Thursday, May 09, 2013

Dr M Tak Sangka Prestasi Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah

Dr M Tak Sangka Prestasi Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.


Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka prestasi Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir berkata, Najib mungkin berdepan dengan kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya, orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan.

Katanya, ia terpulang kepada UMNO dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa mengutuk MCA sebagai "budak suruhan" UMNO dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN.

Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi.

[Sumber]

Wednesday, May 08, 2013

Kenapa Pakatan Bebas Membuat Hasutan Dan Provokasi?

Kenapa Pakatan Bebas Membuat Hasutan Dan Provokasi?

Beberapa nama marhein telah ditahan dan disoalsiasat oleh pihak berkuasa kerana menghasut. Laporan polis pula telah dibuat dengan sepantas-pantasnya oleh para pemimpin dan pecacai Pakatan dengan harapan mereka dapat membuktikan yang UMNO adalah RASIS dan ketegangan yang timbul sekarang adalah kerja UMNO.


Namun sesuatu yang amat menarik dan mudah untuk diperhatikan ialah bagaimana mudah dan bebasnya puak Pakatan melepaskan diri apabila mereka melakukan provokasi dan hasutan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu dan penyokong UMNO khasnya.

Beberapa jam selepas keputusan rasmi PRU13 diumumkan, gerombolan DAP terus bekerja keras melakukan hasutan di media-media sosial. Gambar dan video dimuatnaik dengan tajuk yang menggambarkan kemenangan UMNO dan BN telah dibantu oleh pengundi hantu.

Dan tidak sampai beberapa jam kemudian, ianya mulai menjadi viral dan pelbagai tokok tambah telah dibuat untuk menyedapkan alasan tersebut.

Terlalu jelas pemula kepada provokasi tersebut adalah budak-budak upahan DAP yang dikembang biakkan oleh para pemimpin parti berkenaan. Namun mereka jelas terselamat dan lepas bebas walaupun tindakan mereka itu sebenarnya boleh mencetuskan tindak balas yang amat dahsyat.

Hari ini pula Anwar Ibrahim yang masih beranggapan dia adalah pemenang sebenar PRU13 akan mengadakan satu himpunan untuk memperkukuhkan taktik berkenaan. Reaksi dan sentimen para penyokongnya ditagih.

Terang dan jelas di situ yang pihak berkuasa sebenarnya mempunyai tugas untuk menahan puak-puak berkenaan. Kalau benar mereka mempunyai bukti bagi apa yang mereka tuduhkan, seharusnya semasa dalam "jagaan" pihak berkuasalah mereka perlu menunjukkan bukti berkenaan. Dan seharusnya jugalah mereka menyediakan segala bukti yang lengkap bagi memperlihatkan kebertanggungjawaban mereka terhadap segala tuduhan yang dilemparkan.

Apa yang berlaku sekarang ialah mereka hanya mahu menggunakan klip-klip video dan gambar-gambar yang tidak cukup substance untuk menaikkan kemarahan penyokong sendiri.

Malah lebih malang ada pula video dan gambar yang menunjukkan warga asing dalam bas khas yang kata mereka itu adalah bukti kukuh pengundi hantu sedangkan setiap hujung minggu sepanjang tahun para pendatang asing khususnya warga Nepal, India, Bangladesh dan Pakistan akan menaiki bas khas untuk mereka ke tengah-tengah bandaraya atau lokasi tertentu untuk mereka bertemu seperti di Jalan Silang, Kuala Lumpur atau di pekarangan KLCC.

Malah dalam klip-klip video yang terpapar juga secara jelas menunjukkan bagaimana para penyokong Pakatan telah menjadi raja dan menakut-nakutkan orang ramai untuk mengundi.

Hari ini Anwar Ibrahim akan menggunakan bukti-bukti tersebut dan menokok tambah bagi menampung kekurangan yang terdapat di dalamnya menerusi ceramah menghasutnya.

Nizar bebas menghasut?

Ceramah Nizar di Kg Baru Kalumpang, Hulu Selangor pada 17/4/2010 ketika kempen PRK Hulu Selangor. Beliau membuat fitnah,malah gagal memberikan bukti dan saksi. Inilah salah satu cara pimpinan memainkan sentimen perkauman untuk memecah belah keharmonian kaum di Malaysia.



Persoalannya sekarang walaupun kes ini sudah dalam siasat Polis, kenapa sehingga hari ini tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap Nizar? Kebal sangatkah dia walhal kita semua tahu puak PAS ini hanya menjadi anjing pada DAP. Jelas orang Melayu yang diperbodohkan oleh Cina DAP masih lagi mahu disimpan dan dibiarkan bebas?

Pihak Polis perlu tegas, jangan biar diaorang ni naik lemak. Jangan sampai rakyat tak boleh tahan sabar dan jadi perkara yang tidak diingini baru terkial-kial nak bertindak. GR yakin PDRM adalah pasukan keselamatan yang terbaik dan haruslah berlaku adil. Jangan tangkap orang yang meluahkan melalui Twitter saja ditangkap dan sorang lagi penulis blog pencacai PR tapi pemimpin pakatan yang jelas cakap provokasi melampau takut nak ambil tindakan ker?

Takkanlah tindakan hanya untuk golongan Melayu sahaja sedangkan bagi golongan Cina pula mereka bebas menghasut dan melakukan provokasi?

Atau sebenarnya masih ada juga pendapat yang mengatakan kalau kita hendak menang besar, kita kena ikut sahaja semua tuntutan puak berkenaan sepertimana yang berlaku sepanjang 2008-2013?

