Wednesday, March 20, 2013

Kenapa Lelaki Dan Wanita Tidak Sepasukan Dalam Bola Sepak?

Kenapa Lelaki Dan Wanita Tidak Sepasukan Dalam Bola Sepak?

Agaknya kita sering tertanya-tanya kenapa lelaki dan wanita tidak dibenarkan bermain dalam satu pasukan.

Mungkin kerana pihak berkenaan takut lelaki-lelaki gagah bertukar menjadi 'lelaki lembut' kerana takut pemain lawannya jika wanita tercedera jika dibentes terlalu keras.

Tapi saya tahu jawapan sebenarnya, jom lihat gambar ni..


Huh..takut ambil kesempatan pula kan. Nanti asyik skandal je bola entah kemana..

[Sumber]

Saturday, March 16, 2013

Inilah Padahnya Bila Berita Diputar-belit

Inilah Padahnya Bila Berita Diputar-belit

Situasi sebenar - Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tiba-tiba dia dilanggar beca dan lalu mati ditempat kejadian.

BECA

Dan apabila kejadian ini tersebar dan dilapor, maka pihak-pihak yang berkenaan pun masing-masing menunjukkan keperihatinan.

Buletin Utama: Nenek meninggal dunia, penarik beca dicari.

Harian Metro: Hangat! Nenek mati dengan ubi ditangan.

Utusan Malaysia: Nenek mati dilanggar beca satu propoganda pembangkang?

Harakah: Kami tiada beca.. (Lari tajuk).

Malaysiakini: Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah.

Mastika: Misteri penarik beca: Hantu ubi mengganas.

Tamil Nisan: Nenek punya ubi mati dilanggar beca.

Pancaindera: Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Gangster Beca.

Najib Razak: Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!

Anwar Ibrahim: Kematian nenek yang dilanggar beca adalah suatu konspirasi berniat jahat oleh UMNO.

Ibrahim Ali: Sampai bila kita nak tengok nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!

Blogger: Gempar! Video nenek mati dilanggar beca (100 gambar)!

Sekadar hiburan, jangan pula ada yang terasa ye..

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 09, 2013

Lawak! Burung Punai Pun Kena Saman

Lawak! Burung Punai Pun Kena Saman

Ulang tengok boleh…cuma jangan ulang tanya…


Dengan penuh gaya hero Tamil Anwar sound wartawan kat sidang akhbar dia….berakhir dengan jadi bahan lawak…

Ingat…u ulang…I saman u!



{Sumber]

Video Lagu Sayang Paling Menghiburkan Minggu Ini

Video Lagu Sayang Paling Menghiburkan Minggu Ini

Seorang peminat yang membuat mimik dan gaya lagu Shae, "Sayang" memang meletop habis sekarang ni. Aksinya memang menghiburkan, tak kering gusi menontonnya sampai habis.


Jom lihat video kat bawah..


-SP

Thursday, February 07, 2013

Isteri Menjerit Di Malam Pertama

Isteri Menjerit Di Malam Pertama

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.


Pemuda: Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh: Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda: Bagaimanakah caranya tok bomoh?

Bomoh: Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertama.

Pemuda: Bagaimana caranya tok?

Bomoh: Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh: Kenapa cepat sangat?

Pemuda: Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja?

Bomoh: Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan?

Pemuda: Sudah tok. Tiap-tiap malam saya rendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh: Teh apa yang kamu gunakan?

Pemuda: Mustika Ratu - Slimming Tea tok..

[Sumber]

Tuesday, January 22, 2013

Inilah Wanita Yang Di Katakan 'Beauty With No Brain'

Inilah Wanita Yang Di Katakan 'Beauty With No Brain'

Tiada manusia yang sempurna tapi sekurang-kurangnya ada akal yang boleh digunakan. Lelaki ketika mencari gadis idaman tidaklah memilih sangat wanita yang cantik semata-mata tapi sekurang-kurangnya wanita yang mampu menggunakan satu-satunya akal yang dikurniakan Tuhan kepada mereka.


Mungkin wanita yang dipapar didalam video ini rabun hinggakan tidak dapat melihat pintu automatik yang bergerak sendiri ataupun akalnya terlalu cetek tanpa mampu mentafsir apa yang sepatutnya dilakukan.



