Thursday, April 14, 2016

Semakan SMS Dan Online Keputusan STPM 2015

Semakan SMS Dan Online Keputusan STPM 2015

Berikut merupakan panduan lengkap bagi menyemak keputusan keseluruhan STPM sesi 2015 melalui SMS dan Online.

KEPUTUSAN+STPM+2015 (2016)

Semakan keputusan STPM 2015 selepas keputusan Ulangan Penggal 3 boleh dibuat pada 14 April 2016 pada jam 10 pagi.

Bagi calon yang mahu mendapatkan slip keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2015, slip boleh didapati di sekolah masing-masing bermula pada jam 12 tengah hari.

Bagi calon persendirian, slip keputusan akan dikirim melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Semakan Melalui SMS Keputusan STPM 2015

Calon boleh membuat semakan melalui SMS seperti berikut;
  • Taip: STPM <jarak> RESULT <jarak> No Kad Pengenalan
  • Contoh: STPM RESULT 960805125888
  • Dan Hantar ke 15888

Semakan Secara Online Keputusan STPM 2015

Semakan secara online juga boleh dibuat dengan melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula pada jam 12:00 tengah hari pada tarikh keputusan dikeluarkan.

Sila klik pautan ini untuk semakan secara online, Sistem Semakan Online Keputusan Keseluruhan STPM 2015 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Semoga berjaya!

BACA INI JUGA: Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Membosankan?

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, April 12, 2016

Semakan SMS Dan Online Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2016

Semakan SMS Dan Online Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2016

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi sesi tahun 2016 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh dibuat bermula pada 14 April 2016.

Semakan kemasukan tingkatan 6 2016

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Sesi 2016 ini adalah untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015.

Semakan juga boleh dibuat secara online dan SMS.

Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Semakan tawaran kemasukan secara online boleh dibuat melalui aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di pautan berikut; www.moe.gov.my/my/pemberitahuan

Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara SMS
  • Taip: MOE <jarak> T6 <jarak> No kad pengenalan dan hantar ke 15888
  • Taip: MOE <jarak> T6 <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888
  • Contoh: MOE T6 980404035543
  • Hantar ke 15888

Info

Calon lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam tahun 2016 tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu sebaliknya akan layak dan ditawarkan secara automatik.

Semakan tawaran (pelajar terpilih) serta cetakan surat tawaran bagi calon yang ditawarkan ke tingkatan 6 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam yang akan dibuka kepada capaian calon.

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Tingkatan Enam

Syarat am (kecuali pelajar bekeperluan khas) adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bagi melayakkan pelajar ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2016.

Syarat khas mengikut jurus boleh dirujuk di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Maklumat Lengkap Kemasukan Ke Tingkatan 6.

Semoga berjaya.

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, September 26, 2012

Cikgu 'Cun' Dalam Kelas

Cikgu 'Cun' Dalam Kelas

Pernahkah guru perempuan atau cikgu lelaki apabila melangkah masuk ke dalam kelas, mata murid sekolah menengah khasnya tidak berkelip-kelip memandang, mulut hampir terlopong. Esoknya tidak sabar-sabar untuk ke sekolah. Semua kerana 'ghairah' menanti kehadiran cikgu mengajar di depan kelas. Semangat hendak belajar bertukar menjadi satu perasaan yang berbeza daripada sebelum ini.

Cikgu cantik
Gambar hiasan.

Kata-kata cikgu diperhatikan dan diberi tumpuan sepenuh hati. Dalam sedar tak sedar dari hujung rambut sampai hujung kaki cikgu itu diperhatikan. Tambah pula si cikgu bijak mengatur bicara dan menampilkan diri.

Hal ini selalu berlaku. Itulah kesan daripada aura yang dibawa guru perempuan yang cantik dan guru lelaki yang bergaya. Biasanya tanpa mengira jantina, secara automatik perwatakan guru yang cantik dan bergaya akan berjaya menarik perhatian kebanyakan murid.

Apa pun penampilan guru yang sederhana tetap punya aura tersendiri untuk menarik perhatian muridnya.

"Wow, hensemnya cikgu hari ini?"
"Cikgu selalu nampak cantiklah."
"Eh, itulah cikgu yang aku suka."

Boleh dikatakan murid-murid cuci mata apabila nampak guru yang kacak, cantik dan bergaya datang di kelas. Pasti murid hilang rasa mengantuk. Tambahan pula guru tersebut bijak mengajar dan pandai mendekati hati murid.

Tidak hairanlah jika sebilangan guru menjadi viral di laman sosial apabila dirinya persis artis popular dari segi paras rupa dan penampilan. Mungkin ada yang tertanya adakah mereka yang dilihat dari luaran itu sehebat dengan kemahirannya dalam mengajar serta mendidik murid.

Penampilan yang menarik bukanlah yang dimaksudkan berpakaian seksi dan solekan tebal. Itu adalah istilah yang tersasar, sebaliknya ia merujuk elemen bersih dan kemas.

Apa yang dimaksudkan adalah pakaian yang kemas, tidak menjolok mata dan beretika. Si pemakai tahu memilih rekaan pakaian yang sesuai untuk dirinya, pemilihan warna dan kekemasan. Selain itu, faktor lain menarik hati seseorang itu adalah perilakunya.

Bagaimanapun, kebijaksanaan seseorang cikgu dalam menyampaikan ilmu mampu mengatasi cara berpakaian. Guru sedemikian mampu mengetuk hati pelajar untuk menghormati, mengasihi dan prihatin.

Pendek kata, walaupun tidak cantik atau tidak kacak di mata, tapi ikhlas dan tegas dalam mengajar serta menggunakan bahasa yang lembut, itulah yang membuat pelajar suka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pendidik