[Sumber 1][Sumber 2]

BN Hampir Kalah Kerana Wujud Masyarakat Melayu Yang Tamak - Dr M

BN Hampir Kalah Kerana Wujud Masyarakat Melayu Yang Tamak - Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.


Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Selasa.

Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang.

Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Ahad, Najib berkata beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU-13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu.

Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.

"Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya.

Beliau berkata masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan.

"Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali.

"Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi jika kalah pada PRU13 bertujuan bagi meraih simpati negara barat yang sememangnya dilihat tidak senang hati dengan kemajuan negara ini, terutama dipimpin oleh Melayu dan Islam.

"Islam sekarang ini adalah musuh sejagat kebanyakan orang di barat. Mereka tidak mahu melihat negara di bawah kepimpinan Islam mencapai kemajuan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata barat secara tidak langsung akan menggunakan alasan berkenaan untuk membelasah kerajaan Malaysia sepanjang masa dan menyebabkan Islam menjadi lemah.

-BERNAMA

Inilah Mesej Hasutan Papa Gomo Menyebabkan Dia Di Tahan Polis

Inilah Mesej Hasutan Papa Gomo Menyebabkan Dia Di Tahan Polis

Pemilik blog Papa Gomo ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman.


Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota.

Kepada penyokong kedua-dua parti dan juga kepada pemimpin-pemimpin politik di Malaysia, terimalah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Masing-masing kenalah bermuhasabah diri tentang kekurangan diri dan terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Marilah kita kekalkan keamanan dan kemakmuran tanpa perlu menumpahkan darah atau menyemarakkan sentimen api perkauman.

Bak kata orang, menang jadi arang kalah jadi abu.

Fikir-fikirkan lah..

-SP

Tuesday, May 07, 2013

Anwar Belum Sedia Bersara Dari Politik

Anwar Belum Sedia Bersara Dari Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bersedia untuk berhenti daripada politik walaupun pernah berkata bahawa dia mungkin bersara untuk menjadi pensyarah di Eropah jika Pakatan gagal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .


Sebaliknya, pemimpin PKR telah berikrar untuk menumpukan tenaga masanya untuk memerangi penipuan pilihan raya, yang beliau dakwa berleluasa sepanjang PRU13.

“Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memilih untuk mengabaikan kehendak rakyat demi kepentingan mereka sendiri walaupun sewaktu pengumuman awal mereka inginkan pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Anwar berkata bahawa SPR harus bertanggungjawab kerana telah “bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah kita.”

Beliau berkata, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil adalah satu perjuangan yang paling penting untuk mana-mana rakyat Malaysia.

Anwar merujuk kepada pergerakan yang diterajui oleh pemerhati pilihanraya Bersih 2.0, yang telah berjaya menarik perhatian beribu-ribu rakyat untuk melakukan demonstrasi di seluruh Malaysia untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.

Pada hari pengundian semalam, banyakdakwaan penipuan- termasuk pengundi hantu terutamanya yang dikatakan orang asing, dan kemungkinan mengundi dua kali dengan dakwat kekal yang mudah dibersihkan telah muncul.

“Saya akan menumpukan masa saya dan tenaga yang terbaik untuk bekerja dengan BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru ditubuhkan dan bebas hendaklah berada di tempatnya secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya,” kata Anwar.

Beliau menekankan hakikat bahawa Pakatan Rakyat memenangi undi popular dengan margin yang besar (50.3%, berbanding dengan BN 46.8%), dan berkata bahawa ini “mengesahkan mandat yang diberikan kepada kami.”

“Hati nurani kita tidak boleh membenarkan kita untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijelmakan melalui penipuan, hati saya dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU13 ini.”

Anwar akan berucap dalam satu ceramah yang akan diadakan pada Rabu di Petaling Jaya, berkata beliau akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui proses pilihan raya yang didakwa tidak bersih.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN dan UMNO Khairy Jamaluddin menggesa Anwar untuk memberhentikan misinya untuk mempersoalkan proses pilihan raya.

-Awani

Washington Iktiraf Kemenangan BN

Washington Iktiraf Kemenangan BN

Kalau pilihan raya kita penuh dengan Bangla, buang undi dari helikopter dan sebagainya, percayalah, AS adalah negara pertama yang akan menyangkal keputusan pilihan raya kita.


Ini kerana, AS secara umumnya memang mahu pertukaran kerajaan berlaku di negara ini supaya beberapa agenda tertangguh mereka seperti membuka pengkalan tentera di Sabah dapat dilaksanakan.

Namun, bila pilihan raya kita memang bersih, tak boleh nak kata apalah kan. Ia turut disahkan oleh semua pemerhati antarabangsa.

Yang berlaku sekarang ini hanyalah permainan cybertropers DAP dan penyokong tegar pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi kononnya mereka menang walaupun hakikatnya mereka kalah.

Adalah beberapa kes Bangla ditahan di depan pusat pengundian…silap-silap dibayar DAP untuk pergi beratur. Mereka ni pendatang yang tak bijak dan tak sekolah, pergilah berdiri lepas dapat duit sikit. Dan tu kena tahan dengan kumpulan sama suruh pergi beratur tu.

Satu lakonan yang begitu besar dan menyeluruh untuk menipu masyarakat.

US recognizes Malaysia election result despite opposition claims of irregularities

WASHINGTON – The United States has recognized Malaysia’s election result, calling it the “most competitive” in the Southeast Asian nation’s history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday’s parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties “to peacefully respect the will of the voters.”

Baca laporan akhbar AP disini..

[Sumber]