Wednesday, September 26, 2012

Cikgu 'Cun' Dalam Kelas


Pernahkah guru perempuan atau cikgu lelaki apabila melangkah masuk ke dalam kelas, mata murid sekolah menengah khasnya tidak berkelip-kelip memandang, mulut hampir terlopong. Esoknya tidak sabar-sabar untuk ke sekolah. Semua kerana 'ghairah' menanti kehadiran cikgu mengajar di depan kelas. Semangat hendak belajar bertukar menjadi satu perasaan yang berbeza daripada sebelum ini.

Cikgu cantik
Gambar hiasan.

Kata-kata cikgu diperhatikan dan diberi tumpuan sepenuh hati. Dalam sedar tak sedar dari hujung rambut sampai hujung kaki cikgu itu diperhatikan. Tambah pula si cikgu bijak mengatur bicara dan menampilkan diri.

Hal ini selalu berlaku. Itulah kesan daripada aura yang dibawa guru perempuan yang cantik dan guru lelaki yang bergaya. Biasanya tanpa mengira jantina, secara automatik perwatakan guru yang cantik dan bergaya akan berjaya menarik perhatian kebanyakan murid.

Apa pun penampilan guru yang sederhana tetap punya aura tersendiri untuk menarik perhatian muridnya.

"Wow, hensemnya cikgu hari ini?"
"Cikgu selalu nampak cantiklah."
"Eh, itulah cikgu yang aku suka."

Boleh dikatakan murid-murid cuci mata apabila nampak guru yang kacak, cantik dan bergaya datang di kelas. Pasti murid hilang rasa mengantuk. Tambahan pula guru tersebut bijak mengajar dan pandai mendekati hati murid.

Tidak hairanlah jika sebilangan guru menjadi viral di laman sosial apabila dirinya persis artis popular dari segi paras rupa dan penampilan. Mungkin ada yang tertanya adakah mereka yang dilihat dari luaran itu sehebat dengan kemahirannya dalam mengajar serta mendidik murid.

Penampilan yang menarik bukanlah yang dimaksudkan berpakaian seksi dan solekan tebal. Itu adalah istilah yang tersasar, sebaliknya ia merujuk elemen bersih dan kemas.

Apa yang dimaksudkan adalah pakaian yang kemas, tidak menjolok mata dan beretika. Si pemakai tahu memilih rekaan pakaian yang sesuai untuk dirinya, pemilihan warna dan kekemasan. Selain itu, faktor lain menarik hati seseorang itu adalah perilakunya.

Bagaimanapun, kebijaksanaan seseorang cikgu dalam menyampaikan ilmu mampu mengatasi cara berpakaian. Guru sedemikian mampu mengetuk hati pelajar untuk menghormati, mengasihi dan prihatin.

Pendek kata, walaupun tidak cantik atau tidak kacak di mata, tapi ikhlas dan tegas dalam mengajar serta menggunakan bahasa yang lembut, itulah yang membuat pelajar suka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pendidik

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon