2016

8 Kegunaan 'Baking Powder' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

8 Kegunaan 'Baking Powder' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

'Baking powder' atau serbuk penaik selain di gunakan dalam masakkan ia juga sangat berguna untuk keperluan membersihkan kediaman. Antaranya boleh di gunakan untuk cuci lantai, cuci singki dan sebagainya.

Baking powder.jpg

Namun sebenarnya masih banyak lagi kegunaan 'baking powder' ini yang mungkin anda tidak tahu. Semak 8 perkara ini.

1.Bersihkan Permaidani

Taburkan 'baking soda' ke atas permukaannya dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah anda bersihkan menggunakan vacuum cleaner. Cara ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sedap pada permaidani.

2.Hilangkan Bau Dalam Almari

Letakkan satu mangkuk terbuka yang berisi baking soda baking soda dalam almari tersebut. Biarkan sahaja beberapa hari dan anda pasti akan puas hati dengan hasilnya.

3.Bersihkan Permainan Anak-Anak

Campurkan baking soda dengan air panas kemudian campuran tersebut gunakan untuk mencuci mainan anak-anak yang diperbuat daripada plastik.

4. Bersihkan Permukaan Dapur

Baking soda di campur dengan air panas kemudian menggunakan span bersihkan permukaan dapur.

5.Hilangkan Bau Di Tong Sampah

Taburkan 'baking soda' ke dalam tong sampah. Seminggu sekali anda boleh basuh tong sampah dengan merendam isinya dengan menggunakan baking soda dan air.

6. Hilangkan Kotoran Degil Di Permukaan Plastik

Rendam barang plastik tersebut selama 15 minit pada di dalam bekas yang disi campur baking soda dan air panas. Setelah 15 minit gosok kemudian keringkan.

7. Hilangkan Sisa Kotoran Di Bekas Loyang Kuih

Anda hanya perlu menaburkan baking soda ke permukaan loyang kemudian rendam dengan air panas selama 15 minit, kemudian cuci bersih.

8.Hilangkan Kesan karat

Campurkan cuka dan baking soda. Gosok dan bersihkan.

Selamat Mencuba!

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Kegunaan Kulit Pisang Tiada Siapa Tahu!

Sumber: Impiana

Wednesday, June 15, 2016

5 Petua Tradisional Ibu Hamil Mampu Cegah Jaundis Bayi

5 Petua Tradisional Ibu Hamil Mampu Cegah Jaundis Bayi

Bayi baharu lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi jaundis atau demam kuning. Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan darah bayi tersebut.

Cegah+Jaundis+Bayi.jpg

Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.

Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya.

Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu.

Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.
  • Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
  • Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.
  • Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.
  • Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.
  • Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bayi Kerap Diurut Lebih Bijak!

Sumber: Majalahpama

Thursday, May 26, 2016

Baca Al-Fatihah 40 Kali Petua Elak Bisa Ular

Baca Al-Fatihah 40 Kali Petua Elak Bisa Ular

PASIR MAS - Susuk tubuhnya kurus, tinggi dan peramah orangnya. Itulah Pokku yang dianggap ‘hero’ dalam kalangan penduduk di Tendong dan sekitarnya.

Tengku Razlan Tengku Ismail @ POKKU

Pokku atau nama sebenarnya Tengku Razlan Tengku Ismail, 47, bekerja sendiri merupakan penyelamat kepada penduduk yang berdepan dengan ancaman ular.

Kebiasaannya apabila ular masuk ke dalam rumah, penduduk akan memanggil bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Namun, bagi penduduk di sekitar jajahan ini terutamanya di Tendong, Pokku yang digelar Raja Ular akan menjadi pilihan utama mereka bagi menangkap ular yang muncul di kediaman mahupun kawasan kampung.

Keberaniannya yang sanggup mengorbankan nyawa menangkap ular demi menyelamatkan nyawa seseorang sangat dikagumi penduduk setempat.

Pokku berkata, minatnya terhadap ular bermula ketika dia masih kecil lagi kerana sudah biasa melihat habitat tersebut di sekitar kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Tepi Sungai Tendong.

“Pada waktu itu orang-orang tua ada memberi petua untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena bisa ular. Dari situlah saya cuba mengamalkan petua tersebut dan

mendapat keberanian menangkap ular dengan izin ALLAH.

“Antara amalan saya ialah membaca surah Al-Fil sebanyak tujuh kali selepas Maghrib selama 40 hari berturut-turut,” katanya.

Menurutnya, bermula dari situ jika ada penduduk yang meminta tolong untuk menangkap ular dia tidak akan menolak.

