Wednesday, April 16, 2014

Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut.

Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung.

Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu.

Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tidak sengaja?

Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya.

Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan.

Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat.

Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah.

Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa. –Antarapos.com

BACA INI JUGA: Mitos Berkaitan Pemakaian Coli Semasa Tidur

Friday, February 14, 2014

Mitos Popular Dunia Muzik Hollywood

Mitos Popular Dunia Muzik Hollywood

Seks, dadah, dan 'rock n' roll'. Industri muzik antarabangsa memang tidak lari dari kontroversi-kontroversi yang mengejutkan.

Popular Hollywood Myth

Tapi tidak semua semestinya benar. Ada di antaranya amat pelik dan mampu membuatkan anda berkerut dahi.

Kami senaraikan antara mitos dan legenda yang tersebar di kalangan para peminat muzik tentang bintang muzik kegemaran mereka.

Gene Simmons pasang lidah lembu

Gene Simmons Myth

KISS merupakan antara kumpulan heavy metal yang amat popular sejak era 70-an lagi, dan Gene Simmons bukan sahaja dikenali sebagai pemain bass, penulis lirik dan pengasas bersama kumpulan tersebut, tetapi juga kerana 'trademark' lidah panjangnya (yang kini cuba diperkenalkan semula oleh Miley Cyrus!).

Tapi dek kerana kepanjangannya yang agak luar biasa, ramai yang menyebar khabar angin bahawa dia telah menyambung lidahnya dengan lidah lembu!

Dakwaan aneh itu disangkal oleh pakar perubatan yang mengatakan itu tidak mungkin dapat dilakukan kerana saiz kelebaran lidah manusia dan lembu berbeza, dan teknologi pembedahan di era KISS tidaklah sehebat itu!

Paul Pfeiffer disangka Marilyn Manson

Paul Pfeiffer is Marilyn Manson

Ramai yang menyangka pemuzik kontroversial Marilyn Manson suatu masa dahulu pernah membintangi siri televisyen "The Wonder Years" sebagai si nerda Paul Pfeiffer yang merupakan kawan baik protagonis Kevin Arnold.

Ini disebabkan wajah mereka yang seiras. Tapi Marilyn Manson dan Paul adalah dua insan berbeza. Seorang merupakan seorang bekas wartawan muzik bernama Brian Hugh Warner yang kemudiannya menjadi ikon muzik alternatif metal, goth dan industrial rock.

Seorang lagi seorang bekas pelakon kanak-kanak bernama Josh Saviano yang kini bekerja sebagai seorang peguam.

Keith Richards tukar darah

Keith Richards Bloods

Vokalis The Rolling Stones ini dikatakan mahukan hidup baru selepas berjaya menghapuskan ketagihan dadahnya. Lantas dia menjalani prosedur transfusi darah.

Bila dipaksa untuk menjelaskan prosedur tersebut, Keith berbohong dan mengatakan doktor telah menukar keseluruhan darahnya dengan darah orang lain.

Malangnya, ramai pula yang mempercayainya.

Paul McCartney meninggal dunia

Paul McCartney in 1966

Pada tahun 1966, tabloid melaporkan bahawa anggota kacak kumpulan The Beatles telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Tapi bila dia masih dilihat masih hidup dan membuat persembahan, khabar angin baru pula tersebar bahawa Paul McCartney yang masih ada itu merupakan anggota baru yang hanya menyerupainya.

Malah bila mereka mengeluarkan album "Abbey Road", ramai yang mendakwa ia bukti McCartney sudah meninggal dunia kerana dia seorang sahaja yang tidak berkasut dalam imej kulit album popular tersebut.

Lama sungguh anggota baru itu hidup sebagai Paul McCartney!

Elvis Presley masih hidup

Elvis Presley

Elvis Presley meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 ketika berusia 42 tahun akibat serangan jantung.

Namun begitu, beberapa percanggahan pada sijil kematiannya menyebabkan ramai peminat yang masih enggan menerima pemergiannya dan membuat spekulasi bahawa dia masih hidup.

Mereka mendakwa Elvis berbohong tentang kematiannya agar dapat bersara dengan tenang.

Malah ramai yang mendakwa mereka pernah ternampak Elvis di beberapa lokasi.

BACA INI JUGA: Misteri Ramalan Kematian John Lennon

Sumber: Tupai.com.my

Saturday, November 23, 2013

Mitos Berkaitan Pemakaian Coli Semasa Tidur

Mitos Berkaitan Pemakaian Coli Semasa Tidur

Pemakaian coli semasa tidur merupakan salah satu mitos yang popular. Kaum wanita telah menggunakan coli selama berabad lamanya untuk memberikan sokongan pada bahagian payudara.

Baju dalam

Namun, pemakaian coli ke tempat tidur telah membuatkan khabar angin tersebar bahawa ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan meratakan dada anda.

Di sini, kami akan membongkar empat mitos berkaitan pemakaian coli semasa tidur;

Penyebab kanser payudara?

Tidak, mengikut kata seorang pakar bedah payudara. Coli yang mempunyai besi tidak menyebabkan atau meningkatkan risiko kanser payudara.

Khabar angin ini bermula pada tahun 1995 di mana seorang pengarang yang menulis sebuah buku bertajuk 'Dressed to Kill' telah mendakwa bahawa wanita yang memakai coli ketat setiap hari terutamanya yang mempunyai besi lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang semulajadi.