BACA INI JUGA: Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 21, 2013

Saya Nak Bakar Kilang-kilang Rokok Di Malaysia

Saya Nak Bakar Kilang-kilang Rokok Di Malaysia

Isteri: "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah.".


Suami: "Iya abang tau sayang".

Isteri: "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan".

Suami: "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita".

Isteri: "Membantu? Dengan membeli rokok?".

Suami: "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!".

Isteri: "@#$%%^".

[Sumber]

Awas! Anda Mungkin Dalam Bahaya Jika Memakai Walkman

Awas! Anda Mungkin Dalam Bahaya Jika Memakai Walkman

Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.


“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”

Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (sudah tentu dengan sekuat hati) suaminya dengan kayu sebesar lengan yang dicapainya di belakang pintu.

Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergembira sambil mendengar walkman… patah dua tulang tangan.

-SP

Sunday, January 20, 2013

Peristiwa Malang Yang Paling Tidak Berbau

Peristiwa Malang Yang Paling Tidak Berbau

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah.


Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..)

Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik apa tak taula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan... Anda bayangkanlah sendiri apa yang berlaku seterusnya!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas. Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki.

Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi.

Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnya, (sekali lagi…) salah seorang daripada paramedik terlepas pengusung dari tangan. Si suami lantas terjatuh dari pengusung dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan.

Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah.

-SP

Thursday, January 17, 2013

Reaksi Paling Lucu Kanak-kanak Memakan Limau Asam

Reaksi Paling Lucu Kanak-kanak Memakan Limau Asam

Inilah reaksi biasa apabila kita memakan benda-benda yang asam. Tidak ketinggalan juga bagi kanak-kanak yang mungkin memikirkan apa yang ada ditangan semuanya sedap dimasukkan kedalam mulut.


Memang melucukan apabila melihat reaksi mereka.

-SP

Wednesday, January 16, 2013

Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk

Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk

Kalau dah kata mabuk tu, tak kiralah dekat mana pun pasti akan terlelap. Malah kalau di tempat awam pun, bantai je lah janji mata tertutup.

Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk

Sampaikan, kadang-kadang kita tak sedar yang aksi itu melucukan. Dah tak peduli orang pandang macam mana pun.

Lawak sungguh. Tengok gambar lucu dibawah ini.

Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [2]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [4]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [5]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [6]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [7]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [8]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [8]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [10]
Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk [11]

Macam-macam ragam!

BACA INI JUGA: Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 13, 2013

Gambar Paling Lawak Sebelum Nahas Berlaku #2

Gambar Paling Lawak Sebelum Nahas Berlaku #2

Satu lagi himpunan gambar-gambar paling lawak yang berlaku sebelum kejadian yang buruk terjadi. Jom tengok..


-SP

Gambar Paling Lawak Sebelum Nahas Berlaku

Gambar Paling Lawak Sebelum Nahas Berlaku

Himpunan gambar-gambar paling lawak yang berlaku sebelum kejadian yang buruk terjadi kepada mereka.


-SP

Thursday, January 10, 2013

Kisah Manusia Pemalas Tahap Gaban

Kisah Manusia Pemalas Tahap Gaban

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang pemalas.


Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”.

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”.

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?”.

Budak itu pun menjawab, “Nak cerita pun malas".

-SP

Monday, January 07, 2013

Apabila Saksi Kurang IQ Kena Soal Di Mahkamah

Apabila Saksi Kurang IQ Kena Soal Di Mahkamah

Nak dijadikan cerita di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.


Peguam: Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi: Kenal tuan.

Peguam: Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi: Itu gambar, tuan.

Peguam: Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi: Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam: (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi: Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam: Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi: Baru kejap tadi tuan.

Peguam: Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi: Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi: Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam: Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi: Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam: Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi: Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam: Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi: Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam: ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG TERBUNUH TU LAHHHHH!!!!!

[Sumber]

Gambar Kartun Van Persie Penyelamat Manchester United

Gambar Kartun Van Persie Penyelamat Manchester United

Katun ini memang sesuai dengan Van Persie yang menjadi penyelamat kepada Manchester United daripada disingkirkan awal dalam saingan Piala FA (5 Januari 2013) menentang West Ham United. Keputusan seri 2-2.


Memang hebat la lu Van Persie..

[Sumber]