Katanya, ia dilakukan percuma namun ada kalanya penduduk memberi sedekah di atas bantuan tersebut.

Pokku berkata, sepanjang 20 tahun dia melibatkan diri dalam menangkap ular, hanya beberapa kali dia dipatuk haiwan berbisa itu.

Dia berkata, kebiasaannya gigitan itu hanya dirasai seperti sakit luka kecil sahaja dan tidak memerlukan dia mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.

“Saya juga mengamalkan petua, apabila dipatuk, ular tersebut tidak dibunuh tetapi dibuang ke dalam sungai berhampiran.

“Sepanjang fenomena El Nino yang melanda negeri ini, boleh dikatakan setiap hari saya akan menerima dua hingga tiga panggilan daripada orang ramai untuk menangkap ular.

"Kebiasaannya pada waktu Maghrib kerana ketika inilah ular memasuki rumah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu diingatkan kadang-kadang tidak semua ular yang memasuki rumah adalah betul-betul haiwan itu, kerana banyak juga kes melibatkan jelmaan jin.

Menurutnya, disebabkan itulah sebagai seorang penangkap ular dia mengamalkan ayat al-Quran sebagai pemudah urusan.

PEMBETULAN RALAT: 'Amalan yang beliau lakukan ialah membaca surah Al-Fil sebanyak tujuh kali selepas Maghrib selama 40 hari berturut-turut.'

Admin mohon maaf diatas kesilapan pada tajuk diatas.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Sumber: SH

Saturday, May 21, 2016

Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

Supaya madu dapat disimpan lama, haruslah disimpan dalam keadaan tertentu kerana madu mempunyai sifat-sifat yang istimewa.

Cara+Menyimpan+Madu

Simpan madu dalam suhu bilik

Madu memiliki sifat higroskopis, dengan kata lain, madu mudah menyerap zat-zat yang ada di lingkungan sekitarnya.

Oleh itu bekas madu harus tertutup rapat dan jauh dari bahan-bahan yang berbau tajam.

Bekas yang baik untuk menyimpan madu ialah bahan daripada gelas/botol kaca.

Agar terhindar dari proses fermentasi dan kristalisasi, simpanlah pada ruangan dengan suhu sekitar 20 darjah celcius dan kelembaban udara kurang dari 65% (FAO 2007).

Tidak digalakkan untuk menyimpan madu di dalam peti sejuk (refrigerator) kerana mempercepatkan terjadinya kristalisasi dan fermentasi.

Selain itu, jauhkan dari sinar matahari secara langsung kerana dapat merosakkan kualiti madu, glucose oxidase dan menghentikan aktiviti anti-bakteria.

Madu tidak boleh disimpan dalam bekas logam

Ini adalah untuk mencegah pengkaratan dan penyerapan logam berbahaya.

Madu yang disimpan dalam suhu normal, hilang 3.6% khasiatnya pada tahun pertama dan 25.5% pada tahun kedua kerana terjadinya proses fermentasi.

Proses ini menghasilkan alkohol yang selanjutnya berubah menjadi asid asetat. Madu yang rosak rasanya menjadi masam.

BACA INI JUGA: Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Sumber: Remi Thuok

Sunday, March 27, 2016

14 Petua Merawat Senggugut

14 Petua Merawat Senggugut

Ramai di kalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan.

SENGGUGUT

Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja.

Bukankah lebih elok jika kita dapat menghilangkan senggugut itu tanpa perlu bergantung kepada ubat?

Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan senggugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.

1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.

3. Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana ini akan mengurangkan keberkesanannya.

5. Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai boleh mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.

6. Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong wanita untuk berbaring pada perut sambil menekap "heat pad" atau di kedudukan yang paling selesa.

7. Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapat rehat yang diperlukan.

8. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran. Sebagai usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.

9. Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400mg 100-200mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sehingga tujuh hari sebelum bermulanya tempoh haid anda.

10. Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU. Menurut pakar kesihatan, teh hijau tinggi kandungan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak mahu kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.

11. Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.

12. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.

13. Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.

14. Buah petola yang biasa ditanam di kampung dikatakan juga baik untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ia boleh diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Bahaya Ajinomoto Jika Dimakan Berlebihan

Sumber: Keindahanpengalaman

Thursday, February 25, 2016

Petua Hilangkan Bubuk Beras

Petua Hilangkan Bubuk Beras

Beras yang disimpan terlalu lama mungkin akan dimakan bubuk, sejenis kumbang kecil yang memakan beras.

Bubuk Beras

Untuk mengatasinya, anda boleh cuba cara petua lama ini.

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam tempat simpan beras tersebut dan tutup seperti biasa.

Biasanya bubuk tidak lagi akan memasuki bekas tersebut selepas itu.