Malah, dia turut mengatakan bahawa perkara ini turut mengecutkan sistem limpa yang mana berfungsi untuk menyingkirkan toksin daripada badan, namun coli memerangkap toksin dalam tisu payudara lantas menyebabkan kanser payudara terjadi.

Namun begitu, tidak ada bukti saintifik untuk menyokong teori ini.

Memastikan payudara anda lebih baik?

Malangnya, tidak ada bukti nyata bahawa payudara anda kelihatan lebih baik jika memakai coli pada waktu malam.

Rahsia sebenar untuk dada kelihatan lebih baik adalah dengan memakai saiz coli yang betul.

Pakar mengatakan bahawa kebanyakan wanita memakai coli yang tidak memberikan cukup sokongan serta menyumbang kepada ketidakselesaan.

Setiap wanita perlu mendapatkan 'fitting' coli profesional sekali setahun.

Meratakan bahagian dada anda?

Ini merupakan mitos yang paling popular di kalangan gadis remaja, tetapi tiada kebenaran yang tepat tentangnya.

Jika mahukan dada yang rata, anda hanya perlu memakai korset yang ketat sehingga tidak membenarkan anda bernafas.

Namun, pakar juga menasihatkan bahawa tidak perlu memakai coli semasa tidur jika ia memberikan ketidakselesaan pada anda.

Penyebab payudara kendur?

Sebenarnya, kehamilan, penyusuan dan penuaan yang merupakan penyumbang kepada payudara kendur, bukan coli.

Perbuatan memakai coli lebih dari 8 hingga 12 jam sehari akan melemahkan tisu payudara lantas mengendurkannya dan ini tidak benar sama sekali.

Coli merupakan kawan kepada kaum wanita, bukan musuh.

BACA INI JUGA: Peramas Payudara Profesional?!

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, May 03, 2013

Mitos Bahaya Deodoran Penyebab Kanser

Mitos Bahaya Deodoran Penyebab Kanser

Info Kesihatan. Tidak dapat dinafikan, produk kosmetik dan penjagaan kulit mengandungi pelbagai bahan kimia. Justeru tidak hairanlah begitu banyak laporan tentang kesan buruk penggunaan produk-produk itu termasuk khabar angin yang mengatakan bahawa deodoran boleh meningkatkan risiko kanser payudara.


Adakah dakwaan itu benar?

Usah ditelan bulat-bulat segala perkara yang anda dengar. Berikut, lima mitos tentang penggunaan deodoran dan antipeluh, yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk American Cancer Society.

Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.

Hampir tiada bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Beberapa saintis pernah melakukan kajian pada tahun 2002 yang melibatkan 813 wanita yang menghidap kanser payudara dan 793 wanita sihat. Para saintis tidak menemukan kaitan antara risiko kanser payudara dengan penggunaan deodoran, atau dengan kebiasaan mencukur bulu ketiak.

Memakai deodoran selepas mencukur bulu ketiak akan menyebabkan bahan kimia berbahaya mudah menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan kanser payudara.

Jika anda mencukur dan secara tidak sengaja mencederakan kulit ketiak anda, kulit anda berisiko terkena jangkitan. Apabila kulit yang terluka atau terjena jangkitan disapu dengan deodoran, sudah tentu ia akan mengakibatkan kerengsaan pada kulit. Yang pasti, ia tidak menyebabkan kanser payudara.

Deodoran mengandungi bahan kimia parabens yang mengakibatkan kanser.

Kajian menunjukkan bahawa parabens mengandungi bahan yang serupa dengan hormon estrogen. Risiko kanser payudara memang meningkat sekiranya tubuh terdedah kepada jumlah estrogen yang banyak. Namun estrogen dalam parabens amat sedikit berbanding estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita.

Fakta lain: parabens tidak hanya terkandung dalama deodoran, tetapi juga dalam syampu, losyen badan, pelindung mentari dan pelbagai produk solekan. Kajian lain juga menunjukkan bahawa parabens boleh dikesan dalam air kencing 99% manusia. Namun hingga kini, belum ada bukti yang parabens mengakibatkan kanser.

Antipeluh mengurangkan pengeluaran peluh sekali gus menghalang penyingkiran bahan toksin keluar daripada tubuh.

Tubuh mengeluarkan bahan toksin yang berpotensi mengakibatkan kanser dengan bantuan buah pinggang dan hati, bukannya melalui peluh. Bahan-bahan berbahaya itu disingkirkan melalui air kencing dan najis.

Bagi lelaki, risiko menghidap kanser payudara adalah lebih kecil kerana mereka tidak mencukur bulu ketiak justeru bahan-bahan kimia dalam deodoran tidak menyerap ke dalam kulit.

Risiko lelaki menghidap kanser payudara adalah jauh lebih kecil berbanding wanita. Ini kerana tisu payudara lelaki adalah sedikit berbanding yang dimiliki oleh wanita. Tisu payudara wanita adalah 100 kali ganda lebih banyak justeru wajarlah risiko kanser payudara pada wanita pun 100 kali lebih tinggi.

Satu lagi perkara yang menyebabkan perbezaan tingginya risiko kanser payudara ialah hormon. Jika seseorang lelaki mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi, dia berhadapan risiko lebih besar untuk menghidap kanser payudara -- bukan kerana bulu ketiak atau pun deodoran.

[Sumber]