Sekain itu, ada satu lagi cara yang boleh anda lakukan agar binatang tersebut tidak memakan beras disimpan.

Caranya iaitu dengan menyapu minyak kelapa di sekeliling mulut bekas simpanan beras. Tujuannya supaya beras yang disimpan tidak dimasuki semut atau bubuk.

Dengan kedua-dua cara ii, beras akan tahan lebih lama.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 21, 2015

Petua Dari Dapur Yang Sangat Berguna

Petua Dari Dapur Yang Sangat Berguna

Terima kasih buat Abam Kie menerusi perkongsiannya di blog Zukidin.com, saya ingin kongsikan semula sedikit petua di dapur khas buat kaum ibu sekalian.

Petua dapur

Semoga dapat diamalkan demi kesejahteraan seisi keluarga. In Shaa Allah.

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

3. Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi. Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah
  • Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

Wednesday, October 14, 2015

Petua Hati Dan Pedal Ayam Tidak Meletup Ketika Digoreng

Petua Hati Dan Pedal Ayam Tidak Meletup Ketika Digoreng

Ramai para suri rumah tangga amat risau apabila mahu menggoreng hati atau pedal ayam.

Petua Menggoreng Hati Dan Pedal Ayam

Ini disebabkan kedua-duanya sering sahaja meletup-letup hingga boleh menyebabkan minyak terpercik jauh dan terkena badan.

Tidak kurang juga yang merasa serik dan takut apabila sudah tiba masa untuk memasak.

Bagaimanapun, jangan khuatir kerana diruangan petua ini ada cara untuk mengatasinya.

Mula-mula rebus hati atau pedal ayam bersama air yang sama parasnya dahulu.

Setelah separuh masak, tapis supaya tiada air rebusan tadi yang melekat pada hati atau pedal ayam tersebut.

Kemudian, barulah digaulkan kunyit dan garam serta bolehlah digoreng.

Insyaa-Allah ia tidak lagi meletup ketika digoreng.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 03, 2015

Petua Harumkan Bilik, Dapur Dan Ruang Tamu

Petua Harumkan Bilik, Dapur Dan Ruang Tamu

Semua orang mahukan udara yang segar dan nyaman ketika berada di rumah. Tambahan pula apabila sedang bersantai bersama ahli keluarga.

Petua Harumkan Rumah

Ruangan petua ada cara yang paling mudah.

Ambil 10 hingga 15 helai daun pandan. Kemudian potong daun pandan tersebut halus-halus.

Setelah selesai, balutkan ia dengan kain nipis dan letakkannya disetiap penjuru tuang tamu anda.

Hasilnya rumah anda akan berbau wangi dan sentiasa harum.

Ini akan membuatkan anda dan ahli keluarga merasa lebih segar serta nyaman.

Cubalah..

BACA INI JUGA: Gula-gula Yang Membuatkan Badan Pemakan Menjadi Wangi

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, August 02, 2015

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Pernahkah anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga?

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.

Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini.

Petua 1

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.

Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2

Baca:
  • Al-Fatihah 7 kali
  • Al Fath 1-3 7 kali
  • Al Khafi Ayat 19 7 kali
  • Surah Al-Ikhlas 7 kali
  • Selawat 7 kali
  • Ya Allah 3 kali.
  • Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119 kali

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin/Ahlillah/Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi.

Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doa itu adalah:

Petua Mencari Barang Yang Hilang [2]

“Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya, “Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi, “Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Sumber:Karl Hairie Ghany

Saturday, June 27, 2015

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Apabila anak batuk kerana tidak sihat, biasanya ramai ibu bapa akan merasa risau dan kasihan melihat keadaan mereka. Kali ini kami ingin berkongsikan petua, bagaimana untuk melegakan batuk anak-anak kita.

Anak batuk

Madu asli

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Kunyit hidup atau bawang putih

Gosok kunyit hidup dimana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Daun Kaduk

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Kismis

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: Saripetua

Saturday, June 20, 2015

Petua Merawat Selsema Dengan Herba Dan Sayuran

Petua Merawat Selsema Dengan Herba Dan Sayuran

Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti memakan ubat-ubatan klinik atau hospital.

Demam

Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak

Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema

Halia

Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

Ikan

Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.

Sayuran Hijau

Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah.

Kunyit

Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Madu

Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.

Air Beras

Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Ini hanyalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.

BACA INI JUGA: Rahsia Disebalik Demam

Sumber: Epondok

Friday, January 30, 2015

Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Kali ini SP ingin berkongsi petua untuk mendapat ikan ketika memancing yang dipetik dari rakan blogger, mSelim3.

Doa-mendapat-ikan [2]

Memancing itu memerlukan kesabaran. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan oleh mereka-mereka yang memang gemarkan aktiviti memancing untuk mengisi masa lapang atau yang terluang.

Kepada kaki pancing samada pro atau pun yang baru hendak berjinak-jinak dengan memancing ikan samada di tasik, kolam, ataupun lautan bolehlah amalkan doa ini semoga ada manfaatnya.

Semoga mendapat hasil tangkapan ikan yang banyak. Insyaa-Allah...

Tetapi jangan lupa pada cara memancing, teknik dan petua yang betul masa memancing. Ok!

Doa-mendapat-ikan

Maksudnya, "Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur". (Surah Al-Jathiya ayat 12)

Bacakan di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. Insyaa-Allah ada ikan yang mengena walaupun seekor.

Pesanan

Doa memanggil ikan untuk kaki pancing ini adalah sebagai usaha kita memohon pertolongan kepada Allah.

Ingatlah Allah ketika waktu senang maupun susah. Sesungguhnya senjata orang mukmin itu adalah doa.

BACA INI JUGA: Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Tuesday, February 04, 2014

14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik

14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik

Walaupun ‘mata yang belum berisi petua dan pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya mencari isteri sebagai jodoh melalui hati adalah hati juga, bukannya sekadar rupa yang cantik.

cantik
Gambar hiasan.

Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci, sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini

Berikut adalah petua-petua mencari isteri yang cantik sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki.

Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok.

Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.

Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya.

Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.

Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman
6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.

Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia
9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya.

Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan.

Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun.

Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda?

Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda.

Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya.

Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.

Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya.

Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil
14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama.

Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

BACA INI JUGA: Tips Agar Isteri Sentiasa Disayang Suami

Friday, June 14, 2013

Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

Selain daripada bersenam dan menjaga makan, banyak lagi sebenarnya cara untuk menguruskan badan sehinggakan kadangkala kami rasakan seperti tidak logik pula.


Terbaru menurut penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel! Tidur tanpa pakaian boleh kuruskan badan? Pelik bukan? Malah boleh dikatakan tidak logik

Dr Turner mengatakan sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan.

Dr Natasha Turner

Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut.

Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur.

Dan sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya.

Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan.

Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif.

BACA INI JUGA: Gadis Hidap Penyakit Misteri Berbogel Sepanjang Masa

Sumber: Wanista

Wednesday, June 12, 2013

Petua Menghalau Lalat Di Dalam Rumah

Petua Menghalau Lalat Di Dalam Rumah

Lalat sejenis serangga yang merimaskan jika terdapat di dalam rumah. Lalat makan makanan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan kemudian menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya.


Disebabkan itu tak hairanlah jika lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan penyakit kepada manusia.

Jom kita tengok apa petua yang selamat digunakan untuk menghalau lalat dari bermaharajalela di dalam rumah kita.

Gunakan penyapu lidi. Saya biasa buat guna penyapu lidi. Ambil lidi dalam segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul ke arah lalat, sekali pukul banyak yang mati. Bukan setakat lalat pun takut dengan lidi, kucing pun lari kalau kita pukul lidi ke lantai.

Penampar lalat. Penampar lalat memang mudah di dapati dan mudah juga digunakan. Hanya tampar sahaja pada lalat yang berterbangan, pasti ada yang kena tampar. Tapi kat rumah memang tak boleh, sebab bukan lalat yang ditampar, budak-budak main tampar-menampar sesama sendiri.

Kertas gam lalat. Kertas gam pun bagus juga. Kita letakkan ia ditempat terbuka dan umpan lalat datang dikertas tu dengan meletakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat hurung mesti ada yang melekat kat kertas gam tu.

Gunakan bunga cengkih dan kulit kayu manis. Bunga cengkih dan kulit kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan tu pun boleh digunakan untuk menghalau lalat. Caranya letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Untuk kulit kayu manis pula, kita bleh hiris sikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kulit kayu manis akan menyebabkan lalat lari dari sana.

Nyalakan lilin. Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh diguna pakai untuk menghalau lalat. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

Daun kari menghalau lalat. Daun kari yang harum baunya juga boleh diaplikasikan untuk kita menghalau lalat. Ambil sedahan kecil daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan. [Sumber]

Tips tambahan dari SentiasaPanas. Guanakan air perahan limau kasturi. Caranya, hiris limau tadi satu persatu kedalam mangkuk kemudian gunakan tuala atau kain lap dan sapu secara rata keatas meja atau lokasi yang selalu dihinggapi lalat. Percaya atau tidak, lalat tidak lagi berani hinggap disitu.

Edited by SP